Halaman

Rabu, 31 Disember 2014

Perlu keluar kos yang besar untuk memujuk Tuhan?

Malam ini sambutan Ambang Tahun Baru 2015 di seluruh negara banyak yang telah dibatalkan kerana mengenang musibah banjir besar yang melanda Malaysia, namun penganjuran program Malam Cinta Rasul di ambang Tahun Baru 2015 di Putrajaya tetap akan diteruskan dan ia bukan merupakan satu pembaziran, kata penganjurnya menjawab saranan Datuk Saifuddin Abdullah supaya wang yang digunakan untuk program itu digunakan bagi membantu mangsa banjir.


Pengerusi program, Datuk Syed Mehdar Syed Abdullah berkata, pelaksanaan majlis bacaan selawat beramai-ramai ke atas Nabi Muhammad sempena tahun baru itu, walaupun ketika negara berdepan musibah banjir di negeri pantai timur, tidak memakan belanja yang besar.

"Kita menganjurkan program ini atas dasar kebertanggungjawaban membimbing anak muda daripada pergi ke program berbentuk maksiat, sebab biasanya kalau tiap kali sambutan tahun baru, memang ia berlaku. Kalau tanya pekerja Alam Flora, mereka membersihkan kondom yang bertaburan di jalan (selepas sambutan tahun baru).

"Dan program kita belanja tidak besar, hanya sekitar RM200,000. Sangat jauh berbeza dengan sambutan kebiasaan yang setiap tahun kita tengok. Untuk bunga api sahaja, menelan ratusan ribu ringgit," katanya.
Bacaan lanjut The Malaysian Insider.

Namun terdapat seorang pendakwah yang mempertahankan bahawa acara yang berkos RM200,000 ini adalah perlu untuk memujuk dan memuaskan Tuhan setelah memberi musibah banjir ini. Baca berita penuh di The Malay Mail Online. Berikut adalah teks penuh daripada laman Facebook milik beliau:
TAHU TAK APA PUNCA BANJIR?

Saya nampak, ada masalah besar bila kita ni terlalu melihat kehidupan ikut neraca sains. Terlalu follow hukum sebab-akibat. Berfikir terlalu logik sampai dalam hal banjir, kita hilang punca.

Antaranya, ramai yang mengomen tak tentu hala dalam majlis selawat di dataran merdeka rabu ini.

Mereka kata program ini membazir. Baik sedekahkan kos RM 200k tu kepada mangsa dari buat majlis selawat yang berhibur & 'nyanyi-nyanyi'. Time ni lah kita cakap ikut fiqh aulawiyat padahal kita pun tak menyumbang mana. Sembang je lebih. Kalau betul aulawiyat, orang yg kecoh komen tu pergilah ke Kelantan terus, duk sana bantu tiap-tiap hari. Then, keluarkan wang simpanan ASB anda, derma separuh. Jangan cakap dari jauh je.

Amacam, ada brani? Ha... kan dah pucat muka. Kalau tak berani, anda pun 'aulawiyat' tak betul.

Cakap je lebih. Macam tin kosong. Bising.

Ni saya nak terang betul-betul mana 'logik' yang orang fikir logik ni tak nampak. Baca sampai habis. Fahami hujung-pangkal.

Tuan-puan semua, percayalah, jika kita menyumbang berbilion pun dengan harapan nak selesaikan banjir, ia takkan selesai selagi kita tak settlekan perkara ini dari PUNCANYA.

Soalnya, apa punca banjir?

- Musim tengkujuh? - Salah.
- Air laut pasang, so banjir tak surut - Langsung tak tepat.
- Awan yg bawa hujan stay, tak ke tempat lain - kena tolak 10 markah.

Ni nak habaq. Ini puncanya :

JAWAPAN TEPAT : BANJIR INI DARI ALLAH TA'ALA.

Ia bukan episod kejadian alam yang datang setiap hujung tahun. Allah datangkan sebab Dia NAK TEST (EXAM) kita. Mungkin Allah sedang Murka. Mungkin juga Allah nak naikkan darjat kita.

Bila kita sedar yang banjir ini dari DIA, maka kita perlu minta sungguh-sungguh kepadaNya untuk hentikan banjir ini. Anologinya, bila rumah anda banjir sebab pili air pecah, pergilah betulkan pili, bukan beli lebih banyak baldi-gayung nak tadah air.

Itu anologi utk faham WHY majlis selawat ni diadakan.

SOALAN : Mengapa ia dibuat besar-besaran?

Sebab, dosa yang kita lakukan selama ni pun 'besar-besaran' juga kan? Allah Ta'ala dah lama murka sebab, selama ni kita berkira denganNya. Kita lupakanNya. Kita warnai hidup dengan maksiat. Hati kita terlalu busuk sampaikan orang nak buat baik pun kita cakap membazir.

So, nak tampal benda besar, tak cukup dengan usaha kecil doa sensorang di rumah. Tak memadai solat hajat satu surau je.

Kena buat 'grand'. Kena keluarkan 'kos besar' untuk jemput semula rahmat Tuhan yang hilang.

Rahmat kasih-sayang Tuhan ni mahal tau, dan Dia sedang tarik rahmatNya dari kita. Banjir ini mungkin salah-satu dari alamat kemurkaan yang dizahirkanNya.

Frankly speak, actually 200k ni amat 'cheap' jika nak dibandingkan dengan nilai RAHMATNYA.

