Halaman

Khamis, 27 November 2014

Kemunculan semula artis paling tak boleh blah

Ramai artis lama di Malaysia kini membuat kemunculan semula atau comeback dalam industri seni bagi merancakkan lagi dunia hiburan tanahair, namun tak semua comeback itu bersifat bagus dan positif, lebih2 lagi kalau sampai kena buat 3 kali solat Istikharah untuk meminta petunjuk dari Tuhan sebelum kembali bernyanyi dangdut dan gadis2 girl band zaman 90'an yang kini sudah berpangkat ibu dan makcik yang rata2 sudah di usia pertengahan umur bergabung membentuk kumpulan makcik girl band yang baru untuk membuat comeback.


Serius, di kala ramai artis dan manusia lain sudah mula berhijrah dan mendekati agama ketika usia sudah semakin meningkat, masih ada yang belum lagi sedar dan ke arah sebaliknya. Sedangkan artis2 baru dan muda yang cantik lagi bergetah dan bersuara sedap zaman sekarang pun susah nak cari market, apatah lagi artis2 yang dah season.

Mana lah perginya logik akal segelintir artis2 melayu Islam Malaysia ni? Aku tahu apa yang aku tulis ni takkan sampai kepada mereka, tapi at least aku harap ia dapat dijadikan pengajaran kepada orang lain agar tidak dijadikan contoh.

Ya, tolonglah jangan jadikan agama sebagai alasan untuk anda nak berbuat benda yang dilarang dan ditegah dalam agama. Jangan lepas ni ada orang buat solat Istikharah sebab seorang isteri nak pilih antara suami dia atau teman lelaki dia, nak pilih antara nak jadi penari atau GRO, nak petunjuk sama ada dia harus bercinta dengan orang yang sama jantina atau tidak, atau minta petunjuk sama ada dia perlu memakai tudung atau tidak.

Sebenarnya solat Istikharah terkecuali daripada perkara-perkara yang wajib, sunat, haram dan makruh. Sebab kalau perkara wajib, tak perlu tunggu petunjuk daripada solat Istikharah sama ada nak kena buat atau tak, benda tu memang wajib kena jugak buat. Sama juga dengan perkara sunat, benda tu adalah dituntut, ko buat dapat ganjaran, tak buat tak dapat apa2, tak perlu tunggu petunjuk melalui solat Istikharah baru nak buat.

Sama juga dengan perkara yang haram dan makruh. Dah benda tu haram, ko buat la solat Istikharah macam mana pun, tiba2 malam tu dapat mimpi yang menyuruh ko buat maksiat, benda dah haram kalau ko buat still ko dapat dosa, tak kira la petunjuk apa yang kau dapat.




tags:kemunculan semula comeback artis lama veteran selebriti amelina penyanyi dangdut solat istikharah kembali menyanyi gadis kumpulan girl band sasha elite watie elite watie res2 along feminin jaja msteen ejie freshies belle

22 ulasan:

  1. Yang solat istikharah tu serius facepalm! Makcik girl band dua kali facepalm!

    BalasPadam
  2. 4U2C, Feminin, elite. artis feveret wa masa kecik2 dulu. Skrg dh jd MILF hahaha ..

    BalasPadam
  3. ha ha ha! aku masih menanti jawaban ustaz Mohd Asri Zainol Abidin dalam hal solat istikhoroh nih...aku tak pernah dengar nih! first time.

    BalasPadam
  4. aku nak tau jugak kat ayat mana kata orang tua tak boleh menyanyi dan ditegah agama, agama mana? Agama sembah api ke?...serious aku nak tau...tapi tak per, nasihat aku janganlah kebencian kita kepada sesuatu perkara membuatkan kita buta tuli tak nak faham akhirnya kubur masing-masing, dari jaga kubur orang lain lebih baik jaga kubur sendiri dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya eddeved, bab kubur masing2 tu, memang aku setuju 1000% dgn bersyarat.. "jika dan hanya jika" kita sendiri mampu mandikan mayat kita sendiri, solatkan jenazah kita sendiri dan tanam mayat kita sendiri.. tak perlu ganggu orang lain untuk buatkan semua ini untuk kita... ini baru betul2 cool.. tapi kalo takat, semua tu orang lain kene bantu, tak payah sembang kencang la.. duduk diam2, dan pegi hantuk kepala sendiri kat dinding..

