Halaman

Khamis, 27 November 2014

Mak, kau dengar tak apa aku cakap?!

Hari ni hari aku balik ke rumah mak aku. Aku tak suka sangat duduk dengan mak aku. Sebab selama ni pun ayah aku yang jaga aku. Dia yang selalu ada dengan aku dengan abang aku. Berbeza sangatlah mak dan ayah aku. Betul lah orang cakap pasangan kita mesti berlainan perangai.

Macam mak dengan ayah aku. Ayah aku tegas tapi tenang, sentiasa tenang, kemas, perfectionist. Tapi mak aku... Lain sangat. Agak baran, selalu kelam kabut, dan agak messy.

Mungkin sebab perbezaan itulah juga yang membuatkan mak dan ayah aku terpaksa berpisah.


Mak selalu kerja sampai lewat malam. Sampaikan aku sendiri anak dia perlu buat "appointment" dulu kalau nak berjumpa. Hari Ahad? Oh tidak sama sekali. Ahad pun kerja. Duit, duit itu penting katanya. "Kalau tak mau makan pasir?", itulah katanya bila aku cakap yang dia selalu bekerja sampai tidak punya waktu untuk bersama.
Mak aku dapat penjagaan penuh terhadap abang aku dan aku. Betapa sakitnya hati ni bila tak mampu bersuara sendiri. Desakan atuk dan nenek lagi. Aku dan abang terpaksa redha.

Petang tadi, lepas ayah hantar kami pulang ke rumah mak dia sempat berpesan, "Jaga mak elok-elok. Kesian dia penat bekerja untuk kamu berdua. Jaga diri sendiri pula. Ayah boleh hantar sampai sini aje".

Uhh.. Ayah, ayah. Dah bercerai pun masih berlembut hati dengan mak? Mungkin ayah dah lupakan macam mana mak boleh bergaduh dengan ayah hampir setiap malam pasal duit. Duit tak cukup, duit tak cukup. DUIT TAK CUKUP. Tapi aku tak boleh lupa. Aku ingat sewaktu aku belum tidur, aku dengar jeritan mak, "Awak apa tahu? Awak duduk rumah aje. Bukannya awak bekerja sangat pun. Kalau ada kontrak baru bergerak. Saya kerja full time tahu?"

Sungguh kasar mak aku. Aku tahu aku tak patut derhaka terhadap mak aku, tapi macam mana pula dengan mak aku yang derhaka dengan ayah aku?

Aku malas nak berfikir panjang. Aku ke dapur menyiapkan makan malam. Tak sanggup aku nak tadah telinga dengar mak membebel, "Aku ni kerja siang malam. Kau ni tak boleh ke masak sikit. Jangan lah jadi pemalas sangat"


Ciss.

Aku tahu tak elok nak "ciss" kan mak aku. Tapi patut ke seorang ibu herdik anak dia sendiri? Patut?

Abang aku tolong aku masak nasi, lepas tu dia terus keluar. Untunglah jadi anak lelaki. Nak keluar bila-bila masa pun boleh. Yang jadi masalahnya aku terpuruk dekat sini dengan mak aku yang tiap hari buat kepala keluar bara api.

Aku tahu abang aku tak tenang duduk dekat rumah ni. Memang. Aku pun tak tenang, rasa panas aje.

Mak aku balik.

"Farah, heh buat apa? Masak ke? Kau makan ajelah . Aku dah makan dekat office tadi ada jamuan".

Nampaknya mak aku dah makan. Aku seorang ajelah makan dekat meja makan malam ni. Sungguh lonely kehidupan aku.

Lepas aje masuk rumah, terus dibalingnya tudung dan beg ke atas sofa. Akhirnya aku juga yang kemas tu. Siapa yang pemalas ni? Aku ke dia? Diambilnya remote control terus alih siaran tv satu persatu. Sampailah dia sendiri tertidur.


Setiap hari memang macam ni. Takda langsung masa nak bersembang as a daughter and a mom. Aku dengki sungguh tengok kawan aku yang sungguh mesra dengan mak dia sampai boleh jadi BFFL lagi.

Waktu ayah dan mak masih bersama, selalunya mak balik lebih lewat dan ayahlah yang selalu menjemput mak dari tempat kerja. Aku dan abang aku selalu ikut bersama. Dalam kereta macam-macam benda aku bercerita dengan ayah aku. Abang aku pun sama bercerita.

Masa aku tengah mencuci pinggan, abang aku pulang. Dari jauh, aku terbau asap ataupun aroma rokok.

"Along hisap rokok ke?", aku bertanya.

"Tak adalah, kawan yang hisap, tapi melekat dekat Along", terus dia masuk bilik.

