Halaman

Jumaat, 6 Februari 2015

Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 13

[TONTON SECARA LANGSUNG / LIVE ONLINE STREAMING] Setelah 13 minggu bertarung, Maharaja Lawak Mega 2014 akhirnya sudah sampai ke penghujungnya. Antara Sepahtu, Shiro, Bocey, Nabil dan Zero, siapakah yang bakal menjadi Juara MLM2014 ini? Dengan tema Muzikal Komedi dan Bebas, aku harap semua peserta finalis akan memberikan sebuah persembahan yang hebat dan mantap sesuai dengan pentas final MLM2014. Siapa yang bakal menjadi juara, kita tunggu sama2 malam ini. Sementara itu boleh baca dulu ulasan dan analisis aku mengenai prestasi setiap peserta finalis di Segmen MLM2014 minggu ke-12 yang lepas.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tonton online streaming Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 13 di bawah.

TEMA: Muzikal Komedi dan Bebas

Pusingan 1: Bebas

1. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak orang sakit, lawak buli.
Komen: Bapak melawat anak sakit kat hospital tapi salah pesakit yang terbakar lepas tu kena buli. Lawak dan punchline biasa2 sahaja, bukan sebuah persembahan final.

Rating juri: 3 bintang.

2. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati Lawak: Lawak tarian singa.
Komen: Diorang buat persembahan tarian singa yang lucu, itu sahaja, terlalu kosong, tiada apa yang istimewa. Bukan sebuah persembahan final, tapi tak tau macam mana Farah Quinn boleh bagi 5 bintang. Patut 3 atau 4 bintang sahaja.

Rating juri: 5 bintang.

3. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)

Intipati Lawak: Lawak kampung malam raya, lawak kotor.
Komen: Diorang buat sketsa kampung yang bagi aku memang makanan sebenar diorang sejak dulu lagi. Walaupun ada elemen lawak yang agak kotor tapi bagi aku ini adalah sebuah persembahan final.

Rating juri: 5 bintang.

4. NABIL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)

Intipati Lawak: Lawak stand up comedy, lawak bahan.
Komen: Nabil membawa cerita pasal lawak tipikal Malaysian dan kategori2 bersin, habis semua juri kena bahan, dan yang paling lawak bila last sekali dia bahan AC Mizal memang tak dijangka. Sebuah persembahan yang layak dipentaskan di pentas akhir.

Rating juri: 5 bintang.

5. SHIRO (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati Lawak: Lawak orang gila, lawak muzikal dan tarian.
Komen: Orang gila datang kacau majlis kenduri kahwin orang. Jalan cerita OK, ada punchline yang lawak, masih boleh diterima sebagai persembahan akhir, cuma patutnya diorang layak dapat 4 bintang.

Rating juri: 3 bintang.

Pusingan 2: Muzikal Komedi

1. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati Lawak: Lawak muzikal.
Komen: Achey menggunakan sepenuhnya bakat nyanyian untuk membuka persembahan, tertekan kerana tak dapat cuti kerja cuci bangunan. Secara keseluruhan menghiburkan dan persembahan yang layak dipersembahkan di pentas final.

Rating juri: 3 bintang.

2. ZERO (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak muzikal, lawak keluarga.
Komen: Bila nampak prop sofa, carpet dan TV, sekali lagi diorang buat sketsa adik-beradik lagi berkisarkan kerja. Walaupun punchline ada naik turun dan akhirnya ada elemen sedih, tapi layak dijadikan sebagai persembahan penutup kepada kumpulan Zero.

Rating juri: 5 bintang.

3. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati Lawak: Lawak muzikal, lawak kampung.
Komen: Jep buka persembahan dengan menyanyi lagu sambil bermain piano. Lawak mesyuarat kampung tok penghulu hilang buku ayam tahun lepas bincang masalah kampung. Lagu pasal toyol tu pun kelakar, dan mereka menutup persembahan dengan lagu terima kasih kepada semua.

Rating juri: 4 bintang.

4. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati Lawak: Lawak muzikal, lawak stand up comedy.
Komen: Nabil mengajuk penyanyi seperti Ning Baizura, Bandi Amuk dan Sona One jika mereka tidak menjadi penyanyi dan ada kerjaya lain. Persembahan yang baik cuma drag lama sangat sampai over run, cuma aku harapkan Nabil boleh buat persembahan penutup yang betul2 penutup, bukan sekadar persembahan seperti minggu2 biasa.

