Halaman

Isnin, 1 Disember 2014

Perasaan ayah yang mempunyai anak perempuan

Apa Yang Seorang Ayah Berharap Dan Sedih dengan Anaknya?

Aku seorang ayah, aku juga adalah anak kepada ayah aku, anak kepada emak aku, adik kepada abang dan kakak aku, abang kepada adik aku, abang ipar kepada adik-adik ipar aku yang duduk serumah dengan aku dan juga suami kepada isteri aku. Tapi apa yang aku nak cerita, ialah perasaan seorang ayah kepada anak perempuan aku. Aku kongsi cerita sebab aku masih belum dianugerahkan rezeki anak lelaki lagi.

Sumber gambar

Anak perempuan aku, namanya Qhaseh Mariam. Asal nak letak Qhaseh Zulaiqha, tapi memandangkan ayah aku dah pesan awal-awal dekat aku yang dia beristikarah, berdoa, baca surah itu ini dan meminta aku meletakkan nama anak aku Mariam. Jadi aku nak ambil hati ayah aku, aku letak nama anak aku begitu. Aku hidup merantau jauh dengan keluarga aku di sebelah selatan tanah air, jadi sejak lahir, aku yang mandikan, aku yang basuh berak, aku yang basuh uri anak perempuan aku, aku yang tanam, aku yang berulang alik pergi hospital bila anak aku demam kuning atau sakit.

Dunia aku berubah 80 peratus.... lagi 20 peratus sebab perangai bujang aku masih menular dalam sanubariku. Apa yang tak pernah jangka aku akan buat, aku kena buat. Siapa lagi nak buat kalau tidak aku. Dalam rumah hanya ada aku, isteri aku dan anak aku yang baru beberapa hari. Nak suruh anak aku mandi sendiri, aku yang kena 'mandi' dengan isteri aku.

Sumber gambar

Bila kau ada anak, terutama anak perempuan. Dia akan jadi permata dalam jiwa kau. Keselamatan dia paling utama, sampai isteri aku perli aku, sejak lahir anak perempuan aku, dia macam tak wujud. Sampai satu ketika, bila aku termenung sambil melihat anak aku. Aku sedih bila tahu semua takkan terjadi lagi.... bila waktu kecil sejak dia lahir dia tidur dengan aku, makan dengan aku, mandi sudahla kau yang mandikan tambah lagi bila dia berak. Isteri aku penuh bangga bila dia beritahu anak aku berak sebab anak aku nak aku je bab cuci taik dia ni.

Aku ayah, bila umur anak aku dah meningkat aku tak boleh tidurkan dia, mandikan dia, peluk dia, cium dia, gomol gusti dia sebab dia dah dewasa. Apa yang aku pasti, bila aku dah tua..aku rindu nak tidur dengan anak aku. Setiap malam tidur aku selama 3 tahun, anak aku tidur di sebelah aku. Bau taik, susu masam,air liur basi dia yang wangi...seriRusly air liur basi dia yang buat kau nak cium dia hari-hari. Bila dia cium pipi kau, ada satu nikmat seorang ayah.


Tapi... bila dah dewasa, semua apa yang kau lakukan selama 3-4 tahun hidup kau dengan dia kau dah tak boleh lakukan. Kau akan kehilangan semua 'passport' bagi apa yang kau boleh lakukan bila anak dara kau masih kecil. Nak peluk, cium mulut, pipi, perut atau satu badan pun bila anak dara kau dah dewasa... kau dah tak boleh buat. Bagi aku, aku rasa kehilangan... hanya mampu tengok anak dara kau membesar, belajar sekolah rendah, menengah... jadi isteri orang. Sebab itu jugalah aku tekad dalam diri aku, walau susah mana pun hidup aku, masa untuk anak aku mesti ada.

Kalau aku sibuk macam mana sekalipun, aku akan cari anak aku semata-mata nak ciuman dari dia. Dia taknak kasi pun aku paksa gak... Sebab aku tahu... suatu hari nanti... aku dah takkan dapat balik nikmat ciuman seorang anak perempuan aku. Sekarang.... anak aku dah masuk 3 tahun, bermakna hanya tinggal setahun atau dua tahun aku dapat ciuman free... kalau lebih dari tu... ciuman dari pak polisi yang aku dapat.

Jadi berbanggalah jadi seorang ayah!!!!!!!!!!!!!




* Petikan komen anon dari artikel "Mak, kau dengar tak apa aku cakap":
"Ayah itu ibarat hero kita, dia pembela kita yang tegas dan berani. Ibu pula penuh dengan lemah lembut dan tempat kita mengadu."


Artikel ini telah terpilih untuk menjadi salah satu pemenang GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar yang ditulis oleh Mukriez Ebrahim Mansor.

Penafian: Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan blog Buasir Otak.




tags: pemenang giveaway contest gila ga #6 anda tulis kami bayar apa yang seorang ayah harap dan sedih kepada terhadap dengan anak perempuan cerpen cerita kisah benar kecewa emosi

19 ulasan:

  1. kira anak lelaki tiada di hati ayah la?? huwaaaaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak lelaki layanan dia lain sikit kot, kalau anak perempuan boleh layan lembut2 manja2

      Padam
  2. Semua salah UMNO-BN

    BalasPadam
  3. Sebab apabila anak perempuan menginjak dewasa, perlu ada batasan lelaki dan perempuan wp lelaki itu adalah ayah sendiri.

    BalasPadam
  4. wew selamat tak jadi incest takut aku o.o

    BalasPadam
  5. ahhhhh... tetiba air mata mengalir baca entry ni... saya dengan adik beradik perempuan lebih rapat dari kecik lagi... kasih sayang kasihan dan simpati selalu menyebelahi saya bila berkenaan adik beradik perempuan, saya anggap lelaki boleh jaga diri sendiri dan perempuan memerlukan perlindungan...

    BalasPadam
  6. Jgn layan perasaan tu sangat..banyak beramal cintai akhirat...anak,isteri dan harta perhiasan dunia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko tgk la kat akhirat nnt kalau anak perempuan ko dan bini ko kalau ko tak jaga..apa ko mendapat kat akhirat nnt

      Padam
    2. Kahkahkah 7.27pg.. memang butthurt la sial..

      Padam
  7. Alahai xdpt kiss anak pempuan pun kecoh. Bini ko kan ada. Kongkek la pepuas .. Xpuas tambah lg bini sorang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal. Ayat penulis mcm sangap dkt anak sendiri nak kiss kiss bagai

      Padam
    2. Ayat penulis ni buat aku rse excited lain mcm, rse mcm nak gi gomol ank pempuan jiran aku, oh god.

      Padam
    3. saya amat ""kesian"" pada anda bertiga...hurmmmm

      Padam
    4. bila kau jadi seorang ayah........baru kau rasa nikmat ciuman dari anak kau.......,ciuman dari anak...bukan kerana nafsu........tapi kasih sayang

      Padam
    5. Pedo detected ..

      Padam
    6. Nafsu la tu, nafsu yg nakkan perhatian anak. Nafsu bkn sekadar sexual semata2, nafsu tu satu bentuk keinginan.

      Padam
    7. mat rempit ini bukan blog utk anda..sila blah!!

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.