      Padam
    2. ekau ni memang makan bnyak semut ke eddeved? menyanyi tu memang boleh..tua ke muda. tapi kalau dah tua ko pun pakai pakaian seksi2, pastu buat tarian yang tak elok..xkan tu pun ko kne ade ayat dalam quran dan hadith utk nyatakan benda tu dan baru la ko.."oooo...tak boleh rupenye". Sendiri mau pikir la. Benda mudah pun nak dirumitkan. Orang macam ko ni kalau ko berak makan tahi sendiri pun, bile orang ckp mne boleh makan najis..nanti ko jawab "sape kata tahi saya ni najis?dalam quran dan hadith takde pun"

      Padam
    3. komen anon 8:51 mmg win... mcm biasa, komen eddeved mmg bodoh & xde akal

      Padam
    4. anon 8:51, kau tanya, aku jawab...tidak, aku tak pernah makan semut...mungkin kau biasa makan jadi kau tanya samada eksperimen kau makan semut sebelum ni hasilnya sama macam aku sebab mungkin kau juga mengalami perkara yang sama dan pernah meraban macam aku...itu diluar maklum aku dan aku tak peduli. aku ada bikin satu video blog komen balik artikel nih...pi belek. kau baca hadith? aku baca ahsanul hadith je...hadith yahudi illuminati aku tak main...yang tau ada manusia pakai kasut api dalam neraka aku tak main...ye aku berfikir sendiri aku tak guna akal cetek kau untuk berfikir...cuba jangan tanya soalan yang sangat obvious? orang macam aku? aku berak? ya Allah...najis ada disebut dalam Quran, jangan fitnah Allah...nak aku beri? itulah konon komen win...kalau kat nlog aku kau tanya sure aku bantai kaw kaw...kau cuma berani blog orang aje...ni le manusia yang lari dari medan perang...penakut...belakang blog noob aje berani ha ha!

      Padam
    5. anon 9:27, kau fikir aku peduli ke apa kau cakap? teruskan tuduh aku tak ada akal...orang yang tak ada akal aje tak memahami dan membeza buruk dan baik...tak per aku sentimen masalah kau...

      Padam
    6. Itu yg payah..bila dia ckap mengarut..kita ckp la dia mengarut.pastu dia cakap kita sentimen segala bagai. Pastu ckp kita tuduh2. Kalau nak menaip..taip la ape pun..ko boleh rse ko pandai smpai bab agama pun ko boleh putar. Kat sini mungkin xde org boleh nak terangkan jelas soalan ko tu. Ko nak jelas..ko tnye ulama trus.pergi jumpe ustaz2, ko tnya. Dia jawab..ko try putar cam ko buat sekarang. Ingt eddeved...bila ko suarakan sesuatu..dan org lain ckp ko salah..ko trus ckp org tak memahami ko. Itu la isu yg menyebabkan ko dituduh gila oleh org. Tak semua benda ko rse ko betul dengan otak ko tu. Mungkin ko keliru dan tak sedar pun yg ko ckp tu salah.

      Padam
    7. Dah dah la tu eddeved, cukuplah merapu di segenap dimensi.

