Halaman

Jumaat, 19 Disember 2014

Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 6

[TONTON SECARA LANGSUNG / LIVE ONLINE STREAMING] Tinggal hanya lagi 10 peserta yang bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2014 minggu ke-6. Bertemakan Komedi Muzikal, gelanggang MLM2014 malam ini pasti akan gamat dan menghiburkan. Walaupun mungkin ada peserta yang kurang punchline komedinya, tapi dengan bantuan muzik dan live band pasti dapat membuatkan penonton terhibur dengan persembahan mereka. Cuma aku harap untuk pementasan komedi muzikal kali ini, ramai peserta yang menukar lirik lagu dengan lirik yang kelakar berbanding menggunakan sahaja lagu yang sedia ada untuk sesebuah situasi.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tonton online streaming Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 6 di bawah.

TEMA: Komedi Muzikal

1. SHAKE (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati Lawak: Lawak muzikal, Lawak bahan, lawak orang sakit masuk hospital.
Lagu: Mark Adam Pencuri, Ilusi Segalanya Ku Terima, Alleycats Kerana, Spoon Rindu Serindu Rindunya.
Komen: Macam biasa, Amir kena bahan lagi. Dan Amir memang nyanyi tempo lari kelaut, mungkin dia sengaja untuk bagi orang gelak. Namun bak kata Datuk Jalaluddin, lawak diorang terlalu hentam keromo, tiada isi apa pun sebenarnya.

Rating Juri: 2 bintang

2. JALOR (Laugh-O-Meter: HEHE)

Intipati Lawak: Lawak muzikal, lawak orang tua, lawak bahan, lawak sedih.
Lagu: Jeritan Batinku, lagu iklan Adabi, lagu tidak tahu.
Komen: Tiada lagi lawak teknikal prop dalam sketsa mereka, sketsa mereka lebih bermain dengan teknik2 nyanyian tinggi. Kalau pertandingan nyanyian, mungkin boleh dapat 5 bintang, malangnya ini pertandingan lawak, dan berakhir dengan lagu sedih juga tak banyak membantu walau ada unsur2 nasihat.

Rating Juri: 3 bintang

3. SHIRO (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak muzikal, lawak lelaki lembut, lawak jiran gaduh.
Lagu: Lagu raya tak tahu tajuk, Joe Flizzow Apa Khabar, lagu iklan Chicken Rice Shop, Demeises Dengarlah Bintang Hatiku, lagu 1Malaysia.
Komen: Sketsa Shiro pasal orang tua gaduh dengan jirannya lelaki lembut encik sotong. Punchline lawak agak kurang tapi nyanyian2 yang dipersembahkan menghiburkan dan sangat patriotrik.

Rating Juri: 5 bintang

4. COMEY (Laugh-O-Meter: HUHU)

Intipati Lawak: Lawak muzikal, lawak superhero Batman, lawak orang tua dan muda.
Lagu: Lagu poco2, Zee Avi Kantoi, Tegar Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, Saloma Sudah Kahwin Ke Belum, Meghan Trainor All About That Bass.
Komen: Jalan cerita sangat lemah dan tiada konsistensi. Ropi macam ada lupa lirik yang membuatkan mood penonton menurun, lirik lagu dan pemilihan lagu itu sendiri tak cukup kuat untuk buat orang gelak, cuma part lagu about the bass tu yang last2 tu je dapat menarik audien sikit.

Rating Juri: 2 bintang

5. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak muzikal, lawak keluarga, lawak over, lawak tarian.
Lagu: Fynn Jamal Arjuna Beta, lagu tak tahu, Inul Daratista Goyang Inul, lagu tak tahu, Saleem Iklim Seribu Kali Sayang.
Komen: Macam biasa, sketsa dan lakonan kumpulan Bocey memang solid. Pemilihan lagu pun menarik, nyanyian pun best, sangat menghiburkan, tapi lawaknya kurang menyengat berbanding yang lepas2.

Rating Juri: 3 bintang

6. VIRUS (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak muzikal, lawak kawan2, lawak tarian.
Lagu: Lagu hindustan Koi Mil Gaya, Chaiyya Chaiyya, Iwan Yang Sedang-sedang Saja, Taufik Batisah Awak Kat Mana.
Komen: Satu yang aku suka dengan persembahan Virus adalah dia fokus pada konsep lagu2 Hindustan yang agak catchy dan banyak lagu yang diselitkan dalam jalan cerita lawaknya. Cuma aku masih tak nampak keistimewaan lagi kerana sketsa mereka masih biasa2 seperti kumpulan2 lain. Diorang kena buat balik macam minggu ke-2!

Rating Juri: 3 bintang

7. SYJ (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak muzikal, lawak filem parodi filem Titanic, lawak kotor.
Lagu: Lagu sungguh ku tak mampu, jangan cuba merayu lagi, lagu apa ntah?, lagu karam aku dilautan luas, lagu selamat pengantin baru apa ntah.
Komen: Sketsa diorang bagi aku menarik dan kreatif dengan gaya terapung2 atas laut sepanjang persembahan sampai berpeluh2. Punchline pun banyak cuma kurang sambutan dari audien.

