Halaman

Jumaat, 6 Februari 2015

Perihal orang Melayu menurut Frank Swettenham

Dalam karya beliau yang terkenal, "Malay Sketches", Frank Swettenham telah memberi gambaran tentang orang melayu dizamannya mengikut perspektif dan pengalaman peribadi beliau mungkin sejak tahun 1871,iaitu kali pertama beliau berada di Tanah Melayu. Pandangan Swettenham tentang orang melayu ini menjadi bicara utama dalam bab pertama naskah beliau, bab tersebut diberi tajuk " The Real Malay". Naskah " Malay Sketches" in dihasilkan pada tahun 1895, maka boleh disimpulkan bahawa orang melayu yang digambarkan dalam naskah ini adalah hasil pengalaman beliau hidup dalam alam melayu selama 24 tahun.


Swettenham memulakan bab ini dengan menganjurkan bahawa untuk memahami orang melayu, seseorang itu perlu tinggal di Tanah Melayu, bertutur bahasa melayu, hormat adat dan budaya orang melayu, meminati apa yang diminati oleh orang melayu, tahu gurau senda orang melayu, sedia membantu mereka tika dalam kesusahan serta berkongsi suka dan duka mereka. Jika semua ini berjaya dilakukan, maka nescaya seseorang itu telah berjaya memenangi hati serta kepercayaan dari orang melayu. Malah Swettenham ini mampu berbahasa melayu dengan baik, hinggakan beliau mampu menghasilkan kamus "Vocabulary of the English and Malay language", selain daripada itu, Swettenham juga dikenang sebagai diantara 40 orang bekas pegawai tinggi  British yang menentang pengenalan "Malayan Union".

Bentuk Fizikal Orang Melayu

Orang melayu mengikut Swettenham, mempunyai susuk badan yang rendah tapi sasa, berambut hitam lurus dengan kulit sawo matang serta berhidung kembang dengan bibir yang tebal. Orang melayu juga digambarkan mempunyai mata yang terang.

Keperibadian Orang Melayu

Orang Melayu pada amnya bersopan santun, beradab serta peramah. Namun begitu, orang melayu tidak sewenangnya mempercayai orang asing, malah bijak menyembunyikan kesangsian mereka dengan perawakan yang ramah. Swettenham juga menggambarkan orang melayu bijak berbicara, susun kata mereka disulami dengan jenaka malah amat gemar berseloroh. Orang melayu sangat cermat dan “terang hati” dalam menerima pelajaran. Malah jika ditambah dengan usaha dan keazaman yang tinggi, orang melayu mampu menghasilkan sesuatu yang lebih daripada apa yang mereka pelajari.

Dari sudut kebersihan diri, kebanyakkan orang melayu zaman itu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan suka berhias serta berpakaian kemas. Orang melayu juga mempunyai sikap dimana mereka tidak boleh bertolak ansur jika difitnah, malah mereka sanggup bertumpahan darah demi menentang fitnah tersebut. Swettenham turut menyebut tentang sikap orang melayu yang memuliakan tetamu, ianya seakan  satu kewajipan bagi orang melayu, tidak kira tinggi atau rendah darjat mereka, kaya atau miskin kehidupan mereka.

Orang melayu mempunyai bakat bersukan, malah binatang sebesar gajah pun bisa ditangkap dan dijinakkan. Sebagai nelayan, orang melayu sangat berkemahiran hinggakan bermalam diatas bot sudah menjadi kelaziman.

Keperibadian Perempuan Melayu

Swettenham melihat wanita melayu sebagai bijak bertutur, pandai mengambil hati serta kuat berahsia. Wanita melayu juga peramah, walaupun adakalanya kuat cemburu. Tatkala mencapai usia 40 tahun, mereka mula memperlihatkan kecenderungan meminati barangan kemas dan pakaian yang cantik. Wanita melayu yang dewasa juga menunjukkan citarasa mereka pada barangan mewah seperti kenderaan ( khusunya  Kuda ). Malangnya citarasa pada kemewahan dan keindahan barangan ini tidak tergambar pada kediaman mereka yang tidak teratur.

