Sumber |
Lihat sahaja buku bestseller atau buku terlaris bagi buku berbahasa Melayu serta bahasa Inggeris di sebuah kedai buku yang terkenal. Nampak perbezaannya? Begitu ketara. Daripada sumber yang dinyatakan, ia adalah judul buku bahasa Melayu dan English yang paling laris dijual tanpa mengira kategori.
Tidak berpuas hati lagi kerana semua tajuk buku BM itu adalah di bawah kategori Fiction manakala buku English itu di bawah kategori Non-Fiction? Ok kita bandingkan buku2 terlaris dalam kategori Fiksyen bagi buku berbahasa BM dan English (berdasarkan data bertarikh 22 Mac 2015) di website MPH Online.
Berikut adalah 20 buku novel fiksyen berbahasa Melayu paling laris:
- Dia Isteri Pilihan
- Saat Hadirnya Cinta Dia
- Hati Perempuan
- Pembancuh Kopi Mr. Vampire
- Terlanjur Mencintaimu (Novel Diadaptasi ke Drama)
- Bicara Cinta Tertangguh
- Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
- Layakkah Aku?
- Ini Jodoh Kita
- Suamiku Paling Sweet
- Suamiku Workaholic
- Saat Terlalu Cinta
- Mr. London Ms. Langkawi
- Hai, Encik Perfume!
- Cinta Si Gadis Dobi
- Jangan Jauhi Aku
- Sweet Dream Cinta
- Eksperimen Cinta
- Dia Punching Bagku
- Cinta Dia??? Tak Naklah!
Boleh kata semua buku novel fiksyen terlaris berbahasa Melayu adalah genre cinta. Tiada genre seram, misteri, fantasi dan lain2 selain cinta, kecuali sebuah buku yang bergenre sastera, itu sahaja.
Berikut pula adalah 20 buku novel fiksyen berbahasa Inggeris paling laris:
- Horror Stories
- Lullabies
- Love, Rosie (Where Rainbows End)(MTI)
- KL Noir: Yellow
- Gone Girl (Film Tie-In)
- Love and Misadventure
- KL Noir: Blue (Vol #3)
- The Goldfinch (Pulitzer Prize for Fiction 2014)
- The Best of Me (Movie Tie-in)
- Adultery
- The Casual Vacancy
- The Shock of the Fall (2013 Costa First Novel Award)
- Still Alice (MTI)
- The Hobbit (MTI)
- Power Play
- Before I Go to Sleep (MTI)
- Inferno [Export Edition]
- Landline (US)
- The One Plus One
- The Guest Cat
Manakala kebanyakan buku terlaris bagi kategori fiksyen bahasa Inggeris adalah gabungan antara pelbagai genre seperti seram & paranormal, puisi, fiksyen wanita, cerita pendek, cerita filem, sastera, cinta dan fantasi. Dari sini boleh dilihat dan dinilai sejauh mana dan setakat mana sahaja mentaliti pembaca2 buku novel bahasa Melayu ini.
Dengan novel2 cinta dongeng kisah anak Dato' orang kaya belajar kat oversea muka punya hensem kena pula kahwin paksa mula2 gaduh masam muka tinggal asing2 kemudian curang main dengan orang lain dapat anak haram lepas tu happy ending, dan seterusnya kisah2 cinta dongeng ini diadaptasi dan dilonggokkan menjadi drama dan filem yang terus menerus menyumbang dalam pembentukan minda dan pemikiran wanita2 Melayu Malaysia, maka serius aku cakap, mentaliti kita akan terus kekal di dunia kelas ketiga.
Sudahlah filem dan drama tempatan kita kebanyakannya bak longgokan sampah sarap yang tidak bermutu dan tiada kualiti, novel2 Melayu juga penuh dengan kisah2 cinta sampah recycle kitar semula.
Nasib baik Ahmad Patria Abdullah yang menulis cerita fiksyen fantasi ini hidup pada zaman yang masyarakatnya masih ramai membaca buku2 fiksyen bergenre selain cinta dongeng. Kalau dia baru nak start tulis buku zaman pasca millenium ni, jangankan 6 buku, 2 buah buku pun belum tentu dapat diterbitkan sebab jualan tak memberangsangkan.
