Halaman

Isnin, 26 Januari 2015

Laman web MAS kena hack dengan Geng Cicak

Laman web rasmi syarikat penerbangan Malaysia Airlines digodam pada kira-kira jam 10 pagi tadi.

Pengguna internet yang melayari URL www.malaysiaairlines.com dibawa ke satu laman web yang mempuyai imej pesawat Malaysia Airline.

Laman berkenaan turut bertulis, “404 – Plane Not Found. Hacked by Cyber Caliphate. Follow Cyber Caliphate on Twitter.”

Paparan skrin layar laman web Malaysia Airlines.com pada jam 10.25 pagi tadi

Laman web berkenaan kembali pulih seperti biasa namun pada jam 10.25 pagi, laman web berkenaan digodam sekali lagi.

Paparan skrin layar laman web Malaysia Airlines.com pada jam 10 pagi tadi

Kali ini, tertera di laman web berkenaan satu imej menunjukkan gambar seekor cicak bersut hitam dan bertopi.

Sementara itu, Malaysia Airlines dalam Twitter rasmi syarikat itu menyatakan ia sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu.



Ketika menghubungi talian pertanyaan Malaysia Airlines, pihak Astro AWANI disuruh tunggu sehingga dua hingga tiga jam sebelum membuat tempahan dalam talian.

Pihak Astro AWANI masih cuba untuk mendapatkan pihak Malaysia Airlines untuk memberi penjelasan tentang perkara ini.

Sumber Astro Awani.

Tab laman web itu turut ditulis dengan mesej ‘ISIS WILL PREVAIL’ (ISIS Akan Terus Kekal).

Maklumat daripada akaun twitter menunjukkan ia dimulakan sejak 2010 dan tiga jam sebelum ini, tertulis mesej mengatakan ‘sesuatu yang istimewa akan dibuat.’

“Melakukan sesuatu yang istimewa.

“Akan melambakkan beberapa ‘harta’ yang ditemui di rangkaian pelayan malaysiaairlines.com tidak lama lagi,” kata twit itu.

Sumber The Rakyat Post.

Pihak Malaysia Airlines dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan bahawa laman sesawang mereka kini digodam. Tambah kenyataan MAS lagi, pihak mereka akan membaik pulih laman sesawang Malaysia Airlines dalam tempoh 22 Jam. Pada masa yang sama, pihak MAS turut mengumumkan bahawa data peribadi termasuk tempahan tiket pelanggan tidak terganggu akibat insiden tersebut.


Sumber Melvister.

Namun penggodam laman web syarikat penerbangan Malaysia Airlines Sistem (MAS) hari ini telah membuat kenyataan baharu dilaman twitternya berhubung tahap keselamatan data pengguna oleh syarikat penerbangan itu.

Walaupun MAS baru sahaja mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa data pengguna dijamin selamat namun, penggodam terbabit yang menggunakan nama, LizardMafia telah menyangkal perkara itu dengan mengatakan sebaliknya.

LizardMafia menerusi twitternya menulis ayat seperti mengejek berhubung kenyataan media MAS yang menyatakan data pengguna adalah selamat.

Tulisan LizardMafia dalam twitternya itu adalah seperti berikut:


“(KENYATAAN MEDIA): Kami ingin menunjukkan bahawa MAS berbohong mengenai data pengguna yang dimaklumkan tidak secara keseluruhan.

Rujuk pautan Imgur sebelum ini,“ kata akaun twitter itu.


Sumber The Rakyat Post.




Ada yang mengatakan server website MAS sendiri yang kena hack dan defaced, ada yang mengatakan DNS kita yang kena hack dengan teknik DNS spoofing/poisoning.

Motif serangan? Tidak tahu. Adakah serangan ada kaitan dengan ISIS? Tak pasti. Yang pasti, insiden ini adalah sesuatu yang agak memalukan kepada sektor keselamatan dan sekuriti siber di Malaysia.

Btw sesiapa yang terlepas insiden hacker ini boleh layan lagu soundtrack yang dipasang kat website MAS yang kena defaced oleh Lizard Squad tu hahaha.





tags: website laman web rasmi official mas malaysia airlines kena hack godam hacker hacking crack warez lizard squad mafia twitter maklumat penumpang bocor www.malaysiaairlines.com error 404 plane not found cyber caliphate minister itinerary leaked menteri geng cicak tokek

16 ulasan:

  1. 1sttt!!! debed mana debed?

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://www.youtube.com/watch?v=-KTsXHXMkJA

      eddebed tgh bercuti kat cambodia

      Padam
  2. senang citer malaysia mudah di "ayam2" kan senang ditapau negara lain dan lvl malaysia lebih noob dari negara lain haha2 cilakak

    BalasPadam
  3. DNS hijack ni..Tengok DNS server point ke cloudflare..Server host sebenar point ke hosting di Bosnia.Typical Lizard skiddies mmg host kat Bosnia -.-

    BalasPadam
  4. CyberSecurity? Haha.. satu kompeni cap ayam Made In Govt Malaysia. Time interview muka garang mcm nak makan orang, time dah kene defaced, muka mcm peminta sedekah tepi jalan. Itulah made in malaysia, dipaksa buat sesuatu yg sendiri tak tahu apa yg derang buat. Tak percaya, try hack bank pulak yg konon guna pelbahai router firewall dan radius svr. Blom kene deface, muka garang mcm nak makan orang. Dah kene defaced, tak reti letak jawatan sbb tugas gaji ciput. Yg bestnya gaji ciput, eksyen mcm garang nak makan orang.. buat cengei jo lebey..poyo boh..

    BalasPadam
  5. website mas pun senang2 kena hijack, xheran la aku kapal terbang leh hilang

    BalasPadam
  6. tu dh mcm cicak tokek aku tgk... punya la low class website mas punya security dgn cicak tokek pn blh kena hack

    BalasPadam
  7. johari anak pak jusoh26 Januari 2015 pada 8:09 PTG

    ni mesti tentera ukraine yg hack...dah tembak kapal terbang kita haritu, hack pulak lawan web MAS...apa lagi ukraine mahu?

    BalasPadam
  8. hmmmm habislah segala data... lepas satu satu mas kena kerja kan... tak tobat tobat lagi ker??

    BalasPadam
  9. Aku somehow rasa bagus sgt website mas kena hack..now Malaysians akan sedar our real level of security..menteri2 sembang pung pang pung pang kencang dalam paper, depan kamera..padahal???..
    kalau betul ISIS yang hack..memang la agak membimbangkan..tapi still aku stick to point aku tadi. duit habis byk untuk mas and online security bagai..tapi..indah khabar dari rupa semata.

    BalasPadam
  10. Apa yang seronok ntah dapat menyusahkan orang...

    BalasPadam
  11. majoriti rakyat malaysia mmg suka merendah2 kan negara sendiri.. baik apa bende pun mesti nk drop negra sendiri.. kurang jati diri sebenarnya tu.. mentaliti keals ke-5..

    BalasPadam
  12. Klu betul Isis hak buat, maka Isis ni wajib kite perangi smpai mereka luput dr alam ni..

    BalasPadam
  13. Geng ni pro ISIS. Tak mustahil serangan terhadap website MAS ni bermotifkan politik.

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.