Halaman

Khamis, 20 November 2014

Ciri2 budak sekolah totok dan ragam di laman sosial

Ciri-Ciri Budak Sekolah Totok

Aku berani bet ramai yang kata zaman sekolah zaman paling best. Tak kira a sebab apa. Tapi aku sendiri pun mengaku yang zaman sekolah aku best giler. Aku rasa yang cuma sorang je yang kata zaman sekolah bukan paling best sorang je, cikgu BM aku masa form 1, Cikgu Zalinawati. Die kata zaman Universiti paling best. hm... Aku tak tau sebab aku belum masuk U lagi, anyway sekolah walau apa pun, tetap best. TAPI. Cam biasa. Budak2 sekolah ialah zaman di mana setiap orang menjadi menggelabah.

Aku tak terkecuali, cuma aku sentiasa berusaha untuk tak menjadi seperti budak sekolah lain. Then, budak2 sekolah totok sangat menggelabah, lagi2 dalam internet. Ni sume ialah list2 kesakaian budak sekolah, sila terasa.


1. PAVILION KIDS

Fesbuk cari page ni. Serious ini sume memang poser punya budak. Ok aku mengaku, member aku ada camni. Lagi2 aku rapat dengan die. So apa yang aku menyampah sangat dengan kerabat pavi ni? Bawak rm20 g pavi takat lepak. F! membazir masa bye. tak lupa, dorang sume dressing cam sakai. Kalau pmpuan yang tak ikut ajaran agama tu mula a pakai baju bodo2 mekap cam hantu, budak lelaki dress tak kena pesen. Paling aku tak paham bila tangkap gambar tu kenapa mesti tandas? kat tandas jugak kau nak posing ramai2 pastu upload kat fesbuk. Sakai.

2. BANDWAGON

Ini pun... aku menyampah. Bandwagon tak kira a apa, muzik, pesen anything. Contoh sekarang, gangnam style. Yang tak guna nya bnde ni aku tau tak kan bertahan lama. Cam member aku, dulu punya Lady Gaga, tapi sekarang diam pulak dengan nama bitch tu. Sekarang One Direction pulak. Ok aku menggunakan perspektif muzik sebab muzik paling senang dan everywhere jadi orang senang paham. Bende zaman sekarang aku tak tau a. tak kira a gadjet ke seni, semua nya tak bertahan, tak macam bnde zaman dulu2, everlast. Yang lejen tetap lejen cam Beatles, tapi Lady Gaga, dah tak kedengaran lagi dalam siulan budak2 sekarang. Sedangkan bila aku sebut Beatles je semua orang kenal, walaupun tak pernah dengar lagu die. So bila dah bandwagon ni menyebabkan aku terfikir, dorang ni tak de pendirian ke?

3. LOVESICK

Haih... ni pun aku menyampah bila tengok. Bukan sebab aku solo fighter bak kata Dini tapi rationally budak2 sekolah kalau kapel mesti sakai. Maksud aku bukan apa a tapi cuba fikir, aku tengok ayah aku dengan mak aku sempoi je tak de a tulis kat fesbuk ''sayang awak'' ''rindu awak''. Anehnya entah Ayah die restu ke tak nikah tak de duit tak de dah tulis kat fesbuk, ''married to'' bla bla bla. Apa kefakaran sangat? haih. Then bila dah break buat2 cam tak kenal. Kok ye pun aku bersalah kat 1st aku aku ada a ajak date dengan die, itupun kali pertama, lepas break. Aneh aneh. Orang divorced kahwin pun camtu. Ok sangat bosan, sesungguhnya akan ada yang terasa.

4. POYO

Budak sekolah memang poyo, aku tak terkecuali, kalau tak buat apa aku menggelabah dalam blog ni. Budak sekolah ni poyo die kadang2 memang membuatkan orang meluat. Kalau aku dah cakap poyo tu aku tak maksudkan kat internet, tapi kat real world sekali. Macam biasa, kepoyohan budak sekolah yang aku nampak kat real world, contoh kalau dekat setarbak, pastu mesti nak tweet ''at starbucks'' ataupun instagram masuk tweet. Kalau yang budak2 pavi tu tak kira a makan kat mana, asalkan bukan foodcourt atau kedai mamak, mesti nak tangkap gambar guna kamera besar die tu pastu post kat fesbuk. Itu action dorang kalau kat luar. Anyway perempuan, haih. tak kira a hijabster ke free hair ke, mesti dressing pelik2 pastu dengan mulut itik die tu post kat fesbuk pastu add caption ''huduwh jew niew''. Mau aku nak lempang minah camtu. Aku tak kisah dorang nak dressing depan webcam tapi tak perlu a nak buat muka hodoh dengan caption camtu. Anehnya ramai like. Gambar aku lighting angle setting pose dengan backround perfect giler bape kerat je like.

