Halaman

Ahad, 23 November 2014

Bayi luar nikah, di manakah imej kita?

Masalah anak luar nikah di Malaysia seperti tiada penghujungnya. Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan berita seorang remaja wanita mencampakkan anak yang baru dilahirkan dari tingkat 3 rumahnya kerana tidak mahu menanggung malu disebabkan kelahiran bayi itu. Ditambah lagi dengan berita terbaru di Shah Alam seorang bayi lelaki telah ditinggalkan di hadapan surau taman Platinum, menunjukkan bahawa kancah kelahiran anak luar nikah di negara kita kian meruncing.


Statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2009 menunjukkan bilangan anak luar nikah yang didaftarkan adalah sebanyak 17,303 orang. Manakala pada tahun 2011, satu peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 18,652 orang telah didaftarkan. Memang benarlah apa yang di war-war kan pada masa kini SATU HARI SATU BAYI LUAR NIKAH dilahirkan. Mengapakah fenomena sebegini rupa tetap berlaku? Sedangkan majoriti penduduk di negara Malaysia adalah penganut yang beragama islam. Agama islam sama sekali melarang penganutnya untuk menghampiri zina seperti yang dirakamkan dalam firman Allah dalam surah al-Israa' ayat 32 yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk,”.

Papaglamz begitu tertarik untuk mengupas isu ini berlandaskan mata Tinta Papaglamz sendiri. Sememangnya kita tahu negara kita Malaysia agama rasminya ialah Islam. Namun, islam yang bagaimanakah penganut-penganutnya anuti? Adakah islam yang jati? Ataupun Islam yang hanya pada nama? Agama Islam menuntut para penganutnya menjalani kehidupan seharian dengan tatasusila ditambah dengan undang-undang yang tertentu. Penghayatan Islam dalam diri seseorang yang kian rapuh merupakan faktor utama kebanjiran anak luar nikah di negara kita. Cara hidup yang jauh terpesong dengan landasan-landasan agama Islam sudah sebati dalam jiwa mereka.


Kita lihat sahaja berapa ramai anak remaja yang tidak lagi menutup aurat serta bergaul bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim mereka. Ramai bukan? Mereka seperti sudah terbiasa dengan perkara sebegitu. Malah jika ada yang menutup aurat dan menjaga pergaulan akan di cop sebagai kolot dan ketinggalan zaman. Pergaulan bebas begini yang menyumbang kepada kejadian zina lantas menyumbang kepada kelahiran anak luar nikah di negara kita.

Kepincangan institusi rumah tangga juga merupakan faktor penyebab kelahiran anak luar nikah. Ibu bapa yang sibuk bekerja sehingga lupa untuk menunjukkan keprihatinan mereka kepada anak-anak akan melahirkan generasi yang kekurangan kasih sayang. Ibu bapa yang menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik serta membesarkan anak-anak mereka kepada pengasuh merupakan satu kesilapan besar dalam pembentukan kehidupan anak-anak mereka. Bukankah anak-anak itu umpama kain putih? Ibu bapa yang sepatutnya mencorak dan mewarnakan kain putih itu.


Jadi, lukislah dan warnailah kehidupan anak-anak kita dengan corak-corak serta warna-warni jati diri Islam yang penuh dengan tatasusila dan keindahan sejak dari kecil lagi. Seperti kata pepatah melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Andainya penerapan nilai-nilai akhlak mulia bermula sejak dari kecil lagi, nescaya akan lahirlah generasi yang berakhlak mulia skali gus fenomena anak luar nikah pastinya dapat diatasi dengan sebaiknya. Insyallah.

Kegairahan dalam mencapai kemajuan teknologi tinggi yang moden juga merupakan faktor penting masalah ini. Dewasa kini, melayari internet merupakan salah satu keperluan bagi setiap individu. Ditambah pula dengan kemunculan gadjet-gadjet yang berteknologi tinggi begitu mudah didapati di pasaran menambahkan lagi kemudahan dan kebebasan remaja-remaja kita mengakses laman sosial.


