Kenapa awak sentiasa makan gaji sahaja?
1. Kerana awak senang dalam kesusahan. Kerana awak tidak berani, takut memilih jalan yang lain, maka awak hanya makan gaji sahaja.
2. Awak pernah fikir untuk ubah hidup. Ubah nasib awak yang miskin tetapi awak tidak buat. Awak takut untuk buat. Takut kalah dan menjadi lebih miskin. Akhirnya awak tidak berani fikir, patah balik kepada bekerja. Sebab itu awak hanya makan gaji sahaja.
3. Awak sudah bekerja keras dan sudah berjuang. Awak mempunyai cita-cita yang tinggi. Akhirnya awak tidak mendapat hasil yang awak impikan. Awak putus asa. Sebab itu awak makan gaji sahaja.
4. Kenapa awak selalu makan gaji sahaja? Sebab awak hanyut. Bergaul dengan orang yang tidak sepatutnya. Tidak terfikir untuk maju ke hadapan. Tidak memperolehi sesen pun. Suka sangat menyertai kemeriahan. Sebab itu awak sentiasa makan gaji sahaja.
5. Sebab awak takut kepada ibu bapa, awak dengar cakap saudara mara. Awak tiada pendirian. Tidak berani buat keputusan sendiri. Sebab itu awak sentiasa makan gaji sahaja.
6. Pemikiran awak kuno. Hanya mahu bekerja untuk dapatkan wang, berkahwin dan beranak. Lepas itu tunggu tua, sakit dan mati. Perjalanan hidup yang sama seperti ibu bapa awak. Sebab itu awak makan gaji sahaja.
7. Awak dilahirkan lemah. Otak lambat berpusing. Hanya mahu membuat kerja yang senang. Awak hanya mahu membuat perniagaan yang tidak perlu modal. Awak hanya duduk rumah tunggu perkara baik jatuh dari langit. Sebab itu awak sentiasa makan gaji sahaja.
8. Awak sentiasa mengadu tiada peluang. Apabila peluang datang awak biarkannya pergi. Sebab itu awak tidak merebut peluang. Sebab itu awak sentiasa makan gaji sahaja.
9. Disebabkan miskin, awak merendah diri. Awak berundur. Awak tidak berani memuji. Awak hanya tahu bekerja dengan orang lain. Sebab itu awak sentiasa makan gaji sahaja.
10. Awak tiada bakat atau kemahiran tertentu. Sebab itu awak hanya gunakan kekerasan seperti ibu bapa awak. Satu kitaran yang tidak bagus. Oleh itu awak sentiasa makan gaji sahaja.
* * * * * * * * * *
Itulah artikel berkaitan Li Kah-Shing yang selalu digunakan oleh orang2 yang mula nak berniaga terutama perniagaan MLM dan skim cepat kaya untuk menarik orang lain menyertai mereka, dan mereka selalunya akan merendah2kan orang lain yang kerja makan gaji untuk menyertai bisnes mereka.
Tak dinafikan kalau nak jadi kaya dan bebas dari masalah kewangan adalah dengan berniaga, tapi risikonya tetap ada. Tidak semestinya semua orang yang berniaga itu terus jadi kaya dan bebas dari masalah kewangan.
Dan yang paling utama, kenapa perlu membodoh dan merendahkan orang lain yang kerja makan gaji? Anda sendiri memerlukan orang yang makan gaji untuk membangun dan menjalankan bisnes anda.
Anda buka bisnes restoran, adakah anda yang yang jadi cashier, tukang masak, tukang buat air, tukang ambil pesanan, tukang lap meja dan sebagainya? Anda upah orang lain makan gaji dengan anda juga kan?
Anda buka bisnes jual tudung online, adakah anda yang buat tudung sendiri, jahit tudung sendiri, jadi posmen hantar tudung sendiri kepada pelanggan? Orang lain yang makan gaji juga yang buatkan untuk anda kan?