5. NOOB/ POSER

Antara yang paling aku menyampah, lepas budak pavi. Budak2 camni ok aku bagi contoh. Bajet dengan kamera besar + budak pavi = sakai. Kenapa? macam biasa. Dengan pesen yang tak kena pastu cam besar bajet pro, tangkap gambar dalam jamban ramai2. Apa kejadahnya? Then paling aku tak puas hati, hari tu aku nampak a sekumpulan budak pavi, aku baru habis cari barang kat TS, then nampak pulak sorang budak perempuan ni. Mekap dah a cam hantu. tak citer lagu baju die cam apa. Serious kalau Vlad the Impaler nampak pun tak berselera. Paling menggelabah cara die pegang cam die. Die tengah jalan kat public. Dekat tengah2 metropolitan yang jenayah bersepah2. Then cam die, nikon mende ntah. D90 kot. Sangkut kat bahu die cam die sangkut beg tangan. Dah a lens tak tutup. Haih. Ok yang tu korang tentukan. Tu mata aku a pandang camtu. Anyway budak pavi dengan poser memang sering berkait rapat. Beza budak pavi spesifik kat pavi.

Then ini je a yang sempat aku listkan. Kelakar sebenarnya bila tengok perangai budak sekolah ni. Aku tak terkecuali. Lagi2 dalam blog ni. Dan selalunya perangai budak sekolah totok sangat2 lah annoying. Tapi tak pe, ini cuma proses kehidupan yang normal. Cuma yang 5 kat atas ni way too much. Until then, keep ROCKing!


5 Bende Budak Sekolah Selalu Buat kat Laman Sosial

Aku yakin 60/100 manusia yang hidup dekat dunia ni ada akses internet. Dan hampir 100/100 daripada mereka ada laman sosial sendiri. Majority, Facebook dengan Twitter. Tapi lepak. Aku tak akan citer di peringkat global. Tak de masa dengan kegunaan aku nak citer pasal fesbuk dengan tweeter je. Anyway, biarlah macam ni. Aku duduk kat Malaysia, dan roughly kalau korang tengok pengguna laman sosial kat Malaysia, 60/100 budak sekolah, 28/100 orang dari 18-28, dan selebihnya lain2. Nampak kat situ? Jadi sekarang aku bukan nak buat statistik pele2 kenapa ramai budak sekolah ke apa sume. Aku nak citer pasal ragam dorang. Biasa a, nama pun BUDAK sekolah kan. Anyway, inilah die:

1. Batak Follower

Then, aku menyampah dengan ni. Budak sekolah ada satu masalah dengan bila dorang main Twitter. Masalahnya, dorang batak follower. Following punya sikit, follower nak ramai beribu. Ini aneh. Apa yang nak dibajet2kan dengan follower yang ramai tu? Kalau korang follower ramai pun korang betul2 layan ke semua follower korang? Walaupun Najib pun tak pernah reply ke retweet tweet aku kat die. Sedih oooo... Anyway, paling aku benci bila kat deskripsi tulis: #teamfollowback. Tapi jumlah follower dengan following tak ramai. Follower lagi ramai daripada following. Aneh. Cakap tak serupa bikin. Nampak die punya game? Then, bila orang unfollow punya menyalak. Aku nak tengok timeline pun punya sakit mata. Menggelabah sungguh!


2. Candid Gambar Sendiri kat Webcam

Ini kalau lelaki ada buat camni... sorry to say. Sesungguhnya lelaki itu adalah gedik. Anyway, ini khas untuk perempuan. Kalau buat collage candid gambar depan webcam ni aku tak tau tujuannya apa. Tapi mungkin hobby atau nak menghilangkan rasa bosan kot. Aku pun tak berapa jelas tujuannya apa. Atau mungkin untuk memperagakan pesen baru kot? Macam gambar yang aku jumpa kat atas ni. Oh yea. Dan ada lagi. Selalunya mesti akan diselitkan dengan ekspressi muka yang... uhhh... entah. Judge sendiri a. Duckface wajib anyway. Kahkahkah... anyway, golek2 aku tergelak tengok kalau ada orang post gambar camni kat Fesbuk.


