Halaman

Isnin, 16 Februari 2015

Bomoh main golf, demonstran dan misi letup mercun

Rentetan daripada keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, berlaku beberapa peristiwa yang memperlihatkan kedunguan manusia, antaranya Raja Bomoh yang main golf depan penjara, peserta demo anarki yang buat vandalisme serta budak2 baru nak up yang bagi amaran nak bakar mercun depan mahkamah di Malaysia pada malam Tahun Baru Cina.


Peristiwa 1:

Individu yang mengelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Malaysia mendakwa ada pihak-pihak tertentu cuba mengunakan ilmu hitam untuk membunuh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi, beliau mendapat alamat ada pihak tidak bertanggungjawab telah menghantar hantu raya bagi mengancam keselamatan Anwar.

Selanjutnya SuaraTV.





Peristiwa 2: 

Kira-kira seramai 400 orang gabungan mahasiwa dan anak muda berhimpun di pusat membeli belah Sogo petang ini sebagai sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir di perhimpunan yang bermula sekitar jam 4.30 petang ini ialah anak sulung Anwar, Nurul Izzah, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing, Adam Adli, Safuan Anang, Bawani KS, KC Heng dan Fahmi Zainol.

Selanjutnya Malaysiakini.







Dan bila ada demonstrasi2 macam ni, geng2 yang pakai topeng ni biasanya jangan percaya sangat. Diorang boleh jadi siapa2 sahaja, malah tidak mustahil kehadiran mereka hanya nak menambahkan lagi imej buruk terhadap suatu kumpulan.






Tapi banner We Are Fucking Anal ni memang sangat dungu.




Peristiwa 3: 

Satu klip video berdurasi kira-kira seminit yang mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara di mahkamah pada 18 Februari ini yang dimuat naik sekumpulan empat lelaki bertopeng sejak semalam kini tersebar di laman sosial YouTube.

Dengan menggunakan ID pengguna YouTube ‘isis malaysia 69′ empat lelaki terbabit memberi amaran bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah itu akan dilakukan dengan membakar mercun pada jam 11.30 malam.

Malah kumpulan itu turut menghasut seluruh anak muda negara ini turut serta membantah dengan cara mereka di dalam keterangan video tersebut.

Selanjutnya di The Rakyat Post.



Pertama, aku memang tak percaya budak2 yang buat kerja jahat pakai topeng, pelbagai andaian dan konspirasi boleh dibuat.

Kedua, apa kaitan gambar Nora Danish dengan plan korang nak letupkan mercun kat mahkamah Malaysia? Ya, itu memang kelakar.

Ketiga, budak2 yang buat video ini sekor2 dungu. Belajar tu kasi tinggi sikit ya, jangan buat malu negara.

Keempat, mungkin perbuatan budak2 ini cuma nak troll, bergurau dan berlawak jenaka, tapi ingat, ancaman, ugutan dan terrorisme itu bukan suatu bahan gurauan.


* * * * * * * * * *

Persamaan antara ketiga2 kedunguan ini adalah, kesemuanya orang Melayu. Cukup2lah tu membangangkan diri, cukup2lah tu jadikan Melayu ni bahan ketawa kaum lain.




tags: raja bomoh main golf depan penjara sungai buloh hantar santau hantu raya anwar ibrahim demonstrasi keadilan depan sogo fuck kapitalist fucking anal angry kita lawan bas polis mcdonalds kena spray vandalisme video bodoh amaran untuk meletupkan mahkamah malaysia isis 69

16 ulasan:

  1. Bercukurlah Malaysia masih aman...Melayu dan bangang berpisah tiada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melayu dan bangang berpisah tiada...

      Saban hari ditipu mamak, para menteri, sultan dan raja...

      Padam
  2. Ada juga spesis dungu yg masih percaya kepada perkara khurafat.Meleis sungguh pemikiran mereka masih lagi minta bantuan bomoh satu malaysia yg terang2 menipu pasal mh370 dan masih ada spesis dungu ni

    BalasPadam
  3. Sepatutnya orang2 politik yang jadi lembu kita.
    Ini tidak, ada pulak yang pergi jadi lembu kepada orang2 politik.

    Bangang, bangang...

    BalasPadam
  4. Aku mmg anti betul dgn budak muda yg tkdak adab ni....ni semua asuhan puak2 bapak samseng dr politik tak kira umno pkr...semua mau langgar...skrg sampi bola pun dah jadi mcm hooligan...tak kira jdt selangor pahang...siapala bakal pemimpin malaysia nnti...jgnla dari geng2 kepala otak mcm ali abd jalil...habis semua dicarut....

    BalasPadam
  5. Melayu dan bangang berpisah tiada, enough said. Okbai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muslim dan bangang berpisah tiada, enough said. Okbai.

      Padam
    2. Melayu dan bangang berpisah tiada, bukannya Muslim dan bangang berpisah tiada. Okbai

      Padam
  6. 18 hb tu tahun baru cina. mmg org bakar mercun pun. sje bikin panas

    BalasPadam
  7. demonstran anal??? wt...

    BalasPadam
  8. peristiwa 1 + peristiwa 2 + peristiwa 3 = melayu
    kenapalah melayu bangang semakin membiak :(
    redhoo je ada org buat banner fucking anal berarak sama diorg..bkn nak tegur..sebab?sama geng?
    hmm..

    BalasPadam
  9. udahle..nak diubatkan memang tak akan boleh. kita yang dok usaha tunjuk baik kat org luar, blaja rajin2, keje elok2..tapi kat luar sne tu ramai lagi yang dok conteng arang kat muke kita. Balik2 org tnya..knape you orang melayu semua percaya kat bomoh tu? knape you orang melayu semua buat demo tu? teman pulak yang ditanya. mane la teman tau..teman ni siang keje, malam dok dengan keluarga..hujung minggu bersama keluarga..kawan cina india semua teman buat baik..balik2, ada je melayu kat luar sane tu dok conteng muke teman. geram sungguh rasa. kalau teman ada kuasa, dah lama teman tangkap melayu sekor2 yang tak berape menjadi manusia tu..sumbat kurung dalam bilik seumur idup..tak payah membiak, tak payah menyusahkan orang. Melayu sama dah dengan teman, tapi perangai serupe beruk.

    BalasPadam
  10. Tapi saya paling pelik..bila time election ramai calon. Pakat turun bantu buat bendang...toreh pokok getah...time skrg ni..bila dah dpt tempat...depa pkt belah melancong sakan...

    BalasPadam
  11. Amerika dengan 'freedom',
    Israel dengan 'zionist',
    Filipine dengan 'kesultanan sulu'
    Malaysia dengan?
    Malaysia dengan 'meleis'.

    BalasPadam
  12. Malaysia makin banyak org bodoh

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.