Halaman

Isnin, 9 Februari 2015

Pengajaran dari kisah gadis genius Sufiah Yusof

`Saya tidak lagi pintar, hanya wanita yang membosankan’ – Sufiah Yusuf

NAMANYA menjadi sebutan dunia apabila lulus dalam peperiksaan matematik A-Level dan diterima memasuki Universiti Oxford ketika berumur 12 tahun.

Selepas tiga tahun di Oxford, Sufiah Yusuf mengejutkan dunia apabila dia menjadi buruan polis selepas melarikan diri dari universiti berkenaan, dipercayai akibat tertekan ekoran masalah keluarganya.


Bermula pada tahun 2000 beliau hilang dari universiti, operasi pencarian meluas di seluruh UK sehingga ditemui bekerja sebagai pelayan di kafe internet.

Pada 2008, dunia digemparkan dengan berita Sufiah menjadi pekerja seks pada usia 23 tahun dengan menjual tubuh di Britain dengan nama samaran Shilpa Lee.

KENANGAN…ketika Sufiah menjadi sebutan dunia apabila memasuki Universiti Oxford pada usia 12 tahun.

Tragedi yang melanda gadis genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.

Sufiah dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya yang terumbang-ambing, tidak lama selepas bercerai dengan suaminya, Jonathan Marshall, seorang pelajar jurusan undang-undang yang dikenalinya di Oxford.

Majlis perkahwinan Sufiah dengan Jonathan, pelajar jurusan undang-undang yang dikenalinya ketika belajar di Oxford. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak ketika bapanya, Yusof Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.

Selepas menyepi dengan hidup berpindah randah di UK, Sufiah muncul buat pertama kali di media dalam tempoh hampir tujuh tahun selepas bersetuju ditemubual oleh wartawan TV3, Halizah Hashim di sebuah hotel di Liverpool.

Dalam temubual eksklusif yang disiarkan dalam program Nona pada petang Ahad, Sufiah mengimbas semula episod hitam yang diakuinya membuat dirinya lebih cekal dan tabah.

Sufiah mengaku hubungan dengan keluarganya sudah lama renggang dan menyifatkan keadaan itu adalah lebih baik pada masa ini.

“Saya harap mereka tenang dalam kehidupan yang harmoni. Saya percaya mereka juga mengharapkan perkara yang sama terhadap saya,” katanya yang mengaku lebih tenang untuk tinggal bersama rakannya.

Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Yusof berasal dari Pakistan.

Sufiah yang kini berusia 30 tahun bagaimanapun berkata, dia tidak kesal dengan cara dia dibesarkan oleh keluarganya dan memilih untuk lagi mahu menyalahkan sesiapa.

Ditebak dengan soalan mengenai kisah hitamnya sebagai pekerja seks, Sufiah mengakui ia adalah pengalaman yang benar-benar mematangkanya sebagai manusia.

Sufiah berkata, dia melakukannya selama bebebera bulan dan berhenti selepas diburu media Britain.

Diugut dan diganggu oleh media adalah pengalaman yang menakutkan. Aksinya dirakamkan secara rahsia oleh wartawan Britain yang menyamar sebagai pelanggan.


Gambar Sufiah sebagai pekerja seks kemudiannya dipamerkan muka-muka hadapan tabloid-tabloid Britain.

“Mereka cuba memberi saya dadah dan menyuruh saya menanggalkan pakaian supaya mereka dapat merakamkan secara rahsia aksi saya di atas katil. Walaupun anda tidak bersetuju dengan pekerjaan saya tetapi cara itu adalah tidak adil sama sekali.

“Ketika saya menjadi buruan media, ia adalah satu keadaan yang tidak masuk akal. Setiap hari saya menerima pebagai emel berbentuk ugutan. Ia sengaja diperbesarkan dan ini agak menakutkan saya yang masih remaja ketika itu.

“Malah masyarakat di sana menganggap mereka berhak menceroboh kehidupan saya. Saat itu saya cukup tertekan terutama cara sesetengah media yang ingin mendapatkan kisah saya. Mengugut untuk saya ditemuramah dan ia pengalaman yang cukup menakutkan,” katanya tenang.

SUFIAH (kiri) ketika ditemubual wartawan TV3, Haliza Hashim di Liverpool baru-baru ini.

Namun, Sufiah mengakui, kisah hitam itu membawa kebaikan untuk dirinya menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana.

“Walaupun pada mulanya ia memberi tekanan yang cukup hebat, saya bersyukur kerana akhirnya dapat mempunyai kekuatan untuk menghadapinya,” ujarnya lagi.

Sufiah berkata, sebenarnya bukan dirinya sahaja, tetapi ramai lagi indiviu yang diperhatikan, laporan perubatan mereka diakses, alamat mereka dicari, diugut akan dirakam secara rahsia.

KETIKA ditembual oleh News of The World sekitar tahun 2008. Sufiah mengakui hidupnya tertekan akibat menjadi buruan media.

“Situasi begini cukup menekan, tetapi saya dapat mengatasinya dengan baik,” tambah Sufiah.

