Halaman

Khamis, 20 November 2014

Hotel yang unik, eksotik dan mewah di Malaysia

Sempena cuti sekolah pasti ramai yang ingin membawa keluarga bercuti di tempat2 yang menarik di dalam dan luar negara. Selain daripada tempat2 yang biasa mejadi tumpuan tempat bercuti seperti Legoland, Sunway Lagoon, Hello Kitty Town, Langkawi, Kota Kinabalu, Cameroon Highland, Genting Highland, Bukit Tinggi, Pulau Pangkor, Pulau Redang, A'Famosa Resort Melaka dan lain2 lagi, sebenarnya ada banyak lagi tempat2 yang tidak diketahui ramai yang menarik dari yang unik, eksotik dan mewah. Untuk itu, Aila ingin kongsikan kepada pembaca 28 buah hotel yang sesuai untuk dijadikan destinasi pada musim percutian.


Hotel Yang Unik

1.Tubotel, Langkawi




Tubotel adalah sebuah Hotel bajet di Langkawi dengan pemandangan tepi laut yang cantik dan indah.
Hotel ini telah dibina dari paip perbentungan bawah tanah yang terbengkalai tidak siap dan telah dibeli oleh pemilik hotel ini untuk dijadikan hotel. Ada pengunjung yang mengatakan permandangan matahari jatuh dari bilik hotel ini adalah yang terbaik di Langkawi.

1 malam dari RM138

2. Bustel Klebang Melaka



Jika anda ingin mengimbau zaman nostalgia berhimpit-himpit naik bas semasa zaman remaja ke bandar, hotel bas ini memang sesuai. Di Bustel Melaka, katil, bilik mandi dan tandas semua di dalam bas. Untuk makan, anda turun dari bas anda, dan jalan kaki masuk ke bas lain yang menempatkan kafe makan.

1 malam dari RM120

3. Hotel Kapal Selam, Klebang 


Teringin untuk merasa pengalaman dalam kapal selam tapi anda bukan tentera laut. Janga risau kali ini bukan setakat masuk sahaja malah anda siap boeh tidur di dalam kepal selam ini di mana kapal selam yang merupakan muzium menyediakan pakej penginapan  untuk pelancong.

1 malam dari RM150

4. Container Hotel, Kuala Lumpur


Ingat kerja kontrak saja boleh tidur dalam kontena? Anda pun boleh tapi kena bayar la. Hotel ini diilhamkan menggunakan kontena lama yang telah diubah menjadi hotel yang amat menarik dan unik.

Hotel ini terletak di dua lokasi iaitu di KLIA 2 dan di  No. 1, Jalan Delima, Kuala Lumpur

1 malam dari RM 56

5. Time Capsule Retreat Sungai Lembing,Pahang





Suasana hutan yang sunyi dan dingin sesuai bagi anda yang ingin lari dari kesibukan kota dan inilah tempat yang sesuai. Hotel ini terut dibina menggunakan paip perbentungan seperti di Tubotel Langkawi.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik ada di sini termasuklah  kenderaan ATV, air terjun, Jungle Trekking, Muzium Perlombongan, aktiviti merentasi sungai yang jernih yang boleh dirancang mengikut masa anda sendiri. Terdapat juga aktiviti BBQ di sini yang mengenakan caj sebanyak RM26 seorang.

Harga dari RM118

6. Hotel Pelantar Minyak, Sabah






Siapa cakap hanya pekerja pelantar minyak saja boleh naik pelantar minyak. Anda pun boleh berada di pelantar minyak.

Hotel ini merupakan satu-satunya hotel pelantar minyak yang di dunia. Kalau hendak menyelam anda tidak perlu ke kawasan jauh hanya menyelam di bawah pelantar sahaja yang dihuni hidupan laut dan batu karang yang cantik.

Pakej 4 hari dengan trip menyelam dari RM 2730

Hotel Yang Eksotik

7. Casa Titik, Cherating, Pahang

casa-titik-cherating-pahang-2
Foto Kredit: Agoda

Ingin rasa seperti berada di Sepanyol? Tidak perlu ke Madrid atau Barcelona semata-mata untuk merasai pengalaman itu. Boleh pergi ke Casa Titik di Kuantan, Pahang. Sambil bermain pantai, sambil menikmati keindahan alam.

casa-titik-cherating-pahang-1
Foto Kredit: Agoda

Rating terkini di Agoda ialah 8.4/10. Siap dengan kolam renang kecil, sesuai jika anak tidak mahu mandi laut. Banyak kedai makanan seafood yang berdekatan.