Cetakan pertama sekitar tahun 80 dan 90-an. |
Cetakan semula pada tahun 2010. |
Btw, siapa pernah baca novel2 di atas ini, kita geng, dan anda memang ohsem.
tags: longgokan lambakan novel cinta romance mph popular best seller paling laris jual ranking rating bahasa melayu english inggeris fiksyen bukan fiction non-fiction genre sub category kategori permata aurorius kota arialun kembar artakus petua azkram puteri alindalia pedang aurora ahmad patria abdullah cerita fantasi cerpen
Dalam mana2 novel melayu, takde satu pun yang masih menandingi novel ”Permata Yang Hilang”...tu baru novel melayu lagi power!
BalasPadamMembaca jambatan ilmu, tidak membaca jambatan bangang tetapi janganlah membaca yang menyebabkan korang akan menuju ke jambatan yang lagi bangang!
Itu bukan novel. Itu adalah buku genre Rujukan. Atau bacaan Awam. Apa pun saya setuju, buku terbaik sepanjang zaman.
PadamAyah aku ada simpan buku ni...lejen habis!
PadamTu belum legen.... Yg lejen org yg mempraktikkan amalan buku tersebut & mengabadikan nya di dlm bentuk meleis.3gp, abamsedap.3gp, jandakujandamujua.3gp & lain2 melayuboleh.3gp. Ni baru lejen ekekekekeke..
PadamSaya ada versi ebook- remastered .Mau ka?
PadamXpyh .. Dkt hardisk aku melambak stok 3gp melayu .
Padambukan 3gp. permata yang hilang ebook remaster..
Padam"Permata Yang Hilang" kini menjadi subtext pasangan muda bercinta yg bila bercakap susun ayat cedok dari karya novel dan filem sampah seperti yg disebut Noob dlm posting ini....kebarangkalian anak muda mendapat anak harom=200%....tahniah Malaysia, mencapai negara maju menjelang 2020...alahai...
PadamDiberi pilihan...tgk novel, TV drama mmg ramai peminat (terutama ppuan) suka layan cite cinta....sbb they like something plays with their feeling...utk org putih, sometimes they like mixture of logic, facts and feeling as well.Org selalu kata, bila banyak membaca, lg banyak ilmu pengetahuan..kalau buku yg lebih kpd non fiksyen...kalau org kita, lagi banyak membaca, lg byk layan fantasi dr realiti. Mula la bila nak kawin nak mcm Mr. Arrogant la, pilot la, anak CEO la, kawin grand la...cite yg laki xde class ppuan xnak tgk/layan....sbb x membakar semangat nak tgk.
BalasPadamCuba kita bygkn ada 2 org kawan yg mempunyai koleksi buku yg banyak...satu buku2 ilmiah, satu lagi penih buku cinta...who do you respect the most? Kdg2 ppuan yg suka baca novel cinta ni yg versi x kawin2 lagi atau jeis dah kawin tp byk sendirian sbb suami selalu away...bila dah ada anak,haram jadah nak layan 2 semua.
Setuju pendapat ko neh....masalahnye bini aku pun layannnnnn....aiiii...takkan taknak mengaku kot bini masing2 layan gak....lainla Noob...dia belum berbinik lagik..
PadamYang ko ayam layan blue negro xpe lak.
Padamtak boleh nak buat apa dah noob. Media tu pun satu perniagaan juga. Org nak untung, buat la cerita cinta adaptasi novel cinta yang tak logik realitinya. tu yang laris, yang dapat sambutan. Bagi aku memang tak suka baca bahan bacaan seperti novel. Aku suka yang menceritakan sejarah dan filem2 dan dokumentari yang mengkaji sejarah2 lama. Tapi memang agak menyampah bila tgk kawan2 perempuan opis yang tak kawin lagi ni jadi khayal dengan filem2 dan drama melayu sekarang ni. Mujur la aku dah kawin, kalau tak..memang payah la nak penuhi kesempurnaan yang perempuan sekarang ni nak. Mr. perfect 10. Orang kaya, anak orang kaya, muka hensem, tinggi lampai, romantik, da sebagainya. adoi..khayalan sungguh.
BalasPadam?? Nape pulak awk x puas hati sgt dgn rakan2 opis pmpn yg xkwin2 lg tu? Dorng ade kaco awk ke? Ade dorng kaco hdup atau periuk nasi awk ke di opis tu?? Atau, awk ade cube nak ngorat dorng utk buat stok bini baru tp dorng xnk layan, jd awk geram pstu ckp dorng memilih, ke cmne?? Kat opis sye plak xde pun dorang yg masih solo tu sibuk psl novel2 smpah cinta mlayu ni, bnyk buku psl tips travel n english books aje??
PadamApa jadah layan novel. Baik gua layan one piece .. 1best seller in da world ..
