Halaman

Rabu, 8 Oktober 2014

Gaji RM2,500 untuk graduan cukup jika diurus baik

Gaji permulaan RM2,500, yang diterima oleh siswazah yang baru memasuki alam pekerjaan, adalah mencukupi jika mengamalkan pengurusan wang yang bijak selain tabiat 'mengukur baju di badan sendiri'.

Pakar ekonomi dan pengurusan kewangan berkata purata gaji permulaan itu adalah munasabah memandangkan mereka tidak mempunyai kemahiran dan pihak majikan 'mengambil risiko' dengan menggaji mereka.


Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd Adnan Anan Abdullah berkata, isu gaji bergantung kepada individu dan mereka yang boros tidak akan merasakan cukup meskipun angka yang diterima setiap bulan itu besar.

"Cukup atau tidak gaji bergantung kepada profil individu. Di Kuala Lumpur, mungkin sukar jika sering makan di luar kerana sehari pun, dalam tidak sedar boleh mencecah RM30.00, belum lagi jika ada tabiat seperti merokok", katanya semasa dihubungi Bernama di sini.

Selain itu, beliau berkata, mereka yang baru memasuki alam pekerjaan tidak seharusnya tergesa-gesa membeli kereta sedangkan kewangan masih belum kukuh.

"Memiliki kereta sendiri pada usia muda memang 'cool' tetapi perlu ingat bahawa kereta datang dengan pakej minyak, tol dan parking selain bayaran penyelenggaraan serta cukai dan insurans tahunan yang agak tinggi", katanya.

Tinjauan ke atas pencari kerja atas talian "Jobstreet" baru-baru ini mendapati mereka yang baru menerima ijazah berpendapat purata RM2,500 adalah tidak mencukupi dan 77 peratus daripada 2,062 responden menyatakan tidak berpeluang menabung selepas berbelanja untuk kepentingan asas.

Sementara 60 peratus responden menjangkakan gaji pekerjaan pertama sebanyak RM3,500, sebanyak 30 peratus menjangkakan RM6,500 manakala 66 peratus majikan memaklumkan kesediaan menawarkan gaji antara RM2,500-RM2,800 bergantung kepada kelayakan.

Mohd Adnan seterusnya menyanggah kenyataan gaji RM2,500 tidak mencukupi untuk menabung memandangkan petua kewangan menyatakan 'seseorang yang menyimpan 10 peratus daripada gaji setiap bulan menuju ke laluan yang tepat'.

"Petua itu macam mudah, tetapi memerlukan disiplin kuat dan disarankan disimpan secara terus, sama ada dalam amanah saham atau bank berbeza, kerana menjadi tabiat untuk kita mudah berbelanja, selagi ada 'balance' dalam bank", katanya. - Bernama

Sumber Sinar Harian.

Berita di atas disiarkan sebagai maklumbalas kepada berita yang disiarkan pada bulan April 2014 sebelum ini di mana 77 peratus siswazah baru bekerja tiada wang simpanan kerana mendakwa RM2,500 pun tak cukup.


Ramai orang yang melenting dan tak puas hati dengan berita yang disiarkan. Bagi aku, aku tak nampak apa yang menjadi masalah sangat dengan artikel tu, sebab dia cakap, gaji permulaan RM2,500, yang diterima oleh siswazah yang baru memasuki alam pekerjaan, adalah mencukupi jika mengamalkan pengurusan wang yang bijak selain tabiat 'mengukur baju di badan sendiri'.

Apa yang aku baca, artikel tu berbicara pasal GAJI PERMULAAN seorang graduan baru, bukan gaji graduan yang dah kerja dengan 5 10 tahun pengalaman. Kalau dapat RM2,500 tu dah kira banyaklah tu untuk seorang fresh grad, berapa banyak gaji lagi yang ko nak? Pengalaman dah tentu belum ada, kerja pun belum pasti boleh buat ke tak, skill yang dipelajari di universiti belum tentu boleh digunakan di alam pekerjaan, so tak payah la demand sangat. Aku dulu 10 tahun lepas masa jadi fresh grad gaji permulaan cuma RM1,800 je, dan aku takde nak merungut sangat gaji tak cukup apa semua sebab aku berbelanja ikut keperluan dan kemampuan.