Hal ehwal berumahtangga

Orang melayu lelaki yang kaya sering menggunakan kemampuan mereka dari segi kekayaan mahupun kekuasaan sebagai alasan untuk berkahwin lebih dari seorang. Walau bagaimanapun, setelah mereka berkahwin empat, lelaki melayu sering gagal menunaikan tanggungjawab mereka keatas para isteri mereka dengan seadilnya. Menurut Swettenham lagi, orang melayu sangat bijak dalam berfalsafah dalam soal hal ehwal rumahtangga.

Hidup Beragama

Orang melayu adalah muslim yang taat, malah sanggup diseksa demi mempertahankan kesucian agama islam. Walaupun begitu, mereka dilihat tidak terlalu taksub dalam beragama. Menurut Swettenham, orang melayu tidak minum minuman yang memabukkan serta jarang sangat terlibat dengan aktiviti menghisap ganja, walaupun pada zaman itu perbuatan menghisap ganja adalah sesuatu yang bisa dikalangan masyarakat biasa dan para pemimpin. Swettenham juga mengakui, ketaatan orang melayu dalam beragama menyebabkan kebanyakkan mubaligh kristian berputus ada dalam usaha mengkristiankan mereka pada zaman itu.

Sikap pada raja, bangsa dan Negara

Orang melayu dari kacamata Swettenham sangat bangga dan sayangkan negeri dan bangsa mereka. Orang melayu juga sangat memelihara adat dan budaya mereka, maka tidak hairanlah jika ada pepatah melayu “ Biar mati anak, jangan mati adat”. Orang melayu juga sangat taatkan raja dan pemimpin. Adat memberi hadiah, sama ada dari raja kepada rakyat atau rakyat kepada pemerintah sudah menjadi budaya. Tetapi budaya ini dilihat mulai terhakis, namun dalam beberapa keraian, ianya masih diamalkan, seperti sewaktu istiadat pertabalan raja, upacara pelantikan pegawai tinggi, majlis perkahwinan, majlis berkhatan, upacara tindik telinga dan acara lain yang seumpamanya.

Sifat Buruk orang melayu

Dalam membicarakan perihal orang melayu, Swettenham tidak mengambil sikap populis dengan hanya menceritakan apa yang baik, sebaliknya beliau turut menyingkap sisi gelap masyarakat melayu pada zaman itu. Antara tabiat atau sifat buruk orang melayu pada zaman itu yang beliau temui adalah:

1) Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik

2) Orang melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan mengumpat.

3) Suka mempercayai hal yang karut marut

4) Orang melayu suka berjudi, bersabung ayam dan perkara yang seumpamanya

5) Tidak mudah menerima sebarang perubahan

6) Orang melayu adakalanya malas, malah perkara yang rutin juga dilalaikan.

7) Orang melayu tidak menghargai masa

8) Rumah Orang melayu pada zaman itu dilihat tidak kemas, malah kotor

9) Orang melayu zaman itu suka berdendam, dan jika dendam itu tidak dapat dibalas pada orang yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada berhampiran akan menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.

10) Orang melayu suka mengamok

11) Walaupun orang melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan.

12) Orang melayu suka berpuak-puak

13) Orang melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam soal perkahwinan.

Sikap buruk ini walaupun tidak enak dibaca, ianya harus menjadi pengajaran kerana inilah apa yang dilihat oleh orang luar. Akan tetapi mungkin telah ada diantara sikap buruk tersebut yang sudah pun terhakis dari masyarakat melayu kini. Senarai "buruk" ini harus menjadi pengajaran bagi orang melayu zaman mutakhir dalam meningkatkan sahsiah mereka agar dipandang tinggi, jangan terlalu dibuai oleh syair dan gurindam akan keindahan bangsa melayu, tetapi harus tegar memperbaiki diri bila ditegur.