Menurut Sufiah, selepas pendedahan media itu, hidupnya menjadi porak-peranda. Dia menyembuyikan diri dengan berpindah beberapa kali dan tidak mahu bertemu dengan sesiapa.

Diajukan soalan kenapa baru kali ini dia bersetuju untuk sekali lagi berdepan dengan media selepas tujuh tahun menghilang, Sufiah berkata, dia sudah benar-benar bersedia untuk bercerita.

“Mungkin saya telah lama tidak bercakap dengan media dan tentunya saya mahukan laporan berita yang lebih baik. Jadi saya ingin berkongsi semula kisah dengan media.

“Ini tidak bermakna kisah yang dikongsi itu menarik minat masyarkat, tetapi ada sesetengahnya yang ingin tahu dan bersimpati dengan kisah saya walaupun mereka tidak mengenali saya. Saya sangat-sangat menghargainya,” jelas Sufiah.


Pada akhir temubual itu, Sufiah bercakap mengenai siapa dirinya pada hari ini.

“Saya tidak lagi berkebolehan atau pintar, saya tiada wang, tiada tempat tinggal, saya sedang mencari kerja sambilan dan saya tiada ijazah. Saya hanya wanita berusia 30 tahun yang membosankan,” katanya.

Sufiah masih merahsiakan di mana dia tainggal, tidak memberitahu di univiersiti mana dia belajar sekarang dan enggan mendedahkan di mana dia bekerja sambilan.

Apa yang pasti, cilik genius matematik yang menjadi kebanggaan negara kini sudah dewasa dan matang.

Kegagalan dan episod hitam telah mendewasakan dan membuat Sufiah lebih cekal dalam melayari bahtera kehidupan yang cukup mencabar.

Sumber New Malaysian Post.




Pengajaran daripada kisah Sufiah Yusof si genius cilik ini:

1. Kanak2 yang genius belum tentu berjaya apabila dewasa.

2. Kanak2 yang kurang pandai tidak semestinya akan gagal dewasa.

3. Setiap orang pasti ada titik hitam dalam kehidupan.

4. Setiap orang pasti melakukan kesilapan dan kegagalan dalam hidup.

5. Setiap orang memiliki peluang kedua untuk bangun dan bangkit semula daripada kegagalan.

6. Jangan terlalu sedih dan merasa rendah diri apabila membaca kisah kejayaan dan kehebatan orang lain.

7. Jangan pula terlalu berbangga dan perbesarkan suatu kehebatan yang kita miliki, kerana semuanya pinjaman dan Tuhan boleh tarik balik pada bila2 masa.

8. Budak yang genius perlu dibimbing dengan baik agar mereka tidak tersimpang jalan.

9. Bijak akademik sahaja tidak semestinya boleh menjadikan seseorang itu kaya.

10. Menjadi orang yang bijak dan pintar tidak menjadi ukuran untuk seseorang mendapat anugerah dan gelaran.

11. Untuk menjadi kaya, seseorang itu perlu lebih dari sekadar bijak akademik.

12. Ramai orang yang kaya dan hidup dengan senang sekarang ini pun bukannya kerana dia bijak akademik, tapi kerana mak bapak memang sudah kaya, atau ada banyak kabel.

13. Tidak perlu menjadi seorang yang bijak dan genius untuk menjadi seorang pemimpin bahkan seorang menteri.

14. Negara kita tidak memerlukan orang yang genius sangat pun, kerana akhirnya yang genius ini hanya akan diperap di universiti atau bekerja hanya untuk menurut sahaja dasar2 yang telah dibuat oleh orang yang kurang bijak dari mereka.

Sumber - Kerjaya yang sesuai dengan kelulusan kita



tags: genius cilik kecik kanak budak sufiah yusof umur 12 tahun oxford masalah jadi pelacur pekerja seks prostitution social work kisah sejarah hidup

25 ulasan:

  1. moga dia kembali ke pangkal jalan..aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aq nk tanya bagi korang
      sufiah ni cantik tak

      Padam
  2. laaaa kesiannya ... aku setuju bab 1 & 2 tu .. parent tok sah dok paksa anak hangpa belajar teruk2 sampai menekan diorg ....belajar setakat yg diorg mampu dan ikut kemampuan diorg ....

    BalasPadam
  3. Expectation kita terhadap anak-anak dan mengaitkannya dengan kecemerlangan akademik kadangkala tidak realistik. Awal-awal lagi dah meletakkan harapan yang tinggi terhadap anak-anak kadang-kadang tidak membantu, malah adakalanya lebih merosakkan dari menambah baik. Lebih baik melatih anak seperti Son Goku melatih Son Gohan dari Bezita yang melatih Trunks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ak suka perbandingan goku ngn bezita tu..:)

      Padam
    2. betul, aku juga stuju,mcm pikor yg melatih gohan..agak kasar latihannya..tapi last2 jdi insan berguna..

      Padam
    3. Aku x igt part mana yg bezita melatih trunks. Trunks dpt latihan dari go han utk menumpaskan android 17 18. Akhirnya gohan tewas & trunks terpaksa naik time machine p jumpa goku & praktis dlm hyperbolic chamber. Tu yg rambut dia jd panjang ..

