Halaman

Rabu, 25 Mac 2015

Jangkaan VS Realiti selepas pelaksanaan GST

Tinggal kira2 seminggu lagi sebelum GST dilaksanakan. Walaupun kita selalu diberi contoh mengenai penerangan dan pengiraan GST sebelum ini yang yang semuanya kelihatan seolah2 semua harga barang akan menjadi lebih murah atau sama harga selepas pelaksanaan GST berbanding SST seperti rajah2 di bawah, namun realiti dan hakikat sebenar selepas GST pasti berbeza daripada apa yang dijangkakan.





Ya, dia atas adalah apa yang sentiasa dicanang dan dijangkakan terjadi selepas pelaksanaan GST, namun hakikat dan realiti yang akan berlaku adalah seperti ini:





Aku dapat merasakan selepas GST nanti, peniaga2 akan tambah je terus harga asal barangan dengan 6%. Mereka sepatutnya semak atau revise balik semua harga barang yang lama sewaktu pakai SST, kemudian dapatkan harga yang baru sama ada lebih rendah atau tinggi dengan pengiraan GST, lepas tu barulah tambah dengan 6%. Kalau semua ambil jalan mudah nak tambah je GST 6% tu terus daripada harga jualan asal, memang semua baranglah akan naik harga, takkan ada yang turun.

Berikut adalah antara gambar2 yang telah tersebar di Internet yang menunjukkan harga barang yang akan berubah bermula perlaksanaan GST pada 1 April 2015 nanti. So mulai hari ini, sementara ada beberapa hari sebelum GST ini, jika pergi ke pasaraya2, ambil gambar dulu harga barang tersebut pada era SST, dan bila tibanya era GST, kita tengok adakah harga barang selepas GST peniaga hanya menambah sahaja 6% tu daripada harga barang ketika zaman SST. Jika ya, memang GST ini sangat asshole, termasuk juga peniaga yang sama ada memang dungu matematik atau sengaja ambil kesempatan.

Sumber






Dan satu lagi, cukai GST ini bagi aku sangat tahi dan lebih menekan. Pergi mampuslah ada 169 negara lain dah laksana GST. Banyak negara yang buat suatu perkara tu tak semestinya benda tu betul dan bagus untuk rakyat. Jika dulu kita bayar cukai secara terus kepada kerajaan hanya terhadap pendapatan kita, kini setiap kali kita nak berbelanja untuk diri sendiri dan keluarga pun kena cukai gak. Pendapatan dan perbelanjaan, kedua2nya kena cukai terus. Kalau sebulan kau belanjakan RM1,000 untuk berbelanja keperluan yang kena GST, setiap bulan kau kena bagi RM60 kepada kerajaan.

Antara seorang kaya yang masih bujang bergaji RM10,000 sebulan, dan seorang miskin yang mempunyai 4 orang anak yang berpendapatan RM2,000 sebulan, walaupun gaji mereka berbeza namun katakan perbelanjaan untuk menampung keperluan masing2 adalah sama iaitu RM1,500 sebulan, dan perbelanjaan ini pula semuanya kena GST, maka kedua2 orang kaya dan miskin tersebut perlu membayar cukai dengan nilai yang sama iaitu RM90.

Rasa2 adil ke? Oh mungkin tidak adil, kerana orang miskin layak dapat BR1M RM950 setahun, manakala orang kaya itu tidak. Orang miskin itu boleh guna balik duit BR1M itu untuk bagi balik kepada kerajaan melalui cukai GST. Kesian orang kaya kerana terpaksa bayar cukai GST dengan duit sendiri.

2 hari lepas telah berlaku himpunan bantah GST di bangunan pejabat Kastam Kelana Jaya. Sabtu ini 28 Mac 2015 dikhabarkan pula ada lagi demonstrasi untuk membantah GST.


