Halaman

Rabu, 31 Disember 2014

Apabila protokol lebih penting daripada kecemasan

Masih lagi isu banjir, tapi sebelum tu jawab dulu soalan berikut:

Jika kenderaan2 ini bertembung di lampu isyarat simpang empat, kenderaan mana yang harus bergerak dulu?

A - Van ambulans yang tengah membawa pesakit kritikal ke hospital.
B - Bomba yang dalam keadaan terburu2 kerana ada kebakaran.
C - Kereta polis sedang mengejar penjenayah.
D - Rombongan kenderaan yang membawa VVIP untuk melawat mangsa bencana.


Ya, kalau diikutkan dengan budaya berprotokol kasta dan jilat menjilat yang telah lama diterapkan dalam budaya kita, pasti kenderaan D yang akan dapat jalan dulu sementara kenderaan lain yang lebih kritikal terpaksa tunggu dan memberi laluan kepadanya.

Itulah yang dialami sendiri oleh Dr Afiq Rahim, seorang pegawai kesihatan yang bertugas di kawasan banjir di Kelantan yang kecewa kerana perkhidmatan helikopter yang terhad terpaksa digunakan untuk membawa orang kenamaan yang meninjau banjir dan bukannya bagi membawa pesakit kritikal ke hospital.
Dr Afiq Rahim yang bertugas di klinik kesihatan Badang di Kota Bharu berkata, seorang pesakit yang mengalami pendarahan teruk akibat barah rahim tidak dapat diterbangkan dengan sebuah helikopter.

Dalam tulisannya di Facebook sejak banjir mula melanda, kejadian itu berlaku pada hari Ahad lalu.

Beliau sendiri pucat lesi kerana terpaksa merawat pesakit tersebut tanpa bius dan alat yang mencukupi.

Afiq berkata, mujurlah seorang rakan sekerjanya, seorang pakar ginekologi tiba tepat waktu dan membantu untuk menjahit luka tersebut tanpa bius.

Beliau seterusnya bergegas mendapatkan helikopter untuk membawa pesakit tersebut ke HUSM di Kubang Kerian.

Katanya, pesakit tersebut sudahpun sedia diletakkan di atas troli untuk dibawa ke Kolej Jamiah Islamiah Putra, kira-kira 10 km dari situ untuk dibawa dengan helikopter.

Dalam suasana cemas tersebut, Afiq berkata beliau kemudiannya diberitahu supaya menunggu kerana helikopter berkenaan perlu membawa orang kenamaan yang ingin meninjau banjir.

“Akhirnya sebuah helikopter agensi kerajaan dikhabarkan dalam perjalanan ke sini. Tidak lama selepas itu, saya menerima berita menyayat hati,” tulisnya di Facebook.

Katanya, individu yang dihubunginya itu memberitahu bahawa helikopter tersebut terpaksa ditahan untuk kegunaan seorang orang kenamaan.

“Bagai disambar halilintar saya mendengarnya...,” katanya yang sangat kecewa dan menjerit ke gagang telefon bahawa pesakitnya dalam keadaan genting.

“Saya kecewa kerana pihak berkuasa gagal meletakkan keutamaan antara nyawa dan individu VIP tersebut,” katanya. 

Sumber Malaysiakini.


Berikut adalah catatan daripada doktor itu sendiri seperti yang ditulis di Facebooknya:
Anak yang baru dilahirkan diazankan kemudian diberi susu ibu agar dapat membantu merangsang deria rasa ibunya. Saya bertali arus dihubungi bilik gerakan namun bantuan helikopter masih tidak kunjung tiba. Akhirnya sebuah helikopter agensi kerajaan dikhabarkan dalam perjalanan ke sini. Tidak lama selepas itu, saya menerima berita menyayat hati:

"Dr, helikopter itu kami terpaksa hold untuk seorang VVVIP yang ingin melawat kawasan banjir"

Bagai disambar halilintar saya mendengarnya lalu saya menjerit ke telefon saya:

"What!!!!!! I need my helicopter now,now, now! Pt is dying here!!!!"