Padamhaha..anon 1211 kaki novel jiwang detected. perghh..agresif mcm kpopers
Padamsangat setuju. tapi gua antara gadis melayu yg tak minat novel cintan melayu, huahaha
BalasPadamp/s dan brown inferno tu is superb!
abis nak beritau ko lain la dr awek2 lain? eh? puihhh pak yu!
PadamAnon 1120 apa masalah ntah.
PadamDia nak bagitau apa pun lantak dia laa, yang sampai pak yu pak yu tu ada sakit hati sapa2 ke?
Anon 11.20 neh lelaki....tp tgh dtg bulan...
Padamprooooo0o0o0o00o0oottt kentut dimuka cEro lega bak hang~~~~
PadamAnon 1120: bagus la dia bagitau. Kalau dia tak bagitau nanti lelaki melayu douchebag mcm hang ni fikir yang perempuan macam dia tu dah pupus. Berak kat muka hang!
PadamMakin lama aku duduk dalam Malaysia, makin aku bosan dengan siaran TV yang wujud. Totally memang menyampah sangat. Lagi lagi cerita cinta. semua cerita dah boleh tau apa kesudahan. Tajuk macam sampah. balik balik adaptasi dari novel cinta. Macam la novel genre lain tak laku. Tah la. Tak tahu nak cakap macam mana. geram ni geram.
BalasPadamDh bosan sila pindah ke burkina @ burgima fasoo ... Dkt2 dgn negeri trinidad & tobaggo ..
Padamaku layan novel ramlee awang murshid je..kalau drama pun tgk pelakon baru tgk..
BalasPadam~sonkimura~
Komik melayu xde ke... yang indie nye
BalasPadamkomik melayu ada non, yang indie punya, boleh tahan best jugak la. boleh beli kat sini bagi support pada artist2 indie ni - https://play.google.com/store/books/details?id=YLn3BQAAQBAJ
PadamAku x pernah thu komik camni wujud.. korang hilite kn lah slalu.. drpd benda pokitik
Padamerr... komik tu memang dah dihighlightkan kat bahagian atas sebelah kanan blog ni sepanjang masa sejak ia diterbitkan huhu
PadamSorry ak pki hp
PadamNoob tak nak design mobile site yang friendly sikit ke... Zaman sekarang ni.. Baca blog pakai phone jek...
Padamaku dengar sekang ni ada company melayu tengah start buat projek animasi berdasarkan novel ko tunjuk tu noob, tp tak tau la bila nak siap...ak lebih suka sains fiksyen yg mengembara angkasa.. ak lupa novel ap tak... tapi pengembaraan ala2 star trek gak la...
BalasPadambanyak drama pun ambik dari novel cinta reput ni
BalasPadamdia asalnya salah dua2 pihak si pembua drama dpt jimat duit tengok la punya effortless backdrop bagai dlm drama2 melayu kini... pastu pulak yang support faker melayu perempuan yg bangsat nak mampus.... tak pe la tu si bangsat yang nak nak wat mcm mana... itu sebb si pembuat2 drama masih meneruskan "playsafe" sebb untung banyak....
BalasPadamaku ada buku kembar artakus dkt rumah
BalasPadammost perempuan melayu tujuan hidup diorang nak berlaki dan beromen shj. tu yg otak jadi reput duk fikir pasal pasal jantan je.
BalasPadamnovel sang kancil dan buaya takde? itu novel kegemaran aku tu.
BalasPadamNak buat macam mana. Content untuk bahasa Melayu tu sendiri yang telah dimandulkan melalui sistem pendidikan Malaysia. Asal sastera BM je, sure ramai yang mula rasa bosan dan jelak. Baru-baru ni je ada sedikit demand bila publisher indie terbitkan buku dan mula mempelbagaikan genre jualan buku masing-masing.
BalasPadamNak harapkan DBP? Haaa..
bini aku kaki novel melayu.. dia x selalu suruh aku bc novel melayu sbb nk suruh aku jd lbh romantik. aku ckp nk romantik xyah bc novel, cari je kat internet berlambak.. bc novel melayu ni buang masa je, lgpun aku xnak merendahkan tahap intelektual aku dgn bc novel2 sampah. pstu aku suruh dia jd isteri solehah bg dia buku agama, liat pulak dia nk bc
BalasPadamMcm ko suami bagus. subuh pun jarang. jdi imam kt bini pun x.
Padamkalau benci novel sila keluar dari malaysia..