Cuba bayangkan sekiranya pelajar-pelajar yang masih mentah bebas melayari laman-laman sesawang yang berunsurkan porno, tidak dinafikan mereka akan terikut-ikut lantas melakukannya bersama rakan sekelas mereka. Hal ini terbukti dengan kes pelajar berumur 12 tahun mengandung telah dilaporkan baru-baru ini. Laman-laman sosial yang muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga faktor yang menyebabkan perkara seperti ini berlaku.

Dengan adanya istilah Cinta Maya, ramai remaja-remaja yang kesepian khususnya wanita yang tertunduk dengan janji-janji kosong lelaki buaya yang dikenali di laman sosial. Sekiranya kewujudan laman sesawang yang boleh menjerumuskan remaja-remaja kita ke dalam kancah zina dibiarkan bebas begitu sahaja, pastinya permasalahan kelahiran bayi luar nikah tidak akan ada penghujungnya.


Nah...!! Begitulah betapa peri pentingnya untuk kita mengetahui apakah yang menyebabkan masalah kelahiran bayi luar nikah di negara kita ini kian meruncing. Ternyata didikan awal oleh ibu bapa menjadi punca yang paling utama. Sekiranya ibu bapa dapat mendidik anak-anak mereka dengan akhlak-akhlak mulia sejajar dengan ajaran agama Islam, nescaya walau sehebat mana pun ancaman dari anasir-anasir luar terhadap anak-anak pasti akan dapat dihalangi.

Perlu diingat, Allah sentiasa bersama-sama orang yang mengingatinya. Maka ajarlah anak-anak kita ilmu mengenal tuhan nescaya Allah akan membantu kita untuk menjaga mereka. Dengan penyelesian masalah ini sudah pasti imej negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam pasti akan terjaga.

-sekian-

Muhammad Faizal Bin Mohd Musa @ Musa





Artikel ini telah terpilih untuk menjadi salah satu pemenang GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar yang ditulis oleh Muhammad Faizal Bin Mohd Musa @ Musa.

Penafian: Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan blog Buasir Otak.




tags: pemenang giveaway contest gila ga #6 anda tulis kami bayar bayi luar nikah di mana imej kita pelajar haml mengandung buang anak tong sampah tinggal surau tali pusat

28 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. anon 4:02ptg taksub betul dgn kondom..
      bapak kau yg sepatutnye pakai kondom ms die rogol mak kau dlm tandas skolah dulu..

      Padam
    2. Sepatutnya kerajaan UMNO-BN mengedarkan kondom percuma di sekolah-sekolah. Ini dapat mengurangkan kadar anak luar nikah..

      Padam
  2. Balasan
    1. Kak Eny.... Bace la.. Hehehe. Cuba2 je.. Tetibe terpilih.. Huhuhi..

      Padam
  3. bersekolah sekolah dahulu berjimak jimak kemudian ..

    skrg nak dpt benda porno semudah menyebut A B C ..
    nak cari Balak Semudah mencari lauk dikedai mamak mapley
    nak berjimak cermak di hotel bajet juga semudah menyebut 1 2 3

    nak kahwin plak susah mcm macai ameno ...
    jimak free kahwin berpuluh ribu ... apa lagi berjimak cermak la budak2 skrg .. kui3..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kepala hotak ko semua salah umno.. hbs tu org pr kahwin free la? nurul ijah dulu kawin 2 3 ringgit je ka? yg berjimak luar nikah semua umno la, yg liwat, yg bantai china doll, yg pakai spenda putih tu semua umno la?? bodoh punya lembu fuckatan

      Padam
    2. Ini semua salah Ameno!

      Padam
    3. Ameno tak edarkan kondom di sekolah.. tu la pasal lahir anak luar nikah.. family planning penting! Jgn sampai pancut dalam.. pakai kondom untuk safety! Peace uols!

