Halaman

Isnin, 9 Februari 2015

Hukum hudud bukan punca gejala pedofil meningkat

Golongan pedofil dikuatiri akan membanjiri Kelantan sekiranya undang-undang hudud berjaya dilaksanakan di negeri itu, kata jurucakap Kumpulan Tokoh Melayu (G25), Datuk Noor Farida Ariffin.

Bercakap dalam sebuah forum 'Malaysia, Kebebasan Ekonomi dan Globalisasi' sempena ulang tahun Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) yang ke-lima hari ini, untuk itu beliau menolak sepenuhnya undang-undang hudud sekiranya ia dilaksanakan di negara ini.


Kata Noor Farida, kaedah undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan di negeri Kelantan masih lemah dalam cara perlaksanaannya dan tidak menggunakan teknologi terkini.

Tegasnya, itu mungkin berlaku kerana mereka menolak kaedah pembuktian saintifik dan sebaliknya menggunakan bukti kurun ke-12 sebagai pembuktian untuk kes zina.


"Zina misalnya, saya tidak faham dalam abad ke 21 ini enakmen syariah masih lagi tidak menggunakan teknologi canggih dalam menentukan mereka yang ditangkap kerana berkhalwat.

"Masih mahu mengekalkan kaedah empat orang saksi. Mengapa tak adakan ujian DNA dalam menentukan pesalah. Bagaimana nak dapatkan empat orang saksi dalam kesalahan zina?" soalnya.

Katanya hal ini boleh menyebabkan berlakunya kesukaran dalam membuktikan bahawa pesalah-pesalah itu benar-benar bersalah.

"Jika hudud dilaksanakan di Kelantan, golongan pedofil akan membanjiri Kelantan untuk merogol kanak-kanak di sana... dan tiada tindakan akan dikenakan terhadap mereka," tegasnya lagi.

Sementara itu  beliau berkata, dengan kebangkitan banyak kumpulan ekstremis agama dan kaum, adalah juga tidak sesuai jika hukum hudud dilaksanakan.

“Kita perlu sedar apa yang berlaku di dalam negara sekarang. Dengan kebangkitan kumpulan ekstremis agama dan kaum adalah tidak sesuai jika undang-undang hudud dilaksanakan.

"Saya orang Islam dan mempraktikkan Islam tetapi saya tidak mahu hidup di bawah undang-undang hudud. No, thanks," katanya lagi.

Berita sepenuhnya di Astro Awani.


* * * * * * * * * *

Maksud pedofil (pedophile) berdasarkan Wiki - Pedofilia ialah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa tertarik secara seksual kepada kanak-kanak yang belum baligh. Orang yang mempunyai pedofilia melakukan seks dengan kanak-kanak atau menggunakan kanak-kanak untuk seks. Ini juga boleh dipanggil penderaan seks kanak-kanak. Sesetengah orang mempunyai perasaan pedofilia tetapi tidak melakukan seks atau mendera kanak-kanak secara seksual.

Most child abuse is committed by the person a child trusts.

So kat celah mana yang mengatakan HUKUM HUDUD itu boleh menjadi punca kepada gejala pedofil dan membenarkan aktiviti perogolan kanak2 berleluasa? Dan lagi dengan sombong dan angkuhnya mencabar undang2 Tuhan dengan jelas mengatakan tidak mahu hidup di bawah undang2 hudud.

Aku tak kisah kalau orang nak mengkritik dan mencabar manusia, tapi bila ada orang Islam sendiri mencabar undang2 Tuhan, itu bangsat namanya.

Malah bila dia cakap yang hukum hudud boleh menyebabkan peningkatan gejala pedofil seolah2 memberi gambaran kepada orang bukan Islam yang hukum hudud ini sebenarnya sangat teruk. Apa yang aku baca, jenayah rogol itu sendiri boleh ditangani dengan hukum hudud dan takzir.

Daripada terus menghentam satu pihak yang mahu melaksanakan hudud, kenapa tidak membantu dan memberikan idea serta pandangan yang boleh menambahbaik dan memantapkan lagi pelaksanaan hukum hudud? 

Jadah apa Kumpulan Tokoh Melayu (G25)? Siapa iktiraf korang jadi wakil tokoh kami orang Melayu? Apa yang diperjuangkan kumpulan G25? Liberalisme? Moderate Islam? Lebih baik ada Kumpulan Tokoh Islam yang agendanya berdakwah dan memperkasakan lagi Islam di tanah air ini.


Inilah padahnya bila terlalu Melayu sangat, sampai agama Islam pun mahu di"Melayukan". sedangkan Melayu itu yang sepatutnya di"Islamkan".