Tapi aku rasa memang abang aku hisap rokok. Sebab aku tak rasa bau rokok dari kawan tu melekat kuat sangat?

Esok paginya, mak keluar awal ke kerja. Harini hari Isnin.. Mak aku kerja juga walaupun bulan Disember.

Kadang-kadang aku rasa mak aku macam dah hilang cara nak bersosial dengan anak sendiri. Macam mana nak berkomunikasi dengan ank sendiri. Aku teringat masa kecil dulu, pelukan mak lah aku suka sekali. Sebab aku akan rasa kasih sayang dan rasa hangat pelukan dia.

"Kau tahu tak dik, pagi tadi Along kena marah dengan mak. Dia cakap along hisap rokok. Dik, kau jangan nak pecah mulut eh, ayah takde, kau bukan main lagi bawa mulut pasal aku dengan mak", abang aku marah aku. Lepas tu dia terus keluar dengan dua orang kawan dia yang memang dah tunggu dekat luar. Ahmad dan Aiman, nama aje sedap. Perangai serupa setan.


Telefon aku berbunyi. Mak.

"Helo, Farah, kau cakap dengan abang kau jangan memandai nak keluar. Aku keluar cari rezeki kau senang-senang nak keluar. Aku dari tadi cuba call tapi tak reti nak jawab. Asal dia tu? Dah tek reti. Kau pula satu lagi, tolong kemas bilik aku sikit. Bersepah tu. Tolong-tolonglah sikit, bukannya kau buat apa pun kat rumah. Tut", talian mati.

Tak sempat-sempat nak beri salam.

Oh yeah tak cool langsung jadi anak last. Mak lepaskan marah kat abang kau, abang kau lepaskan marah kat kau. Lepas tu mak pun lepaskan marah dekat kau. Habis tu aku nak lepaskan semua kemarahan aku dekat mana?

Aku faham masing-masing stress. Tapi tak boleh ke nak treat each other nicely? Aku aja yang kena? Kenapa?

Aku nak tanya.... Kalau aku "meletup", adakah itu salah aku? Kalau aku derhaka, adakah itu salah aku?

Tapi aku bersyukur, aku masih punya kesabaran dan iman aku insya-Allah masih kuat. Kalau tidak, aku mesti salah seorang yang kau nampak di dada akhbar hari ni. Antara bunuh diri, atau buat segala apa yang boleh untuk ease the pain.

Aku harap kesabaran akan tetap utuh.

Tapi aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. Sebab, MAK, KAU DENGAR TAK APA AKU CAKAP? Dalam gerak geri aku, dalam semua perlakuan aku, kau tak faham ke aku rindu kita. Kita yang dahulu. Happy. Tak obses terhadap duit ke apa semua ni. Ya, dulu hidup susah, harap gaji ayah aje. Tu sebab mak kerja balik. Tapi kenapa mak berubah mak? Kenapa? I miss us so badly.






Artikel ini telah terpilih untuk menjadi salah satu pemenang GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar yang ditulis oleh seorang Anonymous yang tidak mahu dikenali.

Penafian: Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan blog Buasir Otak.




tags: pemenang giveaway contest gila ga #6 anda tulis kami bayar mak kau dengar tak apa aku cakap cerita kisah cerpen anak ditinggalkan terbiar tidak peduli ibu bapa suami isteri bercerai derhaka sedih kecewa

28 ulasan:

  1. serius? xmahu dikenali? misteri....... satu!!! malai syiah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau nih ayat pakai macam tak ada akal aje...aku yang berakal pun tak faham!

      Padam
    2. yeah apabila 2 org gila berbicara sama sendiri ha ha ha

      Padam
    3. Inilah Si Rosli.. pruuuuttt! Kat muka dia sekali!

      Padam
    4. ni lah bila ada seorang lagi orang gila agi komen...caca marba!

      Padam
  2. nice story
    ni berdasarkan pada kisar sebenar ke?

    BalasPadam
  3. huih..ada jugak mak mcm tu. kalau bapak buat perangai tu biasa la jugak dgr. ni mak. adoi..bagi aku mak aku la tempat aku luahkan perasaan. Dah besar dan dah kawin pun, mak aku still layan mcm dulu. Sedihnye kalau mak perangai mcm tu. Ape2 pun, kalau ni kisah sebenar, semoga ibu si penulis tu mendapat petunjuk agar sedar kepentingan anak-anak (sebab nak cakap kepentingan suami, dah bercerai la pulak). Bagi aku fungsi ayah tu ibarat hero kita, dia pembela kita yang tegas dan berani. Mak pulak penuh dgn lemah lembut dan tempat mengadu. Diharapkan smoga si penulis boleh bersabar. Jgn sesekali melawan ibu, kalau nak perubahan..cuba tegur baik2. Jika tak ada kesempatan nak merasai kasih sayang ibu kembali, masa akan dtg nanti bila dah berkeluarga..jadilah ibu yg terbaik untuk anak2 dan isteri yang taat kepada suami.