Web: casatitik.com
Facebook: facebook.com/casatitik

8. Villa Samadhi, Kuala Lumpur

villa-samadhi-kuala-lumpur-2
Foto Kredit: Agoda

Mahu seperti di Bali? Boleh singgah ke Villa Samadhi. Memang untuk pelancong, tetapi tidak semestinya orang tempatan tidak boleh datang. Memenangi TripAdvisor Traveler’s Choice Award 2014, Villa Samadhi tampak cukup mendamaikan. Rating Agoda juga 8.7/10.

Foto Kredit: Villa Samadhi
Foto Kredit: Villa Samadhi

Nota: Ada tips dari pembaca mengatakan Villa Samadhi tidak membenarkan bawa anak-anak kecil. Ini untuk menjaga privasi pengunjung di sana. Untuk confirmation, boleh hubungi Villa Samadhi terlebih dahulu.

Web: villasamadhi.com.my
Facebook: www.facebook.com/VillaSamadhi

9. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan (Tidak Muslim Friendly)

the-dusun-mantin-negeri-sembilan-1
Foto Kredit: TheDusun
Selain Villa Samadhi yang berada di tengah-tengah bandar, mahu kelainan dan kedamaian seperti di Bali di kawasan kampung? Boleh datang ke The Dusun.

the-dusun-mantin-negeri-sembilan-2
Foto Kredit: TheDusun
Nota: TheDusun mungkin tidak sesuai dan tidak digalakkan untuk pengunjung beragama Islam bermalam di sana. Ini kerana pemilik TheDusun yang bukan beragama Islam ada membela seekor anjing di resort ini. Boleh lihat gambar anjing yang bernama Maya di laman Facebook TheDusun

Web: thedusun.com.my
Facebook: facebook.com/thedusun

10. Eight Acres, Raub, Pahang

eight-acres-raub-pahang-3
Foto Kredit: norfadhillah1810.blogspot.com

Eight Acres ialah sebuah resort yang eco-friendly. Amat unik kerana berada di antara kebun buah-buahan, kelapa sawit dan pokok getah.

eight-acres-raub-pahang-4
Foto Kredit: norfadhillah1810.blogspot.com

eight-acres-raub-pahang-2
Foto Kredit: norfadhillah1810.blogspot.com

Web: eightacres.net
Facebook: facebook.com/8Acres

11. Tanah Aina Farouq, Raub, Pahang

Tanah Aina ada 4 lokasi berlainan iaitu di Bentong dan Raub, Pahang and Desaru, Johor. Setiap Tanah Aina adalah unik dan akan membuatkan percutian kita sesuatu yang akan diingati sampai bila-bila. Tanah Aina yang lain adalah seperti berikut:
  • Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong, Pahang, Malaysia
  • Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor, Malaysia
  • Tanah Aina Fareena di Lentang, Karak, Pahang, Malaysia
tanah-aina-raub-pahang-1
Foto Kredit: Tanah Aina

Merupakan satu resort eco-tourism di Pahang, Tanah Aina menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain. Boleh ke sungai yang berdekatan dengan resort.

tanah-aina-raub-pahang-2
Foto Kredit: Tanah Aina

Foto Kredit: Tanah Aina
Foto Kredit: Tanah Aina

Web: tanah-aina.com
Facebook: facebook.com/tanahaina

12. Sekeping Serendah, Selangor

sekeping-serendah-3
Foto Kredit: Sekeping Serendah

Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan! Sambil mendengar bunyi unggas dan serangga hutan, sungguh mendamaikan.

sekeping-serendah-2
Foto Kredit: Sekeping Serendah


sekeping-serendah-1
Foto Kredit: Sekeping Serendah

Web: sekeping.com/serendah/
Facebook: facebook.com/sekepingretreats

13. The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan (Tidak Muslim Friendly)
the-shorea-2
Foto Kredit: The Shorea

Juga terletak di dalam hutan simpan. Nampak terpencil dan akan mendekatkan diri kita dengan alam semulajadi.

the-shorea-1
Foto Kredit: The Shorea

Foto Kredit: aizathavoc.blogspot.com
Foto Kredit: aizathavoc.blogspot.com

Nota: Pembaca kami memberikan informasi dalaman The Shorea juga juga mempunyai anjing yang dibiarkan bebas di kawasan resort.