Nak tahu apa salah satu punca gejala Pedophile? Sebab anak gadis bawah umur kita sendiri ramai yang sangap2, tak caya tengok kat group2 FB yang nak cari teman tapi mesra, cari relay, cari kawan, penuh gadis bawah umur yang tanpa segan silu bagi no. telefon, akaun Wechat dan lain2 kepada lelaki yang tak dikenali.

Klik kat sini -  Gadis bawah umur sangap, pedophile gembira.




tags: hukum hudud punca peningkatan gejala golongan pedofil pedofilia pedophile pedo kumpulan tokoh melayu g25 gila takde otak

19 ulasan:

  1. Shrek is love,Shrek is life9 Februari 2015 pada 10:44 PTG

    Ffffffffffffffiiiiiiiiiiiiiirrrrrrrrrrrrrrrsssssssssssssttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!! Inilah masalahnya bila org tadak ilmu nak bercakap benda yg dia sendiri kurang faham. Pergi rujuk ahli agama dulu la makcik! Pakai tudung pun xreti lg nak sembang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes. Aku setuju ngan ko ... Ni lah padahnya bila org jahil bercakap ... Bab2 hudud ni jgn bg org jahil. Biar org alim ulama tok2 guru bercakap .. Baru senang org nak paham. Makcik ni dah jahil sesat pastu nak menyesatkan org plak ... Hudud sudah tertulis dlm quran. Tolak hudud sama mcm tolak quran. Kang dah mampos jgn baca quran dkt kubur dia .. Pasang lagu dangdut lagu gelek. Then stanby mozek byk2 buat mcm jirat cina...

      Padam
    2. makcik tu citer mcm orang tak fikir akhirat pun.. kalau nak betul2 adil? si penjahat2 yang 200-300 tahun yang terleps dari hukuman dunia xka senang2 terleps dan mati habis? yang orang dia aniaya dulu xkan menderita habis mcm tu? .... ingat jangan fikir ko boleh terlepas kat dunia! kat akhirat hari pengadilan kat semua makhluk Allah hatta binatang buli sama sendiri pun akan di adili.... cept2 bertaubat la makcik.... sedih orang mcm ni...

      Padam
  2. Aku bkn nk menentang uundang2 ni..tpi pada zaman nabi org yg mencuri sbb lapar xada pada zaman tu..cuba tngok skrg org trpaksa mencuri sbb lapar n bg anak2 dia mkn..golongan2 ni xbolh di kne kn hudut..contoh pakistan.negara ni prnh buat hudut.tpi xbrjaya..sbb org mencuri kerana lapar.jika bnar mahu laksana kn..kerajaan kne memain kn pranan yg prtama..yaitu pasti kn xada lg golongan miskin tegar dan yg memerlukn..sesuai dngan sunnah baginda nabi apabila baginda memulakn ucapan semasa pembukaan madinah sebagai negara islam pertama..ada 3 perkara yg nabi pesan..prtama sebarkn salam kedua beri rakyat makan ketiga bangun solat semasa orang lain tidur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aaa ni cth spesis pemalas dan terus je komen merapu , pergi straight tanya ustaz laa! ni mesti malas nak tanya ustaz pastu komen merapu sini ke ada ustaz internet boleh jawabkan.. ko ingat hukum hudud senang2 nak potong tangan orang ke?

      Padam
    2. Ohh rupeny cik dh tny ustaz..ohh ok..ape kate ustaz pada org yg suka menuduh tmpa usul periksa

      Padam
    3. jgn tukar topik la tanpa nama haha2

      Padam
    4. weii seriosly!! lantak la dia nak komen ape pon.. ko pon selalu komen merapu jagak.

      Padam
    5. @Sedara Tanpa Nama 10 Feb 12:29 pagi

      Benar apa yg ko katakan tuh... Org yg mencuri kerana lapar tidak sabit hukuman Hudud. Mengapa tidak sabit? Kerana dia mungkin terpaksa mencuri atas desakan hidup, sebagai contoh tida pekerjaan, tidak mampu membeli makanan atau pun miskin tegar. Dalam kes macam nih, kesalahan jatuh pada pemerintah kerana tidak menjalankan tanggungjawabnya. Ni ikut daripada apa yang aku belajar di UPM dulu mengikut Undang-Undang Jenayah Islam.

      Hukum Hudud ni lebih kepada Deterrent (Pencegah) sebenarnya; memberi kengerian dan mencetuskan ketakutan di hati mereka yang ingin melangggar perintah Allah atau kepada mereka yg ingin mencabul atau menzalimi Muslim serta manusia yang lain. Alhamdulillah jika Kelantan dapat melaksanakan Hudud, namun buat masa ini lebih baik fokuskan kepada mangsa2 banjir serta mereka yg fakir dan miskin terlebih dahulu. Pada masa yang sama, dapat juga diperelokkan dan diperincikan lagi Enakmen Undang2 Syariah/Hudud Kelantan, sebagai contoh memperincikan definisi Curi, Rompak, Mabuk dan sebagainya. Ini kerana masih ramai lagi Melayu-Muslim keliru dengan istilah 'Mencuri' mengikut definisi mereka dengan definisi yang telah ditetapkan oleh 4 Mazhab utama: Maliki, Hanbali, Syafi'e serta Hanafi.