Rating juri: 4 bintang.

5. SHIRO (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak muzikal, lawak bapok.
Komen: Lawak ulangan Pak Mat dan jiran Sasha bergaduh lagi tapi kali ni kat Pulau Tioman. Punchline berebut kawasan, bahan juri, dan persembahan gimik ending memang sesuai untuk persembahan terakhir dengan lagu Standing In The Eyes Of The World.

Rating juri: 5 bintang.


Persembahan Khas: Taufik Batisah - Awak Kat Mana



Man of The Match: Jep Sepahtu


Ranking aku untuk persembahan Minggu 13:

Pusingan 1: Bebas

1. NABIL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 5 bintang)
2. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 5 bintang)
3. SHIRO (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
4. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)
5. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 5 bintang)

Pusingan 2: Muzikal Komedi

1. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
2. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
3. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
4. ZERO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 5 bintang)
5. SHIRO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 5 bintang)

Pemenang:

JUARA (RM500,000 + Piala):  Zero
Naib Johan (RM250,000 + Piala):  Sepahtu
Tempat Ke-3 (RM150,000 + Piala):  Nabil
Tempat Ke-4 (RM50,000 + Piala):  Shiro
Tempat Ke-5 (RM15,000 + Piala):  Bocey

Kesimpulan:

Pertama sekali, tahniah kepada kumpulan Zero kerana daripada sebuah pasukan underdog yang masuk melalui Kerusi Panas akhirnya berjaya menjadi juara. Walaupun ada unsur simpati pada persembahan akhir minggu ini yang turut memberi impak besar pada undian pengundi dan juri, namun sudah tertulis pun yang rezeki juara itu adalah milik mereka walau bagi aku secara keseluruhan, persembahan Nabil dan Sepahtu lebih memberangsangkan pada minggu ini. Namun kalau dinilai dari persembahan keseluruhan minggu dari minggu pertama hingga minggu akhir ini, tidak dinafikan Zero memang layak juga untuk menjadi juara.

Bagi aku secara overall, Maharaja Lawak Mega kali ini menyaksikan penurunan mutu2 dan kualiti lawak2 peserta yang sudah tidak sehebat dan segah dahulu. Sepahtu, Nabil, Bocey dan Shiro yang tahun2 sudah bagi aku banyak persembahan mereka yang jauh lebih kelakar dan mampu beri impak. Tahun ini rata2 suam2 kuku sahaja malah masing2 seperti sudah kehilangan aura. Mungkin kerana faktor usia, atau kekeringan idea, atau rancangan MLM ini sendiri sudah masuk ke fasa tepu kerana sudah beberapa tahun bersiaran.

Namun dengan kemenangan Zero, aku nampak ia akan memberi sinar dan harapan kepada pelawak2 baru yang lain untuk mencuba lagi menyertai MLM pada tahun akan datang untuk mencabar otai2 pelawak Maharaja Lawak, kerana Zero juga telah membuktikan yang peserta favorite, big 3, big 4, otai2 ini juga bukan kebal dan mampu untuk ditewaskan. Tapi aku harap betul tahun depan, Jozan akan kembali, begitu juga dengan Jambu, dan mungkin seorang dua pelawak baru yang masuk secara solo untuk memberi saingan kepada Nabil dalam dunia komedi berbentuk stand-up comedy.

Akhir kata, setelah 14 minggu aku bersiaran untuk mengulas dan mereview setiap persembahan peserta Maharaja Lawak Mega 2014, aku juga turut ingin memohon ampun dan maaf sekiranya pandangan dan komen2 aku ada mengguris dan menyakitkan hati mana2 pihak. Insya Allah jika diizinkan lagi oleh-Nya, kita jumpa lagi dalam Segmen Maharaja Lawak Mega tahun depan pula sekiranya program ini masih diteruskan.

Terima kasih juga kepada Astro, tukang2 provide video dan seterusnya para pembaca sekalian yang sudi singgah di blog ini. Sehingga jumpa lagi!


