Halaman

Isnin, 1 Disember 2014

Setiap butir beras yang dimakan adalah kerana UMNO

Wakil Kedah, Dr Mohammad Nawar Ariffin, mengingatkan kepada golongan muda supaya tidak terus-menerus menentang kerajaan dan menggelarkan parti UMNO sebagai parti rasuah.

"Jangan tuduh parti ini parti rasuah... kita hantar belajar tetapi tuduh UMNO parti macam-macam. Kita bantu mereka daripada susah tetapi bila dah berjaya, mereka tentang kerajaan.

"Anak muda kena tengok balik apa yang mereka perjuangkan. Sepatutnya kena bantu kerajaan bangunkan ekonomi anak muda yang lain... bantu dan perbetulkan ekonomi mereka.

"Ingat anak-anak, setiap butir beras yang kamu makan itu adalah kerana UMNO... itu peringatan kepada anak-anak muda di luar sana," tegasnya.

Gambar hiasan


Sebelum UMNO wujud kat Tanah Melayu ini, mungkin tok nenek moyang kita tak makan nasi, kerana setiap butir beras yang kita makan adalah kerana UMNO.

Tak dinafikan banyak juga jasa UMNO kepada negara bermula dari kemerdekaan negara hingga hari ini, namun tak payahlah sampai klaim UMNO ambil alih kerja Tuhan yang memberi rezeki. Kalau setiap butir beras yang dimakan adalah kerana UMNO, takkan lah masih wujud orang yang tak mampu nak makan nasi pun kat Malaysia ni? Bab pemberi rezeki nak klaim, tapi pemberi kemiskinan tak nak klaim pula itu kerja korang?

Serius, tak payah la buat perhimpunan agung lagi tahun depan, makin banyak pulak benda merapu yang keluar.




tags: setiap butir nasi yang kamu makan adalah kerana umno dr mohammad nawar ariffin

16 ulasan:

  1. kan...saya paling tak puas hati bila mereka suruh kita bersyukurlah kerada kerajaan.Sesungguhnya kami bersyukur kepada Allah s.w.t yang melimpahkan rezeki kepada kami dari sumber yang tak kami sangka-sangka.Mungkin melalui UMNO...tapi bukan makan kerana UMNO.

    BalasPadam
  2. Dari najib sampai la kpd macai suma ayat bangang yg kluar. Tapi dia ni special sikit sbb ayat dia dh jatuh syirik. Kerja Allah bg rezeki di pusing sbg kerja amno... Agak2 le nk mengampu pun. Selama ni gua mkn nasik pun gua bli bras hasil duit gua kerja.. Beras plak Allah yg kasi tumbuh kasi rezeki dkt org ..Bkn umno yg kasi gua rezeki beras ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btul tu.kite keje penat2..doa sgla bagai.umno gak dpt nama bg kita makan.cibai la

      Padam
  3. Kalau gitu moh la kite gi pejabat umno..mintak beras yg paling mahal dan special. Tak payah la nak kne beli beras dah lepas ni

    BalasPadam
  4. perhimpunan agung orang2 Melayu bodoh!

    BalasPadam
  5. . Makan beras, kita mkn nasi

    BalasPadam
  6. owh.. aku tak nak makan beras.. aku nak makan fish n chip.. :D

    BalasPadam
  7. Sekejap je isu PAU ni......pasni semua org lupa. Lgpun byk statement org politik yg ingat kita sebagai rakyat senang diperbodohkan, ingat semua kesenangan yg ada skrg semuanya drpd mereka? Fokus la sumbangan yg bakal mereka lakukan kpd rakyat, bukan bangkit semua sunbangan yg lepas.

    BalasPadam
  8. Berucap smpai jadi menjengkelkan.
    Kalo ikot ayat drama indon cinta 7 susun " otak tak lengkap"
    Ahli MCA sendiri cakap “Dakwaan taksub sebegitu menunjukkan bahawa individu (wakil umno pulau pinang, Zaidi Mohd Said)ini amat memerlukan otak," kata Chew yang juga pengerusi jawatankuasa perhubungan MCA negeri.
    Pening...

    BalasPadam
  9. Skill bepidato yg tiada ilmiah... semua parti sembang lebih... pirahhh

    BalasPadam
  10. Semua salah UMNO-BN!

    BalasPadam
  11. Kalu nak membodek tu berpada2 lah yb...nampak sangat kepandirannya...memang nak kelaut la kalu bnyk pemimpin umno metaliti mcm ni...nak membodek bos jer tahu...hang ingat rakyat mintak rezeki kat hang...

    BalasPadam
  12. Umno dah menyamai firaun. Firaun dulu pun suruh rakyat memuja dirinya sebagai pemberi rezeki ala2 tuhan

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.