Tahun pertama aku hanya pakai motor, dan tahun kedua aku kerja baru aku beli kereta second hand yang murah. Tahun ketiga aku dah boleh kahwin. Tahun kelima aku dah boleh beli rumah kos sederhana. Dan aku masih boleh menabung sikit2 untuk pergi haji dan uruskan kewangan aku walau banyak lagi benda yang aku teringin sangat nak beli. Yang pasti, aku tak merokok so tiada satu sen pun duit aku dibakar begitu sahaja untuk benda yang langsung tak bermanfaat.

So berbalik kepada berita kat atas tu, sebenarnya ia bergantung macam mana kita melihat dan menafsir artikel tersebut. Kalau kita rasa artikel itu mengejek dan menganjing kita terutama kepada graduan yang bergaji lebih kurang RM2,500, kita pasti akan melenting, marah, rasa terhina dan akhirtnya terus membuat kesimpulan negatif dan mencari sesuatu untuk dipersalahkan sedangkan kita sendiri yang gagal dalam menguruskan kewangan kita sendiri

Tapi kalau kita melihat artikel tersebut dari sudut motivasi dan positif, kita akan melihat yang artikel tersebut cuba memberi motivasi, mengajar, membantu, mendidik dan menasihati golongan siswazah baru yang bergaji lebih kurang RM2,500 ini bagaimana untuk menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik dan lebih efektif agar tidak rugi di kemudian hari.

Bagi aku, pendapatan ini subjektif bagi semua orang. Kalau gaji dia RM10,000 sebulan pun tapi perbelanjaan dia RM12,000 sebulan, gaji sebanyak tu pun takkan cukup, tapi kalau orang itu bergaji RM2,000 sebulan pun tapi perbelanjaan bulanan dia hanya RM1,500, kehidupannya sebenarnya lebih bahagia daripada orang yang bergaji RM10K tu. Sebab tu dalam pengurusan kewangan ni kena faham konsep Keperluan, Kemahuan dan Kemampuan.

So terpulang kepada anda nak menafsir berita tersebut macam mana, namun yang pasti akhirnya anda juga yang kena berusaha sendiri untuk meningkatkan pendapatan anda sendiri demi memperbaiki mutu kehidupan serta menampung keperluan dan kemahuan anda. Nak harapkan kerajaan buat sesuatu untuk anda? Oh jangan haraplah.




tags:gaji rm2500 untuk graduan baru siswazah cukup jika urus kewangan dengan baik pengurusan motivasi negatif berita

47 ulasan:

  1. mm..aku nak sokong part yang cukup ni.

    InsyaAllah cukup dgn berbelanjalah dgn berhemah.
    masa mula kerja starting RM 2,700 memang cukup simpan rm 1 k sebulan. masa tu, tanpa kereta lah. (tambahan; aku kerja di PJ dan duduk di Kuala Lumpur) Namun begitu, aku tak pasti kos selepas penguatkuasaan GST nanti samada masih mencukupi atau tidak.

    betullah nasihat orang yang dah makan garam. kalau plan nak kahwin, jgn beli kereta dulu sebab nanti bila sudah ada kereta, komitmen lebih banyak (minyak + selenggara + tol + parking + kejadian tak disangka (eksiden, tayar, bateri, etc).

    selamat menyimpan.
    Chill;
    Nasiha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana cukup! Aku gaji RM2600! Nak bayar Honda Civic je dah RM1100, minyak lagi maintainance lagi..
      Pakej astro RM180 sebulan kena bayar jugak.. Internet RM120.. belom lagi call untuk bergayut..
      Tiap2 2 bulan kena beli perfume RM250!
      Ptptn lagi bayar RM65 je sebulan.. Ntah bila nak abis..

      Belum lagi nak bayar rumah.. sekarang semi-D nak kena ada RM2500 sebulan...

      Mana lagi duit nak tambah aksesori kereta.. Nak kumpul koleksi barang antik..
      Bayar yuran kelab Civic Club dan bowling.. aduh... Kurang2 kena ada RM8000 sebulan baru boleh cukup..

      Padam
    2. eh, entahlah kenapa kos kau tinggi sangat ya?

      btw, yg aku cerita di atas adalah cerita 6 tahun lepas. Tak pasti jika sekarang masih cukup atau tidak mengikut kos sekarang..

      kau pergilah bayar zakat. Pergilah bersedekah. kau senangkan orang, insyaAllah, Allah mudahkan kau. dan yang paling penting mcm nob cakap di akhir perenggan, berusahalah.

      p/s - semi-D rm 2,500? area mana tu? Kira, kalau aku letak sewa RM 1,400 pada org yg nak sewa rumah aku, lagi murahlah untuk area Kuala Lumpur ni..? hehe..

      chill;
      Nasiha.