    BalasPadam
  4. ko tulis semula ke noob?

    nice jugak story ni..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. penulis emel kat aku artikel ni aku publish je terus

      Padam
  5. Shrek is love,Shrek is life27 November 2014 pada 1:37 PTG

    Aku yg tulis artikel ni. Noob jgn lupa kasi wang hadiah

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tahu siapa yang tulis sebab dia hantar emel kat aku, dan dia yang minta supaya nama dia tidak disiarkan, tapi yang pasti bukan ko

      Padam
  6. Sejahat jahat ibu bapa dia tetap ibu bapa kita. Sejahat jahat anak dia tetap anak kita. Think positive. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak merasa senang la nak bercakap kan :)

      Padam
    2. tak kena rogol ngan abah ko bleh la cakap..

      Padam
  7. Aku dapat rasa penderitaan tu.. Bertabahlahhhhh

    BalasPadam
  8. Sejahat-jahat mak dia ni, jahat lagi Papagomo dan UMNO-BN!

    BalasPadam
  9. Bukan tak peduli tapi mungkin mak dia leka dengan kerja.. Tak sayang dia tak jaga & tak bela.. mungkin cara je tak betul.. di hati seorang mak.. tetap ANAK

    BalasPadam
    Balasan
    1. xsemestinya di hati seorang mak/bapak tetap anak... ada jg ibu bapa yg berhati setan sampai sanggup jual anak, rogol anak & dera pukul anak sampai mati...

      Padam
  10. doa banyak2 ye semoga Allah lembutkan hati semua utk duduk berbincang baik2 :)

    hanisamanina.com

    BalasPadam
  11. noob tnya ckit, sume gambar yg ko letak dekat blog, ko mntak permission x dari web yg ko ambik? adkah dgn mletakkn dr smber mna dh mmadai... diorang ble claim copyright x?.... dan ap jenis hukuman yg dikenakan?.. mohon pencerahan...

    BalasPadam
  12. kesian kat anak tu... kalau ada mak bapak baca ni kena ingat, sebagaimana layanan mak bapak kepada anak masa kecik, begitu lah layanan anak masa mak bapak tua... tak semua kesalahan anak tu berpunca dari anak... bila dah tua baru nak menyesal dah tak guna... tanggung lah macam mana anak tanggung masa kecik...

    BalasPadam
  13. anak tu patut paham..mak dia pon tertekan cari duit utk sara keluarga

    BalasPadam
  14. repeated stress can cause fatigue failure..

    BalasPadam
  15. aku dapat rasakan perasaan budak ni, aku x mampu nak kata suruh kau bersabar sebab aku tau bercakap di mulut tu memang senang berbanding yang merasainya. aku cuma nak kau tau, ada insan yg berkongsi rasa mungkin tak semuanya macam kau. ada beberapa point kau sama ngan aku. tak semua anak bongsu ni bahagia dan tak semua mak dalam dunia ni lemah lembut. dan aku tengok kakak2 aku pun bukan dalam kategori lemah lembut, sampailah ke aku.tp aku nak bila aku ada anak nanti aku akan jadi ibu yg sehabis baik, tempat anak2 aku mengadu n bermanja. aku pun jeles ngan abg aku sebab boleh wat apa je sebab dia laki. jadi perempuan aku rasa terkongkong, dan aku sangat2 rindu bapak aku. aku selalu fikir kalau bapak aku ada lagi, adakah mak aku akan sama macam hari ni, dan kehidupan aku berbeza? aku dan kau tak boleh mengubah masa silam, tapi aku dan kau boleh bina masa depan yang tak sama macam semalam. kepada kakak2 n mak2 please walau apa pun yg terjadi kat kau, tolonglah jangan sampai hilang emak yg mcm anak2 ko sayang. n kpd abg2 n bapak2 please take care your wife, children n family carefully n nicely. peace sister!

    BalasPadam
  16. Sedih bila baca artikel macam ni... Memang kesian bila jadi macam ni... Perlu ada kesabaran mental

    BalasPadam
  17. cerita betul ke ni? tapi memang sedih bila mak kita sendiri buat macam tu..

    BalasPadam
  18. Cerita ini menunjukkan walau berapa tinggi mana pun berada...ketua keluarga yg sesuai ialah lelaki....mmg patut kuasa talak di tangan lelaki

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.