Anda buka bisnes MLM juga supplement atau makanan kesihatan tambahan, adakah anda sendiri yang cipta produk tu, buat pembungkusan, design label, hantar stok kepada anda, dan yang paling penting, orang yang korang nak cari untuk jadikan downline korang, mereka yang makan gaji juga kan?
Anda kata bodoh pada orang makan gaji bererti anda memperbodohkan pekerja anda dan semua yang terlibat dalam membangunkan bisnes anda sendiri. Mempunyai bisnes sendiri memang bagus, tapi anda sebenarnya tidak layak untuk kata "bekerja dengan orang lain adalah satu pelaburan yang paling bodoh", melainkan anda menjalankan sendiri bisnes anda dari A sampai Z tanpa mengharapkan orang lain membuat apa2 kerja untuk menjalankan bisnes anda.
Dan kalau semua orang mahu berniaga dan bekerja sendiri, siapa pula mahu menjadi pekerja? Masing2 ada pilihan hidup masing2, sekurang2nya hormat keputusan dan pilihan kerjaya orang lain.
Kredit to Bukhari Ryo.
tags: bekerja dengan orang lain pelaburan yang paling bodoh li ka-shing millionnaire jutawan kaya tips bisnes berniaga perniagaan usahawan entrepreneur makan gaji pendapatan pekerja syarikat
Bagi kelas pekerja macam kita, bekerja makan gaji itu penting untuk kita bina tapak sendiri sebelum pergi berdikari. Selain dari kumpul modal, kita juga dapat belajar selok belok pengurusan dan urus tadbir organisasi sebelum membina perniagaan sendiri. Budak MLM apa tau, kira nak cepat kaya je. Ilmu dan pengalaman yang nak kena cari tak ambik kira. Asyik dengar sembang lebat upline kat mamak je, memang tak ke mana beb.
BalasPadamPaling bodoh down line mlm diperbovodohkan upline mlm...produk biasa2 jual overprice gebang skyhigh....vagang
BalasPadamPada pendapat aku, kerja makan gaji tu tapak asas yang mesti ada. Lepas tu baru kita buat bisnes secara kecil-kecilan dan memperbesarkan bisnes sehinggalah kita rasa sudah tak perlu kerja lagi dengan orang dan dah boleh uruskan bisnes sepenuhnya.
BalasPadamKes 1
Ahmad merupakan anak orang kaya. Bapanya memiliki bisnes perkapalan yang terkenal. Ahmad tidak perlu lagi bekerja di syarikat org lain. Dia sudah membuka pelbagai jenis perniagaan dengan modal yang diberikan bapanya.
Ahmad memperlekehkan abu, seorang pemuda yang berasal dari keluarga miskin dan mencari kerja hanya bergantung kepada ijazah yang dimiliki. "Apa la ko abu, sampai bila ko nak jadi cmni..buke bisnes. nak senang ko start modal RM 100 k pun dan ok..dah boleh buke kedai", nasihat si Ahmad. Abu menjawab sambil tunduk "ye la mad, bisnes memang ok. Tapi mana nak cari RM 100 k tu? aku keje ni dalam masa yg sama ada jugak la duit simpan kot2 nak buat modal bisnes nanti..lain la kalau bapak ko nak sponsor modal kat aku".
kes 2
Ahmad tegur karim, "bila ko nak hidup senang mcm aku?ada bisnes sendiri baru masyuk. Tak payah keje dengan org". Karim menjawab " modal?". Ahmad tersenyum sinis "huh...buat loan la der, RM 50 k ke paling kurang..baru bisnes on lancar". Karim pun termenung..memikirkan anak-anaknya, isterinya dan risiko bisnes dan backup sekiranya bisnes tak menjadi atau ditipu.
>>>Isunya kat sini, memang la ramai nak buat bisnes sendiri.Nak ada duit bnyak. Keje tak makan gaji. Point nak jelaskan kat sini ialah SABAR LAAA...tengah kumpul modal la ni. Bisnes kecik2 ja dulu. Anak orang kaya boleh la trus start buka company. modal dah banyak. Ni kami yang nak mula dari bawah ni,apa2 pun modal kena la kumpul. Ni keje nak buat loan je..kang hutang je kami dapat, bisnes ntah ke mana.
tu diantara beber
Li Ka-Shing......kachinggg!!