Jangan berkira sangat bila nak cari rahmat Tuhan, kerana apabila rahmat tu ditarik, bukan 200k hilang, tapi berbillion ringgit hilang sekelip mata je.

Tak percaya? Anda kiralah sendiri kos kerosakan akibat banjir.

Tak perlu kira, sebab ia takkan terkira.

SOALAN : Mengapa majlis selawat, bukan solat baca Yasin ke?

Anda kena faham satu perkara. Jika kita berdoa & solat hajat sahaja, doa kita akan melalui banyak 'filter' Tuhan. Dia akan filter keikhlasan, sumber wang kita, even Dia akan tengok doa itu datang dari orang soleh atau orang yang 'banyak buat hal' denganNya.

Saya fikir, ikut condition kita sekarang ni, maaf cakap, susah doa tu nak di'approved'. (tak tahulah kalau anda 'solehlah' sangat.)

Tapi dalam islam ni ada 'short-cut'. Ada 'jalan belakang' utk doa diterima.

Caranya adalah SELAWAT.

Jika kita minta ikut syafaat nabinya, berdoa dengan didahulukan pujian & selawat terhadap manusia dikasihiNya, dalam banyak kes, Allah akan makbulkan.

Ingatlah, Rasulullah s.a.w adalah 'main point' rahmat Tuhan terkumpul. Bila kita memohon via 'main point' itu, Allah mudah datangkan rahmat kepada kita.

Logiknya begini : jika anda nak minta projek dari 'orang besar', confirm tak dapat sebab dia tak kenal pun anda. Jika kenal pun, anda bukan dalam 'circle'nya. Jadi, mintalah MELALUI orang yang rapat dengan 'orang besar'. InsyaAllah, peluang nak dapat lebih besar kan?

Itu jawapan logik, sebab kalau saya bagi dalil Quran-hadith, ada je cara nak pusing interpret ke makna lain.

LAST:

- Hadirlah ke majlis selawat malam 31.12.14 ni di dataran merdeka. Jika tidak berkesempatan, anda 'hadir' dari rumah. Ada siaran langsung melalui TV Alhijrah sebagai alternatif. Bila syeikh doa, anda tadah tangan sekali, aminkan doanya. Mana tahu, dengan keikhlasan anda mengaminkan dari jauh, Allah angkat segala musibah ini.

- Teruskan menyumbang. Ada banyak saluran untuk itu. Jika tidak, doa dari jauh & galakkan orang lain menyumbang. Jika tak mahu juga. Duk diam-diam. Jangan jadi 'negatif', komen sana komen sini.

Sekarang adalah masa kita tunjukkan kesatuan, tunjukkan yang kita masih ada 'hati'.

Ya Allah Ya Arhamar Rohimin, kami mohon dengan penuh kerendahan diri, Engkau angkatlah segala musibah & dugaan banjir yang dilalui oleh saudara-saudara kami.

Dengan berkah syafaat Rasulullah s.a.w

Allahumma solli ala saidina Muhammad, wa alaa a'lihi wasohbihi wasallam.

Us. Asraff Ayobb

Ok ada beberapa point yang aku setuju dan tidak setuju dengan Ustaz ni.

1. Banjir yang berlaku ini adalah dari Allah Taala. Betul, tiada sangsi lagi. Namun Tuhan bukan punca banjir. Punca2 Tuhan turunkan musibah adalah kerana manusia juga. Kerana alpanya manusia, kerana ingkarnya manusia, kerana sombongnya manusia, kerana tamaknya manusia.

2. Dari zaman Nabi lagi Tuhan sudah menurunkan pelbagai bala dan musibah kepada manusia, sebagai balasan, peringatan dan pengajaran kepada manusia. Namun pada zaman Nabi, Allah memberitahu punca dan sebab musabab suatu bala itu kepada umat manusia melalui Nabi dan Rasulnya.

3. Namun pada zaman kita, tiada lagi utusan yang boleh memberitahu dan menyampaikan kepada kita punca Tuhan menurunkan suatu bala dan musibah. Kita bukannya Tuhan yang tahu atau Nabi yang diberitahu kenapa suatu bencana itu diturunkan. Oleh itu secara umum, kita anggaplah sahaja ia sebagai suatu peringatan dan pengajaran kepada umat manusia akhir zaman yang semakin alpa.

4. Akan tetapi untuk umat zaman ini, Tuhan telah berikan suatu ilmu akal yang tidak dimiliki oleh orang dulu2, itulah ilmu Sains dan Teknologi, malah dalam kitab terakhir iaitu Al-Quran itu sendiri tercatat banyak ilmu2 berkaitan sains. Sebab itu selain daripada meningkatkan mutu kehidupan manusia di dunia, ilmu sains ini juga Tuhan bagi agar kita dapat mencari dan menyelidik punca berlakunya sesuatu perkara, kaedah untuk mencegah serta cara untuk mengawal, bukan sekadar menggunakan sains untuk memusnahkan ekosistem dan alam sekitar sahaja.

5. So bila Tuhan turunkan banjir, dengan ilmu yang kita ada, kita boleh berusaha untuk menyelidik dari sudut saintifik kenapa banjir berlaku, apa kaedah untuk mencegah dari berlaku seperti memperbaiki sistem pemparitan dan memelihara kawasan tadahan air, serta apa cara untuk mengawal apabila berlakunya banjir seperti menggunakan helikopter dan bot untuk menghantar barang keperluan dan memindahkan orang.

