Halaman

Sabtu, 17 Januari 2015

Kalau tak mampu menegur, usahlah mempertahankan

Baru je beberapa hari lepas aku tulis pasal isu JAWI telah membuka kertas siasatan terhadap gadis2 peminat K-Pop yang peluk artis K-Pop atas pentas di konsert tempoh hari atas alasan berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak di mana2 tempat awam, dan di bawah tu aku tulis "Jangan pula, ada macai yang akan berkata, ini tidak apa, kerana ia hanya ibarat, pelukan antara seorang ibu dan anak". Ya, aku hanya berseloroh dan sarkastik, tapi tak disangka, macai itu memang wujud.

Gambar hiasan pelukan ibu dan anak yang sebenar
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar gesaan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin supaya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Menurut beliau, apa yang dilakukan oleh isteri Perdana Menteri tidak sama dengan apa yang dilakukan tiga gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop berkenaan.

“Saya menyifatkan tindakan Datin Rosmah Mansor memeluk pemain badminton nombor satu negara sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan. Ianya sama sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung dengan bintang K-Pop.

“Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton negara yang berjaya mengharumkan nama negara,” katanya.

Menulis di dalam entri terbaru blog umnobahagiancheras.blogspot.com, beliau yang turut melahirkan rasa kesal tindakan Shahbudin yang juga penulis blog, yang mendakwa JAWI gagal bertindak ke atas Rosmah yang memeluk pemain badminton negara.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa mana-mana pihak tidak seharusnya mempersoalkan kewibawaan JAWI dalam usaha membanteras maksiat dan sebagainya.

Tegasnya, dalam apa jua tindakan sekalipun JAWI mempunyai prosedur dalam mengatur tindakan. Apa yang dilakukan oleh JAWI dalam membanteras kejadian maksiat yang nyata dan terang-terangan sudah tentu mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.

Syed Ali turut membidas tindakan sesetengah pihak yang terus mempolitikkan atau mengaibkan isteri Perdana Menteri dengan penyiaran gambar-gambar berpelukan bersama artis lelaki Bollywood.

Sumber Free Malaysia Today dan Astro Awani.

Bak kata bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan iaitu Shahbudin Husin, kalau Rosmah boleh dakap Chong Wei ibarat pelukan ibu kepada anak lelaki, adakah Najib boleh peluk Nicol David ibarat pelukan bapa kepada anak perempuannya?

Yang halal tetap halal, yang haram tetap haram.

Aku kira macam ni je lah. Kalau tak mampu menegur sesuatu kesalahan, usahlah pula mempertahankan perkara yang sudah jelas dan terang2 salah kalau tak mau kita nampak bodoh dan dungu. Ada kalanya diam dan tidak mengeluarkan apa2 kenyataan bodoh itu lebih baik.


P/S: Sorry kalau ada yang tak suka aku tulis pasal isu K-Poop ni, tapi nak buat macam mana, isu ni berangkai banyak sangat dari macai K-Poop sampai macai politik kah3.




tags: gadis remaja kpop ditangkap tahan siasat jawi rosmah peluk lee chong wei laga pipi shah rukh khan artis bollywood pelukan ibu anak najib boleh dakap nicol david shahbudin husin syed ali alhabshee peluk chong wei berbeza dengan insiden peluk k-pop halal haram

11 ulasan:

  1. kenyataan yang bodoh dan bebal di malaysia bila berada dalam 2
    situasi...1. membodek orang atasan dengan membenarkan kesalahan yang dia buat dengan meletakkan alasan yang dunggu..
    .situasi 2..memberikan alasan untuk tindakan bodoh diri sendiri bila kantol..

    BalasPadam
  2. macai melayu yang dungu bertingkek2 bodoh2 tak reti bezakan yang haq dengan batil, benda haq pulak dia perlekehkan

    BalasPadam
  3. Buasir,

    Tulis sket pasal rege barang yg xturun2 walaupun rege minyak dah lama turun..

    Dulu masa rege miyak naik, peh, naik gila babi rege.. Cepat gile.. Alasan minyak naik.. Padahal aku kira sendiri costing barang tu (api air bhn mentah sewa pekerja cukai), gila murah jer cost..

    Skrg geng2 peniaga taik babi ni xde plak turunkn rege bila minyak turun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woit..mana boleh turun bro. Harga letrik pun TNB dok sengap2..

      Mesia ni negara sangat sangap. Rakyatnya pun tersangatlah facepalm. Tak suka duduk sini, pindah pegi Sidratul Muntaha saja.

      Padam
  4. Dlm politik..byk betul tindakan memghalalkn cara...n stop jd macai sbb ia buatkn anda lg loser dr pemimpin yg berkaitan.

    BalasPadam
  5. Bila isu ni timbul baru kita npk..macai yg tua2 pun bodoh.kahkahkah...

    BalasPadam
  6. Apalah rakyat ni susah paham. Rosmah ni nabi..dia maksum. Jakim sure takut dapur x berasap!! Nak mampos hidup diMesia guna kepala otak??? Ini negara guna perut saja buat apa2 keputusan. Perut jauh lebih berguna drpd akal dan otak..kahkahkah..

    BalasPadam
  7. banyak double standard di malaysia ni. apa yg boleh disimpulkan; kalau ko bukan isteri PM, org2 politik berpengaruh atau org kaya raya, jagalah kelakuan masing2. kalau x, nasibla dibuli oleh pihak berkuasa

    BalasPadam
  8. Memang susah nak tegur orang terlampau bijak mcm ni. Yang Haram boleh di Halalkan. Huh!

    BalasPadam
  9. senang jer.kt padang mashyar nnt semua manusia sama.xkira pangkat.Allah takkan cari, "Rosmah mn rosmah? Dia berpeluk takpe..dia dikecualikan drp hisab".

    BalasPadam
  10. buang masa ckp ngan orang ignorance ni doakan dia berubah je la.. kowttt

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.