      Padam
    3. kamu lupa p bercuti luar negara setiap 2 bulan.

      Padam
    4. hahaha anon 11:30 ni sngt sarcastic
      tp kalo btul la tu alasan kos tinggi, mmg aku bg makan kaki je.
      first skali xyah la ada astro, tngk je channel free. xpun kalo nk internet sngt, langgan unifi je channel hip tv.
      keter hoda civic.. hmmm, patutnye bli keter yg murah skit janji bleh guna. perfume tu.. xyah la, pakai je la bedak rm10 sebulan. takpun pakai febreeze sembur kt baju. ptptn tu mmg patut bayar la sbb dh ko pinjam duit.
      rumah... hmmm yg ni xleh nk kata ape la sbb rumah mmg mahal..kter nk buat pilihan pn xde.
      aksesori keter? join club keter? barang antik? bowling?? yg tu bukan KEPERLUAN TP NAFSUUUUUUU

      Padam
  2. 10 tahun dulu berapa harga minyak bang? Berapa harga barangan keperluan asas? Beras? Minyak masak? Lu pikir la sikit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 10 tahun lepas harga minyak dalam lingkungan RM1.40/liter. masa tu gaji purata seorang graduan IT yang tiada pengalaman dalam lebih kurang RM1,600 - RM1,900.

      Sekarang harga minyak dalam lingkungan RM2.30/liter, gaji purata seorang gaji purata seorang graduan IT yang tiada pengalaman dalam lebih kurang RM2,500... oklah tu, apa lagi yang ko nak? Gaji RM3,500? Kalau aku majikan gaji RM3,500 tu baik aku offer orang yang ada 2 3 tahun pengalaman kerja.

      Padam
    2. Spot on Noob :)

      Graduan sekarang mengada2. Kalau dapat 2.5k nak sara diri sendiri tak cukup, cubalah bayangkan yang pakcik/makcik cleaner yang mungkin dapat sekitar 1k sara 1 keluarga.

      Bila kita tak boleh nak besarkan pendapatan, kecilkanlah perbelanjaan. Penghujung adalah sama, iaitu duit simpanan.

      Pengalaman aku interview staf, aku uji calon dengan penyataan "kita kat sini bagi basic 1k aja.." padahal masa tu basic 1.8k. Saja nak tengok reaksi calon.
      Antara reaksi calon..
      1. mana boleh encik
      2. saya ada ijazah
      3. kawan2 saya dapat 2.2k
      Lepas tu aku tanya, "kenapa 1k tak cukup?"
      Tak ramai yang dapat menghuraikan perincian perbelanjaan mereka. Yang dapat menghuraikan, aku shortlist.

      Padam
    3. Betul tu.. staf baru kat tempat aku baru 3 bulan kerja dah beli Honda Civic! Lepas tu mengadu tak cukup duit.. ptptn bayar ciput RM50 je sebulan.. Minyak naik 20 sen seliter bising.. tapi tukar sport tim kereta boleh pulak.. pasang spoiler boleh pulak.. konvoi kelab honda civic boleh pulak.. Kredit kad tak terkira banyaknya.. Gajet hp dah 2 kali tukar! IPhone 6 dah..

      Aku kerja dah dekat 10 tahun.. pakai Viva 850 thn 2007 je.. Konvoi kelab viva pun tak pernah.. HP pun baru tahun ni pakai smartphone samsung harga RM380.. Alhamdulillah setahun dah abis bayar ptptn.. rumah pun dah beli.. kredit kad pun tak pernah apply.. Betul tu.. aku stuju, kurangkan perbelanjaan..

      Padam
    4. 10 tahun dulu, lepas belajar gaji cuma 1,500 sahaja, kereta kancil, rumah sewa, makan lagi, bil2, loan belajar lagi...tapi allhamdulillah,,,semua dapat diatasi..walaupun dapat simpan 100 atau 200 tapi tetap menyimpan. Sebenarnya kena pandai uruskan kewangan sendiri, tiada beza dulu atau sekarang.