BalasPadamkenchingg!!!
PadamLi kua' ken chengggg
Padammelayu lanyak melayu (MLM)
BalasPadamkalau dh semua nk buat bisnes, siapa yg nk keje jadi cikgu, pensyarah, doktor, engineer, nelayan, petani, tkg jg kaunter mekdi dll?? nk suruh bangla indon amik alih semua keje2 tu? last2 sapa yg bodoh? bodo punya upline mlm dok kenching len
BalasPadamtakpe janji kerja halal.. pedulik ape aku dorang nk kata bodo keje dgn org lain. orgyg kata org lain bodo tu nk bg kter duit ke???
BalasPadamPemimpin bn pun kerja makan gaji gak. Kaya-raya belaka aku tengok
BalasPadamDownline MLM plg bodoh. Upline duk goyang telur kat rumah tunggu duit masuk. Downline susah payah kena menipu org lain utk turut join jadi bodoh bersama.
BalasPadamCina memang perangai macam ni. Sbb tu diorg gajikan org murah2. Bg diorg pekerja ni ibarat hamba abdi je. Berbeza dgn Jepun dan Jerman. Diorg anggp pekerja sebahagian dr perniagaan. Satu aset. Diorg jga.
BalasPadamOrg Jepun n Jerman diorg py mentaliti n disiplin pn jauh berbeza ngan org Cina n org kite. Disiplin n komited ngn keje. Diorg mmndang kepentingan umum tu lebih tinggi dr kepntingn peribadi.
masalah hanya separuh orang cina yang menghargai pekerja sendiri lagi separuh haprak.... sama jugak ngan melayu ada yang betul2 hargai pekerja sendiri lagi separuh geng haprak yg tak hargai pekerja sendiri mana2 sama je dlm Malaysia...
PadamSirosli! Rasanya bukan separuh,, kurang dari separuh orang cina yang jaga kebajikan pekerja nya.. Ntah2 kurang dari 10%!
Padambodo..dah sume nak bisnes sendiri, sape yang nak jadi pekerja kalau kita buke bisnes nanti. bodo la. Konflik sungguh idea, dia sruh bisnes..jgn jadi pekerja. pastu dia amik pekerja. kalau org tak kerja dengan dia..bisnes dia pun tak akan wujud dan tak akan kaya. ni sume ayat MLM bodo tak berasas la ni.
BalasPadamBekerja dengan orang lain atau bekerja UNTUK orang lain. Kalau berniaga pun kenala kerja dengan orang lain untuk dpt profit, takkan nak kerja dengan beruk pulak?
BalasPadamPada hemat aku, Li Ka-Shing tujukan perkara ni kepada umum atau pukul rata tanpa melibatkan sentimen perkauman atau berat sebelah. Aku cuma bersangka baik, dia menghargai kesemua makhluk yg berstatus manusia, sebab itulah dia fikir kamu semua layak untuk berjaya seperti dia. Berhenti jadi orang yang selalu menyaksikan dan beranilah untuk maju kehadapan untuk disaksikan pula.;)
BalasPadamSekali sekala noob petik ayat2 Quran kasi Meleis kecut perut. Kali ni biar aku petik sikik tulisan kengkawan kita dari blog tulahan.blogspot.com.
BalasPadamDi samping do'a-do'a yang diajarkan untuk rezeki murah, ada pula do'a-do'a yang tidak popular di zaman ini yang diajarkan Rasulullah SAW agar meminta kepada Allah kemiskinan
"Ya Allah, hidupkan aku miskin. Matikan aku miskin. Dan kumpulkan aku kelak di Padang Mahsyar ke dalam kelompok kaum miskin".
Doa diatas tadi jarang sekali dibaca tapi memang itu kenyataan doa yang diajarkan Rasulullah SAW agar meminta kepada Allah kemiskinan.