      Padam
  4. kesiannya tengok bayi yang tak bersalah dibuat macam tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. abis masa sedap romen ada fikir bayi tak bersalah? org sedap nikmat jimak xde fikir semua benda tu puihhh! tu sebb dlm islam ternag dh beritau dekat pun xboleh ada fhm?

      Padam
    2. ternag tu ape? sejenis macai Ameno kah?

      Padam
    3. ternag lembu shahrizat

      Padam
    4. ternag nfc ???

      Padam
    5. Al An'am 161 katanya "laa taqrabul fa waa hisha"...jangan akrab dengan kejahatan, umum bro,,,tafsir Quran ikut suka gigi kau je ye? Al Israa' 32 katanya jangan "akrab" dengan zina...maknanya kau jangan pi kelab tiap malam sabtu cari pompuan ajak tidur...lain kali fahamkan maksud hampir dengan akrab...hampir, dia baru nak kenal...akrab...dia dah jadi second skin engkau...tak ada jalan nak maaf lagi ha ha! aduhai...kesian, kesian!

      Padam
  5. Dear Buasir Otak team.. Terima kasih pilih artikel Papaglamz yang tak seberapa ni. Semoga menjadi iktibar bersama. Insyallahh..

    BalasPadam
  6. kenapa laaa takut tanggung malu sedangkan dah tahu risiko lepas berjimak...?? haiyooo.... tinggalkanlah kat tempat yang ada orang... bukan susah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko xkena sedap jimak tau la sembang lebat pekena 1-2 kali mau gian mcm isap rokok xleh nak berhenti jadi hati2 la ntuk mengelak dari dekat ngan zina....

      Padam
    2. Brader anon 1.30 lu sembang cam biase buat je...

      Padam
    3. Brader anon 1.30 jimak dgn tangan. Ari2 mau. Ari2 sedap. Hewhewhew..

      Padam
    4. Ni jimak lancap ke jimak gentel ni anon 1:30?

      Padam
  7. sebab dan akibat, segala kejahatan berlaku ialah atas salah JAKIM dan ahli-ahli agama...semalam masa tgh makan malam kat sebuah kedai aku tertonton berita yang kisahnya mengapa ramai anak tak sah taraf wujud di Malaysia? Sebab susahnya nak kawin dalam Malaysia maka ramai yang kawin di luar negara...ini bukan jenis nak berjimak cermak suka-suka nih...ni kelompok yang nak bina masjid dan berkeluarga...pun susah nak dapat wali hakim.,.aku ingat tahun 2008 masa wife aku mohon wali hakim akhirnya kes kena buang pasal katanya aku tak layak jadi suami yang baik...tapi baru-baru nih bila aku ada kes dengan pak mertua aku ahli agama nih cakap..."kita dah bagi wali hakim dah masa tu"...ye lah tu! Aku sangat terkilan kenapa masih ramai manusia munafik dalam JAKIM...tak per satu hari nanti Tuhan kasi aku masa jumpa depa aku basuh cukup-cukup...hari tuh dah kena dah dengan aku.,.he he! Ya aku gila, tak payah komen kat bawah kata aku gila ha ha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tau ko gila xperlu la komen berjela2 la gila -_- apappun tahniah ko dpt kahwin :D

      Padam
    2. Asri7082 - thank you. Kau tunggulah masa kau pulak jangan tunggu masa aku, aku punya masa dah sampai! ha ha ha! kau sendiri pun terkejut kan aku dapat kawin? ha ha ha! Tuhan ada dengan aku tapi tak dengan kau...he he! eh! Dia ada dengan kau jugak tapi kau terlalu takabur...kesian! pi maki orang lagi kat tweeter kau huhu!

      Padam
  8. Back to basic...
    Pelajari agama. Agama bukan sekadar utk jawab exam je...

    BalasPadam
  9. 2011 - 18,652 org anak luar nikah. purata lebih kurang 51 orang setiap hari, dua orang setiap jam..

    Astaghfirullahal 'azim..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.