Halaman

Selasa, 7 Oktober 2014

Seni Trolling: Kebodohan yang tak masuk akal

Kadangkala aku suka bereksperimentasi membuat eksperimen sosial di media sosial untuk mendapatkan respon dari orang ramai dan melihat bagaimana suatu kumpulan masyarakat menangani suatu isu. Sebagai contoh jika aku ingin mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai sesuatu isu, jika aku hanya bertanya atau mengutarakan pandangan yang bernas, biasanya orang jarang nak peduli sangat dan respon yang aku dapat pun hanya sedikit. Akan tetapi, jika aku menulis suatu isu dalam bentuk yang paling bodoh tak masuk akal, maka ia pasti berjaya untuk menarik perhatian ramai orang untuk turut serta memberikan respon dan komen kepada sesuatu topik.


"Seni trolling" atau "Art of trolling" yang paling mudah dilakukan adalah dengan kita memperbodohkan diri sendiri sehingga ke tahap yang tidak masuk akal agar orang lain mempunyai peluang untuk menunjukkan yang diorang lebih bijak, pandai dan hebat daripada kita. Troll yang bagus adalah bila dibaca nampak kelakar, dalam masa yang sama menyakitkan hati sebab ia terlalu bodoh sampai kebodohannya terlalu ketara atau obvious, sampai ramai orang yang sukar nak mentafsirkan sama ada ia serius, sarkastik atau memang bodoh.

Apabila ramai orang yang masing2 memberi komen yang nampak lebih bijak daripada kita dan tidak kurang juga ada yang akan percaya bulat2 dan membabi buta sehingga ke tahap memaki hamun, maka matlamat trolling itu sudah pun tercapai, sebab troller memang suka orang bagi respon dan feed mereka sama ada respon positif atau negatif.


Teknik trolling: kebodohan yang tak masuk akal ini juga yang sering dilakukan oleh orang2 kat FB yang mahu mendapat perhatian dan popular dengan cepat dan viral, seperti contoh Asrul Samad dan Maira Santek. Lagipun dah menjadi budaya netizen suka menjadikan orang atau suatu yang bodoh itu terkenal dan popular.






So aku pun membuat social experiment dengan troll orang2 kat group2 di FB, dan hasilnya, amat memuaskan...

Ramai yang memberi nasihat walau benda tu memang obviously nonsense dan tak masuk akal...


Tak kurang juga memaki hamun mencaci maki mencarut marut walau benda tu obviously fake and plain stupid...


Troll yang baik adalah orang yang memperbodohkan diri sendiri agar orang lain kelihatan lebih pandai, bukan memperbodohkan orang lain agar orang lain turut sama memperbodohkan orang lain. Malah dengan pendekatan trolling ini juga, kita akan dapat mengenail dan mendapat gambaran mengenai mentaliti suatu kumpulan masyarakat.

Cuma bila menteri2 yang selalu keluarkan kenyataan bodoh, aku tak pasti sama ada mereka itu serius bodoh atau cuma nak troll rakyat agar kita jadi lebih bijak daripada mereka.




tags: seni teknik art of trolling is very simple first you have to lawak annoying sakit hati asrul samad maira santek umairah iyka group anime otaku malaysia fb pejuang pakatan rakyat debat intelek memperbodohkan diri sendiri tak masuk akal agar orang lain kelihatan lebih bijak

18 ulasan:

  1. banyak makna tu dr pnulisan ni... bijak berfikir untuk negara dan bangsa,hehehe

    BalasPadam
  2. tlg jgn menghasan malikkn diri anda

    BalasPadam
  3. ak tak paham dgan org2 cmnie.. Kebodohan yg jelas cam asrul samad n maira santek.. Tak matang n bodoh tahap gaban..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan noob dh tulis diorg tu cuma troller... yg ko bingai sgt pergi percaya buat pe???

      Padam
    2. ble ak ckap ak percaya.. Mane ad..

      Padam
    3. aku ingat aku nak pattern kan perkataan "gaban" tu lah...aku lah orang pertama yang guna ayat "gaban" tuh tahun 1991 ha ha ha! (ni nak masuk elemen plain stupid ke bro?)

      Padam
    4. Ko g mampus la eddeved.

      Padam
  4. aku suka baca post maira santek sebab aku boleh senyum sorang2 kalau stress... hewhew

    BalasPadam
  5. aku teringat satu movie tahun 80an tajuk dia Troll gak...

    BalasPadam
  6. noon ni bukan min at manga sangat pon senanya. minat hentai je lebih

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.