Halaman

Jumaat, 23 Januari 2015

Pekerjaan melakon babak panas adalah suatu ibadah

Pelakon Adi Putra tidak pernah membataskan watak yang akan dilakonkannya biarpun sudah menunaikan ibadah haji tahun lalu dan beberapa kali mengerjakan umrah.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 34, berkata, apa yang dilakukannya itu adalah semata-mata untuk menghidupkan watak selain menganggap ia sebagai suatu ibadah.

"Saya tidak membataskan watak selepas mengerjakan haji dan umrah termasuk watak panas kerana itu adalah tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan.

Adegan biasa2 sahaja dalam filem Aku Terima Nikahnya yang menggunakan teknik kamera.
"Bagi saya walaupun melakukan babak panas tetapi ia dilakukan di hadapan beberapa kru. Apa yang saya lakukan itu atas dasar pekerjaan dan pekerjaan itu merupakan satu ibadah," ujarnya kepada mStar Online.

Adi berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pemilihan watak-wataknya terbatas atau bersyarat selepas menunaikan ibadah haji September tahun lalu.

Dia juga sudah beberapa kali menunaikan umrah.

Katanya, babak-babak panas yang dilakonkan itu tidak semestinya bersentuhan sebaliknya lebih banyak menggunakan teknik kamera bagi mendapatkan kesan terbaik.

"Nama sahaja babak panas tetapi ketika melakonkannya ialah di hadapan ramai dan ada yang tidak bersentuhan pun.

"Banyak babak panas terutama di ranjang hanya guna teknik kemera sahaja," ujarnya.

Selanjutnya di Mstar.

Persoalannya... tak kisahlah guna teknik kamera ke pegang betul ke apa, tapi perlukah sebenarnya babak panas dan adegan ranjang di dalam filem dan drama? Kalau takde babak2 tu filem tak laku kah?

Petikan dari Eh Gosip;
Tak ku sangka. Rupa2nya kalau kau berlakon aksi romen-romen dalam filem dan drama ianya juga boleh dianggap sebagai satu ibadah sebab kerjaya kau sebagai pelakon dan kerja itu merupakan satu ibadah dalam Islam. Jadi. Adakah ini bermaksud kalau aku seorang pencuri dan menjadikan kegiatan mencuri itu sebagai satu pekerjaan dan aku sedang melakukan ibadah kerana aku bekerja sebagai pencuri ke macam mana?

Yang tak boleh blah tue. Adi Putra siap ajar kita lagi bahawa aksi ranjang yang dilakukan secara terang-terangan itu bukan maksiat. Yang sorok2 itu je baru maksiat. Kalau begitu apa kata pelakon romen2 terus la depan tv. Tak yah cover apa pun. Kan bukan maksiat tue. Benda terbuka. Bukan tertutup.

MUAHAHAHAHA..

Hadoi..

Rosak! 

Apabila manusia suka2 mentafsirkan pemahaman sendiri berkaitan ibadah, apa pun boleh asalkan ai kena dengan pemahaman sendiri. Adakah menjadi pelacur pun tidak mengapa selagi kamu menggangap ia sebagai suatu ibadah? Adakah seorang muslim yang bekerja menjual nombor ekor/tempat2 perjudian/bar yang menjual arak atau apa2 yang tidak selari degan syarak adalah satu ibadah, hanya kerana konsep bekerja itu suatu ibadah?

Bab amalan dan ibadah Haji dan Umrah dia usah kita pertikai. Itu ibadah antara dia dan Tuhan. Jangan kita anggap asal semua yang dah pergi haji itu lebih baik dari muslim yang belum menunaikan haji. Boleh jadi seorang muslim yang belum berkesempatan pergi haji lebih baik dan berilmu dari orang yang sudah pergi haji.

