Pada suatu tengahari yang sangat terik memaksa aku untuk membuka penghawa dingin ke tahap paling maksima ketika sedang memandu kereta menghala ke pusat bandar. Tiba di sebuah persimpangan, aku berhenti di belakang beberapa buah kereta ketika lampu isyarat berwarna merah. Sedang aku syok melayan lagu Aku Tanya Apa Khabar dendangan Joe Flizzow dan SonaOne, mata aku tertumpu ke arah seorang lelaki tua yang berbangsa Cina yang berbaju koyak, berseluar pendek, berjalan ke setiap kereta di hadapanku di bawah cuaca panas untuk meminta sedikit belas ehsan daripada pemandu2 kereta yang ada di situ.
Aku melihat beberapa kereta di hadapanku tidak membuka cermin keretanya tatkala pengemis tua itu meminta wang sambil membuat isyarat tangan menyuap makanan ke mulut. Aku tidak pasti sama ada pengemis tua itu memang betul2 perlukan duit untuk membeli makanan atau untuk keperluan lain, almaklumlah sekarang ini terlalu banyak kes2 pengemis yang menipu lagi2 yang melibatkan warga asing dan sindiket yang menggunakan kanak2.
Sesekali ternampak seorang dua pemandu di hadapanku yang wajah mereka kelihatan seperti orang Cina menurunkan cermin kereta dan menghulurkan wang kepada pengemis tersebut. Pengemis tua itu berjalan semakin hampir dengan keretaku. Dia kelihatan kecewa kerana dua buah kereta di hadapanku hanya buat tidak endah dengan kehadiran pengemis tua itu. Aku lihat pemandu kedua2 buah kereta tersebut lalu terdetik dalam hati aku "Oh, pemandu Melayu. Memang patutlah tak bagi derma kat pengemis Cina tu".
Lantas di hati kecilku bermain seribu satu persoalan; "Adakah aku pula harus memberi derma kepada pengemis ini? Aku Melayu, dia Cina. Sebagai seorang Melayu, perlukah aku tolong orang Cina? Lagipun aku orang Islam, dia bukan Islam. Layakkah mereka dibantu? Daripada aku tolong orang bukan Islam, lebih baik aku tolong orang Islam. Tambah lagi apa pula hukum bagi seorang Islam memberi derma kepada orang bukan Islam? Halal ke haram?"
Sedang kepalaku sibuk melayan persoalan2 itu, pengemis tua itu sampai di tepi keretaku sambil menadahkan tangan dan membuatkan gaya menyuap makanan ke mulut. Aku kaget. Nak buka cermin kereta atau buat2 tak nampak.
Tiba2 otak aku terus berfikir, tidak dinafikan memang ada orang Cina yang racist yang tidak mahu membantu orang Melayu, begitu juga dengan orang Melayu racist yang tidak akan membantu orang Cina, namun bukannya sebelum ini tiada langsung orang Cina yang pernah tolong orang Melayu.
Ada seorang kawan Cina aku pernah juga memberi derma kepada tabung Gaza dan mangsa banjir di Pantai Timur yang rata2 orang Melayu. Ada juga aku terbaca berita yang viral kat Internet sebuah keluarga Cina menumpangkan rumahnya kepada mangsa banjir orang Melayu. Aku tak rasa pula sewaktu diorang nak hulurkan bantuan tu diorang ada rasa prejudis kenapa mereka perlu bantu orang Melayu dan orang Islam. Malah pernah aku baca ada orang Melayu Islam yang pergi ke gereja untuk memohon bantuan kewangan, tidak pula permohonan mereka ditolak kerana mereka bukan beragama Kristian.
Lalu aku pun membuka sedikit cermin kereta dan menghulurkan RM5 kepada pengemis tua tersebut. Walaupun nilai itu kecil dan mungkin hanya boleh menampung lauk makan tengahari untuk sekali sahaja, namun dapat juga ia mengukir senyuman di bibir pengemis tua itu yang disertai dengan ucapan terima kasih.
Entahlah, mungkin kita sudah terlalu lama terikat dengan konsep Melayu tolong Melayu, Cina tolong Cina, India tolong India, orang Islam tolong orang Islam, orang Kristian tolong orang Kristian sampai kita lupa, yang sebenarnya takde masalah pun kalau Melayu tolong Cina, India tolong Melayu, malah orang Islam juga boleh tolong orang Kristian, orang Hindu juga boleh tolong orang Islam.