Khatimah

Namun apa yang digambarkan oleh Swettenham ini walau bagaimanapun terhad kepada penilaian peribadi beliau selama 24 tahun mengenali masyarakat melayu dan hanya masyarakat sekitar Singapura, Selangor dan Perak yang mungkin berada dalam pemerhatian beliau. Padangan ini adalah berdasarkan tempoh beliau berada di Tanah Melayu hingga naskah “Malay Sketches” terhasil, iaitu pada tahun 1895. Sewaktu menghasilkan naskah yang mengandungi 22 bab ini, umur Swettenham adalah pada sekitar 45 tahun dan masih berjawatan sebagai Residen British di Perak. Selain naskah "Malay Sketches"ini, Swettenham turut menghasilkan beberapa penulisan lain yang turut menceritakan perihal orang melayu.

Frank Athelstane Swettenham (1850 - 1946)

Kulit hadapan naskah "Malay Sketches" karya Frank A. Swettenham
Halaman Prakata oleh Swettenham, juga kelihatan tarikh naskah ini dihasilkan
Bab "The Real Malay" yang dibicarakan dalam entri ini

Naskah "Malay Sketches" yang telah didigitasi oleh University of California, naskah digital ini boleh dicapai melalui http://archive.org/details/sketchesmalay00swetrich

Rujukan:

Swettenham A. Frank. 1895. Malay Sketches. London: John Lane.

Online Version, http://archive.org/details/sketchesmalay00swetrich

Encyclopedia of Malaysia. Frank Swettenham was one of some 40 former British empire officials who actually opposed the Malayan Union.at : http://malaysia.jbdirectory.com/Frank_Swettenham ( diakses pada 15 Julai 2012)

Zuraidah Ibrahim (Penterjemah). 2003. Perihal Orang Melayu. Penerbit Universiti Malaysia.

Disalin tampal dari blog Kitab Tawarikh 2.0 yang ditulis oleh Harith Faruqi Sidek, seorang pustakawan di PTSL, UKM.





Apa yang ditulis oleh Frank Swettenham ini sudah melebihi satu abad, namun kebanyakannya ia masih relevan dan masih sama dengan orang Melayu zaman sekarang, so tak menghairankan kalau satu abad akan datang pun orang Melayu masih macam tu sahaja.

Mungkin akan ada yang kata, mana boleh percaya kajian orang luar, dia bukan Melayu dia bukan tahu apa. Ada juga yang akan kata, orang mat saleh tu lagi teruk dari kita. Tapi cuba baca balik sifat2 buruk orang Melayu di atas itu, adakah anda cuba menafikan hanya kerana yang buat kajian ini orang luar? Kita orang Melayu, kita sendiri tahu kelemahan kita.

Malah hampir kesemua 13 point yang diberikan itu selalu kita baca kat akhbar2 dan aku sendiri dah pernah tulis pasal perkara tu kat blog ni pasal orang melayu suka berpuak2, pinjam duit susah nak bayar, tak tepati masa, suka berdendam, suka mengamuk, mementingkan keturunan dan darjat, suka bermewah2 untuk perkahwinan, suka berbuat baik kerana mahu mengharapkan balasan agar diundi seperti ahli2 politik kita, percaya hal karut dan lain2 lagi.

So adakah dengan mengetahui kelemahan orang Melayu sahaja sungguh mencukupi? Jika ya, maka betul lah point no. 5 itu yang orang Melayu tidak mudah menerima perubahan.

Berubahlah wahai Melayu bani Tamim bani Jawi bani Aryan keturunan Keturah.




tags: perihal orang melayu menurut frank swettenham malay sketches bentuk fizikal keperibadian perempuan hal ehwal rumahtangga sikap pada raja bangsa negara sifak buruk khatimah

25 ulasan:

  1. first time dengar keturunan keturah. terus google.

    BalasPadam
  2. Melayu bani Tamim bani Jawi bani Aryan keturunan Keturah..hahaha..
    bangsa pilihan..hmm..

    i am religion first, race second..

    BalasPadam
  3. wow dulu pernh terdengar psl buku ni masa ustaz muda bercerita dulu siap bani tamim bagai dulu2 siap kena tegur ngan wardina lg hurmm

    BalasPadam
  4. Aku suka juga baca jurnal-jurnal lama ni.Memang betul macam tu la Melayu dan sekarang.'Malay people is loveable but lazy'.