      Yang paling penting bagi duit kat mak abah kite, jangan sesekali tak bagi, rezki yang ada lebih berkat dan percayala duit yang anda ada akan sentiasa cukup walaupun dah hujung bulan. So bagi yg baru nak keja ni..petua ni cubala ikut, dengan izin Allah...

      Padam
  3. kena terima hakikat, sekarang semua benda naik harga, nilai duit makin susut

    BalasPadam
  4. ceh, terencat apa rm2500 tak cukup, aku dok KL mula gaji rm2100 cukup je, lepas 5 tahun dah ada sebiji rumah kat rawang, 1 biji kete second hand dah abis bayar n dah kawin 1 anak,bini tak keje, cukup ja gaji siap ada simpanan belas ribu, ikut la pepatah melayu 'berakit rakit ke hulu'...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu kau naik rakit boleh laaa..............

      Padam
    2. Betul tu.. mula2 kerja baik beli keta second.. beli baru pun nanti tetap jadi buruk jugak lepas kerja 10 tahun.. baik guna keta second dulu.. lenjan sampai rosak, lepas gaji dah naik pangkat dah naik, jual keta second tu baru beli keta baharu! Skrg keta moden mcm2 ada..

      Padam
    3. Alhamdulillah.. aku pon berakit dari hulu ke hilir.. jimat! Minyak 1 sen pon tak guna :)

      Padam
    4. Alhamdulillah.. aku pon berakit dari hulu ke hilir.. jimat! Minyak 1 sen pon tak guna :)

      Padam
  5. Nk tau nilai duit tu kena kira past value. Present value. Baru tau nilai rm2500 tu di zaman skrg.
    Bdk finance tlg kira

    BalasPadam
  6. gaji RM2500 cukup la, cerita macam tiap tiap tahun tak naik gaji pulak puiiiik....

    BalasPadam
  7. ade sepupu aku citer, anak dia dapat keja.....umur 20 tahun tapi gaji Rm5k sebulan. Tanya anak dia...dia cakap bende tu biasa...ade senior dia keja gaji rm 25/jam ~ campo OT...campo keja sabtu...ahad kalo emergensi bole dapat Rm 7k....sedangkan ade sijil kemahiran je..umur 20-21 tahun. Gaji lebih tinggi dari graduan ijazah yg mula kerja pada umur 23-24 tahun dengan gaji ~Rm 2,500.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh. Mesti dia ada sijil kemahiran penjaga jentera (chargeman) ya? mmg chargeman gred A4 ke atas sekarang sekitar (rm 5,000 - rm 8,000).

      Padam
    2. Jgn la bila orang sebut sijil je, terus ingt sijil yang lepas SPM dan tak dapat masuk diploma tu. Sijil kalau bidang engineering tu lain..orang boleh dapat gaji berbelas ribu. Nama je sama..sijil. tapi kategori jauh macam langit dan bumi

      Padam
    3. Chargeman B4 tempat aku, RM13k. Umur 38. Ini loji letrik. Ada pakcik berumur 53, B4 juga dgn 5.5k. Mungkin silap request time nego interview. Atau lama baru pegang sijil ni juga diambilkira Yg sorang lagi unlimited 500kv, yg ni 22k, gantung lesen je sambil melawat sebulan sekali.

      Nak lagi kaya, 15-45k sebulan dgn sijil bawa kren. Tapi buat keje sayup2 cuci atau reper puncak KLCC. Mau? Banyak juga keje gaji mahal dgn sijil2 istimewa ni. Ada susah juga nak dpt sijil2 gini. Budak lulus degree pun, x tentu boleh lulus sbb ada tahap kesabaran maximum kene korbankan.

      Padam
  8. Masalah generasi ni nak ada gaya. taknak beli kereta 2nd hand. kalau boleh dapat gaji je nak terus beli Vios / City. Kalau pakai Myvi tu...itu level kerani katanya. Aku executive, kena la pakai kereta hebat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ngko jgn nak perli aku.. aku gaji RM2550 je sebulan.. tapi pakai honda accord baharu!. Bayar RM1800 sebulan! Gaji RM2550 ni memang tak cukup bagi aku.. takkan aku gaji RM2550 pakai kancil!