6. Itu kalau dari sudut saintifik kita boleh mencari punca, cara mencegah serta mengawal apabila bencana alam berlaku, tetapi dari sudut rohaniah, kita pun tidak tahu punca2 sebenarnya kenapa Tuhan turunkan musibah tersebut, namun yang pasti, untuk mencegahnya bukanlah dengan memujuk Tuhan dengan mengadakan majlis berselawat besar2an yang 'grand', kena keluarkan 'kos besar' sampai RM200K untuk jemput semula rahmat Tuhan yang hilang.

7. Macam mana kita boleh tahu Tuhan memang mahu kita memujuk-Nya dengan cara dan keluarkan belanja sebanyak itu? Mana boleh juga nak menilaikan amalan kita dengan nilai duit, dah macam nak rasuah Tuhan dengan duit, siap samakan cara meminta pertolongan dari Tuhan seperti "nak minta projek dari 'orang besar', confirm tak dapat sebab dia tak kenal pun anda. Jika kenal pun, anda bukan dalam 'circle'nya. Jadi, mintalah MELALUI orang yang rapat dengan 'orang besar'."

Ingat Tuhan tu macam manusia ke? Habis tu kesian la orang miskin takkan dapat rahmat dari Tuhan sebab dia tidak mampu nak keluarkan kos yang besar untuk agama.

8. Tuhan menerima dan menimbang semua amalan sama ada kecil atau besar, yang penting keikhlasan. Ni siap cakap "ikut condition kita sekarang ni, maaf cakap, susah doa tu nak di'approved'. (tak tahulah kalau anda 'solehlah' sangat.)", kita ni wakil Tuhan ke boleh tahu doa kita diterima atau tidak? Doa siapa yang Tuhan nak terima, doa siapa yang ditolak?

9. Ya tak dinafikan acara majlis berselawat besar2an ini kalau nak dibezakan dengan konsert2 dan acara sambutan Ambang Tahun Baru yang lain memanglah ia lebih baik, tapi ia juga bukan suatu tuntutan yang wajib, lebih2 lagi jika ada perkara yang lebih utama dan memerlukan prioriti seperti menyalurkan bantuan dan dana kepada mangsa banjir. Malah ia juga bukan amalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad sendiri pun. 

10. Tiada isu kalau sekadar nak buat majlis ilmu dengan memberi ceramah dan tazkirah berkaitan ilmu agama dan buat solat hajat. Tapi mengadakan acara berselawat beramai-ramai secara besar2an dengan diimamkan orang tertentu pada waktu tertentu adalah umpama membawa satu syariat yang baru, dengan gerakan melambai2kan tangan seperti suatu ritual seolah2 memuja Nabi s.a.w, sedangkan Baginda sendiri tak ajar berselawat seperti ini. Memang digalakkan untuk mencintai Nabi, tapi segala pujaan hanya kepada Allah s.w.t.


11. Kalau betul2 nak memujuk Tuhan, tak perlulah memujukNya dengan suatu amalan baru secara besar2an, sebaliknya perhebatkan amalan2 yang wajib, kuatkuasakan hukum Tuhan dalam pemerintahan, melaksanakan segala yang disuruh olehNya, tinggalkan segala laranganNya, perkasakan institusi2 zakat, menarik masyarakat untuk dekatkan diri dengan rumah2 Allah dan ajak orang ramai solat berjemaah, mengurangkan kerosakan oleh manusia terhadap muka bumi, mendidik orang Islam dan berdakwah kepada orang bukan Islam agar kembali kepada Islam serta lain2 perkara yang lebih utama dan berprioriti tinggi.

12. Jangan pula ada yang komen, kenapa acara2 baik macam ni nak hentam, kenapa tak hentam konsert2 sambutan Tahun Baru yang lagi teruk dan melalaikan. Konsert2 tu dah lama kena hentam dah, cuma diorang ambil peduli atau tidak je. Lagipun acara2 maksiat macam tu memang dah jelas keburukan dan keharamannya, tapi perkara2 yang kurang jelas macam ini yang perlu dibincang dan diperhalusi lagi.

13. Akhir sekali, seperti yang aku pernah tulis sebelum ini, tarikh Tahun Baru juga adalah mengikut kalendar Gregorian atau kalendar Kristian, walaupun kita memasukkan elemen dan unsur2 agama yang Islamik dalam acara dan majlis sambutan, yang sebenarnya kenapa kita perlu menyambutnya pun?




tags:majlis sambutan malam cinta rasul tahun baru 2015 ambang malam putrajaya kos rm200,000 rm200k ulama ustaz agamawan ustaz mohammad asraff ayob al-hafiz fb facebook pertahan ya hanana selawat nabi zikir amalan bidaah munajat

67 ulasan:

  1. Setuju dengan pendapat penulis. Sebagai seorang ustaz. Perlunya berfikir dahulu sebelum mengeluarkan pendapat khususnya dalam agama. Takut menimbulkan kekeliruan dan salah faham. Wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haih awak! apo kabor sihat keke2 selawat habib ni best rasa seronok bila berselawat nada dia hmm

