Halaman

Jumaat, 27 Mac 2015

Artificial Intelligence dan Masa Depan

Aku baru lepas menonton filem Her lakonan Joaquin Phoenix walapun agak ketinggalan zaman. Cerita tahun 2013, tahun ni baru tengok. Filem mengisahkan tentang seorang penulis profesional, Theodore Twombly yang kerjanya mengarang surat-surat cinta oleh klien yang tak pandai mengarang ayat-ayat manis untuk pasangan, ibu bapa dan sewaktu dengannya. Siap ada kompeni besar dan ofis macam Google Office.
Ofis dalam Filem Her - Google Images

Theodore Twombly ni baru lepas heart-break kerana penceraian dengan bininya dan kerana tekanan perceraian (mamat nie seorang introvert a.k.a pemalu) mula membeli satu produk OS yang baru yang mempunyai A.I yang sangat-sangat menyerupai manusia bernama Samantha.

*A.I  tu maksudnya Artificial Intelligence atau Kecerdasan Buatan.


Dalam cerita ni, Theodore bercinta dengan OS nya kerana dikatakan Samantha ini sangat memahami manusia. Siap ada kiasan Theodore melakukan hubungan seks dengan Samantha. Cara berhubungan seks jangan tanya aku. Filem ini cuma bagi kiasan. Kau faham ke kiasan tu apa?


Untuk ending, sila tengok sendiri filem ni. Rating dia bagus dan banyak dicalonkan untuk anugerah filem yang terkenal macam Academy Awards dan Golden Globe Awards.

Timeline untuk filem nie tak diberitahu. Cuma masa depan lah di mana manusia bergantung hampir 80% kepada mesin dan komputer untuk hidup bahagia.

Isu utama dalam filem ni pada aku adalah :-

1. Pada zaman akan datang, orang nak menulis mesej atau surat pun malas. Kalau kau banyak duit, semua boleh diupah.

2. Penulis kerjanya banyak tekanan. Tak percaya tanya Noob.

3. Terlalu bergantung kepada teknologi, manusia jadi lebih malas dan lebih lembab untuk berfikir. Sampai tahap kebodohan manusia terserlah. Ye lah, kau bercinta dengan OS yang bercinta dengan 13,000 pengguna yang sama. Kinda freak me out. 

4. Hampir sama macam sistem JARVIS dalam filem Iron Man, tapi lebih emosional. Ini pada aku teknologi A.I takkan berjaya sebab... macam mana kau nak masukkan roh manusia dalam mesin? Teringat pula pada anime Ghost In the Shell.

5. Hubungan sesama manusia tidak lagi penting sebab semua manusia sibuk dengan gajet masing-masing. Realiti? Tengok sekeliling anda.


Filem ini agak lembab dari struktur penceritaan dan agak panjang (126 minit). Kalau kau boleh bertahan dengan dialog yang panjang-panjang dan cerita yang agak slow, Fully Rekemended...


26 ulasan:

  1. Salam...A.I. Technology adalah salah satu agenda dajjal bermata satu....tak percaya? Terpulang....manusia dikurniakan akal untuk mena'kul...(yg minat jazz, aku cadangkan korang tgk "Whiplash"....banding cerita ni dgn kebanyakan filem genre drama, yg lain jadi sampah sarap...filem melayu meleis terus jadi sampah berulat!)-akurakyatbiasa-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko otak sempit asyik kondem org lain... harap filem ko smpi kucing bertanduk ler..

      Padam
    2. Kalau xtau jgn cakap sedare.. Kat malaysia pon byk professor islam yg pakar dlm AI. Prof aku sendiri sgt alim, tiap kali dia akar ai dia kaitkan balik dgn kebesaran Allah.. Sbb in ai the mission is to mimic the human brain. Aku xrasa os tahap Her tu mustahil, sedangkan TTS(talk to speech) dlm smartphone kita skrg ni pon dah mkn maju hampir menyamai natural human speaking nature.

      Padam
    3. Xpyh p jauh. Game yg korang main dkt pc & konsol tu pun ada a.i

      Padam
    4. bgi ako yg dungu mmg mustahil. Tpi bagi yg rajin bepk x mustahil Cuma faktor masa je.

