Halaman

Sabtu, 8 November 2014

Tips berhadapan dengan binatang liar di hutan

Berhadapan dengan binatang liar di dalam Hutan? (Tips and Tricks)

Anda suka akan cabaran di hutan?
Anda gemar mendaki gunung?

Apabila melakukan aktiviti rekreasi di dalam hutan seperti mendaki gunung, aspek keselamatan memainkan peranan utama ketika beriadah. Namun, keselamatan yang terdedah kepada bahaya hutan tetap tidak dapat dielakkan. Di sini, saya ingin berkongsi tips-tips semasa kecemasan apabila berhadapan dengan binatang-binatang liar seperti kera liar, gajah, babi hutan, ular (apa-apa pun jenis tak kisah), harimau, beruang, kala jengking atau lipan.yang sudah berada di depan mata. Apa yang terbaik untuk dilakukan?


Apa perlu anda lakukan?

Berikut adalah perkara yang perlu dipertimbangkan :
  1. Keadaan ketika kejadian itu berlaku (malam atau siang, hujan atau kering)
  2. Lokasi pertentangan mata,
  3. Mangsa atau pemangsa
  4. Mengenali keupayaan diri dan kelebihan
  5. Mengenali kawasan kejar mengejar
  6. Kembali kepada asal tempat titik pertemuan

1. Keadaan ketika kejadian itu berlaku (malam atau siang, hujan atau kering)

Guide atau pemandu arah yang membawa rombongan ekspidisi mendaki merupakan orang paling penting ketika ekspidisi di dalam hutan. Mereka ini merupakan orang yang paling hadapan yang mengetuai sesuatu ekspidisi kerana mereka lebih memahami dan peka dengan keadaan habitat, muka bumi, bau, flora dan fauna hutan dan keadaan geologi tanah ketika itu. Kebiasaannya pemandu arah ini akan berjalan 5 hingga 10 meter dari rombongan untuk memeriksa keadaan trek sama ada selamat atau tidak untuk dilalui.


Bagi sesiapa sahaja yang memasuki hutan dan tidak biasa dengan keadaan hutan, anda perlulah peka dengan suasana sekeliling. Apabila cuaca dan keadaan habitat di dalam hutan kering atau lembab disebabkan hujan, ia memberi kesan kepada kesemua hidupan di dalam hutan terutama haiwan liar dan berbisa. Jika musim kemarau atau kering, kebiasaannya, binatang liar akan keluar mencari sumber air di sungai atau lopak dan mencari tempat yang sejuk disebabkan oleh keadaan yang tidak selesa yang mereka alami. Begitu juga apabila musim hujan berlaku, kebiasaannya binatang liar ini akan keluar mencari makanan kerana kesejukkan yang melampau menyebabkan mereka cepat lapar dan bernafsu.

Naluri binatang yang lapar dan tidak berakal ini akan menyerang mangsa dari pelbagai sudut. Keadaan hujan dan lembab juga menyebabkan pendaki hilang deria bau serta kurang fokus dengan keadaan sekeliling berbanding waktu kering. Patuhi arahan pemandu arah dan peka dengan keadaan sekeliling anda apabila berhadapan dengan waktu hujan di dalam hutan. Tidak kurang juga binatang ini berpindah habitat kerana ancaman semulajadi seperti kepala air, tanah runtuh atau pokok tumbang meningkatkan peluang seluruh ekspedisi untuk terserempak dengan binatang liar ketika hujan.

Guide atau pemandu arah perlu menjarakkan diri mereka dengan ahli rombongan kerana perlu membuat keputusan yang tepat ketika terserempak dengan binatang liar. Jenis, bilangan, saiz dan keadaan bianatang liar yang dijumpai menentukan keputusan pemandu arah sama ada perlu berundur, tunggu atau membuat bising menghalau haiwan tersebut.

