Halaman

Isnin, 19 Januari 2015

Pemuzik dan penghibur istimewa Caliph Busker

Rasa sekarang ini ramai orang pun dah kenal pun dengan Caliph Busker. Nama Caliph Buskers tiba-tiba menjadi trending di laman sosial lantaran persembahan hebat mereka bersama Mojo di Anugerah Juara Lagu 29 yang berakhir malam tadi.

Penampilan mereka sebagai pengganti penyanyi Aweera yang disingkirkan telah memukau penonton di Stadium malah di rumah juga. Walaupun tidak menang sebagai juara lagu AJL29, persembahan bertenaga dan menakjubkan dari orang yang cacat penglihatan mengangkat mereka sebagai pemenang persembahan terbaik.


Bagi peminat musik yang masih belum mengenali Caliph Buskers berikut disertakan serba sedikit biodata dan latar belakang mereka semua :
Saksikan persembahan Caliph Buskers bersama Mojo untuk Lagu Romancinta di AJL29:


Latar belakang / Biodata Caliph Buskers
  • Caliph Buskers baru ditubuhkan setahun lalu terdiri daripada 6 anggota
  • Terdiri daripada Fendy, 24; Mohd. Zaki Ismail, 36; Nirwan Zainal Abidin, 26; Khairul Azmi Saad, 28; Nor Nadira Rubiana, 24; dan Syahzmeen Abdul Rahman, 24.
  • Mereka adalah golongan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, yang masing-masing berkebolehan bermain alat muzik dan memiliki suara yang merdu.
  • Merupakan kumpulan muzik jalanan yang emilih lokasi yang dianggap cukup strategik, di hadapan pusat membeli belah SOGO, di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
  • Bekerja enam hari seminggu dari Sabtu hingga Khamis, manakala Jumaat hari rehat , biasanya mereka hanya menghiburkan orang ramai selama tiga jam bermula pukul 12 tengah hari.
  • Mampu meraih pendapatan antara RM50 hingga RM60 dalam masa di atas dengan menyanyi lebih 30 lagu yang kebanyakan lagu popular masa kini
  • Bukan hanya mampu bermain alat muzik dengan baik, kesemua ahli kumpulan Caliph Buskers juga memiliki suara yang merdu.
  • Caliph Buskers mempunyai penyanyi utama, pemain gitar pertama dan kedua, pemain gitar bass, dan pemain temborin.
  • Dua daripada mereka bermain muzik secara sambilan kerana mempunyai pekerjaan tetap.

Sumber artikel dari BintangSukan.

Sebenarnya, penghibur jalanan seperti mereka lebih bagus daripada kebanyakan penyanyi di luar sana, kerana mereka sudah biasa buat persembahan depan orang ramai sambil menyanyi dan bermain muzik secara live, cuma bakat dan kebolehan penghibur jalanan ini kurang dipandang dan tidak diberi peluang. Yang pasti, mereka bukan peminta sedekah tetapi penghibur dan orang seni.

Dengarkan lagu2 cover Caliph Busker:







Ikuti Caliph Busker di media sosial berikut:



* Minggu ini agak busy dengan kerja dan juga menguruskan hal2 pembelian komik Buasir Otak: The Komik, so mungkin jarang update blog sikit.




tags: persembahan mojo ajl anugerah juara lagu 29 romancinta caliph busker cover lagu penghibur jalanan depan sogo jalan tar edry kru menang persembahan terbaik biodata

14 ulasan:

  1. kalau shopping kat jalan tar mesti cuci mata dan telinga ngan nyanyian diorang..memang berbakat...anugerah Allah...

    BalasPadam
  2. Kalau suara vokalis diasah lagi... memang setanding suara Aweera.... memang best ! Patut golongan2 OKU ni diberi perhatian jugak sebenarnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi aku dia boleh jadi lagi bagus dari aweera. sebab aku dgr sebutan ayat dia lebih jelas dan keras. aku slalu gak dgr lagu ni, tapi versi dia nyanyi lebih jelas liriknye. tu pendapat aku la.

      Padam
    2. Bagi aku vokal aweera tetap the best! kalah vokal aku, tapi caliph buskers memang ada bakat, tak dinafikakan! aku bagi caliph busker, 64/100, perlu asah lagi.