Lalu meletakkan telefon dengan perasaan yang sangat frust. Frust kerana pihak autoriti gagal meletakkan prioriti antara nyawa dan individu VIP tersebut.

Golongan2 bangsawan ni bila masa2 kritikal ini tak perlu nak mendatangkan masalah lagi pada orang lain. Kalau nak turun padang jugak ke kawasan yang dilanda bencana, tak payah nak berprotokol2 sangat, naik bot macam orang lain, lalui sendiri seperti mana orang lain lalui. Kalau nak selesa sangat, bawa kenderaan sendiri, bukan kenderaan kerajaan yang lebih diperlukan oleh orang lain.

Contohi Sultan Kelantan yang turun padang dan membantu mangsa banjir dengan memandu kenderaan 4X4 miliknya sendiri tanpa sebarang protokol dan diiringi oleh bodyguard atau polis sampai penduduk setempat pun tak perasan yang datang tu adalah Sultan Kelantan.




Malah Tengku Mahkota Pahang juga turut menitahkan supaya segala aset kerajaan digunakan sepenuhnya untuk memindah serta memberi bantuan kepada mangsa banjir dan bukan untuk membuat lawatan atau tinjauan. "Jika hendak gunakan untuk melawat dan meninjau sahaja, gunakan bot sendiri," titah baginda. 


Sebab tu aku pernah tulis dulu kat sini, pemimpin2 ni tak payah turun padang pun takpe, kalau setakat turun padang nak orang melayan dan menyusahkan orang lagi. Pemimpin patut duduk kat bilik gerakan kecemasan untuk pantau dan gerakkan operasi serta fikirkan cara dan kaedah untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada. Bagi dan luluskan peruntukan life jacket/jaket keselamatan kepada setiap rumah di kawasan berisiko banjir, sediakan bot keselamatan bagi setiap 20km radius kawasan penempatan, bina penempatan khas untuk mangsa banjir yang lebih sesuai dan sebagainya.

Nabi Nuh a.s. dulu pun bina bahtera atas darat orang cakap dia gila, tapi bila air bah besar datang baru mereka sedar akan rasionalnya pembinaan bahtera tersebut. Sama macam kes banjir ni, jangan fikirkan kawasan kita tak mungkin banjir, fikirkan yang ia mungkin akan kena banjir dan apa langkah2 yang perlu diambil apabila berlaku banjir.

Bak kata orang putih, hope for the best, prepare for the worst.




tags: dr afiq rahim doktor pegawai perubatan banjir kelantan helikopter bawa vvip lawatan meninjau aset kerajaan kecewa kecemasan kritikal titah sultan kelantan muhammad v faris petra turun padang tanpa karpet merah menyamar orang biasa gambar tengku mahkota pahang tengku abdullah

21 ulasan:

  1. Like ur statement noob...vvip ni just nak tnjk muka konon2 diorg prihatin la...

    BalasPadam
  2. vvip kadang2 mengalahkan kerabat kesultanan caranya...

    BalasPadam
  3. entri yang bagus...karenah vvip, dlm suasana genting pun nak amik kesempatan dalam kesulitan.

    BalasPadam
  4. bukti dalam banjir kita akan nampak sultan yang dikutuk2 tu la yang sendiri datang selamba x perlu protokol2 tu la baru betul2 sultan orang ramai nak serve.....

    BalasPadam
  5. dan ada pula orang sokong bila kutuk sultan.siap mencicit lari ke sweden lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. sbb sultan pn xsemuanya betul2 bagus.. raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah... lgpun raja pn manusia jugak, ada atau tidak sama je, negara lain yg tidak ada raja pn boleh maju.. bkn kita minta ada raja, bila dah ditakdirkan Tuhan utk menjadi raja, jadilah raja yg baik

      Padam
    2. kerabat raja yg ak respect la nmpk menyumbang sulan kelantan ,tmj, sultan terengganu... diorang ni ak nmpk diorang memang bagus ada usaha nmpk nak membagus kan orang negeri mereka sendiri... moga2 raja2 lain ambik pengajaran la adessss....

