Halaman

Selasa, 18 November 2014

Penampakan Makhluk Berkepala Manusia Berbadan Lembu

Kisah penampakan makhluk lain sering beredar tidak kira dari mulut kemulut malah dengan teknologi yang ada sekarang juga menjadikan  ia di kongsi di media sosial.

Untuk artikel kali ini penulis ingin kongsikan kisah benar penampakan makhluk berkepala manusia berbadan lembu, dan kisah ini di ceritakan oleh puan Yah (nama sebenar di rahsiakan).

Gambar hiasan penampakan makhluk berkepala manusia berbadan lembu

Kisahnya bermula apabila puan Yah mahu pulang semula ke seremban bersama suaminya setelah pulang bercuti di kampung yang terletak di Felda Chemomoi.

Kisah ini terjadi pada awal September 2014, malam Selasa pada jam 11 malam, ketika itu puan Yah serta suami memutuskan untuk pulang ke Seremban melalui jalan pintas di Lembah Jaya yang terletak di Simpang Pelangai, Bentong, Pahang.

Keadaan ketika itu gelap kerana tiada lampu jalan di situ, hanya lampu kereta beliau dan suami yang menerangi jalan tersebut, malah tiada kenderaan lain di ketika itu yang lalu di situ.

Tiba-tiba dari jauh puan Yah serta suami terlihat seperti lembu di hadapan mereka dalam jarak beberapa meter maka mereka pun memperlahankan kereta, kerana di kawasan itu juga terkadang sewaktu malam terdapat lembu yang berkeliaran.

Gambar hiasan

Apabila kenderaan yang di pandu mereka semakin menghampiri "Lembu" itu tadi, tiba-tiba alangkah terkejutnya puan Yah serta suami takkala melihat secara jelas Makhluk Berkepala Manusia berbadan Lembu.

Dan ketika itu panik melanda mereka berdua namun di dalam hati membaca potongan ayat-ayat suci Al-Quran.

Mengikut cerita puan Yah, dia dan suami dapat melihat makhluk tersebut selama lebih kurang dua minit sebelum ia hilang dari pandangan.

Setelah makhluk itu hilang dari pandangan maka mereka meneruskan perjalanan pulang ke seremban, pengalaman bertemu makhluk ini sesungguhnya amat menyeramkan.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah:
“Sesungguhnya hantu pernah mereka sebutkan di sisi Umar al-Khattab. Maka beliau berkata: Bahawasanya tidak ada yang mampu untuk merubah bentuk aslinya sebagaimana diciptakan Allah SWT mula-mula. Namun mereka mempunyai tukang sihir sebagaimana tukang sihir yang ada di antara kalian. Apabila kalian melihat hal itu, maka ucapkanlah azan pada mereka”. Al-Hafiz Ibn Hajar berkata : “Isnadnya sahih”. Fath al-Bari (6/344).

Cerita ini adalah kisah benar seperti yang di ceritakan oleh puan Yah kepada penulis.





Artikel ini telah terpilih untuk menjadi salah satu pemenang GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar yang ditulis oleh Eyfa & Fara.

Penafian: Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan blog Buasir Otak.




tags: pemenang giveaway contest gila ga #6 anda tulis kami bayar kisah benar cerita penampakan makhluk berkepala manusia berbadan lembu xtro seram takut

11 ulasan:

  1. nice sharing.. sebelum ni, ina tak pernah dengar pun.. seram pun ada

    BalasPadam
  2. ha ha ha ha!
    hantu tak ada, yang aku tau benda-benda nih semua reject yang digantung tak bertali...
    pada aku benda-benda nih semua program yang deny purpose dia...jadi benda nih termasuk dalam legend, urban legend dan segala macam...benda dia tak lah sehebat folklore yang kau baca...tak ada prince charming pi cium pompuan yang tidur tuh...dont believe the fairy tale...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hantu memang tak ada. Yang ada tu jin dan syaitan. ada yang rupa hodoh..orang pun start bagi nama hantu dan spesis2 hantu.

      Padam
  3. gambar tu xmcm badan lembu je.. mcm badan manusia terbalik

    BalasPadam
  4. betui ke cerita "betui" ni sebab banyak jugak yang betui jadi kantui

    BalasPadam
  5. Foto hiasan dalam artikel ni adalah manusia cacat la..

    https://www.google.com.my/search?q=congenital+genu+recurvatum&source=lnms&tbm=isch

    Tolong jangan kata mereka jin atau hantu. Mereka manusia seperti kita juga, cuma nasib mereka tidak sebaik kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni pandai2 je kan. foto tu dari filem seram murahan lama berjudul xtro la - http://www.google.com.my/search?q=xtro&source=lnms&tbm=isch

      aku pun ada otak jugak takkan nak letak gambar orang kelainan upaya dan samakan mereka dengan jin atau hantu, agak2 la

      Padam
  6. Kalau masuk grup2 politik kat fb, ramai betul yg berbadan manusia, kepala manusia tp otak lembu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. klau ko masuk ke dunia politik sebenar, ko da tak jumpa manusia dah, babi je rmai..

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.