BalasPadamYa, sangatlah bersetuju dengan Prince Noob ni. Hehehe
BalasPadamKalau dah asyik baca bahan-bahan bermutu rendah macam mana nak capai mentaliti kelas utama?
Kita nak dilayan dalam masyarakat seperti layanan kelas pertama tapi, kita sendiri menyajikan minda dengan bahan-bahan kelas ketiga. Ehh macam mana tu? Haha
Hye awak, tulang rusuk saya bergetar bila tgk awak. Adakah ini bermakna kita berjodohan? ...
PadamArgh tidak. Rupanya getaran itu terhasil dari hanset poket belah kiri baju saya hewhewhew.. Jgn nk perasan.
-Lan toooddak-
Honestly saya tak gemar novel cinta or drama2 cinta melayu..kekadang macma tak masuk akak pun ada... itulah melayu kita selalu disajikan dengan cerita angan2 dan mimpi.. tak salah tapi bila dah terlalu sangat dengan semua tu minda org melayu kita di takat pemikiran yang rendah... Buku2 sy more to horror, fantasi and inspirational story.. macam list gambar mula2 nub kat atas, dalam banyak2 list sy ada buku Nick Vujicic je...and Harry potter, coz sy minat buku2 macam tu.. for me nub, tak salah sbnrnya novel cint2 tu, tapi bila dah selalu sgt and jd trend baca buku2 mcm tu, minda tak berkembang, duk takat tu je... macam drama juga.... btw, thumbs up nub i love this entri so much. Boleh sy share entri ni??
BalasPadamboleh je dayang, sila2 huhu
PadamI luv entry ke i luv noob. Baik ngaku cepat. Noob pun dh lama membujang. Sikit masa lg nk jd geng bujang lapuk..
PadamMarketing, bro.
BalasPadamMarket tau yg tema cinta tengah in sekarang ni so demand utk novel cinta tinggi, maka lambakan novel cinta angan-angan kekonon sweet pon ada banyak...
Sebab tu saya stop beli novel-novel Melayu. Too stereotype. Mesti heroine bercinta dengan hero yang loaded... anak dato datin... tan sri puan sri... mak mertua pak mertua bisnis juta-juta. So unrealistic. Memanglah dah namanya pun fiksyen... tapi beza sangat dengan cerita-cerita fiksyen dari luar. Sudahnya golongan muda- muda tak abis-abis berangan dan di awang-awangan tak jejak di bumi nyata. Contoh fiksyen lama yang bermutu - novel Saga (ada beberapa sequel) .... bukan Twilight Saga ya... ni Saga novel Melayu. Susah dah nak cari novel yang menghiburkan dan mendidik macam ni.
BalasPadamSiri bercakap dengan jin pun legend jugak...
BalasPadamPergh... Permata Aurorius tuh aku baca first masa aku darjah 6, tahun 1992... Follow plak ngan Kota Arialun ngan Kembar Artakus masa Form 3 tahun 1995. Boleh dikatakan time tuh Ahmad Patria Abdullah adalah antara penulis yang aku kagumi. Genre Fantasi serta Sains Fiksyen pon dia dah terokai, cuma tetiba je dia lenyap... Aku frust nak baca novel Melayu... sampaila aku terbaca A.D.A.M. Berapa kali ntah aku ulang baca. Aku memang lama kempunan nak baca novel Melayu yg bermutu, nasib baik Ramlee Awang Murshid ada....
BalasPadamCuma skang nih bila nengok generasi baru, sedih plak nengok. Longgokan novel sampah bersepah dipasaran, namun semu itu berlaku pasal ada permintaan... Kalo camni la novel Melayu gamaknya, x salah kalo aku beralih ke novel English plak. Dari aku baca novel Pembancuh Kopi Mr. Vampire, baik aku baca Night Angel Trilogy oleh Brent Weeks... X pon Buku The World Without Islam yg ditulis oleh bekas ahli CIA... lagi banyak pekdahnya.
Buku melayu sampah Harry pottery, 1peace, pedang setiawan, gempak permata. Inilah mentality melayu haprak. Biler bangsa sendiri nk maju tanpa sokongan bangsa sendiri.
PadamWeh......Salina....sape penah baca Salina by A Samad Said...kena baca!
PadamPe brg salina. Gua baca novel Shit datuk shanon ahmad. Pas baca gua p toilet lepas kan shit gua
PadamNovel S.H.I.T sudah jadi shit bro....dah lama bungkus....Pak Samad yg tetap lejen dgn Salinanya.....
