Halaman

Jumaat, 19 Disember 2014

Haram menjual barang dalam Facebook tanpa daftar

Rata2 ramai aku tengok yang melenting apabila peniaga dalam talian atau online termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram selepas ini akan diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana jika tidak berdaftar maka ia akan diharamkan oleh undang2, bukan haram pada agama. Langkah itu dicadang untuk diperkenalkan bagi memelihara dan melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi dan ditipu oleh peniaga. 

Sumber gambar
Peniaga dalam talian atau online termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), persidangan Dewan Negara diberi­tahu semalam.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, langkah itu diperkenalkan bagi memelihara dan melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi dan ditipu oleh peniaga.

Sumber Kosmo!

Memang biasanya cadangan untuk daftar, dapatkan lesen dan cukai ini antaranya untuk dapatkan duit dan hasil kutipan untuk pendapatan negara. Namun tak dinafikan juga dengan peniaga online ini mendaftar syarikat mereka dengan SSM maka sekurang2nya hak pengguna sedikit sebanyak akan terpelihara daripada ditipu dan discam.

Ini kerana bila orang ditipu melalui urusniaga jual beli di Internet, bila buat laporan pun biasanya kita akan kena balik dengan jawapan2 seperti "Transaksi bank yang awak buat tu sah, yang kamu percaya tu kenapa?", "Kenapa awak senang sangat percaya kat orang yang awak tak kenal?" dan sebagainya. Biasanya penipuan online ni bukan sahaja di Facebook, Instagram, Whatsapp malah di Mudah.my pun selalu berlaku.


Konsep dia sama je dengan kita buat urusan jual beli dengan peniaga kat kedai yang syarikatnya tidak berdaftar dan takde lesen. Kita pergi satu gerai bangla jual jam tepi kaki lima yang dah tentu takde lesen, pastu kita beli 1 jam berharga RM20. Esok pagi jam dah rosak, pergi balik kat situ gerai bangla tu dah takde. Kalau kau buat report pun kau akan kena balik, "Siapa suruh kau beli barang kat bangla tu? Lesen apa pun takde macam mana kami nak check?".

Sebagai peniaga online di Internet, mungkin akan rasa ralat, susah dan benci dengan cadangan untuk daftar perniagaan dengan SSM, tapi bagi para pembeli dan pelanggan macam kami, kami pasti lebih selesa dan rasa lebih selamat untuk berurusan dengan peniaga online yang sudah ada lesen SSM. Malah kalau dapat paparkan lesen tu dalam Facebook pun lagi bagus macam kedai2 kat luar yang diwajibkan menggantung lesen di premis.


Sebab tu bagi aku, peniaga online yang betul2 serius berniaga macam orang berniaga kat luar pun harus dapatkan lesen perniagaan, macam jual tudung, pakaian bayi, barangan dapur, permainan kanak2 dan sebagainya. Kerana jika mereka tak perlu daftar dengan SSM, maka ia agak tidak adil bagi orang berniaga di luar yang kena daftar dengan SSM, dapatkan lesen, bayar sewa tapak gerai dan kedai, bayar cukai dan sebagainya.

Tapi kalau orang persendirian yang nak berniaga secara part-time dan kecil2an atau sekadar nak jual barangan terpakai dia kepada orang lain seperti yang biasa dilihat di Mudah.my, maka bagi aku tak perlulah daftar SSM. Cuma pelanggan kena pandai dan kalau boleh jangan buat transaksi bank dan minta barang dipos, seelok2nya buat temujanji, jumpa dengan penjual, lihat barang dan kalau puas hati baru buat bayaran (Cash On Delivery - COD) untuk mengelakkan penipuan. 