      Padam
    2. si rosli ni, awek tu bukan nak dengar pendapat ko.. sebab ko tulis tu sbb nak mengorat bukan sebab nak bagi pendapat.. tahu la kesunyian.. layan pakai tangan je la.. sibuk nak cari awek kat sini

      Padam
  2. susah dh skrg ni nk jumpa agamawan yg tidak memperdagangkan agama

    BalasPadam
    Balasan
    1. susah jugak skrg ni nk jumpa blogger yg tidak memperdagangkan anon macam kita

      Padam
  3. sejak zaman manusia tinggal dalam gua lagi, mereka mempercayai kejadian alam seperti guruh, banjir dsb merupakan tindakbalas tuhan (marah, bagi amaran, gembira etc). mengikut kepercayaan nenek moyang kita yg tinggal dalam gua, ritual tertentu hendaklah dibuat termasuk mengorbankan ternakan dan juga manusia utk mengambil hati tuhan.

    kepercayaan bahawa tuhan hanya boleh dipuaskan dgn ritual dan korban selalu timbul walaupun adanya agama2 tersusun yang mengajar manusia sebaliknya. yg berbeza hanya cara kepercayaan itu disampaikan. komen ustaz ini menunjukkan kepercayaan nenek moyang kita yg tinggal di guna cukup menebal dalam diri beliau.

    kesimpulan di sini, jgn cepat percaya golongan yg mengaku ustaz/ ustazah. mereka juga org biasa mcm kita yg mudah terpengaruh dgn unsur2 bukan islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tradisi yang tak pernah berubah sejak ribuan tahun dahulu lagi..sentiasa berulang ulang

      Padam
  4. satu je komen aku.

    ASB x boleh withdraw bulan disember pasal tgh kira dividen

    bulan 1 je boleh keluar.

    Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz agak fail dlm pengetahuan ASB. sekian.

    yang bab lain no komen sebab semua da pandai.

    BalasPadam
  5. Kalau nk tau..ni la ajaran sufi. Bagi org Islam mundur ke belakang. Yg kaya habib-habib merapu serban besar.

    BalasPadam
  6. Penulis blog ni dan ustad tu ada bagus dan x bagus... nk perhalusi ker

    BalasPadam
  7. Pening aku baca statement ustaz tu. Dia ingat tuhan tu mcm menteri dkt melesia?. Ada duit kasi sumbat projek jalan ...

    Hbs org miskin yg xberduit xlayak berselawat ke utk dpt rahmat Allah?

    Lg bagus kalo buat program ceramah mcm tahun2 sudah jemput lah uai, ustaz kazim org ramai jugak pergi..

    Tuhan xpandang harta ... Rasulullah tu org yg paling miskin atas muka bumi. Rumah muat 3org. Tido berlantaikan tanah ..

    Dulu kecoh bab pelayaran islamik. Seolah2 org miskin boleh berambus keneraka. Bab ustaz tu dia terpaksa defend dia punya program sbb dia dh terima habuan konsert memohon rahmat tu...

    Agama org buat meniaga zaman skrg .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila betulkan statement anda pasal Rasulluah s.a.w....beliau bukan paling miskin di dunia.beliau ada harta yg banyak sehingga masa nak kawin dgn isteri pertama, beliau bagi hantaran beberapa ekor unta (Kira sangat kaya zaman 2).Tp beliau hidup penuh sederhana..bukan daif.

      Nak hidup sederhana yg payah nak laksanakan. Diberi gaji rm10-20k sebulan n duit simpanan berjuta2..anda still nak gi kerja pki myvi atai bmw? Nak rumah banglo atau rumah teres biasa? Makan dulang bersama keluarga atau makan di restoran mewah selalu? Masa 2 kita dpt tau even Rasulullah ada byk harta..beliau still sederhana dlm hidup n non stop beribadat kpd Allah siang malam sbg contoh kpd umat lain.

      Padam
    2. aku dari dulu perhatikan ayam afrika ni apemenda dia merepek...semua komen dia merepek meraban..duduk dalam kegelapan la ayam ni..

      Padam
    3. peduli apa ko nak perhati ayam afrika ke tak...
      ko tu sapa nak perati perati orang.
      perasan je lebih

      Padam
    4. suatu hari nabi pernah berdoa

      Allahumma ahyinii miskiinan, wa amitnii miskiinan, wahsyurnii fii jumratil masaakiin”.

      “Artinya :
      Ya Allah ! Hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, dan matikanlah aku dalam keadaan miskin, dan kumpulkanlah aku (pada hari kiamat) dalam rombongan orang-orang miskin”.

      Hadits ini dikeluarkan oleh Imam Ibnu Majah (no. 4126) dan lain-lain. Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini derajatnya : hasan. [Lihat pembahasannya di kitab beliau : Irwaul Ghalil (no. 861) dan Silsilah Shahihah (no. 308)]

      sila baca n gugel sirah nabi utk mengetahui lebih lanjut perjalanan hidup manusia teragung ini. sekian

      ustaj sheikh habib ali al gugel bin al seqaff gugeliah -

      Padam
    5. ayam afrika komen panjang isi takda...umpama duduk di jamban taik tak nak keluar..begitu lah taiknye ayam afrika ni

      Padam
  8. best artikel nih...oleh sebab best aku seperti biasa deadicate a video for you to see ha ha ha!