      Padam
    2. Ko xnampak dh ke keta yg besar cket drpd kancil belambak weii unless ko mmg dh xpandang keta buatan Msia..dh kalau bln2 berhabis kt duit keta je,ikat perut tu mkn asap keta ke, tido dlm keta bru gaji ko bleh cukup..org mcm ko ni la jenis yg sanggup papa asal bergaya..dah jgn byk merungut.

      Padam
    3. Beli axia @ iriz.. cantik, jimat & berjaya. Sila ke showroom proton & perodua di sekitar anda sekarang ;)

      Padam
  9. cukup je gaji 2500 tu - basic untuk graduan fresh..yang penting kena pandai uruskan duit..menabung jgn lupa walaupun sikit, sedekah kat masjid, bagi duit kat makbapak..benda2 yang org pandang remeh ni lah yg sebenarnya akan buat gaji kita lagi bersih, suci dan diberkati sampai rasa cukuup je :)

    just to share something - kawan aku gaji total campur elaun RM2000 je..belum kahwin, masih tak guna kereta lagi, tapi rumah sewa dah 4 biji, saham, emas pun ada melabur jugak..dia pandai menabung tp dalam bentuk pelaburanlah..so total2 dgn duit sewa emas semua, dia dah macam bergaji RM3500-4000..ni namanya pandai uruskan duit.

    BalasPadam
  10. cukup je klau reti nak bajet. Nak cite gaji graduan...tu yg setakat kerani, drebar...bole je idup.

    BalasPadam
  11. cukup la. aku keje kl dulu gaji rm2000 pun tak sampai. boleh gak simpan sikit2..dok sewa bilik. pakai motor.slow2 la. dah nak cukup stahun..apply keje lain yang gaji lagi besar. kete pun boleh bli. Jangan la keluar U,terus bli kereta mahal2..pastu selamat sebab dok ngn mak bapak. duit kat orang tua tak bagi,tapi makan tetap diorang tanggung. Malu la. Sesusah mana pun kita..de lagi yang keje gaji kecik walaupun dah tua..tapi masih mampu menyara 4,5 orang anak. Kalau rasa kita x mampu simpan duit sebab boros, bagi la mak tolong simpankan. kalau yang isap rokok tu, tak payah la nak stail bantai dunhill je. bli rokok murah dah la kalau nak isap sngt tapi duit tak cukup.

    BalasPadam
  12. awt celakak rmi gila gaji 2k ats asal aku 1k pun pyh cibai tul faker tul post artikel memang palancau nmpknyer nak beli motor x nmpk dpt beli basikal je le aku mampu kimak sungguh puihh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepuk dada tnya diri tu.apesal ko jd gitu?apesal ko xdpt pgang gaji lbh 1k?bhasa pun mcm bdk xhabis skolah.kalau yg xabis skolah pun kalau rajin keje rajin wat part time bleh je dpt apa yg diorng nak,bleh je idup senang..sng ckp ko tu pemalas!!!

      Padam
    2. Ikut kesenangan gaji ko la... x kira la gaji ciput atau mewah ker ...maka lebihkan la gaji tu utk keperluan hidup... ciputkan kehendak... kalu nk sesuatu kena usaha lebih... kurangkan behutang.... ko berhak utk selesa kalu ko beringat ler...

      Padam
  13. kalau pandai urus dengan baik .. bujang , dok kl cukup kot ;p
    tapi kena ikut individu itu sendiri, tp kalo dah berkeluarga...alamatnyer memang x cukup ler , dengan kos hidup yang semakin mencekik darah nie ;) untung ler yg keje gomen ... cam kami yang keje private nie jer ler yang melopong ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Private comp kecik sakit la.kalau comp besar masyuk jgk.lbh masyuk drpd gov..
      Gov kalau xpndai manage duit pun melopong gak xsempat hbis bulan duit dh habis.menghitung hari gak la bila nak gaji.Untungnya dpt hak keistimewaan sbg pnjawat awam je la..nmpk gah kat situ=)

      Padam
    2. yg ko pergi kerja tempat syarikat swasta kecik nak bankrap buat apa. member aku yg kerja swasta - kerja bank, syarikat chemical, syarikat buat bangunan, kontraktor,plantation dll semua gaji berkali ganda dr aku kerja goverment. lepas tu nak kata org goverment lg untung , pui!!