      Padam
  2. Yang Anon sorang ni kaitkan Dajjal ngan A.I
    Perghh.. Illuminati sungguh punya theory...
    Degree 4 flat boleh ambik master continue phd buat filem terminator terus...

    Cerita Her ni best... Banyak social criticism tentang masyarakat sekarang and masa depan... Boleh kaitkan jugak ngan otaku2 and masalah pemuda jepun sekarang...

    Cerita whiplash tuh pun best jugak...
    Determination can triumph over anything and change your fate in life... Walaupun ade member aku main drum kata banyak2 darah tuh semua bullshit.. And aku selidik mmg betul pun... Kulit keras sebab main percussion mmg ade... Sampai lebam berdarah meleleh tuh semua dramatik jek...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Whiplash mmg best bro!
      5 star.tu baru cite yg btul2 leh naikkan semangat seseorang..

      Padam
    2. Kan...
      Kalau drama america semua best...
      Berbanding cerita melayu...

      Ade tv series satu nih baru satu season...
      "Better Call Saul" pasal lawyer cokia2 baru nak up...
      Yang tuh best jugak.. Maybe kena tengok "Breaking Bad" dulu...

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Dan2 bro luqman fadzil ada member yg main drum........aku ada member yg menoreh getah-akurakyatbiasa-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... Main drum biasa2 jek kot... Lain ah kalau member aku main orchestra symphony depan pm ke ape ke... Tuh baru bangga sebut2

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Movie melayu kena banyak berubah. Cuba tengok matluthtfi punya video pasal drama melayu. Orang putih punya filem boleh jual ke seluruh dunia. Orang melayu punya filem pula??

    BalasPadam
  7. filem omputih tahyul..noob suka filem tahyul..

    BalasPadam
  8. Salam Jumaat....nape la org tak buat filem pasal pengalaman seorang lelaki yg meninggalkan solat jumaat secara konsisten selama 3 hari....byk adventure nya tu, yg boleh dijadika sub-plot penting..selitkan sekali dgn ceramah UAI ke....sebagai subtext....dosa & pahala....(p/s Luqman, boleh join la kwn drunmer ko dgn kawan aku bikin band....kawan aku yg noreh getah tu dia suka main gitar petang2 kat pondok menoreh)-akurakyatbiasa- ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab filem macam tuh mana laku bro...

      Zaman ni its all about the moneyzzz...
      All dat fat stacks...

      Haha boleh sangat join...bawak drum sekali gi menoreh...

      Padam
    2. Bukan knp org xbuat tpi knp ko x buat

      Padam
  9. Kalau tahyul yang anda cari dari filem, maka jumpalah anda dengan tahyul.
    Kalau moral dan pengajaran yang anda cari, maka jumpalah anda dengan moral dan pengajaran.

    BalasPadam
  10. Dah record cite Her ni kat Astro...tp smpi skrg x tgk2 lagi...xde masa. Tp thanks to noob, weekend ni kene tgk cite ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. seperti juga anon 12:30 PTG kat atas tadi tu, aku nak cakap yang artikel ni bukan aku tulis. harap baca nama penulis dulu.

      Padam
    2. Peduli apa aku sapa yg tulis ... Yg pnting apa2 artikel yg aku baca aku nak sebut nama noob. I luurrvvee u Noooooobbb. ..

      -ayam zimbabwe-

      Padam
    3. Noob... Aku cadangkan kau letak disclaimer author dekat atas page buat besar2 bagi chicken wings tengok

      Padam
  11. Cerita ini kreatif. Xperlu bajet ratus ratus ribu. Pelakon utama pun sorang jer, sorang lagi suara jer.

    Walaupun karut (mmg la karut sbb fiksyen), tp ok untuk ditonton. Kalau aku ada AI mcm dlm cite ni, mcm2 aku suruh dia buat, dan bunuh AI2 yang lain.. Hahahahahaha............

    BalasPadam
  12. Joaquin Phoenix my favorite actor, cite gladiator. X menang award, to dia watak paling hidup..

    BalasPadam
  13. dah tgk filem ni last year..mendatar..tapi best

    BalasPadam
  14. Noob aku suka cara kau berfikir. Boleh tak kalau kau listkan filem matsaleh favorite all time kau. Aku rasa mungkin aku akan tengok filem yang kau cakap.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.