      Padam
    4. selepas majumia ditumbuk sampai jadi majumia lebam....akhirnya.. majin boo pulak muncul dengan trompet ajaibnya,,,,

      Padam
    5. En Satan juga yg best

      Padam
  4. semoga dia tabah dan Allah menjaga-Nya aminn

    BalasPadam
  5. ni sbb stress ni..kesian dia tersempit..

    BalasPadam
  6. point terakhir sgt rolling in the deep bro

    BalasPadam
  7. sufiah has turn into milf now? fap fap fap

    BalasPadam
  8. syg sribu kali syg... sptutnya kegeniusannya diasah dan digunakan utk mmjukan negara... kita ni bkan ad mnteri pmbangunan wanita ka?... dok watpa xtau...

    BalasPadam
  9. Di mana kita bermula xpenting ..
    Yg penting dimana kita berakhir ..

    Ada org exam fail tapi boleh jd kaya
    Ada org exam bagus tapi in the end jd kuli batak
    Ada org idup kafir tapi mati beriman
    Ada org idup beriman mati kafir ..

    Kami pohon husnul khatimah ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup dulu2 ak pernh dengar cerita ustaz kisah seorang bilal remaja kampung seorang budak bagus jaga solat tetapi akhir waktu ajalnya arak ditangan.... setiap detik setiap saat kita tak tau apa jadi jangan fikir kita dalam keadaan kedudukan "Selesa" ..........nak "berehat" dalam kubur... jangan putus hati mengharapkan Allah S.W.T.

      Padam
  10. kesian makcik sofia huhu2 bila sebut genius teringat budak kecik yg dulu2 genius lupa nama, tu xtau ap jadi sekang....sob.sob terimas noob, betul la nak pape kat dunia untuk orang normal mcm kita berusaha lah... kelak akan dpt... yg penting tekun....

    BalasPadam
  11. unexpected truth..cheat for politician..haha

    BalasPadam
  12. ni benda bese je ni..aku pernah kenal:

    1) budak tahfiz, pujian orang kg, ditangkap khalwat dan perempuan tu siap mengandung hasil hubungan haram mereka.

    2) Perempuan muslimah, petah berbicara bab agama, bertudung labuh, selang beberapa tahun..rambut dah perang, pakai seksi dan isap rokok sambil lepak ngn member.

    3) Kawan yang macho..bijak dan atlet sekolah segala bagai..tahu2 jumpa tengah jaga tiket wayang.

    4) Kaya raya, keluarga bisnes kencang..bapa merz, mak merz, anak superbike..last2 anak jual dadah, bapa lari indon sebab diburu polis kes pembalakan haram, mak pulak kaki disco dan mati sebab HIV.

    bnyak lagi la. Kesimpulannya, segala yang tuhan bagi..tak akan kekal. Yang penting jgn la lupa diri bila dapat anugerah tuhan. Sentiasa beringat, semuanya tuhan cuma pinjamkan dan nak uji kita. Bila dapat anugerah tuhan, gunakan la ke jalan yang dapat bantu agama. Sebab tu kita ada doa "janganlah Kau pesongkan aku setelah Kau berikan aku jalan yang lurus". bukan daripada baik ke buruk sahaja, daripada buruk ke baik pun sekejap je tuhan boleh ubah. renung2kan dan selamat beramal. (dapat duit bonus tu, first sekali gi ja salur lebih sikit kat masjid, pastu salur kat anak yatim, pastu belanja mak bapak/ahli keluarga makan/shopping..lepas tu ada lebih bnyak lagi baru la blnje member. Ni tak..member dulu keutamaan..masjid kosong, anak yatim kosong..mak bapak dapat baju sehelai)

    BalasPadam
  13. Biar anak x pandai...tp jd orang...sekian.

    BalasPadam
  14. Dia masig boleh berjaya,masig ada masa

    BalasPadam
  15. Aku rasa dia ni lagi cerdik nih.. saje je btau pasal ke'loser;annya supaya org tak gi carik dah. Mana tahu dia ni hidup agak mewah berbanding korang yg kibod warrior hamkacan nehh

    13 Februari 2015 12:24 PTG

    Sila buktikan anda bukan robot

    BalasPadam
  16. Janganlah doakan anak tak pandai; doakan anak2 kita dan umat yang lain, biar pandai dan bijak dalam akademik, tapi juga bijak mengatur langkah hidup, berjaya dalam hidup dan beramal soleh hingga ke liang lahad.Berilmu dan Beramal selalu hingga ke akhir hayat

    BalasPadam
  17. Bijak anugerah Allah,menuntut ilmu biarla dlm jangkaan famly sbb dibawah umur lgi.tidk ckup matang dgn segala bab..resiko tgi bljq kt luar tnpa pntauwan keluarga,jgn mudah percaya dgn org asing bgi mnjga kebajikan ank2 dluaq negara..lbih baik bljq kt negara sndri,sehingga umur selayaknya untuk keluar negara..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.