      Ini hanyalah pendapat aku sebagai seorang Muslim 1st, Malaysian 2nd and Malay 3rd.

      Padam
  3. bila hari2 hidup penuh ngan dunia kurang nak bagi masa untuk agama memang spesis makcik akan ckp mcm tu.... bila ada ustaz yang susah payah bertahun2 korbankan masa kaji ilmu tatatertib hudud... si makcik ni dan golongan liberal ni la sunguh2 sangkal nmpk sgt bodoh bertingkek2.... ya Allah... sikit demi sedikit Malaysia akan di Amerikakan kah?.... T.T.....

    BalasPadam
  4. Pesan Imam Ghazali, jangan berkawan dgn org bodoh. Kelak mereka hanya menyakitkan hati sahaja. Bodoh ni ada macam2. Tak semestinya yg pergi masjid dan pondok2 agama setiap hari pun sudah pandai dalam ilmu agama jika masih menyakiti hati manusia lain.

    Jika ilmuan agama berceramah, sudah tentu si bodoh terasa, ini kes lain. Sbb si bodoh tak pergi mengaji. Tolong bezakan yer.

    Dalam kes ni, terang2 si bodoh tak belajar (memang sombong x nak belajar) ilmu agama.

    BalasPadam
  5. antara tanda akhir zaman ialah - seseorang bercakap tentang sesuatu perkara dan mewakili sesuatu kumpulan atau masyarakat sedangkan dia bukan ahlinya...maksudnya dia bercakap tentang agama sedangkan dia tidak mengikuti - mempratikkan agama..dan dia kononnya bercakap mewakili masyarakat.. dan tanda lagi satu ialah..wujudnya orang2 jahat dan jahil diangkat menjadi pemimpin

    BalasPadam
  6. kalau kamal atarturk tokoh yg menjahanamkan islam di turki, di malaysia kita ada 25 tokoh melayu yg bakal menjahanamkan islam

    BalasPadam
  7. dia nih ingat zina sama macam rogol ker?? kebangangan apakah ini...

    BalasPadam
  8. aku boleh terima la lagi kalau kapir ke, ayah pin ke, yahudi ke..dok cakap hudud ni bodoh ke, tak releven ke.ni tak..melayu aku ni jugak yang cakap. Melayu malaysia pulak tu. Islam dari kecik pulak. hidup dalam suasana yang aku rasa sama je merasai majlis agama, program ceramah, tgk program islamik kat TV. Cmner boleh diorang ni yang muncul dengan ungkapan2 ahli neraka tahap gaban?. Apa yang diorang cuba buktikan kat kita semua? Ada tak dia terpikir cmner Allah pandang dia lepas dia cakap cmtu? Lawan cakap mak bapak dah dikira lahanat tahap maksimum.Lawan cakap tuhan pulak dah dikira lahanat tahap galaksi dah kirenye. Smoga makcik tu insaf la. Allah tu maha pengampun. Jgn la mati dalam keadaan tak sempat bertaubat. Kita ni yang dok wat dosa harian pun tempat kat neraka tu ada..apa lagi makcik tu yang ibarat menyatakan tuhan tu tidak bijak dan ada kecacatan. Damn makcik..

    BalasPadam
  9. golongan yang menolak hudud ni menyangkakan diorang lebih pandai dari allah taala.

    BalasPadam
  10. Kalau yg cakap menentang hudud jenis warak n beserban maybe boleh dibawa berbincang...tp kalau jenis tolak mentah2 jenis org nak xnak pki tudung n muka mcm org liberal..jgn la layan...tp org mcm ni la dpt sokongan non muslim sbb gaya hidup lebih kepada mereka n spt ada keserasian.

    Papepun,...plz org melayu a.k.a islam jgn la bergaduh2 n berpecah belah sbb lyn statememt mamat n minah liberal ni..baik bersatu tinggalkan ideologi masing2 drpd tekakkan ego masing2

    BalasPadam
  11. Nampak sgt xfaham...
    Klu xsabit ngan hudud...
    Leh sabit ngan undang2 jenayah sivil lak..

    BalasPadam
  12. mmg terserlah ketokohannya dalam bidang kebodohan.... mcm ni pn blh jd tokoh... klu diam kan xnmpak kbododhan tu...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.