2. Lokasi pertentangan mata

Jika anda berhadapan dengan binatang liar pada waktu malam, pastikan anda tidak mengalihkan suluhan cahaya dari head lamp (lampu kepala) atau touchlight ketika bersetentangan mata dengan binatang liar ini. Pembiasaan cahaya dan suluhan lampu yang terang mampu menggetarkan jiwa haiwan-haiwan ini. Sentiasa tenang berhadapan dengan haiwan-haiwan liar ini. Ambil masa anda untuk membuat keputusan berdasarkan biasan cahaya mata haiwan tersebut. Jika bercahaya terang seperti warna hijau atau merah, kebiasaannya mereka ini sedang terancam dengan suluhan lampu tersebut.


Berhati-hati dengan lokasi anda berada ketika itu, kerana kebanyakan binatang liar jenis pemburu ini sudah terlatih dengan teknik penyamaran. Mereka akan menyamar di kawasan-kawasan yang sama warna atau corak pada badan mereka sehingga mangsa tidak perasan akan kewujudan binatang tersebut. Oleh itu, peka dengan pergerakan kawasan seperti semak, pergerakan batu atau goyangan dahan pokok, atau keadaan luar daripada kebiasaan ketika trekking di hutan. Jangan menganggap ketidakbiasaan keadaan itu merupakan satu aktiviti paranormal, anda akan mudah jatuh dalam keadaan yang dipanggil seriau.

3. Mangsa atau pemangsa

Siapa memainkan watak pemangsa atau mangsa ketika di dalam hutan bergantung kepada nasib anda ketika itu. Jika anda terjumpa kijang atau pelandung di dalam hutan, watak pemangsa sudah tentulah ialah anda sendiri. Begitu juga sebaliknya. Semuanya bergantung kepada niat sebelum masuk ke dalam hutan. Jika niat anda hanya nak melihat keindahan suasana di dalam hutan, maka Insya Allah, Allah akan melindungi niat baik kalian, tetapi, jika anda ada niat nak makan macam-macam atau nak rasa makanan lain daripada lain di dalam hutan, bagitau saja dekat abang guide tu, itu pun kalau dia rajin.


4. Mengenali keupayaan diri dan kelebihan

Dalam keadaan kecemasan, terutama ketika anda sedang berjalan di dalam hutan membawa beg yang dipenuhi keperluan asas anda untuk kelangsungan hidup, sudah tentu ia hanya akan menjadi beban ketika berhadapan dengan haiwan liar yang mengejar anda terutama beruang. Sebaiknya, tanggalkan beg anda itu dan jangan fikirkan keperluan anda ketika itu, fikirkan keselamatan nyawa anda adalah keutamaan.


Jika beg itu banyak makanan, sudah tentu beruang atau apa sahaja binatang liar akan menggomol beg anda. Belilah beg yang mahal supaya dapat kita memastikan daya ketahanan beg itu kekal utuh walaupun dirobek oleh beruang. Pastikan parang sentiasa berada di sisi anda dan bukannya di dalam beg. Letakkan di tempat yang mudah dicapai seperti di pinggang anda supaya dapat menaikkan semangat anda semula ketika diserang. Jika didesak, cekalkan hati untuk menggunakan parang terhadap binatang liar tersebut.

5. Mengenali kawasan kejar mengejar

Jika seseorang itu penggemar hutan atau selalu meredah hutan, belajarlah mengenali lokasi anda berada. Kenali keadaan geografi hutan terutama kawasan spot untuk berlinding ketika berhadapan dengan binatangg liar. Spot tempat-tempat seperti pokok-pokok yang mempunyai akar yang besar atau pokok yang boleh dipanjat. Jangan sesekali mengalihkan posisi anda dari binatang liar itu. Posisi anda perlu sentiasa menghadap kea rah binatang liar dan dengan perlahan mengudur selangkah demi selangkah ke kawasan spot.


Perhatikan tingkah laku luar kebiasaan binatang ketika mengundur. Di kawasan spot, kebiasaannya binatang liar ini akan berasa gentar melihat anda berada di belakang pokok yang besar. Jika anda berada di kawasan sungai, pastikan anda berada di dalam sungai kerana binatang-binatang liar ini tidak suka basah tanpa sebab kecuali buaya. Pandai-pandailah perhati keadaaan sekeliling. Jika anda di kejar sekalipun, pastikan anda lari menuju ke kawasan spot atau ke arah sungai. Kenali trek yang anda lalui dan pastikan binatang liar itu tidak lagi mengejar anda.