Sebab kini siapa2 boleh tipu kat Internet. Hari ni aku setup satu page FB menjual tudung dan baju kurung peplum (barang2 yang biasa dapat menarik kaum wanita) dan bagi nama Lazidi Online Store. Tambah follower guna auto-script lepas tu bagi testimoni dan komen yang baik2 melalui akaun palsu. Lepas 1 2 minggu dah banyak orang buat order barang dan buat pembayaran, aku tutup page tu dan buat page baru jual benda sama gak dengan nama Zalori Online Store, dan kitaran yang sama berulang.

Suatu ketika dulu, perniagaan itu sangat mudah semudah sistem barter. Aku ada ayam, kau ada beras, kita tukar suka sama suka. Tiada penipuan, transaksi berlaku atas dasar kepercayaan. Tapi bila manusia sudah kenal erti tamak, nafsu mula menguasai diri, maka manusia mula menipu untuk kepentingan diri sendiri. Dan kini sedangkan depan2 pun orang berani menipu, apatah lagi di sebalik monitor komputer dengan orang yang tidak dikenali. So walaupun cadangan2 macam ni nampak tak best, tapi untuk kebaikan bersama kadang2 kita perlu juga buat.

Baca lagi - Online scammer yang lahanat dan Penipu dan pengkhianat di alam siber.




tags: jual barang dalam facebook instagram ig fb mudah.my mudah lelong.com.my lelong tanpa daftar ssm syarikat enterprise perniagaan haram diharamkan penipu scam online atas talian

14 ulasan:

  1. prootttt...bagus jugak kene lesenkan ni.. selamat sikik..

    BalasPadam
  2. kalau jadi ejen dropship, perlukah mendaftar ssm?itulah jawapan yang saya cari.Bukan apa...baru nak cuba-cuba,tapi kalau kena bayar mahal, ramai yang terpaksa tarik diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dropship ni apa kak? yg saya tau kapal terbang tentera yg drop askar turun

      Padam
  3. Kena ada lesen. Trap sudah mari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula2 dia suruh apply lesen. Then nanti dia akan cakap every transaction akan dikenakan GST hehe.. Just wait and see..

      Padam
  4. rasanya dalam mudah,my, dah ramai kompeni2 yang jual barang.. semuanya sedia maklum , kalo dah nama kompeni, memanglah mereka mendaftar.. cuma tak letak no pendaftaran dll sebagai bukti dan keselamatan pengguna.. ini memang sangat aku setuju..

    tapi kalo nak jual ruma dan kereta sendiri, kene register jugak.. nampaknya mcm kena cari solution lain.. mungkin kene cari broker.. baru best sikik rege rumah kita kene markup.. nak jual spender kecik2 dan kondom pun, tetap kene daftar.. kahkahkah.. kalo tidak, semuanya HAROMMM..

    BalasPadam
  5. sy setuju part ni.. kena ada kot ssm..sebab dah banyak kali jugak terkena..sy kan pembeli... tp jgn lah charges mahal2 pulak kat peniaga..hehehehe..gst pon x yah la kot

    BalasPadam
  6. Ada pros and cons untuk kedua-dua penjual dan pembeli bila berniaga online ni. ada jugak pro and cons untuk peniaga bila kena daftar ssm ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada pro and cons kerajaan laksana gst.
      ada pro and cons najib jadi pm.
      ada pro and cons kalau dapig memerintah malaysia.
      ada pro and cons kalau safee sali main lawan thailand...

      ckp la apa pro and cons nyee??? komen mcm ni budak tadika pn boleh

      Padam
  7. Jangan lepas dah berdaftar ni... Pihak polis buat derk tak tahu pulak bila ade kes tipu nanti....

    We will just have to wait and see

    BalasPadam
  8. Ada mslh ker peniaga online nk daftar ssm???... xder mslh kot daftar jer... takut??? X buat salah awat nk takut.... nk meniaga kena la mendaftar...

    BalasPadam
  9. Daftar jelah... kan tak daftar haram pulak berniaga.. haha

    BalasPadam
  10. dah lama terfikir benda ni..nk jual kat internet kena daftar kan? hmm...nasib belum buat

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.