    http://wake-up-kick-ass-repeat.blogspot.com/2015/01/bala-allah-bilamana-kau-syirikkan.html

    kat video tuh komen aku ha ha ha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau aku perhati komen ko ni ..macam ada tekanan pun ..mesti ko penah hadapi masalah rumah tangga yang teruk , atau kehilangan kerjaya ., hampir2 patah semgat..jadi ko nak naikkan semula diri ko --ko cakap semua orang sekeliling ko salah..bg ko mungkin ko dapat self confident kat situ..tapi apa yang aku nampak ko makin kelam kabut..cakap melalut x de point..cakap tentang agama tapi bukan dari mulut orang yang beriman...duduk menungkan diri sendiri dulu...kalau x rosak jiwa ko

      Padam
    2. anon ko ni mesti newbie kt sini kan.. ok aku bgtau ko, mamat eddeved ni mmg ada masalah, dulu dia cikgu, lps kena tuduh gila dia kena buang kerja.. kesian kan? dh tau cite dia, ko nilaikan jelah sendiri

      Padam
    3. orang gila bercakap aku tak heran...yg aku heran bile ada orang nak melayan orang gila..lama lama ko pun jadi gila...biarkan dia gila...itu dah dunia dia..dah takdir dia begitu...mungkin kalau dia tak gila dia jadi perogol ke..pembunuh ke....bapok ke..so pikir lah positif...kengkadang elok dia gila daripada normal..baru dunia ni berwarna warni...nanti dia akan lenyap jugak dari bumi..masa tu tiada sapa pun ingat pada dia yg gila ni...

      Padam
  9. aik...sejak bila pula berselawat di kira sebagai syariat Islam.seluruh ulama dunia takde sorang pun mengatakan majlis berselawat termasuk dalam syariat Islam yang si penulis artikel ni memandai-mandai je nak buat tuduhan palsu.niat asal supaya nak timbulkan keraguan dihati orang awam.nak tuduh majlis selawat amalan bidaah sesat masuk neraka dah tak boleh pasal ramai orang dah celik agama,jadi dia tulis secara halus konon takut orang ingat ni sebagai syariat Islam.memang la tak salah tak buat pun tapi dah segala bantuan semua dah diberikan,dan tak salah juga kalau nak buat pun.simpan je la ketakutan tu kat diri kamu sendiri,penjelasan ustat tu pun macam orang tak cukup ilmu.bukan kuantiti tapi kualiti.berselawat dengan ikhlas lebih disukai berbanding berselawat yang hanya mahu populariti.

    cuba lagi ye geng pak wahabi bebal

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak murid MAZA semua wahabi bagi dia,

      Padam
    2. nak kata majlis berselawat majlis bidaah sebab Nabi tak pernah buat.tapi logik tu makan diri balik seolah nak kata majlis selawat = bidaah, bidaah = masuk neraka.jadinya majlis selawat = bidaah = masuk neraka.wow......majlis selawat kat Nabi pun boleh masuk neraka?

      tu pasal pusing ayat tatabahasa supaya tak nampak sangat bila tuduh.twist ayat sikit je supaya orang yang kurang pengetahuan agama tak nampak sangat.sama macam MAZA pun suka makan bangkai fitnah sana sini dalam facebook.

      Padam
    3. ko ni cakap je merapu.. timbul keraguan la, bidah la.. sebenarnya ko yg takde hujah, nak timbulkan keraguan pada org ramai kononnya majlis nyanyi2 yg kononnya selawat tu, adalah berpahala lagi disukai Allah. Jangan nak merapu..

      ada baiknya ko pergi bantah hujah2 diorang dari duduk bising kata org lain nak timbulkan keraguan... ko sendiri takde hujah..

      Padam
  10. Assalamualaikum

    SELAMAT TAHUN BARU 2015

    Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

    BalasPadam
  11. Mcm2 idealogi logik fikiran akal... kalu rasa betul pertahankan... kalu rasa x pandai jgn pula berlebihan... bab agama jgn d buat pasal... kang duka nestapa dr dunia sampai akhirat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ha ha...ugutan yang sangar obsolete...semua takut, semua tak betul...hujung pangkal esok semua di tala...ha ha ha!

      Padam
    2. kalau rasa tak pandai belajar, tuntut ilmu.. bkn bila org lain bagi ilmu, kita ckp ko ni mcm pandai je

      Padam
    3. tuntut ilmu satu hal... ilmu apa yg ko tuntut tu? jangan taksub sudahla.. dengan org yg anti program tu pun ko jangan taksub, dengan geng habib pun ko jangan taksub.. baca dua2 hujah, kalau tak paham, bincangkan.. jangan semberono kata orang lain tak tuntut ilmu dalam masa sama ko pun tak tuntut ilmu

      Padam
  12. ish teman tak tahu menahu sgt tentang benda2 ni so tak pndi nak komen psl ni serahkan pada yang arif je le apa yg teman tau selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W. bagus sangat cuma jgn ambik kesempatan udoh le yobb~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W. memang bagus sangat tapi kena ikut cara yang nabi Muhammad S.A.W. ajar, bukan reka2 lepas tu kata itu adalah selawat.. itu bukan selawat, itu lirik lagu ada unsur2 sebut nama nabi..

      sama juga kalau nak kata solat subuh tu bagus sangat.. tapi kalau pandai2 buat solat subuh 8 rakaat dan buat sujud dulu baru rukuk, lepas tu buat kutipan 200,000 utk program solat subuh, jangan kata itu program solat subuh.. itu mengarut..