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie | Youtube Astro Gempak | Super Hero Lawak
Laman rasmi MLM2014: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2014 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri hasbullah awang anzalna noh hujan datuk jalaludin hasan farah quinn taufik batisah nur fazura video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 13 zero samurai shake ekzos wala sepahtu shiro bocey virus nabil comey syj jalor sayot kepoh

12 ulasan:

  1. aku nak sepah tu juara sebab dorang konsisten tiap minggu...zero naib juara sebab kesian kat diorang...orang susah....bagi la happy2 sikit...ketiga, shiro...keempat, bocey...kelima, nabil.....

    BalasPadam
  2. Nmpak gaya Zero menang nih, Nabil teruk gila prestasi. Dato Jalal sendiri ckap dia lansung x gelak waktu persembahan kedua
    - oyen -

    BalasPadam
  3. X de yg beat btul mlm ni..sepahtu ok la..ksian kat pserta yg dpt turn dato jalal

    BalasPadam
  4. My rating 1)zero 2)sepahtu 3)shiro 4)nabil 5)bocey

    BalasPadam
  5. Setiap org ada citarasa dan kesukaan masing masing..jd sesiapa je yg menang terima la dgn lapang dada..

    BalasPadam
  6. aku ske semua ulasan mlm setiap minggu..serasi pendapat.. ulasan final ni je aku rasa agak sangat bertentangan dgn pendapat aku. meter tunggang langgang dgn meter hatiku..hehehe...msg2 ada pendapatkan..pendapat anda best gak. btw, best baca blog ni..psl mlm ler aku knl blog ni n aku ske posting2 yg lain dlm ni gak.. ske lepak baca sini. tq.

    BalasPadam
  7. aki stuju minggu ni zero xla best mana... persembahan pertama wat tarian singa simple sgt, pereembahan kedua pn xde la kelakar mana,byk lg persembahan minggu2 lps dia yg lg best... mmg dia menang tu rezeki dia tp menang bkn sbb persembahan tp simpati org ramai lps baca kisah sedih kehidupan diorg yg tersebar kt internet... korg bkn xkenal org malaysia jenis cpt kesian.. raja lawak 1 yus menang sbb simpati, af3 mawi menang sbb simpati, af4 faizal senyum sokmo menang sbb simpati, skrg zero pulak... inilah masalahnya bila org ramai menilai bukan based on kualiti tp emosi

    BalasPadam
    Balasan
    1. kemenangan dinilai berdasarkan prsmbahan final je ke atau secara keseluruhan drp persembahan mggu2 lepas? aku stuju memang final ni prsmbahan zero kureng.. tp kalau penialain prsmbahan total drp mggu2 lps.. aku rasa layak je zero menang..hehe

      Padam
  8. Koleksi Video Kumpulan Zero Maharaja Lawak Mega 2014
    >> Klik untuk lihat video << VIDEO

    BalasPadam
  9. Asyik jepp sepahtu je menang man of the match...menyampah plak.

    Kdg2 bila dato jalil bg bintang. .mmg kedekut..sbb 2 persembahan pertama bocey dan shiro dpt 3 bintang, nabil bg 5 bintang lepas penat lelah hafal lirik apa khabar. Kalau undi juri termasuk skali dlm total undian..mmg nasib la dpt undi juri yg kedekut atau pemurah.

    Overall...mlm14 ni x sehebat dulu.maybe dah kering idea n taknak recycle idea sama dlm mlm sblum ni. Mmg tough fight antara zero, sepahtu n nabil..cuma rezeki masing2...n maybe kali ni mmg x perlu sepahtu menang sbb diaorg dah selalu menang..bg can org lain merasa 500k tu yg betul2 memerlukan.

    Zero - kreatif, gabungan mantap dgn gaya merapu
    Sepahtu - lawak spontan borak kedai kopi n berkaitan kehidupan seharian org Melayu
    Nabil - standup komedi mmg makanan dia, n good effort as peserta solo.

    BalasPadam
  10. tahniah zero.. mmg mantap sejak awal lagi.. tahniah

    BalasPadam
  11. kalau siapa dapat tangkap lawak nabil memang sangat kelakar. dia lakonkan semula penyanyi2 malaysia dan nak tunjukkan bila penyanyi jadi bekerja sbgai cikgu, kerja mcD, dan ah long nampak menarik dan tak kena. tak de pun unsur bahan orang aku rasa. Siapa yang tak dpt tangkap memang cakap hambar. yang tema bebas tu pasal bersin singgah simple dan sng faham.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.