Halaman

Ahad, 30 November 2014

Agamawan ekspress pelawak, Bollywood dan rockers

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 baru2 ini, antara isu yang hangat adalah ucapan Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Ketua Wanita UMNO Baling, perwakilan Kedah di PAU 2014 yang meminta kerajaan memantau kewujudan golongan ‘ustaz’ dan ‘ustazah ekspres’ terutama di dalam PAS.

“Seperti penyanyi dan rokers menjadi ustaz, artis pakai tudung dipanggil ustazah. Kewujudan ramai ustaz ekspres dan ustazah jadian yang asal pelakon penyanyi dan rokers masuk PAS, celaru keadaan,” kata Mashitah.



Sehubungan dengan itu, Abby Abadi, Aishah dan Ustaz Azhar Idrus telah memberi kenyataan balas mengenai dakwaan Ustazah Mashitah tersebut.


Pasal isu tu, dah banyak sangat netizen bincangkan kat Internet. Aku cuma nak highlightkan, seharusnya perbincangan dan perbahasan dalam suatu sesi mesyuarat dan perhimpunan diadakan untuk membincangkan suatu isu yang dihadapi, masalah dalaman dan kelemahan yang perlu diatasi dengan langkah2 penambahbaikan dan diperbaiki agar ia tidak lagi berulang di masa akan datang.

Perbincangan yang baik adalah apabila kita berbincang tentang hal dan masalah kita sendiri, manakala perbincangan yang gagal dan syok sendiri adalah apabila kita bercerita mengenai hal dan masalah orang lain, malah orang yang tiada di situ pun. Sebab itu sebelum nak mengata orang lain, cermin dulu diri sendiri.

Di bawah pula adalah satu contoh perbahasan yang baik kerana berani mengkritik pemimpin dan menyuarakan kelemahan sendiri. Tidak tahu adakah masih wujud mereka yang berani seperti ini dalam menyuarakan kelemahan pemimpin dan parti sendiri kerana2 yang ada sekarang kebanyakannya hanya mampu membodek, mengampu dan mengutuk pihak lawan sambil menutup mata terhadap kelemahan sendiri.

Ucapan Ismail bin Yaacob ketika Perhimpunan Agung UMNO 2009




tags: ustaz ustazah agamawan ekspress express artis berhijrah pakai tudung pelawak lawak maharaja lawak mega penyanyi nyanyi bollywood rockers celaru dr ustazah mashitah masyitah masitah fatwa salam cium tangan lelaki bukan muhrim mahram

17 ulasan:

  1. 1st!!!! aku sungguh bangga!!!

    BalasPadam
  2. 2nd !! bangga gak arr skit2

    BalasPadam
  3. 3rd.err..betul sbnrnya psl ustaz/ah express ni..xkira la dr parti mana pun,mmg ptt dibendung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa perlu dibendung? mereka sampaikan ajaran sesat ke? kenapa tak bendung dulu gejalan menunjuk aurat di kalangan isteri2 pemimpin?

      Padam
    2. sebab apa kena bendung?
      bagi sebab yang masuk akal.
      kalau nak kira, program tv yang merosakkan lagi patut kena bendung.

      Padam
  4. Blogwalking sambil baca entri. :)

    Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut

    gugur

    BalasPadam
  5. I'll make a video about this on my blog. nanti aku kasi link.

    BalasPadam
  6. aku dh ckp ameno mmg bodoh, korg sokong lg... g la jilat jubor ameno tuh

    BalasPadam
  7. Pasal Mashitah ni...mmg mcm2 kontroversi keluar dr mulut dia...jgn dilayan sgt minah ni, lgpun dr dulu dia as liabiliti, kalau x nape x tanding PRU?

    Sebagai org yg berjaya, x kira apa bidang sekalipun, perjuangannya adalah memberi yg terbaik kpd produk atau perkhidmatan kpd golongan sasaran. Org yg gagal lebih guna cara short cut nak cite atau jaja citekelemahan pihak lawan shj, tp diri sendiri pun 2x5 je useless.

    BalasPadam
  8. ustazah ekspress tetiba buat hukum konon takut nanti malaikat cari tak jumpa nama dalam list masuk syurga.......

    padahal join pas je pun tetiba dah kompom masuk syurga plak dah.sejak bila plak join pas tu sama join Islam dan kutuk pas sama dengan kutuk Islam?
    tak ke celaru

    BalasPadam
  9. Haha.. meleis2.. layan jo.. bukan buleh jadi kayo pun.. masuk syurga lagilah susah..

    Jadi biol pun susah.. jadi cerdik pun susah.. duduk diam buat hal sendiri, ada baguih jugak..

    BalasPadam
  10. mashitah suma org tau pasal dia ni...
    dia meroyan ke apa xberi kesan pd sapa2 pun ..
    bila duit dh kena sumbat dlm mulut, hati jadi gelap
    jika dulu bertudung labuh skrg bertudung jilboobss..
    nak mengata org baik cermin diri dulu..

    BalasPadam
  11. Bila orang pernah buat salah di masa silam kita hukum dia sampai bila2. Hebatnya kita!
    Mungkin dia dah taubat atas kesilapan masa silam dia, mana kita tahu.

    Noob betul tentang sepatutnya mereka bercerita tentang kelemahan sendiri supaya mereka boleh membaiki parti mereka sendiri.

    Namun, ada kebenaran dalam apa yang Ustazah Mashitah cakap,.. artis2 yg berhijrah kerap digunakan sebagai "penampilan istimewa' sebaris dengan Ustaz2 dalam ceramah parti.

    Adakah parti tersebut tidak cukup gah lalu memerlukan bekas artis popular yang telah berhijrah sebagai "endorsement" kepada parti tersebut?
    Adakah Islam itu tidak cukup istimewa hingga memerlukan Michael Jackson "memelukan Islam" sebagai "endorsement" sebagai Islam itu benar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga.
      Tapi orang persoalkan juga adakah salah mereka dijemput dan diketengahkan.

      Padam
  12. berhijrah itu tak salah.. tapi janganlah baru hafal 1+2 surah dah nak lantik diri jadi mufti... kita orang orang islam patut ikut para imam dan ustazah yg arif dan mengkaji al-quran serta hadis.. setiap hujah mestilah sahih.. bukannya hujah jenis tangkap muat.. yg kita dengar2 dari dari 1 sesi ceramah je..nak berilmu wajib lah berguru.. ada betul juga kata Ustazah mashitah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. abby abadi & aishah xde ckp diri diorg ustazah... diorg cuma berhijrah, pakai tudung & masuk pas... org ameno yg lebih2 ckp diorg ustazah.. tp ustaz azhar idrus mmg ustaz & dia mmg berilmu dgn cara penyampaian yg lucu.. so apa masalah ustazah mashitah ameno ??

      Padam
  13. Pak Ismail Yaacob

    U deserve my high respect!Salute

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.