      Padam
  13. Sebab tu sesetengah org perlukan jurucakap dan ilmu PR dgn media.
    Kalau sendiri cakap, jadi macam ni laa...
    Walaupun point dia kita faham, tapi senang sangat orang nak putar belit balas balik.

    Setuju dgn frasa 'Banjir yang berlaku ini adalah dari Allah Taala, namun Tuhan bukan punca banjir.'

    BalasPadam
  14. Saya rasa buat selawat cinta rasul 100x lagi baik dari acara berdoa ramai2 untuk pecahkan perut orang

    BalasPadam
    Balasan
    1. benda agama ni mana boleh ikut rasa-rasa je.. kristian budha yg dikatakan sesat tu pun pengikut dia takde la ikut rasa-rasa.. mereka rujuk para ilmu mereka dulu..

      Padam
  15. Hu macam2 la islam cara pas ka islam cara umno...atau islam yg sebnar. Tapi islam cara pas ni mcm wahabi jer....islam umno mcm liberal jer...so mana satu yg sebenar..tepuk iman carilah kebenaran...ada lagi org soleh kat malaysia ni cari lah mereka yg x mendambakan duniawi

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah kau sendiri yang labelkan Islam cara pas Islam cara umno..padahal Islam is Islam.takde pun ulama Islam pernah kata,kalau undi XX maka kafir sebab bekerjasama dengan orang kapir.kena undi parti XXX je baru tak kafir.

      penah dengar Imam Hassan AlBanna yang menjadi idola parti pas cakap jemaah Islam lain kapir dan memecahbelahkan Islam?

      Padam
  16. Pergilah berselawat,pergilah bantu mangsa banjir...dua dua berpahala...jangan dikira kosnya...yang penting ikhlas....dan kalau ada buasir berubatlah dengan sabar ya..buasirotakl.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. kama reza ni yg tentukan dosa pahala ke? macam mana tahu kalau pergi berselawat yg tak macam selawat tu, boleh dapat pahala? maksudnya kalau kos dia 100juta pun jangan dikira? macam tu? senang la kalau macam tu.. mudahnya nak dapat pahala.. nama je program selawat.. tapi tak macam selawat yang nabi ajar..

      Padam
  17. Personally..sy x kisah majlis ni dilakukan...jika lebih kpd kebaikkan dr keburukan. .hukumnya harus. Tp ada yg suka politikan atau mempersoalkn kewajaran majlis ni yg berjumlah rm200k. Bg sy even even bantuan berjumlah rm500juta pun x cukup utk mangsa2 banjir di pantai timur, rm200k ni just amount kecik. .melainkan rm200k masuk poket 1 org je...

    Paling penting..kita belajar dr musibah ni...kita perlu akui ada hikmah di sebalik apa yg berlaku di malaysia. Kita muhasabah diri dan stop blamming each other sbb benda yg remeh temeh.

    Mcm sy pernah tgk satu post kat FB last week:
    We want change...buy we don't want to change ourself. .so forever we still remain the same.
    Xleh nak satu perubahan tetapi harap org lain ubah (dipersalahkan), tp diri sendiri langsung xnak berubah. Berubah la utk azam tahun baru anda utk 2015. Sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam mana ayam afrika boleh tentukan mana yg benda tu jauh lebih banyak kebaikan dari keburukan? dalam hal yang melibatkan agama, kena ikut nas.. bukan ikut akal suka2.. kalau hal dunia, bolehla ko fikir mana lebih logik, mana lebih mendatangkan kebaikan.. kalau hal yg sangkut paut dgn Allah, kena rujuk quran hadis ulama

      Padam
    2. UAI dan UKE ckp selawat ke atas nabi xde masalah...maybe sy x cukup dalil nak kongsikan..tp jika ada ustaz yg leh kita rujuk selalu, pendapat mereka still boleh digunakan.

      Sabtu ni Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w...so apa plan anda sabtu ni? Kalau kita study apa baginda dah berkorban utk umat islam..anda mesti rasa sgt terharu. Yang paling sy terharu sekali...baginda berdoa supaya azab sakaratul maut oleh manusia akan ditanggung oleh baginda sendiri selepas baginda dapat rasa azab nyawa ditarik sebelum baginda wafat....tetapi Allah x makbulkan doa baginda. Betapa sayangnya baginda terhadap kita semua umat nabi Muhammad s.a.w...cuma kebanyakan kita x sayang baginda seperti yang baginda harapkan.

      Padam
    3. UAI dan UKE cakap selawat. bukan majlis selawat. sebab dalam sesebuah majlis selawat yng biasa ada di semenanjung ni, bukan setakat selawat semata2, tapi ada macam2.. itu kena bezakan dulu..

      kita mencintai nabi sepanjang masa..bukan masa sambutan harijadi dia je.. bagi mengenang jasa nabi, ikutlah cara nabi.. sungguh2 buat apa yang nabi suruh dan tinggalkan apa yang nabi larang.. nabi tak ajar untuk buat majlis ilmu dengan nyanyi2 dan para ulama dari zaman berzaman pun tak anjur nyanyi2 dalam majlis ilmu..

      antara ustaz dan para ulama, dahulukan para ulama.. antara para ulama zaman sekarang dengan zaman para sahabat, dahulukan ulama zaman para sahabat kerana mereka lebih dekat kepada nabi dan amat memahami apa yg nabi mahukan..

      bukan asalkan dia ustaz, kita boleh follow terus.. kita pun tahu ustaz2 di negara kita ini penuh dengan kepentingan.. kalau nak cerita satu2, buat dosa jer..