      Padam
    8. Xyah sedarkn addeved tu..xyah. Bia je..org mcm 2 dia xbole dbetulkn. Sbb dia btol2 rasa dia btol..lgpn dia ade sikit masalah mental. So..xyah layan la. Lgpn kubur msing2 kn? Kalo rsa xnk uruskn mayat dia nnti pn xpe..mngkin dia akn bgun mandikn n tanam mayat dia sndiri..heee

      Padam

    9. Aku tak nak jawab kat sini, sesiapa berminat sila tonton video blog aku...aku tak nak cari kacau di blog orang.

      ini rumusan aku :

      - UstaZ Azhar Idrus contradict ilmu dia sendiri (pasal isu quote dia bangun tanam diri sendiri tuh...)

      - siapa yang rasa perempuan tua pakai seksi tu mengghairahkan dia ada masalah dengan mental dia.

      untuk penjelasan terperinci sila ke blog aku...kita lawan kat sana...hormat blog orang...kalau tak ada...kau orang nih memang tak bertanggungjawab...kata terer kan? apa lagi aku dah jawab kat blog aku!

      http://wake-up-kick-ass-repeat.blogspot.com/2014/11/jawaban-kepada-ahli-agama-buasir-otak.html

      Padam
    10. asik2 citer pasal 'masa mati nanti g mandi n tanam diri sendiri...'

      oi! yg menegur tu pun, ko bole gerenti ke kau akan dimandikan dan ditanam dgn sempurna?

      hakikatnya, kita semua xtau nasib kita esok, apa lagi masa mati nanti. sebaik2 org xde jaminan mayat dia akan diuruskan dgn sempurna. sama juga, sejahat2 org xde jaminan mayat dia xkan diuruskan org. banyak kemungkinan boleh berlaku.

      lagi satu, agak2 masa kita dah mati nanti, adakah kita akan ambil kisah tentang keadaan mayat kita? aku x fikir keadaan mayat kita itu suatu perkara yg penting setelah kita meninggal dunia. nama pun dah mati. apa yg berlaku di dunia ni bukan urusan simati lagi. yg hidup je ambil kisah semua tu.

      Padam
  5. nak selit juga, program apa yang artis lama buat comeback tu. terperasan kat Iklan tapi taktau tajuk.. Kilauan Emas pun..semalam Layar Lara. T_T
    Sebenarnya kasihan apabila dah berusia lakonkan watak mcmtu..
    alahai, semoga diberi hidayah kepada mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nama rancangan tu gegar vaganza... tp aku suka artis lelaki buat comeback cam rahmad mega, mamat exist dgn ayai ilusi, tp yg pompuan mmg fail terutama shima dgn ifa raziah

      Padam
  6. OK.. mulai hari ini korang boleh beramai-ramai boikot semua setesen radio dan television malaysia.. itu semua maksiat beb.. donia.. hihihihi..

    BalasPadam
  7. ni kesan drp konsert mariah carey tempoh hari dulu...

    BalasPadam
  8. Eddeved bila mati biar keluarga urus mayat sendiri. Jangan menyusahkan orang lain. Gi mengaji la encik.... Saya pun jahil juga tetapi humble sudahlah....cukup-cukup la religious scepticism tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. argument lapuk. x kreatif langsung. ko bole jamin ke mayat org yg ko benci xde sapa nak uruskan?

      jangan cakap sebarangan. tah2 ko mati nanti jadi sebijik mcm yg ko sebut2.

      aku bukan nak bela eddeved ke apa. cuma bosan dgn argumen yg lapuk dan lemah serta sering diulang2 bila dah takde point utk berdebat

      Padam
  9. Kalu tuggu jawapan dari Dr asri wahabi wtf...mamat tu ikut logik atau pun ikut popular nak nama...kalu dia jadi mufti negara lagi tungang langang....masa dia jadi mufti perlis ada ke nak buat kenduri dan sembahyang hajat berjamah untuk upsr anak sedara kena mohon permit...memang menyusahkannn...belum jadi mufti bleh tunjuk hero isu2 khilaf yg dah berkurun setel...cuba dia ada kuasa...selawat,maulud nabi semua dibidaahkan....huduh punya peragai

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.