Walaupun orang itu bukan orang Melayu dan orang Islam, namun dia masih seorang manusia, yang layak duduk di sebuah negara yang bernama Malaysia, dan layak hidup di bumi Tuhan ini, seperti juga kita. Bukannya hanya kerana dia bukan Melayu atau orang Islam, maka kita haram menolong mereka. Orang Melayu ada yang miskin, orang Islam ada yang miskin, begitu juga sebaliknya. Mereka juga masih perlukan makanan sama seperti kita, merasai kepanasan di bawah matahari yang sama, hirup udara yang sama, pijak di bumi yang sama, jadi kenapa perlu prejudis?
Lampu isyarat bertukar hijau, aku terus menekan clutch, menukar gear, pijak pedal minyak dan terus berlalu dari situ.
tags: kisah bantu tolong sumbangan derma bantuan hukum halal haram harus pengemis tua bangsa kaum orang cina melayu india tamil agama islam kristian buddha hindu hidup masyarakat majmuk
erk... tak kan aku pertama kot
BalasPadambodoh! aku yang pertama la!
Padamhahahaha ko lagi bodo tak pandai mengira
PadamMane Debed? Aku rindu komen Debed. Dh msk Tanjung Rambutan ke?
PadamEdebab pergi melancong ke zimbabwe ada apointment ngan dr mental sana ..sambil cari2 peluang bisnes dkt situ..
Padam- bff edebab-
**Moral of the story..
PadamLa, pakai kereta manual rupanya.. lain kali pakai kereta auto, tak payah tekan clutch.. tukar gear D tekan minyak & brek je..
mm.
BalasPadamlepasni masa kau sedekah apa-apa, terus berniat tau.
setiapkali.
oh, nak share cerita sikit;
ini cerita teladan. tak perlu kutuk. ambil pengajaran saja.
aku pernahlah dengar cerita dari IKIM, org ni susahnya nak dpt anak, dia buat niat korban masa raya haji beberapa bahagian, tak lama kemudian menerima berita gembira.
dan satu lagi kisah, rumah aku selalu ada orang pakistan datang. seorang lelaki dan kadang seorang perempuan mendukung anaknya. dan adik lelaki aku tak pernah miss bagi makanan/bantuan apa-apa saja. Ajaibnya, tahun tersebutlah lagi seminggu flight haji, nama dia naik pergi haji walaupun masa pendaftaran sepatutnya naik nama 2042. Dalam masa seminggu itulah dia siapkan pasport dan ajaibnya dalam masa sehari dapat pelepasan dari tempat belajarnya dan Visa siap dlm 2 hari saja. dan dalam sehari dia belajar kursus haji/pakai ihram dll.
Kuasa bersedekahkan..
bersedekahlah.
Bullshit...
PadamSekor dua je dalam berpuluh juta orang yg bersedekah yg dpt camni..
jadi ini xleh dijadikan rumusan kuasa bersedekah..
Klu nak bersedekah tu sedekah je la...
hati2 kalau nak komen...
Padamat least dia cuba sebarkan benda baik dan sudah terbukti sedekah memang memberi kebaikkan dunia akhirat..yg hg meroyan dah kenapa..
Padammantra2 agama adalah ayat2 ampuh untuk membodohkan melayu.. bagi yg lembik dan kantoi atas batang hidung, mulalah cirit birit takut kena panah petir mcm 244 dan 306..
PadamBerbuat baik sesama insan itu dituntut tanpa mengira ras atau warna kulit. Kita manusia dijadikan sama sahaja dan apa yang membezakan kita adalah amal baik kita seharian. Jika kita bersikap bermusuh-musuhan hanya kerana berbeza fahaman, kita pun hampir tiada beza dengan orang-orang yang fasik.
BalasPadamskrg senang la ckp tak kira ras & warna kulit, cuba nnti dh kena pijak2 dgn bangsa cina, time tu baru ko fikir balik warna kulit apa yg akan tlg ko
PadamKalu nak derma x kira islam ketidak...kalu org tu x nak derma pun terpulang...kalu orang yg mintak derma 2 penipu...itu antara dia dgn tuhan..janji kita dgn tuhan..niar utk keredaan nya...
BalasPadamSetuju sangat.
BalasPadamPandang orang yg meminta bantuan itu sebagai manusia, bukannya sebagai bangsa.
Kalau ikut kisah Nabi SAW dulu pun mana dia memilih nak tolong siapa-siapa pun, kan?
palaotak ko... hbs tu xkan bangsa yahudi pn ko nk tolong?? xkan org cina yg dah pijak2 kepala org melayu pn nk tolong? kalau org melayu susah ada ke org cina tlg? ada ke yahudi tlg? tlg org cina ni ibarat kita bagi peha, dia bkn sahaja nk betis siap ludah pulak kat muka kita balik.. jgnla mudah sgt terpengaruh dgn permainan halus bangsa lain...