Jangan lupa di mana anda tinggalkan beg anda tadi. Apabila anda kembali ke track asal, jangan lupa buat hendapan di sekeliling beg anda sebelum mengambilnya. Baling apa sahaja objek  ke arah beg anda atau ke kawasan lain untuk memastikan tiada binatang liar lagi di sana.

6. Kembali kepada asal tempat titik pertemuan

Selepas daripada aktiviti kejar mengejar tamat, pastikan anda kembali ke titik pertemuan. Pulihkan semangat anda bersama rakan-rakan. Rancang keselamatan dan dengar nasihat daripada pemandu arah. Buat mesyuarat sama ada ekspedisi ini perlu diteruskan atau tidak.


Janganlah takut dengan binatang-binatang buas di dalam hutan hujan Malaysia yang beridentitikan hutan jenis Damar kerana Manusia kini adalah lebih buas daripada binatang.

Harga semangkuk Sup Kaki Harimau RM 240
Harga semangkuk Sup Kaki Kura-kura RM 24.70 tidak termasuk tax 6%

Binatang buas ini lebih takut dengan kehadiran manusia di dalam hutan. Reseptor bau mereka lebih peka dengan perubahan suasana sekeliling dan mereka akan berlari sejauh mungkin kecuali apabila mereka cedera atau terancam. Kita mudah untuk terserempak dengan binatang kerana asal usul denai hutan yang sedia ada merupakan track asal atau laluan binatang seperti track gajah, kambing atau seladang.

P/S : Jangan masuk ke hutan berseorang walaupun anda mempunyai ilmu persilatan hingga tahap dewa sekalipun, jangan cuba mencabar alam.

Diambil dan diolah dari sumber : http://gunungonline.com/basecamp/viewtopic.php?f=21&t=3351

Disediakan oleh,
Mohd Hanafi bin Mohd Rasip





Artikel ini telah terpilih untuk menjadi salah satu pemenang GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar yang ditulis oleh Mohd Hanafi bin Mohd Rasip.

Penafian: Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan blog Buasir Otak.




tags: pemenang giveaway contest gila ga #6 anda tulis kami bayar tips and tricks teknik berhadapan dengan binatang liar di dalam hutan survival 

11 ulasan:

  1. aikorang sama lagi? lol ak rasa ak pun nak menulis gak ni huhuhu first~

    BalasPadam
  2. Kenapa x boleh masuk hutan sorang2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih baik masuk ramai dari sorang.. masuk sorang mungkin peratus utk risiko kemalangan dan kecemasan tinggi berbanding beramai2 kot..

      Padam
    2. ahmadkacakbergaya.com9 November 2014 pada 6:32 PG

      xboleh masuk hutan sorang2 nanti buat perkara x elok...

      wow..blog noob dah guna capchai...

      Padam
  3. tips ni xberguna pun.. ada lg ke budak2 muda nk masuk hutan zaman skrg? lebih baik diorg g pavi dr masuk hutan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Some budak2 masuk Hutan nak beromen. Br bulan lps aku & member masuk hutan nak mandi air terjun dpt mengantoikan meleis-meleis kaki romen

      Padam
    2. mmg la xbguna ... tapi utk org yg hobby mengembara berguna la wehh ... artikel ni bukan utk budak2 pavi bani qudut padang mat sirat meran ale utoo phuii

      Padam
    3. skrg ni kn byk dah kes kemalangan dalam hutan daripada aktiviti outdoor org2 muda belia skrg..mgkn tips ni berguna utk mereka..walaupun xramai, tp boleh mmbntu ape yg ptut

      Padam
    4. aku suka masuk hutan...mcam2 spesis haiwan boleh jumpa...kadang2 yg xpernah jumpa boleh jumpa dalam hutan...xpayah pergi jauh2...hutan belakang rumah pun dah ada macam2...

      Padam
  4. Panjangnya. .harap2 bukan copy paste. Boleh beza ayat tulia sendiri atau copy buku/majalah/artikel lain.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.