Halaman

Selasa, 13 Januari 2015

Banyak duit nak buat apa, melabur atau berniaga?

Pada waktu ekonomi sedang getir, ramai pekerja di sektor swasta yang ditawarkan VSS (Skim Pemberhentian Sukarela) yang mana pekerja tersebut akan ditamatkan perkhidmatan dan dibayar dengan sejumlah wang pampasan mengikut formula pengiraan tertentu seperti gaji terakhir dan tempoh tahun bekerja. Bagi pekerja yang bergaji besar dan sudah lama berkhidmat, duit habuan VSS ini boleh mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit. Begitu juga bagi pekerja yang sudah bersara di mana mereka akan menerima sejumlah wang pencen yang banyak bagi kakitangan awam dan wang simpanan KWSP bagi kakitangan swasta, namun persoalannya, apa yang boleh dilakukan apabila seseorang memperoleh sejumlah wang yang banyak?


Buat Pelaburan

Jika anda mendapat duit yang banyak hasil daripada pampasan VSS, habuan pencen, simpanan KWSP, menang peraduan, wang pusaka dan sebagainya, jangan terlalu terburu2 untuk membuka perniagaan jika anda tiada ilmu dan tiada minat dalam perniagaan. Sebaiknya gunakan wang tersebut untuk melabur di ASB, unit trust, amanah saham atau mana2 pelaburan yang berdaftar dengan Bank Negara dan sah di sisi undang2 negara yang mana mempunyai pemberian dividen dan bonus tiap2 tahun.

Yang pasti, jangan laburkan duit anda ke dalam pelaburan2 yang tidak sah seperti pelaburan emas delay, online forex, rich network, skim cepat kaya pak man telo dan lain2 yang sewaktu dengannya. Jangan terlalu sombong dan bongkak apabila orang nasihat jangan masuk, tapi akhirnya korang buka group Facebook dengan judul "Mangsa Penipuan Pelaburan XXX (Fight for your right)" setelah dah kena tipu, sebab korang sendiri yang bebal tak nak dengar cakap orang dan nak kaya cepat sangat.

Buka Perniagaan

Jika dengan duit yang banyak itu anda mahu buka perniagaan tidak kira sama ada hendak membuka kedai dobi, restoran, francais, kedai buku, court futsal, pasaraya, butik pakaian, kedai game dan sebagainya adalah amat digalakkan, namun pastikan anda mempunyai ilmu dulu. Ikuti kursus2 tentang cara untuk memulakan perniagaan dan strategi perniagaan yang berkesan agar anda tidak menyesal di kemudian kerana kekurangan ilmu perniagaan.

Yang pasti, jika anda join Multi-Level Marketing (MLM), itu bukan suatu perniagaan dan anda bukanlah seorang ahli perniagaan. Anda hanya seorang ahli dan agen MLM sahaja, di mana MLM merupakan sejenis strategi jualan berbentuk piramid melalui ahli2nya dengan menjual produk yang harganya berlipat2 ganda semata2 nak tampung pendapatan dan bonus para upline. Namun pada akhirnya skim ini akan jadi menjadi tepu dan runtuh apabila orang yang di bahagian bawah lapisan piramid sudah terlalu ramai. Tidak dinafikan ada MLM yang dilihat berjaya sekarang ini, tetapi lebih banyak yang telah runtuh. Kalau nak masuk MLM juga terpulang kepada individu, namun anda tetapi bukan seorang ahli perniagaan.

Baca ini juga - Cara2 untuk mengenali scam MLM, pelaburan dan skim cepat kaya.


* Khidmat nasihat dan rundingan kewangan ini dibawakan kepada anda oleh  Pakar Perunding dan Penasihat Kewangan anda, Prince of Noob




tags: penasihat kewangan wang duit habuan definisi vss kwsp pencen menang peraduan pertandingan nombor ekor tikam wang pusaka nak buat apa pelaburan melabur buka perniagaan berniaga meniaga mlm multilevel marketing

16 ulasan:

  1. Assalammualaikum...

    Mselim3 rasa nak melabur yang rendah risiko... meniaga boleh tapi memerlukan pengalaman dan kemahiran cara untuk promote perniagaan yang diceburi...

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menipu juga adalah satu perniagaan yg paling menguntungkan. Ramai melayu2 sudah mula sedar dengan perniagaan menipu dan terus menipu untuk terus jadi kaya.. tak menipu anda takkan kemana. Ini satu bisnes terbaik untuk membuat wang. Kreativiti menipu juga penting, skill menipu jangan sampai kantoi juga amat2 diperlukan. Ini skill tahap tertinggi.