Web: theshorea.com
Facebook: facebook.com/TheShorea

14. Belum Eco Resort, Grik, Perak

belum-eco-resort-2
Foto Kredit: wonderfulmalaysia.com

Belum Eco Resort ialah sebuah pulau di tengah-tengah Tasik Belum, Perak. Kawasan persekitarannya ialah hutan hujan tropika yang berusia 300 tahun!


belum-eco-resort-1
Foto Kredit: Belum Eco Resort

Foto Kredit: belumoutdoor.wordpress.com
Foto Kredit: belumoutdoor.wordpress.com

Web: belumecoresort.com.my
Facebook: facebook.com/pages/Belum-Eco-Resortcommy/177612752273706

15. Limastiga, Umbai, Melaka

limastiga-umbai-melaka-1

Inginkan suasana kampung yang moden, dilengkapi dengan kolam renang? Datanglah ke Limastiga. Hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur sahaja.

Foto Kredit: LimasTiga
 Foto Kredit: LimasTiga

Foto Kredit: LimasTiga
 Foto Kredit: LimasTiga

Nota: LimasTiga hanya untuk pengunjung Muslim sahaja.

Web: limastiga.blogspot.com
Facebook: facebook.com/Limastiga

16. Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka

desa-balqis-kuala-linggi-melaka-3
Foto Kredit: Desa Balqis

Foto Kredit: Desa Balqis
Foto Kredit: Desa Balqis

Suasana bagaikan kampung zaman dahulu, di tepi Selat Melaka.

Foto Kredit: Desa Balqis
Foto Kredit: Desa Balqis
Web: desabalqis.com
Facebook: facebook.com/DesaBalqis

17. D’Ark Training & Resort, Janda Baik, Pahang

Foto Kredit: ibnukhusairy.com
Foto Kredit: ibnukhusairy.com

Foto Kredit: ibnukhusairy.com
Foto Kredit: ibnukhusairy.com

Lagi resort yang memberikan suasana kampung zaman dahulu. Sungai yang bersih dan cantik hanya beberapa langkah dari resort ini. Tidak perlu kesibukan Genting Highlands yang cuma sepelaung.

Foto Kredit: D'Ark Training & Resort

Foto Kredit: ibnukhusairy.com

Web: darkresortjandabaik.blogspot.com
Facebook: facebook.com/pages/DArk-Training-Resort/231901376824709

18. Terrapuri Heritage Village, Kuala Terengganu, Terengganu

Foto Kredit: Terrapuri Heritage Village
Foto Kredit: Terrapuri Heritage Village

Angin sepoi-sepoi bahasa dari Laut China Selatan bakal buat anda rasa relaks sepanjang berada di sini.

Foto Kredit: Terrapuri Heritage Village
Foto Kredit: Terrapuri Heritage Village

Foto Kredit: Terrapuri Heritage Village

Foto Kredit: Terrapuri Heritage Village

Web: terrapuri.com
Facebook: facebook.com/Terrapuri

Hotel Yang Mewah

19. Hotel Tanjung Rhu Resort, Langkawi


Hotel Tanjung Rhu Resort ini pasti akan memberi anda kepuasan berada di sini. Hotel ini mempunyai pantai peribadi mereka tersendiri dan tidak boleh di kongsi oleh orang luar. Bagi mereka yang mahukan ketenangan dan masa peribadi bersama pasangan ataupun bersama keluarga, ini adalah tempat terbaik untuk anda.

Hotel ini mempunyai 136 bilik dan 3 kolam renang berlainan dan anda boleh memilih sama ada ingin mandi di kolam renang atau pun di pantai.

Di bilik pula, anda akan terasa dimanjakan kerana semua kemudahan benar-benar mewah. Contohnya, langsir dan pelapik tempat duduk anda dibuat dari sutera Thai dan kain kapas India manakala bilik air anda pula besarnya seluas bilik tidur.

Kedudukan pantai yang berdekatan hotel ini pula betul-betul mengadap ke arah matahari jatuh membolehkan anda melihat panorama matahari jatuh dari balkoni hotel.

Harga: RM700 - RM4800

20. Somerset Ampang, Kuala Lumpur


Hotel Apartmen Somerset Ampang merupakan antara pilihan terbaik jika anda berkunjung ke Kuala Lumpur kerana kemudahan dan permandangan yang disediakan amat menarik.