3. Drama Sosial

Golongan ni... aku tak tau a apa pasal. Tapi yang aku pasti, dorang antara paling annoying dekat laman sosial. Mana tak nya. Masalahnya bila dorang kecoh orang sume retweet. Dah a tweet die menggelabah. Sakit mata aku membacanya. Then dorang ni aku tak tau pasal apa, yang penting selalunya dorang akan satu Malaysia kecoh. Yela, tengok sendiri a tweet die. Pastu lepas kecoh masuk pulak trending memang lemak a. Dah a trending aku tiap hari ada Justin Bieber je. Tambah pulak dengan budak sekolah yang terdesak nak follower dengan attention (kot). Anyway, golongan ni korang baik diam je a. tak yah mau kecoh2 sangat. Paham2 jela dorang budak2 lagi anyway.


4. Budak Hot

Ok. Lepas budak2 drama, ini yang kedua aku lemak menengoknya. Bukan apa. Korang boleh tengok sendiri gaya dorang. Selalunya budak2 hot ni lelaki, muka jambu, badan sekeping. Pastu friend/follower punya ramai. Then kalau kat fesbuk sekali buat status walaupun tulis 'bosan' je pun, 100++ like. Kalau yang autolike tu ada a dalam 1k like. Kat tweeter lagi a tak payah citer. Lagi menggelabah. Seriously apa yang budak perempuan suka sangat? Sebab die mengayat? Ayat2 dorang manis? Pasal tu suka? Ayat tak akan menjanjikan kredibiliti lelaki. Action speaks louder than word. Then korang cuba tengok pakaian dorang. Then ekspresi mukanya mesti mintak penumbuk. Yang aku tau bila ada budak camni follow aku kat Twitter aku buat bodo. Dpd aku follow balik memang kotor a timeline aku dengan ayat2 cinta. Pfft.


5. Blog Budak Sekolah

Yang ni aku tak boleh buat apa. Aku menghormati apa yang korang nak tulis kat blog atau hias camne. Tapi ada had die. Ada satu tahap sampai orang bosan menengoknya. Ok 1st, korang boleh tengok blog budak sekolah ni dorang hias 1st mesti berwarna-warni sampai sakit mata aku. Selalunya paling annoying dorang punya cursor mesti bentuk yang pelik2 sampai aku pun susah nak guna. Serious. Then berkelip-kelip sana sini. 2nd, lagu. Ok bagi ROCKER tegar cam aku ni memang memilih a kalau berkaitan dengan muzik. Dorang punya lagu mesti lagu yang taste giler rendah. Pada masa yang sama cuba korang pikir. Korang tengah dengar lagu, tetibe bila bukak blog budak sekolah je ada lagu yang korang menyampah on. Mau panas kan. 3rd, ini parah. Aku tak kisah kalau sekali dua nak citer pasal awek ke balak dalam blog, tapi jangan a dedicated blog korang hanya dengan ayat2 manis gambar2 hot balak korang sekali dengan post yang semuanya dating kat pavi je keje. tak menyampah orang tengok? Anyway, it's my perspective.

Anyway, inilah die 5 bende yang budak sekolah selalu buat kat laman sosial. Ada yang annoying, ada yang ok. Aku cuma bagi pandangan aku. Kalau korang rasa aku mengutuk, bergantung pada tahap keegoan anda. Bende memang betul. Until then, aku chow!





Artikel ini telah terpilih untuk menjadi salah satu pemenang GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar yang ditulis oleh Ahnaf Irsyad.

Penafian: Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan blog Buasir Otak.




tags: pemenang giveaway contest gila ga #6 anda tulis kami bayar ciri-ciri ciri2 ragam budak sekolah menengah totok benda selalu buat kat laman sosial facebook twitter batak follower budak pavi pavillion hotstuff

20 ulasan:

  1. Hahaha best gila entry ni!! Semua yang abang cakap betul!! xD Tergelak ina baca dari mula sampai habis.. Sejujurnya, ina pun ada jugak lah ciri2 yg abang sebut kan kat atas ni.. hehe ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua org pernah melalui zaman poyo mcm ni..

      Padam
  2. setiap org lalui zaman remaja yg berbeza. ikut zaman masing2. budak dulu2 ada juga jugak yg berperangai pelik, sakai, bangang, ganster, bajet hot, perasan lawa tapi kebangangan diorang, diorang simpan sendiri2 je xda sapa yg tau. kalu ada pun rakan2 terdekat...

    zaman sekarang kau bangang, ko tunjuk dkt orang, masuk fb utube ... bagi semua dunia tau. bila kena kutuk,tau plak nak sentap gelabah ... aku xda kawan dgn bebudak sekolah so aku xtau sejauh mana perangai diorang dkt facebook. aku tau melalui page fb mcm khk dan lain2 ...

    ni zaman skrg ... zaman akan dtg, zaman 10thn akan datang ... aku xtau apa nak jadi ... tapi aku bet budak skrg nanti dah jadi bapak dah jadi mak lg 10 tahun, mesti ko nyesal kalu ko igt balik perangai ko dkt laman sosial ...

