Halaman

Isnin, 26 Januari 2015

Rotan anak ikut adab Islam VS emosi dan perasaan

Merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, penggubalan akta baharu itu kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara.

Menurutnya, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

“Walaupun merotan anak me­ru­­pakan sebahagian budaya ma­­syarakat kita, tetapi kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.

“Kita juga mengambil iktibar rakyat negara kita (Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu,” katanya selepas menghadiri program Santai Kopi O anjuran Komuniti Pertubuhan Wanita 1 Malaysia (Perwani) Shah Alam di Galeri Shah Alam, di sini hari ini.

Selanjutnya di Utusan Malaysia.

1. Dalam Islam memang ada hukuman merotan anak2 namun ada cara dan adab2nya, malah kalau mengikut Islam syarat yang sampai nak membolehkan pukul anak itu agak ketat yang menunjukkan tidaklah senang2 je kita boleh memukul anak.

2. Akan tetapi di Malaysia, kebanyakan ibu bapa merotan anak tidak mengikut adab Islam pun, tapi lebih kepada mengikut emosi dan perasaan.

3. Maka ramailah orang dewasa yang terus melenting, melompat dan kecewa dengan berita ini. Tak kurang juga ramai orang dewasa generasi kini yang berkata disebabkan aku pernah kena rotan, kena tampar, kena pelempang, kena belasah, kena terajang, kena bedal dengan tali pinggang, kena bantai dengan batang penyapu, kena ikat kat pokok oleh mak bapak aku masa aku kecik dulu la dah besar aku jadi orang.

4. Namun tak semua orang yang dididik dengan cara keras sewaktu kecil itu jadi orang bila dah besar. Ada juga yang kena belasah waktu kecil, dah besar jadi penyangak juga. Ada juga yang waktu kecil tak pernah kena pelempang dah besar jadi orang juga.

5. Apa yang menentukan seseorang itu jadi orang bila dah dewasa adalah didikan oleh ibu bapa dan pengaruh sekitar, dan pendidikan itu tidak semestinya bersifat kasar dan ganas.

6. Bagi aku, apa yang perlu pada peringkat awal ini bukanlah terus mengharamkan hukuman rotan dan menghukum perbuatan merotan anak itu sebagai suatu kesalahan jenayah, tapi lebih kepada mendidik dan memberi pemahaman kepada ibu bapa yang ada sekarang bagaimana cara merotan yang betul menurut Islam.

7. Keluarkan garis panduan, cara, kaedah, teknik, peralatan merotan yang sesuai dan sebagainya. Wajibkan kursus kepada bakal ibu bapa macam mana nak kawal emosi dan perasaan apabila marahkan anak agar tidak sampai tahap bagi penerajang dan pelempang sulung.

8. Di samping itu, adakan kempen untuk mendidik ibu bapa bagaimana cara nak mendidik, mendekati dan memahami anak2 agar anak2 tidak rasa terabai dan teraniaya dari sudut emosi dan fizikal sehingga memaksa mereka untuk memberontak dan melakukan sesuatu luar kawalan semata2 untuk mendapat perhatian ibu bapa.

9. Selepas beberapa tahun kempen ini berjalan, barulah kuatkuasakan undang2 larangan merotan anak yang tidak mengikut adab Islam.

10. Kita nak ikut Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang dicipta dan dipelopori oleh barat atau ikut cara Islam?




tags: rotan anak hukuman jenayah belasah pukul dera aniaya penderaan fizikal mental ikut emosi perasaan adab ajaran islam hadis nabi

12 ulasan:

  1. serius pertama la aku haha2 rotan nak rotan? rotan edvedededeedddededdd

    BalasPadam
  2. Bila timbul persoalan merotan bakal menjadi satu kesalahan (undang2 Malaysia), yang bermain di kepala aku adalah, apa Islam kata tentang ini. Bukan semua yang mak-ayah kita buat masa kita kecil dulu itu betul.

    Aku yang pada awalnya menggunakan pendekatan rotan, mula beralih kepada slowtalk. Cuba rationalize kepada anak kenapa kesalahan yang mereka buat itu patut dihentikan. Selalunya berkesan. Bila kesalahan berulang2, barulah guna rotan.

    Kesimpulannya, jangan bagi anak2 berfikiran membuat kesalahan itu OK selagi mak-ayah tak tahu atau orang tak nampak. Biarlah mereka sedar bahawa setiap perbuatan baik/buruk yang mereka lakukan itu Allah maha mengetahui dan mendapat balasan baik/buruk di akhirat nanti.

    BalasPadam
  3. ulasan mcm ni la yg kita nak..takde emosi dan terperinci..
    ni kalau bukak sukanstar semua yang "dewasa" meroyan macam ilang akal..
    btw, ko xde cita2 nak jadik penasihat menteri ke noob?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat blog ni pun ade gak org 'dewasa' meroyan mcm ilang akal. Jap lg kite tgk ek..

      Padam
    2. hahaha..aku dah ble agak sapa..

      cuma nape dia xsentuh pasal mempergunakan budak2 cth mudah mintak derma pelajar tahfiz yang ntah dari ceruk mana datang..xpun anak yatim yang dok cari dana untuk rumah anak yatim yang kita xtahu pun kesahihannya..

      ke menteri ni lupa nak cakap, sebab benda ni pun belum dibahaskan diparlimen...mungkin dia belum habis baca lagi apa yg terkandung dalam konvesyen yg dah di tanda tangan..

      Padam
    3. betul tu.. aku tgk kat fb ramai tol org dewasa meroyan pastu siap bangga dulu waktu kecik pernah kena libas dgn paip getah, cili taruk kat kote.. diorg ingt hukuman2 tu betul sdgkn dh mcm dera anak

      Padam
  4. Mat saleh fail didik anak... So dia pun nak orang lain pun fail jugak la didik anak..

    BalasPadam
  5. setuju dengan semua yang tertuilis di atas...
    bagi miya kita kena ikut ajaran Islam...
    dalam Islam pom dah suruh pukul anak pada umur 7 tahun lau xsolat...
    tapi ada caranya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana ada 7 tahun, 7 tahun start didik kalu dah umur 10 tahun xnak solat maka pukullah dia...

      Padam
  6. orang melayu islam, cakap apa pun, memang mudah sentap siot.. orang jenis malas membaca.. malas mengkaji.. memang la terkejut beruk dengan idea2 baru sekalipun idea2 tu dah beribu2 tahun diperkenalkan.. sbb tak pernah membaca.. tau ikut rasa hati saja..

    BalasPadam
  7. mana eddebed ni... xkan baru kena bahan sikit dh sentap xmo komen lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://www.youtube.com/watch?v=-KTsXHXMkJA

      eddebed tgh bercuti kat cambodia.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.