      Padam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau mengarut apa nyer MBAH KABOIRENG... Haram berjudi tu... bersyukur bila buat maksiat kpd Allah... kepala senget ke kau nie....

      Padam
  7. tapi betapa hebatnya vvip tu atas jalan raya. bila ada sekawan lembu melintas .. dia terpaksa berenti bg laluan dkt lembu tersebut. kerana lembu lebih tinggi taraf dari vip itu. hahahah..

    mohon kak jat lembu sumbang lembunya utk mangsa banjir ..

    BalasPadam
  8. Bhai Noob...

    Memang macam bangsat itu VVIP... tunggu la masa dier plak dah nak terkojol... kena pusingan roda dunia...

    BalasPadam
  9. Kau org ni. VVIP tak turun padang bising. Bila dah turun kau suruh duduk bilik gerakan pulak. Memang manusia ni suka cari salah org.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nnti bila kau sakit kritikal tp xdpt bawak g hospital sbb vvip nk guna helikopter, jgn salahkn sapa2 ya, salahkn diri sendiri siapa suruh sakit

      Padam
    2. Kau tu yg bodoh tak paham cerita. VVIP kena la turun padang tinjau keadaan rakyat. Tapi bila ada EMERGENCY case kena la bagi laluan supaya nyawa rakyat tu dapat diselamatkan. Ada paham ka setan?

      Padam
  10. Tabik la sultan turun tanpa fikir akan pangkatnya... tp gua fikir ada baik nya Sultan tegur juga org yg d amanah kan utk jaga negrinya... suara sultan mungkin akan d dgr..banjir mungkin bencana yg x dpt d elakkan... tp ni tiap2 tahun banjir... nk jd crita diz year lg teruk.... cekal sungguh hati rakyat..... SEMUA ORG POLITIK MANA PERNAH NAK KALAH..SEMBANG MESTI A++

    BalasPadam
  11. Menteri: saya prihatin dengan kesengsaraan mangsa banjir. Saya akan cuba bntu sedaya upaya..malah saya sendiri akan turun padang melawat mangsa banjir.
    Pegawai bertugas: baik dato..kami akan gunakan kenderaan 4x4 dan bot.
    Menteri:apa? U nak i pergi naik benda tu? Weii..naik helly la...baru ada stail.

    BalasPadam
  12. Korang ni kutuk2 setakat tambah dosa baik tak payah. Walaupun aku pun tak setuju protokol bodoh ni tapi bagi aku yg menguruskan tu yg bodek mengampu tak ingat dunia. Dia boleh je delay satu heli utk bagi laluan ke mangsa banjir. Vvip turun salah, tak turun pun korang kutuk. Yg korang dok mengutuk2 kat sini ada pi tolong mangsa banjir kaaa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tu kalau kami ada tolong? Mmg ada pun.kami bukan 24 jam mengadap benda ni je.

      Padam
  13. Zamam skrg suara rakyay lebih berkuasa...so agak seronok tgk suara rakyat dpt diterjemahkan di media sosial dan senang dpt perhatian dr masyarakat. So dr siti x kira pemimpin atau vvip xleh buat suka hati mereka sbb rakyat memerhati dan menilai. Tp kena ingat...ini tidak bermakna rakyat ialah hakim negara, sbb kita still tertakluk kpd undang2 negara n islam.

    Kesimpulannya..sy x terkejut selepas ni vvip xkan dilayan sama mcm kita tgk selama ni...n pastikan isu ini diberi perhatian serius bukan saja pemimpin kerajaan, tp pembangkang jugak spy no double standard.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Byk tul typo..leceh type atas smartphone kecik.

      Padam
  14. kesian kat budak baju putih tu...mangsa keadaan..padahal baju korporat syarikat...disalah ertikan baju yg sewarna dengannya....budak2 yang pakai celoreng tu dari UPNM....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.