Hotel ini mempunyai kolam renang infiniti(luas) yang cantik di atas bumbungnya dengan permandangan kota metropolitan Kuala Lumpur. Di dalam bilik anda di sediakan segala kemudahan seperti di rumah contohnya Microwave, pembakar roti dan mesin basuh.

Harga: RM500 - RM2600

21. Hotel Tanjung Jara Resort, Terengganu


Hotel Tanjung Jara Resort yang terletak di Dungun Terengganu merupakan hotel yang di bina dengan konsep istana melayu zaman silam dan terletak di kawasan yang terpencil tanpa kesibukan kota.

Hotel ini amat sesuai bagi mereka yang ingin berdua-duan dengan pasangan dan juga ingin merasa pengalaman ibarat percutian raja melayu silam ketika berbulan madu.

Harga RM450 - RM2600

22. Hotel Shangri-La Golden Sands Resort , Penang



Hotel di Batu Feringgi amat selesa walaupun pantainya tidak secantik pantai hotel-hotel terkemuka lain. Namun begitu ia mempunyai peminat tetapnya sendiri kerana layanannya yang istimewa.

Pada setiap hari, hotel ini mempunyai aktiviti untuk tetamu seperti sessi tai chi dan aktiviti di kelab kanak-kanak. Jika anda tidak mahu bertai-chi, anda boleh mengikuti kelas memasak dan anak remaja anda pula boleh berkenalan dengan tetamu lain sewaktu permainan boling kelapa. Hotel ini sesuai bagi mereka yang ingin bercuti dan dalama masa yang sama ingin melakukan aktiviti riadah.

Harga RM600 - RM3300

23. Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur


Lokasinya di tengah pusat bandar, bilik mewah dengan pemandangan KLCC dan layanan bertaraf antarabangsa, ia menjadi pilihan pertama warga asing ke kota ini.

Apa yang membezakannya dari hotel 5 bintang lain adalah layanan. Jika pasangan atau anak anda masih tidur sewaktu sarapan pagi disediakan, anda akan diberikan bekas untuk membawa balik makanan ke bilik. Untuk minum kopi, mesin ekspresso disediakan di bilik dan jika anda ingin bersenam, gym yang ada di sini mungkin lebih lengkap dari banyak gym berbayar di Kuala Lumpur.

Disebabkan mereka bilik dan suasana hotel ini terlalu selesa, ramai pelancong asing yang tidur di hotel ini mengaku yang mereka sebenarnya menghabiskan lebih banyak masa di dalam hotel ini berbanding keluar melihat Kuala Lumpur.

Harga RM430 - RM2300

24. Hotel Shangri-La Ria, Kota Kinabalu, Sabah


Hotel yang menggunakan moto 'Selamat Datang Ke Syurga' yang mempunyai keluasan tanah lebih 400 ekar ini adalah milik jutawan Malaysia iaitu Robert Kuok. Hotel yang terletak di Borneo ini bukan sahaja mempunyai padang golf tetapi juga hutan simpan dan pusat pemuliharaan orang utan sendiri.

Jika anda sukakan hutan, haiwan dan adventure, resort ini cukup sempurna untuk anda. Di sini anda bukan sahaja boleh menunggang kuda dan mengendalikan kenderaan lasak, tetapi anak anda juga boleh bermesra dengan anak orang utan sewaktu anda melakukan riadah melancong.

Apabila senja tiba, anda dan pasangan boleh menjamu selera berdua dengan romantis di gazebo ditepi pantai. Layanannya pula istimewa kerana anda akan dilayan oleh pelayan peribadi yang ditugaskan untuk menjaga anda.

Harga RM740 - RM1500

25. Hotel The Datai, Langkawi


Terletak di antara hutan hujan Gunung Mat Chincang dan laut Andaman, ia adalah penginapan berstatus hotel 5 bintang dan mewah pilihan tetamu luar negara yang berpoket tebal.

Setiap villa pantainya (RM 8,000 satu malam) mempunyai kolam renang peribadi, sebuah tub mandi yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 3 orang dewasa dan chef peribadi yang akan bertandang ke villa anda untuk menyediakan makan malam anda.

Di sini pihak hotel turut menyediakan perahu layar untuk digunakan oleh anda secara percuma jika anda menyewa di sini.