Rating Juri: 3 bintang

8. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)

Intipati Lawak: Lawak muzikal, lawak orang sakit, lawak pekak, lawak kejutan.
Lagu: Lagu klasik tak tau, Kopratasa Masihkah Kau Ingat, Ziana Zain & Awie Senja Nan Merah, lagu tak tahu.
Komen: Sepahtu kalau bab muzikal selalu memang best, sebab Jep nyanyi mest best dan kelakar. Lawak simple je, sorang pekak sorang lupa ingatan. Lawak diorang menjadi sebab diorang fokus pada punchline awak, bukan pada lagu. Dengan masing2 muka selamba tak bersalah, dan idea bagi bunga tu memang superb.

Rating Juri: 5 bintang

9. NABIL (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak muzikal, lawak stand up comedy, lawak boyband, lawak sarkastik.
Lagu: Innuendo Belaian Jiwa.
Komen: Nabil bercerita mengenai kebiasaan watak dalam sesebuah kumpulan boyband yang sememangnya agak tepat. Ketua kumpulan mesti yang paling hensem tapi suara biasa, yang kurang hensem pula suara yang paling sedap, sorang mesti pandai menari tapi menyanyi biasa je, sorang lagi tukang cakap atau rapper. Cara dia interprete ahli2 boyband tu memang menarik. Walau lawak kurang mengundang gelakan penonton, namun ia berjaya sebagai sebuah lawak sarkastik.

Rating Juri: 4 bintang

10. ZERO (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati Lawak: Lawak muzikal, lawak parodi group KRU, lawak tarian, lawak bahan.
Lagu: Lagu apa ntah, lagu Selamat Pagi Sayang Gigimu Kuning-kuning atau tajuk lagu penuhnya Langgar Pantat Kerbau yang dinyanyikan oleh Piton Gunsaga yang berasal dari Sabah, lagu Tiga Kupang.
Komen: Persembahan Zero bermula dengan kuat bila diorang bawa watak KRU dengan lagu berebut Fazura, namun karakter2 tu makin lama makin hilang. Apa yang menarik adalah suara diorang sedap dan jelas, namun punchline masih boleh dipertingkatkan lagi.

Rating Juri: 3 bintang

Man of The Match: Dato AC Mizal


Peserta yang tersingkir: Chomey

Kesimpulan:

Minggu komedi muzikal ni memang aku tak expect tinggi sangat, cukup sekadar menghiburkan. Sebab tu kebanyakan peserta yang buat lawak muzikal ni biasa2 sahaja persembahan mereka. Pelawak yang kuat dalam persembahan muzikal bagi aku Jozan, Sepahtu dan Nabil, cuma Nabil kali ni tak buat macam dulu dengan bersketsa sambil menyanyi, instead dia persembahkan komedi muzikal dalam bentuk penceritaan.

Salah satu sebab kenapa Sepahtu paling lawak minggu ini adalah, sebab diorang buat lawak dalam percakapan dan kurangkan nyanyian. So jika dinilai dari komedi, memang Sepahtu lah yang paling lawaknya. Nampaknya Sepahtu tak perlu risau lagi pasal membuat persembahan berdua, sebab memang dah terbukti berjaya.

Kumpulan macam Bocey, Shiro dan SYJ, graf persembahan mereka tetap sama, cuma konsisten dan mendatar. Virus pula nampak begitu berusaha untuk keluar dari kepompong mereka. Zero pula adalah antara peserta favorite kali ini cuma jangan terlalu overconfident dan hilang fokus. Shake dan Jalor pula perlu mencari lagi kelainan dalam lawak2 diorang agar audien tak merasa cepat bosan dan jemu.

Dan persembahan Chomey pada malam ini dengan membawa watak superhero adalah punca penyingkiran mereka. Serius, audien Maharaja Lawak jarang ketawa dengan lawak2 pasal superhero barat. Dulu pun masa MLM yang lepas2 kumpulan Boboi ada buat lawak superhero pasal Batman namun sambutan penonton sangat hambar. SYJ juga buat lawak superhero Ironman sebelum ini dan tak berapa nak menjadi. So diharap menjadi pengajaran kepada peserta2 lain, jangan sekali2 lagi buat lawak pasal superhero berkostum.

Ranking aku untuk persembahan Minggu 6:

1. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: 5 bintang)
2. ZERO (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: 3 bintang)
3. VIRUS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 3 bintang)
4. SHIRO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 5 bintang)
5. NABIL (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 4 bintang)
6. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 3 bintang)
7. SYJ (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 3 bintang)
8. SHAKE (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 2 bintang)
9. JALOR (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: 3 bintang)
10. COMEY (Laugh-O-Meter: HUHU | Rating Juri: 2 bintang)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie | Youtube Astro Gempak | Super Hero Lawak
Laman rasmi MLM2014: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2014 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri hasbullah awang anzalna noh hujan datuk jalaludin hasan farah quinn taufik batisah nur fazura video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 6 zero samurai shake ekzos wala sepahtu shiro bocey virus nabil comey syj jalor sayot kepoh

2 ulasan:

  1. Ngko ni dah kemaruk seks sangat ke? Nak kena jilat??

    BalasPadam
  2. Hahahaha... Sumpah lawak...
    Saya bagi 9000 bintang!!!

    Rating : ROTFArkoff

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.