    BalasPadam
  5. memang ada org melayu mcm tu, tapi tidak semualah.. :")

    BalasPadam
    Balasan
    1. kajian atau pemerhatian memang tidak pernah menggambarkan semua dalam satu kelompok tu. Ia lebih kepada majoriti dan yang mana lebih signifikan. Kalau kita run data pun, kita mana ada yang hasil 100% signifikan. Asalkan keputusan termasuk dalam hasil signifikan,kita dah boleh produce result.

      Padam
  6. Salam.... Melayu bani Tamim, bani Jawi pernah saya dengar tapi baru kali ni saya dengar bani Aryan... wahhh betullah saya ni melayu kan... keturunan bani Aryan rupanya... hehehe... tapi betul selagi begitu maka begitu lah sifat melayu ini... susah nak berubah...

    BalasPadam
  7. yang part keturah tu sekadar teori ataupun dah ada pembuktian. aku banyak baca artikel mengatakan melayu adalah adalah the lost tribe of bani israel. tapi susah nak percaya sebab belum ada pembuktian. hmmmmm.

    BalasPadam
  8. x habih2 lagi... aritu ketuanan melayu, ni bani tamim la pulak.. pasni ape lak yg muncul ye.. ape la nak dibanggakan sangat keturunan ape pon.. lu rajin lu senang, lu malas hampa pikiaq la sendiri assalamualaikum.

    BalasPadam
  9. Aku butuh prediksi togel... Di mana dia si 'Prediksi Togel'.

    BalasPadam
  10. "Lihat dan jegil puas2 melayu2 di sekeliling anda.. bayangkan dgn yg ada skrg ini, mampukah kita nak melonjak maju mcm bangsa negara2 dunia pertama yg lain? Aku rasa mcm tak mungkin meskipun terus mengharap dalam masa 1000 tahun"

    [http://buasirotak.blogspot.com/2015/02/logik-orang-melayu-malay-logic.html]

    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Tadi aku gi solat Jumaat mcm biasa.. mmg aku minat tengok muka2 berhampiran satu per satu muka jemaah berhampiran (bukan atas nama Islam, tetapi dari kacamata melayu). Memang nama M.E.L.A.Y.U. patut ditukar menjadi satu nama baru yang boleh mengubah tata perilaku meleis. Makmum2 ini ku lihat langsung tak bermaya saban Jumaat setiap minggu. Salam pun mata tak setentang kedua2nya.. salam hampeh langsung tak ada makna keakraban atas nama melayu ataupun islam..

    Jika dibandingkan Pantai Bogel yang selalu aku kunjung di Wales dan England dulu, dalam berbogel pun mat saleh kapir ni ramai2 boleh baca buku sambil selapak tetek atas bahu saja.. membaca tetap membaca.. cuba pergi cari tempat mana melayu membaca? masih jauh lagi rasanya kita nak berubah mahupun maju..

    Itu blom lagi cakap kenapa mereka suka jadi kapir dari terima Islam? Tanpa Islam pun mereka jauh lebih maju..boleh cipta roket, kapal terbang segala bagai.. sedangkan negara2 Islam sebok berperang dgn puak2 sendiri dan apa ciptaan pun tak boleh buat sebagai tanda kemajuan..

    Bukan itu saja buku hasilan En Frank dan En Clifford ni..malah kamus2 melayu-inggeris pun dihasilkan juga..ada lagi 5-6 buku yg ditulis begitu rapi (tidak pedas ), jika ditulis pedas2 akan kelakuan melayu, aku rasa mamat ni akan mati dibunuh saja..kahkahkah.. bukannya dia taktau kelaku Melayu.. jadi tulisan ni 80% menunjukkan kita payah nak maju dan akan terus kekal sebagai DUNIA KETIGA. Yg 20% lagi cerita melayu XXX tu tetap direserved bersama mayat en Frank dan Clifford.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah! anda dah join spesis meleis2 yg noob katakan, kejayaan kemodenan bukan terletak pada roket teknologi tinggi tapi kejayaan sebenar adalah sejauh mana kau dpt taat perintah Allah S.W.T kalau benda tu ko x selesai, mcm mana benda dunia lain nak kejar kau balik bila kau sibuk kejar akhirat?

      mcm teknologi la, ketuanan melayu la, moden lah, tu boleh selamatkan kita semua dari api neraka allah S.W.T?

      apa yg noob tegur tu PERANGAI SIKAP la mongok UBAH PERANGAI SIKAP, *benda senang tp paling liat nak mampus orang nak ubah* kemodenan tu akan moden dan xkan berhenti dari berkembang yg penyebab berhenti kemodenan SIKAP PERANGAI YANG MALAS TU! cth mcm ko!