PadamThis is the exact reason why racism will never vanish from the face of the earth. People fail to see other people as human but rather blinded by their color, race, religion etc. In fact all religion encourage their follower doing good deeds to other HUMAN, not limited to their own follower only.
PadamHumanity is vanishing...its just sad.
Cukup2 lah dengan propaganda minded tu.
punya la ramai org melayu susah, org cina jgk yg ko nk tolong. ko tau xberapa ramai org melayu yg kena tindas dgn bangsa cina? ko ingt ada ke org cina yg ikhlas bantu org melayu?? semuanya ada agenda disebalik pertolongan mereka.. dh tu bangga pulak dgn gereja tolong org melayu.. ingt diorg kapir tu ikhlas ke nk tolong org islam??? org melayu bangang mcm ko ni la senang sgt terpengaruh dgn dakyah & jarum halus org kristian yg nk memurtadkn org islam.. org2 islam yg ramai murtad kt malaysia ni sbb org2 mcm ko la senang sgt percaya pd gereja.. ko mmg celaka la admin.. mmg pengkhianat bangsa & agama!!!
BalasPadamapa benda kau merepek ni? ni anon nasik goreng cina ke?
Padamada ustaz cakap nak bersedekah kpd bukan Islam boleh aja kecuali kalu yg mintak tu cakap duit sedekah untuk bina atau besarkan rumah ibadat mereka...
BalasPadamWalaupun saya tak setuju dengan admin isu subsidi dan income tax... Kali ni saya bersetuju dengan admin isu sebegini... Sepatutnya kita sebagai umat Islam umat yang pemurah, Kerana orang Islam tak mahu menolong sebegini mereka menjauhi Islam kerana imej Islam dilihat kedekut depan mata mereka... Secara tak langsung tercalar imej Islam... Dianggap agama paling kedekut...
BalasPadamAlong...
Nabi x kira sapa walaupun yahudi..dia akan berikan ihsanya..kisah nabi menyuapkan makanan pada wanita yahudi buta..pada ketika itu wanita itu mencacinya ketika menyuapkan makanan..(dia x sedar nabi yg menyuapnya)
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamLayak.. tp utamakan Islam/Melayu dulu....
BalasPadamHaha..pathetic dgn logik akal kaplavutoh..
Padam“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui” (Al-Baqarah: 261).
PadamKorang yang dok Melayu Melayu Melayu memang bangang. Aku ni duduk kat negara org putih. Anak2 aku dapat sekolah free. Makan pun free. Tak ada pulak dia kejam tak bagi bantuan kat aku atau siapa2 pun sbb kata aku ni Melayu/Islam. Bantuan utk kemanusiaan/sedekah/belanja makan tak kira utk Islam atau bukan. Karang kalau org putih/bukan Islam ni berkira nak bagi bantuan kata Islam dianaktirikan. Korang yang pilih2 bulu tu boleh pulak ye? Malu la sikit dgn org bukan Islam.
BalasPadam-MK
“Mereka bertanya kepadamu tentang harta yang mereka infakkan. Katakanlah, ‘Harta yang kalian infakkan hendaknya diberikan kepada orang tua, para kerabat, anak yatim, orang miskin, dan ibnu sabil. Semua perbuatan baik yang kalian lakukan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.‘” (Q.S. Al-Baqarah:215)
PadamBantu saja. Pernah dgr satu ceramah. Ini adalah satu bonus dari Allah apabila tetiba datang "orang" meminta sesuatu keperluan atau sedekah dan kita pulak bantu seikhlas mungkin.
BalasPadam"Orang" yg dimaksudkan disini ialah orang susah tanpa kira apa2 prioriti. Takat nak hulur RM10 tu rasanya takder masalah pun. Bukannya kita derma RM8juta kat dia pun.
Pernah dikhabarkan, seorang alim yg suka menolong. Apabila hampir ajalnya, segala kebaikannya ditayangkan di depan matanya dgn izin Allah. Berkatalah dia waktu itu, "alangkah baiknya kalau banyak!"... ini berikutan sedekahnya terlalu sedikit sewaktu membantu "orang" yg memerlukan sesuatu untuk hidup sedangkan yg disedekahkan itu hanyalah itu saja yg ada dalam jubahnya.
Sumber: ceramah Ustaz Fawwaz dan Ustaz Jafri.
Sekadar tambah pandangan. Ini idea semua bukan dari "saya". Harap maklum.
Alhamdulillah. Semoga Buasir Otak dimurahkan rezeki.
BalasPadamMeleis kalo derma x sampai 10 hingget, mcm nak pecah dunia bincang soal hukum. Sengkek sungguh mentaliti melayu. Lain la derma 100 ka.. 500 ka...
BalasPadamTakat bawah 100 tu, malulah bising2 gempak butthurt.. trus bagi senyap2 dah la..