      Padam
    3. ETALING JAYA – Bekas penyanyi asal Mojo iaitu Aweera berpendapat, “drama” yang dilakukan Edry Abdul Halim untuk meraih simpati masyarakat berjaya apabila kumpulan itu dipilih memenangi Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) pada Ahad lalu.

      Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 24, berkata, Edry yang sebelum ini pernah menuduhnya suka bermain drama ternyata telah membuktikan kepada khalayak siapakah sebenarnya yang bersikap sedemikian.

      “Dia tuduh saya suka main drama tetapi dalam hal ini kita tengok dia yang buat drama untuk raih simpati masyarakat.

      ”Sebab itulah kalau dia gunakan menyanyi baru Mojo, sudah tentu persembahan mereka malam itu akan dikritik,” ujarnya kepada mStar Online.

      Aweera diminta komennya mengenai persembahan Mojo bersama kumpulan Caliph Buskers iaitu pemuzik orang kelainan upaya (OKU) yang berjaya menampilkan persembahan luar biasa pada pertandingan itu.

      Vokalis Caliph Buskers iaitu Khairul Azmi Saat menyampaikan lagu Romancinta pada malam itu.

      Dalam pada itu Aweera berkata, Edry selaku ketua kumpulan berkenaan terlalu bergantung kepada Cliph Buskers dan kemenangan berkenaan adalah atas kapasiti kehebatan pemuzik jalanan itu dan bukannya persembahan sebenar Mojo.

      Secara jujur kata Aweera dia amat kagum dengan Caliph Busker sehinga hampir-hampir menitiskan air mata ketika menyaksikan persembahan mereka.

      Ditanya tidakkah dia berjumpa dengan Mojo selepas selesai persembahan, Aweera berkata, dia telah berusaha berbuat demikian ketika di belakang pentas namun dihalang oleh pengawal keselamatan berikutan tidak mempunyai pas khas untuk memasuki kawasan berkenaan

      Padam
  3. Aku lebih suka Allahyarham S. Jibeng n the gang main kat Pasar Jalan Othman Old Town dulu2.. kini xder sapa dah.. sup kambing pun dah blah.. yg tinggal nasi rendang dinding kat traffic light tu jer..huwaaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mende la ko merepek ni.

      Padam
    2. mende la ko merepek ni setannnnn!

      Padam
  4. Kene gaya ada pengurus groom pakai cantik2 dan adjust gigi dan penampilan.. boleh rebah kumpulan search ngan wings bro..

    Lihat beza awal muncul Paul Pots ngan Sung Bong Choi.. banyak ruang boleh diadjust.. kalo tak ubah penanpilan, sori bro..ini Meleisia.. buka USA..artis meleisia kene perfect baru naik stim nak minat bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju... diorg menang persembahan terbaik pn sbb org malaysia ni mudah simpati so diorg vote kumpulan mojo & caliph basker ni... tp bila dah masuk industri seni, dgn simpati saja susah nk bertahan lama... tgk je org2 yg dulu naik sbb simpati masyarakat spt mawi, yus raja lawak, faizal af4, man raja lawak dll, kejap je nama diorg naik pastu suam2 kuku dh

      Padam
    2. apa laaa korang merepek nih! mengalahkan Mike Bernie pulak dah!!!

      Padam
    3. ko merepek xpe pulak?? debed gila!!

      Padam
  5. Ramai yg gelak giler lagu merapu boleh menang AJL. Zaman dah berubah. Mmg x sangka siot. Mcm noob buat komik ( semoga berjaya.. kurang2 pun mcm Ujang pun.. boleh la..)

    Aku terima je..kalo dah menang, menang sajalah. Nak buat camana sbb juri dan undi sudah memihak mcm one in a million dulu..faizal tahir punya kaboom pun boleh kalah ngan suk-i..

    Kalo debed masuk pun boleh menang gak sbb ikut trend semasa.. asyik debed ngan ayam jo dlm bo ni..

    BalasPadam
  6. memang layak "apa khabar" tapau semua yang lain2 sebb lagu best lirik tak mainstream macam yg lain2 tak abis-abis 24jam butuh lubang je dijilat mainstream puihhh apa pun ak respect caliph memang cool feel nyanyi dia lain dari lain cuma disebab dah wajib tipikal mental lagu best mesti kena jiwang nak wat camna... moga2 bertambah rezeki ye huhu2 terbaik!!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.