Suatu ketika Rasulullah pernah ditanya tentang syurga dan ahlinya, beliau menjelaskan bahAwa penghuni yang paling ramai di syurga adalah orang miskin. Yang dimaksud di sini tentu bukan semua orang miskin masuk syurga. akan tetapi kebanyakan penghuni surga adalah orang miskin yang sabar, soleh, taat kepada Allah dan banyak beribadah.
Miskin. Siapa suka miskin? Semua lari dari kemiskinan dan takut miskin. Ini kenyataan hidup sekarang ini. Tidak ada orang ingin hidup miskin. Bercadang ingin jadi miskin, bermimpi jadi orang miskin atau bertemu dengan kemiskinan atau kesusahan sahaja sama sekali tidak dibayangkan.
Tapi kalau kita teliti dengan saksama memang itulah kenyataan sebahagian falsafah hidup yang diajarkan Rasulullah SAW kepada kita. Dan baginda sendiri ternyata hidup dalam keadaan miskin. Ketika beliau wafat, tidak ada harta yang diwariskan untuk keluarganya dan diketahui baju besinya masih tergadai pula. Rahsia apa sebenarnya yang terkandung dalam gaya hidup seperti baginda itu ?
Begitu pula para sahabat Nabi kebanyakannya mereka hidup dalam kekurangan dan kemiskinan. Hidup berlebihan atau kaya sangat jarang kita dapatkan dalam kisah kehidupan para sahabat Rasulullah. Ada diantara mereka yang kaya seperti Usman bin Affan dan Abdurahman bin Auf, tapi mereka pun berusaha menginfa'kan dan rela mengeluarkan hartanya ke jalan Allah agar jadi miskin.
Imam besar Ali RA hidup miskin dan serba kekurangan. Malah setelah berkahwin dengan Fatimah binti Rasullah beliau tidak mampu mengambil seorang pembantu.
Ketika isterinya, Fatimah, datang kepada ayahnya minta kepada beliau seorang pembantu. Rasulullah pun berkata "Wahai anakku bersabarlah. Sesungguhnya sebaik baiknya wanita adalah yang bermanfaat bagi keluarganya"
Contoh lainnya, pernah satu ketika Rasulallah SAW datang menziarahi ke rumah anaknya, Fatimah. Ketika beliau melihat anaknya mengenakan subang dan rantai diperbuat dari perak, begitu pula beliau melihat selak pintu rumahnya diperbuat dari bahan sejenis perak, Rasulullah segera keluar dari rumahnya dan kelihatan tanda tanda kemarahan di wajah beliau. Beliau naik ke atas mimbar.
Fatimah pun mengetahui maksud kemarahan ayahnya. Maka ditanggalkan subang, rantai dan selak pintu yang terbuat dari perak dan segera diserahkannya kepada Nabi di atas mimbar seraya berkata "Jadikanlah semua ini di jalan Allah, ya abati".
Ya Allah Ya Robb, adakah lagi perempuan perempuan sehebat Fatimah RA di zaman ini ??
Wahai kaum muslimin, seandainya dunia ini bernilai di sisi Allah sebesar sayap nyamuk, maka tidak ada seorang orang kafir diberi minum setitis pun"
Jadi, mengapa Rasulullah SAW mengajarkan doa jadi miskin? Rahsia apa sebenarnya yang terkandung dalam doa dan contoh yang beliau berikan ?
Orang kaya yang hanya memikirkan diri sendiri, serakah, tamak, dan kedekut, orang semacam ini dikategorikan orang kaya tapi berjiwa miskin. Sebaliknya orang miskin yang menerima nasib, bersabar, tabah dengan segala musibah yang menimpah dirinya, dan redha serta bersyukur dengan apa yang telah diberikan Allah, ia adalah orang miskin berjiwa kaya .sayaberitahu
Amacam..ada branik? Cakap Meleis mmg terbaek didunia. Sumer apa pun tetap ale-uto.. kahkahkah..
Ayat2 geng2 taik MLM nak tarik orang...
BalasPadam