      Padam
    4. OK, i got ur point. TQ for sharing info. Tp ada sy dengar xleh sambut maulud nabi sbb kira bidaah..tul ke?

      Skrg ni x perlu nak bergaduh sesama muslim sbb isu ini....just cari persefahaman dan move on. Jgn letakkan EGO dlm setiap isu..sbb smpi bila xkan selesai. Just fokus isu banjir nak cegah supaya x berlaku lagi akan dtg..n doakan supaya Allah permudahkan urusan kita seharian. AMIN.

      Padam
  18. salam. aq support majlis selawat, kutipan derma pon klu x salah dh lebih 200000 so, win win situation. aq rasa ko ni pro dr maza. aq bukan nk sokong golongan sufi tp dr maza pon adalah dari aliran yg ekstrim yg suka membidahkan amalan umat islam. kena pandai tapis.. daripada buat konsert yg ntah ape2, at least majlis selawat ni sebagai permulaan untuk perubahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa kaitan kutipan musibah banjir dengan majlis selawat? kalau buat selawat, confirm dah tak banjir ke lepas ni? nak win-win situation pun tengok tempat la.. takkan bedal semua benda nak win2 situation.. tengok pada prioriti la ngok

      Padam
    2. ade ke aq ckp klu buat majlis selawat confirm x banjir ? win win tu maksud nye xde la masa anak muda dipenuhi dgn benda yg maksiat cam konsert2 haram jadah tu, at least tahun baru dimulakan dgn majlis yg bermanfaat dan majlis tu pon salah satu agendanya untuk doa dan zikir munajat untuk mangsa banjir. Alhamdulillah, kutipan derma mlm cinta rasul mencecah rm325 000 dan semoga "pembaziran" penganjuran malam cinta rasul mendapat redha Allah SWT serta dapat membantu sedikit sebanyak mengajak lebih ramai kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dan pada masa yg sama dpt pula membantu mangsa bencana banjir dgn bantuan kutipan derma dan doa dari rakyat malaysia. majlis ni bg aq first kita dapat membantu mangsa banjir and secondly kita dpt menarik rmai org islam kpda Allah dan RasulNya. so nmpak x win win situation kt situ :) ?

      Padam
    3. sekarang ni malam cinta rasul tu betul ke cinta rasul atau syok sendiri? mana ko tahu malam cinta rasul tu di redhai Allah? kalau dalam tu penuh dengan kedustaan, apa yang Allah nak cintakan pada malam tu?

      Tanpa kehadiran malam cinta rasul itu pun, lebih banyak orang boleh kumpul.. NGO yang tidak dikenali di FB dan bergerak secara berkumpulan pun boleh kumpul lebih dari setengah juta.. mereka kumpul dan dan bekerjasama membantu mangsa banjir. Beri pakaian dan makanan.. bantu membersihkan rumah2 yang dah hancur, sediakan tempat tinggal dan macam2 lagi... malam cinta rasul tu buat apa? lepas nyanyi2 sikit, balik rumah tidor.. macam la aku tak tau.. berapa ramai orang tempat aku join benda tu.. semuanya berbual je lebih.. cerita je lebih.. sebenarnya kutipan pun tak banyak.. bising je banyak..

      Padam
    4. kenapa mesti setiap tahun baru perlu disambut? nabi ajar ke kalau tahun baru mesti disambut? itu sikap orang jahiliyah.. tahun baru nak sambut buat apa..

      kalau tak disambut, takde la budak2 nak buat maksiat disebabkan kerajaan sediakan tempat bersuka ria.. kalau nak buat, sendiri2 buat je la..

      ini asalkan negara kapir buat sambutan tahun baru, orang islam sibuk nak tiru.. nak nampak islamik, tukar program ada nyanyi2 konon2 islamik.. apa jadahnya nak tiru si kapir?

      kalau nak bangang pun, bertempat la

      Padam
  19. Saya rasa admin kena faham doktrin wahabi,politik dan islam..biasalah ada org yg akan menanguk diair keruh...dan nak tujuk hero,kipas sana sini...tapi bab wasilah,syafaat nabi jgn main2....kita ke syurga atas keredoon Allah dan syafaat kekasihnya Rasullallah...nak harapkan amalan kita x cukup walaupun 24/7 berdoa sembayang x henti2...jgn terpegaruh wahabi atas hadis yg dimanupulasi mereka...atas logik akal semata2....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo.. bagusnya pemikiran ko ni.. kalau amalan kita tak cukup walaupun 24/7 berdoa sembayang x henti2, jadi untuk cukupkan amalan tu, kena belanja 200,000 buat majlis selawat? cerdik

      Padam
    2. Kau bangang ke apa kalu justify kan kos memang lah membazir...tapi kalu berselawat tu dikatakan x berfaedah kau memang kelaut la

      Padam
    3. aku nak tahu apa yg ada dalam majlis selawat yg ko nak bangga kan sangat tu? aku tak kata selawat tu tak berfaedah, semua orang islam tahu selawat tu berfaedah.. selawat dengan MAJLIS SELAWAT versi ko tu jangan nak disamakan.. boleh? tu benda yang berbeza.. yg aku cakap tu adalah versi majlis selawat korang tu... cuba terangkan apa yg ada dalam majlis tu.. jangan nak berbohong, aku dah join beberapa kali dah majlis ni..

      lepas ko cakap, nanti baru tahu kat mana yang ke laut..