      Padam
  14. menteri adnan yg ckp gaji rm2500 cukup tu pernah rasa hidup dgn gaji rm2500 ke? menteri2 ni ckp mmg senang, cuba kalau diorg yg gaji rm2500 tgk cukup ke xcukup... celaka punye bn.. sbb tu bn ni bodoh, sbb dr menteri sampai la yg undi diorg semua bodoh

    BalasPadam
  15. Aku dulu start kerja gaji degree RM 1800 je...
    Org zaman sekarang demand byk tp kerja tak sampai mana pon...

    BalasPadam
  16. kalau untuk graduan baru keje cukup la tu...aku 6 tahun lepas starting 1650 saja..kalo yang berkeluarga mmg cukup-cukup makan sajala..nak memiliki aset memang tak dapat

    BalasPadam
  17. cukup kalau diuruskan dengan "BAIK".

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.. mcm ulat dalam batu gitu kan. Boleh hidup dgn rezeki dari Allah selama 5 juta tahun.. sbb ulat tu tau urus ngan baek..

      Padam
  18. DS Anwar Ibrahim gaji seringgit pun dah cukup.. apa la korang ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Provoke nak jadi noob gak ker. Akhirnya kene troll ngan pengomen. Kalo butthurt, kasi kental sikit jiwa tu yer.

      Padam
  19. aku x sokong...ko ckp gaji ko starting 10 tahun lalu 1.8k...aku tanya ko...dulu barang2 berapa je harga...sekarang barang2 dah naik lebih dari 2kali ganda...dulu umh 100k ke 200k dah leh dpt umh besar...sekarang 400k baru dpt rumah teres..2 pon lom tentu...barang2 dah naik lebih 2 kali ganda..so gaji pon patut lebih 2 kalo ganda..bkn pasal cukup ke x...pasal x fair...dulu gaji ko 1.8k...ko leh simpan 1k sebulan...setahun dah leh down payment umh...ni gaji 2.5k...sebulan leh simpan bape je wei...ok andai kata 1.5k..ni aku amik duit mkn beli brang lebih je dari ko dulu rm200 walaupon senanye lebih ok..1.5k simpan sebulan...dah 2 3 tahun pon masih xleh simpan down payment umh la...jd fair ke..korang dulu sehatun 2 dah leh beli umh...kami...3 4 tahun pon xpasti...

    BalasPadam
  20. jadi..org2 dulu senang bli asset...org skarg...sampai2 bila2 pon susab nk beli asset...aku pkai kancil je 2 pon duit aku meniaga masa blajar dulu...dah byr abis...2.5k mmg x fair..org 10tahun lepas 1 atau 2 tahun dah leh beli asset umh kereta...kami 2.5k 1 ke 2 tahun ke jgn harap....dah 5 tahun ke atas baru bole kalo mkn gaji...ni bkn kira yg meniaga ok...kalo nk ckp gi la cari alternatif lain meniaga ke ape...aku tanya korang org lama...dulu korang pkai basic je pon leh simpan beli umh...so fair ke

    BalasPadam
  21. Bg aku tak cukup kalau 2k tu. Lagi2 duduk kl pastu kerja kat klcc. Tak cukup serius tak cukup.

    BalasPadam
  22. Basic gaji sy pada Dec 2014 is RM2500. Net per month dapat RM2250+/-. Kerja berulang dr shah alam-puchong tol sehari rm3.20. setiap 2mggu balik kmpg teluk intan. pakai kereta kancil 2nd hand 660 byr cash masa habis degree, kerja admin contract takde epf basic rm2200. simpan sebulan rm1000, lpas bg mak abah byr loan itu ini boleh enjoy rm400 je. pandai2 saving 400 utk pkai 4mggu. Baru settle dp & lawyer fees beli rumah flat low cost rm80k kat rawang. while kwn2 pakai honda jazz, nissan almera, honda city & vios, sy still pakai kancel 2nd hand untuk bergerak n pegi keje ^^
    Alhamdulillah, skrg keje tempat baru area Shah Alam, no need lalu tol, bos bagi basic 3k + allowance rm100 per month. Skrg nak start simpan duit 1k per month mcm dulu lagi, untuk majlis kawen pulak (sy perempuan), while duit hantran pihak lelaki akan digunakan untuk beli 2nd house join loan dgn husban.

    BalasPadam
  23. It is not what the company can give you. You need to prove yourself. As a degree holder, I started with only rm1400 about 20 years ago.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.