    BalasPadam
  3. Best! kalau sy ni noob, sy rela bg RM50 utk entry ni..mati2 ingat noob yg tulis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. N sy belajar sesuatu yg baru pasal dunia budak2 zaman skrg dlm entry ni. Sy yg lahir zaman 80an x merasa apa budak zaman skrg lalui masa remaja, terutamanya ada laman sosial n dunia internet yg boleh buat mereka annoying sikit. At least sy lebih memahami dunia mereka skrg......konsep utama manusia, mereka selalu nak dpt perhatian, cuma cara yg berbeza.

      Padam
    2. i feel you bro Ayam

      Padam
  4. en noob, lain kali tolong betulkan sikit ayat dia bagi cantik dan senang dibaca tapi masih ikut style tulisan dia. banyak a a a..adakah aku perlu menyebut huruf a atau sebut arr ketika membacanya. semua point2nya dah selalu ditulis sebenarnya tetapi satu cubaan yang baik dan berani kepada penulis. okey, terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebanyakan ejaan dah pun diperbetulkan, cuma bab a tu aku pun tak tahu nak ubah jadi aaa ke, arr ke, ah ke, jadi aku biarkan sahaja.

      Padam
  5. Budak baru lepas sekolah menulis......

    BalasPadam
  6. Luahan perasaan seorang belia yang mana hormonnya masih tak stabil.

    BalasPadam
  7. Baca entri ni buat aku terfikir....macam mana dgn generasi budak sekolah selepas generasi ni ek??
    Apa plak yg akan 'up' utk masa akan datang?
    Harap2 yg 'up' nanti benda2 baik arr macam Budak Masjid, #teamfollowkesurau dsb...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman skrg dah masuk fasa akhir ke 4 dari 5 fasa hampir kiamat. Beberapa tanda besar telahpun tiba dan dijelaskan dalam hadis mutawatir ( hadis yg ditahap terbaek), banyak ustaz2 dah jelaskan sebok dgn tanda2 kedatangan Dajjal sudah hampir.

      Kita masih leka tak peduli bilamana tanda kiamat kubra akan datang bertimpa2 secara sekaligus. Tahun lepas 2013, kita diuji 1/3 tahun kemarau panjang. Dan akan disusuli 2/3 tahun kemarau panjang, mungkin pd tahun hadapan.. tunggu dunia bergelap 3 hari baru nak bertaubat.. dijaminkah taubat kita akan diterima?

      Rajin2 belek Ustat Youtube.. Ust Jafri Abu Bakar.. Ustaz Fawwaz Md Jan.. nak baca blog pun rasa xder selera..

      Padam
  8. Noob, kalau nak buat entry utk contest kelak nak kena letak gambar sekali ke? kalau buat statement je x susah sgt...kalau nak letak gambar mcm malas nak cari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulis artikel je pun takpe, gambar aku boleh tolong carikan.

      Padam
  9. Aku menyampah dengan geng2 yang acah2 gangster ni.Konon bila lawan cakap cikgu kira hebatlah.Lepastu bila nampak lelaki je tergedik-gedik.Pastu mintak tukar no. telefon bagai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ingat lagi kek budak sekolah berlagak gengster rompak CC, budak hingusan je pun. Polis dtg lari bertempiaran, baru ON siren je pun

      Padam
  10. kononnya 'cool kids'...
    bdk skolah skrg..cm sampah

    BalasPadam
  11. Noob, bukan cikgu ko seorang yang kata zaman sekolah bukan zaman yang paling best. Zaman sekolah aku zaman yang paling bosan dan ketahian. Mungkin sebab aku ni agak pendiam dan nerd dan sebahagian pelajar yang berkelakuan seperti anjing yang aku tak tau kenapa selalu membuli aku.

    Apa2pun aku meluat dengan budak2 zaman sekolah lagi2 sekarang. Bercinta macam sakai. Remaja sekarang aku tengok diorang ni seperti spesies terencat akal. Makin tahun meningkat, perangai makin sial dan pelik. Ok ini komen aku dari emosi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni bukan aku yang tulis la. kan dah tulis ini artikel peserta contest giveaway tu.

      Padam
  12. hahaha...ada sekor budak intern kt tmpt aku bajet kegilaan gadis..dressing kaler fancy, gayut dalam toilet,selalu betulkan rambut, tanpa segan silu spray perfume dalam opis..nama asal lain tapi suh panggil nama yang persis bapok..yang paling best haram tak leh buat kerja dan kuat mengular..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.