      Padam
    4. masalahnya bukan aku yang buat compare.. tapi ko.. aku harap ko telan balik ludah ko tu.. ko cakap amalan kita tak cukup walaupun sembahyang 24/7.. jadi nak dapat redha Allah dan syafaat nabi, pergi buat majlis selawat.. betul ke buat majlis selawat boleh dapat redha Allah dan syafaat nabi? nabi ajar macam tu ke? majlis selawat tu ko berselawat ke, ko bernyanyi2?

      Padam
  20. qasidah secara dasar bukan sesuatu yg salah, tapi ia sekadarnya saja, tapi perlu diperhatikan dari sudut lirik lagu pula.. dan difahamkan anatara qasidah yg ada adalah madad ya rasulullah... bolehkah ungkapan ini disebut? krn ia berkait soal aqidah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Qasidah berisikan solawat....ikut qaedah dakwah, kita nak haramkan sesuatu, mesti sediakan alternatifnya....kita nak mengharamkan sambutan tahun baru yg berunsurkan maksiat, maka kita beri alternatif kpd muda2 mudi islam berhibur cara islam melalui qasidah, selawat, zikir, tazkirah dan doa....

      Soal perbelanjaan, sengaja diperbesarkan oleh org2 yg x suka dgn program2 seperti ini....

      Allah haramkan arak, Allah gantikan dgn minuman2 lain....Allah haramkan riba, Allah gantikan dgn jual beli....qaedah dakwah....

      Allah haramkan zina, digantikan dgn pernikahan....

      Padam
    2. kalau nak sediakan alternatif, perlu kepada alternatif yang betul.. bukan kalau orang tu biasa mencuri duit, kita sediakan alternatif untuk dia mencuri al-quran pulak.. benda salah tetap salah..

      kalau program selawat tu betul ke mereka berselawat seperti yg nabi ajarkan? malahan banyak perkara syirik yang dijumpai semenjak 2 tahun lepas aku ikuti program tu.. lepas kena tegur, aku langsung tak pergi..

      jangan nak backup berlebihan kalau tak tahu detail apa yg diorang buat..

      Padam
    3. Yahanana....sy tengok ada orang dah taksub sampai ada puak yg melompat-lompat sambil dok Yahanana.....siap ada org buat air penawar lg ngn Yahanana.....risau juga saya takot lama2 org yg terlalu taksub ngn yahanana takot nnti jadi kot lain pulak.....

      Padam
    4. amalan terbaik dan terselamat ialah amalan para salafus saleh. ada nas tentang kelebihan mereka. ulama'2 thiqah terkemudian sgt menghormati kedudukan mereka.

      Padam
    5. pada saya tiada salahnya majlis seperti itu.. kita perlu perbanyakkan majlis ilmu.. kalau majlis ilmu pun ditentang, kita orang islam dah tiada apa2 lagi mahu didakwahkan..

      Padam
    6. saya tak kata program nyanyi2 berqasidah itu haram atau bid'ah, malah ia dibolehkan, cumanya ia sekadarnya bukan semahunya, dan adalah suatu kesalahfahaman maksud majlis ilmu itu adalah spt majlis cinta rasul perdana tu. Itu bukan majlis ilmu.

      majlis zikir/ilmu yang ulama jelaskan adalah yg menerangkan apa itu hukum solat, penerangan tentang haid dsb... ada byk majlis ilmu sejak Nabi SAW wafat yg dipelopori para sahabat,tabien dan tiada satu pun yang diselit dgn irama muzik semata2 bg menarik minat org cetek pengetahuan agama utk hadir sdgkan tugas mereka lebih berat utk sebar Islam n beri faham Islam ke seluruh dunia, bukan sekadar semenanjung malaysia.

      Padam
    7. kat masjid dan surau2 byk majlis ilmu.. belajar dlm kelas kt sekolah, kolej, universiti juga dikira majlis ilmu.. tp majlis selawat & beryahanana beramai2 ni bkn majlis ilmu.. sila jgn salah faham

      Padam
  21. Majlis zikir..berzikirlah..majlis..ilmu pulak menadah ilmu...dua2 ada kelebihan nya...puak wahabi veryfikan semua sama....

    BalasPadam
    Balasan
    1. majlis nyanyi2 bunyi macam zikir tu, orang wahabi cakap apa pulak?

      Padam
  22. kami di kelantan di datangi team dari Taiwan.
    Mereka datang. Mereka berpengalaman. Mereka beri bantuan. Tersusun. Mereka cuci rumah. Setiap rumah mereka beri rm500. Mereka vegetarian. Mereka humatarian.

    Tanpa apa-apa anjuran majlis, mereka datang menolong kami. Mereka bukan Islam.

    BalasPadam
  23. Puak wahabi semua x boleh...tapi meliwat isteri boleh..terang2 ulama kata meliwat isteri x boleh walau darurat sekali pun...marhaban,berzanji nak bidaahkan bangang...nak ikut zaman salafi apa ikut...salafi wahabi.. Imam ghazali pun dibidaahkan..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.