Harga RM3,000 - RM37,000

26. Hotel Four Seasons Langkawi


Di hotel mewah ini, tidak wujud istilah bilik-bilik standard. Sebaliknya, apa yang ada hanyalah bilik yang diberikan nama Lower Malaleuca pavillion dan Pertial Seaview, villa persendirian yang sangat luas dengan harga yang sama.

Apabila anda membuka pintu villa, apa yang menunggu anda adalah pantai putih yang luas dan desiran ombak dari laut Andaman.

Hotel ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti servis bilik 24jam dan juga urutan spa di bilik dengan harga RM 400 sejam.

Harga RM 7,740

27. Hotel The Danna Langkawi


The Danna Langkawi, hotel ini adalah penginapan eksklusif yang membolehkan anda bersarapan pagi sambil melihat bot-bot mewah berlabuh, atau merasa keajaiban berenang di kolam infiniti(luas) 3 tingkat yang terbesar di Pulau Langkawi.

Resort 5 tingkat dengan 125 bilik ini memang direka untuk memberikan anda suasana ala British yang cukup eksklusif.

Selain pemandangan Marina Telaga Harbor, anda juga boleh meminta bilik dengan pemandangan gunung, hutan hujan tropika ataupun Pantai Kok yang mengujakan.

Apabila tiba, anda akan diberikan servis urutan bahu dan kepala percuma. Dan untuk mengubat rasa sedih anda apabila percutian anda berakhir, seorang pelayan akan menghidangkan teh halia dan memberikan anda coklat sebagai hadiah perpisahan.

Harga RM 1,100 - RM 10,500

28. Hotel Casa Del Mar, Pantai Cenang, Langkawi


Anda mungkin terkejut kerana hotel tempat pertama di sandang oleh hotel butik kecil dengan hanya 34 bilik iaitu hotel Casa Del Mar di pesisir Pantai Cenang, Langkawi.

Hotel ala-Sepanyol ini mempunyai ramai pelanggan tetap dari luar negara bukan kerana biliknya yang hebat atau kemudahannya banyak tetapi kerana ia dikatakan mempunyai layanan terbaik di Malaysia.

Di sini tuala anda akan disejukkan dahulu sebelum diberi apabila anda berehat di luar, buaian hammock disediakan di setiap bilik dan air tembikai sejuk akan dihantar kepada anda sewaktu anda sedang bersantai di tepi pantai.

Jika anda ingin tahu sendiri bagaimana layanan hotel terbaik di Malaysia ini jangan lupa berkunjung ke Casa Del Mar sewaktu ke Pulau Langkawi.

Harga RM 850 - RM 3,000


Kredit:



18 ulasan:

  1. Hai aila...sy cuti kat rumah je...jimat duit...

    BalasPadam
  2. Jom kita p bercuti aila. Abam blanja ..

    -abam sado sado-

    BalasPadam
  3. xsangka kt malaysia ada gak hotel pelik2.. ingt kt luar negara je ada

    BalasPadam
  4. Semua ni salah umno bn buat hotel pelik2 kat Malaysia . Jika PR memerintah akan ku hapuskan semua hotel pelik ni. Hidup PR!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju dengan DSAI! Hirup PR! TAKEBEER!

      Padam
  5. menarik sangat info ni, gabungan hotel unik dan mewah. boleh rujuk sini kalau nak bercuti:)

    BalasPadam
  6. nak kawen ngan orang kaya huhu...

    BalasPadam
  7. Nice entry, tp better fokus hotel yg unik di M'sia tetapi berpatutan sahaja. X perlu tunjuk hotel mahal2..sbb dah tau hotel tersebut mmg ekslusif. Baca separuh jalan je..panjang sgt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka hati dia la nk tunjuk hotel murah ke mahal.. kau xmampu xbermaksud org len xmampu.. bodo tul logik ayam negro ni

      Padam
    2. Aku xmau tambah komen.. takut ayam lagi sakit hati. Komen yg perlu saja. Tak perlu membodek tuan tanah yg kita ni adalah pengunjung setia BO. Datang baca senyap2 dah la. Ini tak, siap nak bitau kene isi buku kehadiran lagik. Haha.. berhentilah buat kerja bodo ni.

      Padam
  8. wahhhh..
    Menarik.. Tak pernah sangka pun sampai ada hotel dlm bas, kapal laut semua..
    Murah pulak tue..
    Kena cuba pergi nie...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.