PadamKo pehal.,...tetiba nk iklan neh....nila spesis manusia tak malu...nk iklan tak mau bayar....Noob, ko nak aku trace IP dia ni tak? Kuang hajo dah ni.....
BalasPadamNovel salina je la yg sempat den layan sampai habis... novel lain x menambat jiwa den...
BalasPadamsalam bro mancing. bukan saya tak bagi letak iklan, tapi sekurang2nya tulis lah dulu komen yang berkaitan dengan entry, pastu baru letak iklan, boleh?
BalasPadamGua plak xpnah layan novel. Malas gua nk baca panjang2 pastu nk kena imagine dlm pala otak situasi dlm novel tu ..
BalasPadamGua suka baca grafik novel, start dragonball tahun 1995, hbs dragonball gua layan naruto start 2003, naruto habis gua layan onepiece smpi skrg ..
Tu xtermasuk komik2 juara wira, pedang setiawan, juara rimba, alam perwira, dewata raya .. Pehh layan beb ..
Sedikit kata2 hikmat mlm ni dipetik dari ustaz ran idrus daniel ... Org bleh khatam byk novel beratus2 muka surat dlm setahun... Tapi malang al quran usahkan setahun, 10thn 20thn dekat nk masuk kubo pun blum tentu org bleh khatam..
-
Ko sendiri pun x khatam
PadamKo memang sopan Noob....permintaan yg amat berhemah....malu aku yg bersifat anonymous neh...
BalasPadamNtah, nak kata sampah pun, karya tetap karya...nak salahkan 100% pada penulis, kalau takde audiens pun diorg takkan tulis lg.
BalasPadamMentaliti org Melayu? Hurmmmm...ckp tak kena, mcm ludah ke langit pulak...
Boleh la nk tgk buat hiburan...tp utk pembentukan jati diri memang tak berapa sesuai.
Keyword "profit oriented".
So, back to diri sendiri, tepuk dada tanya iman.
Lol butthurt
PadamIf there is a lot of demand for wet shit...
PadamA lot more of wet shit is produced...
The market can only improve if the consumer decides it...
But when the consumer is consent with shitty writing which result in less demands for better shit WHICH results in a stagnant market...
Lulz~ market untuk novel camni xkan wujud kalau x wujud manusia yang minat bahan bacaan x masuk akal ni. Ini zaman abad 21 tapi pemikiran cinderella nak prince charming bagai masih wujud lagi. Yang xleh blahnya ada pulak macai mempertahankan novel ni dengan alasan sokong buatan tempatan walaupun bangang. Yang lagi sedih publikasi mainstream pulak mengecam novel indie dengan alasan merosakkan bahasa dengan bawak pengaruh barat.
BalasPadamRakyat Malaysia memang suka bacaan mudah dan simple. lebih pada fantasi. bukan bacaan berat. yang perempuan memang suka jenis buku cinta yang heronya lebih ramai wujud di alam fantasi. ade pakwe atau suami yang tinggi, tegap, kaya raya dan romantik. cukup lengkap. bukan setakat kat alam melayu, alam omputih, cina, india pun susah nak cari lelaki cam nie. kalu alam afrika, hahaha no komen.
BalasPadamtapi lelaki ade gak buku fantasi gak. cam komik pedang setiawan, naruto, pendekar laut, dragon ball. macam2 laa...
tapi tak bleh salahkan pembaca gak. bahan bacaan yang lebih akademik kurang sangat. ada pun dalam bahasa inggeris. buku yang dialih bahasakan amat kurang.
Aku kagum depa boleh layan novel2 cinta macam ni tanpa rasa tidur itu lebih nikmat.. saya memang tak mampu la nak layan sangat kisah2 cinta tipikal melayu ni. Nak2 lagi kisah adaptasi kebanyakkan novel.. apatah lagi nak baca novel. Rasa lagi enjoy tengok movie seram thailand.. Perempuan melayu dah macam filem bolloywood kalau cinta meleleh macam cheese cake.. Mudah terpengaruh dogeng cinta dalam novel & drama sampai terbawak bawak dalam realiti.. masa habis dengan berangan jer hehehehe
BalasPadamhurmm... novel jiwang masa memuda kekanak dulu aku layan Legenda Budak Setan jer..
BalasPadamtapi masa kecik aku suka novel adventure, sci fi dan misteri.
Teringin satu tahun nanti kalau boleh secepat mungkin novel bestseller banyaknya bergenre dakwah.Umat sekarang tengah tenat dengan fantasi yang melalaikan. :0
BalasPadamNerhh aq layan lawak kampus ja������
BalasPadam