      Padam
    2. Kenapa pulak dia malas rosli? tak pasal2 kena cop malas pls rosli jangan jadi batak fitnah orang tak tentu pasal.

      Padam
    3. Rosli ni pun jenis Meleis yg suke prasan die sorang je betul. Die sorang je maksum. Sirosli ngan si Edebab kite jgn layan sgt. Kalu x kite same gile cam diorang. Diorang ni dh x ble nk diselamatkan dh..

      Padam
  11. Fakta atau Auta.....
    ...
    ...
    ...
    ...
    ...
    ...
    ...

    Fakta 😒

    BalasPadam
  12. Melayu sekarang dan dulu tak jauh beza...Cuma sikap malas berfikir/bertindak yang menghalang kita dari melangkah lebih jauh.Kita lebih selesa berhibur dan sibuk dengan benda yang tak berfaedah.

    Kalau kita lebih rajin dan tingkatkan MODAL INSAN menjadi lebih baik tak mustahil kita boleh melangkah lebih jauh.Tengok macam negara Jepun yang orang-orangya kuat bekerja,buat kajian dan hasilkan teknologi yang canggih.Persoalan yang sering saya tanya adalah ; kalau negara mereka boleh,kenapa Malaysia tak boleh? mengapa kita masih mengharapkan teknologi dari luar,mengapa kurang kajian yang dilakukan dalam semua bidang ilmu?

    Tengok lagi negara China yang bijak mengatur strategi ekonomi negara mereka,tengok USA yang telah berjaya mendaratkan probe di atas komet,lihat India yang mengasaskan banyak ilmu dalam bidang matematik dan lain-lain negara dimana mereka boleh berbangga dengan sumbangan mereka kepada negara dalam pelbagai bidang.Bolehkan kita secara jujurnya berbangga dengan Malaysia walaupun kita tiada apa-apa yang boleh disumbangkan?

    Kalaulah negara luar tidak mahu lagi menjual teknologi mereka kepada Malaysia,apakanh yang patut kita buat? mana nak cari kapal terbang,jet pejuang,kereta kebal,senapang,pistol,peluru,telefon pintar,komputer,ubat-ubatan dan segala bagai benda yang terhasil atas kajian dan perkembangan ilmu yang dipelopori negara asing?

    Walaupun negara-negara asing ni majoriti penduduk tanpa pegangan agama,namun apa salahnya kita contohi sifat mereka yang bagus.Buang yang keruh ambil yang jernih.

    Nota : Minggu ni banyak artikel copy paste je..Takde bahan ye boob.Buat la artikel pasal ISIS bakar pilot Jordan hidup-hidup tu ke,pasal banyak nahas kapal terbang yang bayak tahun ni ke or whatever..

    BalasPadam
  13. 1895 frank melihat melayu
    2015 cina & india melihat melayu...
    melayu melihat apa?......

    BalasPadam
    Balasan
    1. melayu suka lihat porno... hahahahha...

      Padam
  14. unsur bias mmg tidak lari dalam penulisan barat

    BalasPadam
  15. Persoalannya ialah; kenapa Rambo suka pakai lilit kepala??

    BalasPadam
  16. https://www.youtube.com/watch?v=JdBLoiRDD3E

    BalasPadam
  17. mana anon nasi goreng cina dah hilang ke?????

    BalasPadam
  18. Setiap pencapaian kemajuan ekonomi technology dicapai dgn menindas kemanusiaan, jadi jgn nk bangga sgt la mengata bangsa melayu itu dan ini. Respect dan jaga bahasa. Klu x korang boleh berambus and get lost. Faka..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.