Kita tak perlu artis luar, budaya hiburan luar dari barat, Korea, Jepun untuk merosakkan pemikiran dan minda anak2 kita. Artis dan industri hiburan kita sendiri pun sudah mampu memberi pengaruh yang negatif terhadap masyarakat kita. Sebab itu aku pernah kata, artis dan selebriti ini cukup sekadar kita minat sahaja tapi tak layak untuk dijadikan role model dan idola dalam kehidupan kita.

Sama sahaja seperti sesetengah pemimpin dan macai2nya. Kadangkala diam itu lebih baik dari mengeluarkan kenyataan yang bodoh, mengelirukan dan membuatkan orang lain salah faham.

Btw, takde siapa2 nak mempertahankan Adi Putra dengan alasan adegan ranjang dalam lakonan itu berlaku dengan izin Allah? Oh alasan itu hanya terpakai kepada artis K-Poop sahaja.




tags: pekerjaan berlakon aksi abak panas adegan ranjang romen atas katil pegang peluk cium sentuh suatu satu ibadah adi putra pelakon haji umrah

19 ulasan:

  1. Ramai org kata kalau blakon watak suami isteri kena la pegang2 bru la nmpk 'real'. Nmpk gaya pnonton drama atau filem kat malaysia ni tlalu mjiwai jln crita smpai lupa yg plakon d sebalik drama atau filem tu xde hubungan yg halal pn. Yap, pnonton d malaysia ni mmg tlalu "mjiwai". Selari dgn kpoop fanatik tu la.

    BalasPadam
  2. aku bukan Tuhan mahu hukum orang tapi hanya orang ada iman dia tak goyah dengan 72 bidadari syurga yang terkangkang depan dia...fahamkan benda tuh.

    BalasPadam
  3. Mungkin sbb ni tuhan xbg aku berjaya dlm lakonan dulu... Bukannye sbb aku xkacak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://wake-up-kick-ass-repeat.blogspot.com/2015/01/the-ballad-of-buasir-otaktelan-mati-mak.html

      Padam
  4. melayu dan double standartnya patut kena keluarkan movie khas mcm ni "melayu ,masyarakat dan double faking standart" baru stepek kena dahi2 gosip murahan ni!!

    BalasPadam
  5. pornstar buat dp penetration juga suatu ibadah.. homo pun satu ibadah..kahkahkah.. inilah melayu islam terkini..baquih baquih..

    BalasPadam
  6. Jgn dilayan artis ni....semua nak menghalalkan cara. Pas2 kebanyakan artis pergi Mekah selalunya melancong je. Kalau gi sana sibuk ambik gambar n upload kat FB memanjang, nmpk sgt gi sana makan angin...yg serius buat ibadah umrah atau haji selalunya xkn cite sgt semua 2.

    P.S. - Geram tgk dia angkat Nora Danish 2, siap melekat lagi ehem2...kalau aku dah terkam je lepas shooting

    BalasPadam
  7. memang parah kalau benda yang haq dan batil dah tak boleh beza...mentaliti macam tu yang kena dibetulkan...doakanlah dia dapat hidayah...

    BalasPadam
  8. kpop taik... filem melayu sampah.. noktah!

    BalasPadam
  9. Artis maaa..mesti pndai menjawab punya

    BalasPadam
  10. mmg la keje tu ibadah tp tgk la keje tu cmnerrrrr

    bahaya siot org cmni. dh la artist, orang yg senang mempengaruhi org ramai terutama anak muda. kang nnti sumer main ikut je ape die kata. lg2 sebab dia ni dah gi haji. lepas ni dia boleh cakap kot kalo dipeluk peminat perempuan, "takpe, peluk peminat juga adalah satu ibadah, menggembirakan peminat" satu hari nnti statement cmtu kuar pulak

    BalasPadam
  11. Pandai xleh tumpang.. bodoh xleh diajar. Artis KURANG AJAR dan terus terbiar hanyut. Dulu pun dia ada minta gambar bogel isteri orang. Sblm tu dia publish gambar xxx dia dulu. Inipun satu ibadah jugak.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.