      Jika ada kabel2 politik, polis sprm dan pihak berwajib akan ternganga saja. Malah menteri pun boleh siap cover kita gila2.

      Padam
  2. Simpan dalam amanah saham yang kaya semua ahli lembaga tertinggi.. pelabur semua dapat hampas..

    BalasPadam
  3. Jgn jadi askar pencen. Dpt duit pampasan khidmat, berkobar2 buka bisnes. Lps 6 bulan, bisnes trus sodakollahulazeeem.

    Lagi duit banyak, kita kena teruskan merompak. Apa ko ingat menteri yang sudah kaya raya yang kantoi kes rasuah akan berhenti merompak suit2 projek kerajaan? Owh tidakkk.. mereka akan terus merompak dan merompak walaupun berpuluh2 kali kantoi. Allah Taala pun tak pernah amik peduli lu nak rompak ka menipu ka.. hantam sajalah labu..

    Teruskan menipu dan suburkan budaya merompah. InsyaAllah hidup anda anak beranak senang. Jikalau tak menipu, sampai mampos pun tak kaya..kahkahkah.. jangan jadi bodoh melabur wang kemana2.. apa jua skim pun, semuanya nak menipu kita.

    Anda sudah tahu ini adalah zaman akhir masa. Berbuat baik tahap gaban sekalipun, anda tidak dapat menolak tanda2 akhir zaman terus keluar dan keluar. Jadi menipu adalah tugas suci untuk terus jadi kaya kahkahkah.. agama hanyalah digunakan untuk terus membodohkan orang ramai..

    BalasPadam
  4. Promosi skim tayang duit, tinggalkan saje..

    BalasPadam
  5. Byk duit just sedekah amal jariah....tingkatkan saham akhirat..bg duit kpd yg memerlukan spt noob atau sy..hikhik. Byk pahala..kawan dunia akhirat.

    BalasPadam
  6. Kalau nak melabur...ASB, jangan melabur Mutual Trust Fund...belajar dari kesilapan Wolf of Wall Street...skim cepat kaya tak kemana...ha ha ha!

    eh! sejak bila kat buasir otak nih ada malware plak...??? siapa letak nih...dua tiga kali software aku berbunyi...ha ha ha! noob kau letak malware dalam blog kau ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan bukak blog ni full view web version pakai mobile, nanti iklan kat atas tu display iklan ntah apa2. kalau bukak pakai mobile pakai mobile view je.

      Padam
  7. Jangan simpan dalam bank.. Jika disimpan dalam bank, duit anda akan dijadikan modal untuk memberi pinjaman yang ada riba yang mana hasilnya adalah haram. Sama sahaja bank Islam atau bank kafir.. Riba tetap riba walau ditukar nama atau kaedah kepada nama atau kaedah yang nampak Islamik.

    Sangat mudah mengaburi mata manusia bila perkara tidak baik dicampur aduk dengan perkara yang tidak baik,

    Lihat sahaja riak wajah mereka yang bekerja di bank, wajah makan duit haram. Perangai mereka juga jadi jelik.

    Melaburlah dalam saham amanah atau letak sahaja dalam Tabung Haji. Jika banyak belilah tanah sebagai pusaka buat anak cucu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha. amanah saham pun ade share dengan bank hape. riba juge la gitu? ingat tabung haji pun takde melabur dalam perbankan islam ke haha.
      moh ngaji muamalat bagi terang. jangan takat cekup sana sikit sini sikit, dengar pendapat yang gharib dari ulama majoriti kita terus buat kesimpulan.

      Padam
    2. Tul tu.. Dah tau haram xyah la masuk... Xpasal2 telan duit haram... Dah terang2 riba...

      Padam
  8. kalau aku banyak duit, aku xde nak melabur nk buat bisnes ke apa... tp aku akan buat rumah anak2 yatim & rumah kebajikan, sekurang2nya ada jgk saham utk aku ke sana nnti

    BalasPadam
    Balasan
    1. win..win..win. ni terbaik. Moga2 tuhan bagi rezeki lebih untuk anda dan anda mampu menunaikan hajat tersebut.

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  10. Saya bersyukur ada bisnes ni.. www.duit.biz Alhamdulillah.. :)

    BalasPadam
  11. ikut ilmu mana yang ada. kalau tahu pasal pelaburan, boleh melabur..kalau ada ilmu tentang meniaga, boleh meniaga.

    yang penting, jangan main terjun ikut suka, atau sekadar ikut-ikut orang ;)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.