Maaf, sejujurnya aku terpaksa main konek atas pelbagai kekangan peribadi. Aku hanya mampu untuk fight di alam maya sahaja. Tapi untuk isu GST kali ni, aku benar2 salute orang yang sanggup turun padang dan sanggup masuk penjara semata2 untuk fight pasal GST, sebab diorang bukan fight untuk diri mereka sahaja tapi untuk semua orang, kerana GST ini bukan hanya orang yang pergi berdemo sahaja yang kena tapi ia melibatkan seluruh rakyat Malaysia. Kadang2 perlu wujud orang2 seperti mereka barulah kerajaan sedar tak semua yang kerajaan buat itu disukai dan boleh diterima rakyat.




tags: harapan vs realiti hakikat gst sst cukai demonstrasi demo himpun perhimpunan duduk bantah gst kastam cara pengiraan sebenar harga barang perkhidmatan lebih murah mahal

27 ulasan:

  1. Apa boleh buat kena terima jgk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak negara laksanakan GST@VAT, derang kenakan setinggi 20-21% skrg. Tu la pasal Mesia pun nak ambil kesempatan sama dgn start 6%.

      Jika rakyat berhimpun dan pecahkan parlimen sekalipun, GST takkan ditarikbalik lagi.

      Padam
    2. BN + GST = BNGST

      Padam
  2. Salam 1rasuah ,

    Kerajaan kata Pendidikan tak kena gst .

    Cina kata buku teks sahaja tak kena gst buku buku nota kertas kajang kertas A4 kena gst.

    Kastam kata harga kereta turun.

    Salesman kereta cakap insurance naik sebab gst.

    Kerajaan kata budak pandai SPM 5A sahaja dapat buat degree.

    Hakikatnya IPT dipenuhi budak budak SPM serendah 3A, lebih teruk lagi graf turun, A = 50 markah.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
  3. Sy tgh fikir...adakah penjual yg ambil kesempatan shortcut naik 6% terus...pas2 bila ditanya kenapa direct naik 6%...pusing2 punya statement dia ckp kos barang dari kilang pun naik sekali, so kita naik lo....tp end of the day GST ni mereka ambil kesempatan naikkan harga dgn sengaja menaikkan margin supaya nak byr tax lebih kpd gov utk GST (Sblum ni mereka lew kaw-tim utk byr tax kurg kat gov dgn sistem SST), sbb margin is hak penjual....pas2 pengguna hav no choice to buy.

    Papepun tunggu n lihat......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha ha Ayam..

      Gue setuju bangat dengan statement Noob ni..
      Kilang, Pemborong, Pengimport kena invest lebih sikit dalam untuk compliance dengan GST. That cost tak bulih claim, jadi pass back to customers. Some more, rata-rate depa kompius dengan LIST GST, ada empat macam list dalam GST (Zero rated, standard rate, exampted and out of scope supply). Semua tu kena comply.

      Jadi permulaan ni nak senang up jer 6%. Lepas tu tenggok feed back...kalu sales jatuh.. depa bagi discount la..ha ha ha.

      BDW, untuk permulaan ni, rajin-rajin ler check dengan kastam, mana tau kena charge GST, tapi kedai tu tak register dengan Kastam...ha ha ha... Sebab hanya yang register aje boleh kenakan GST...ha ha ha

      Padam
  4. Demo bukan budaya kita. Aku sokong GST 6%.. dan jika GST 800% pun, tetap aku sokong PM dan BN. Semoga negara terus maju dengan berbagai cukai baru diperkenalkan. Jika cukai cecah 100000% pun, lagi bagus untuk negara. Alhamdulillah noob, aku tetap bersyukur.

    Kalo x suka, pergilah duduk di Somalia sana. Derang xder GST.

    BalasPadam
  5. GST: Melayu ditipu lagi

    Pakar Ekonomi, Dr Rosli Yaakob dalam ucapannya memberitahu GST adalah satu sistem cukai yang dilaksanakan jika sesebuah negara itu berada dalam kedudukan kewangan dan ekonomi yang teruk.

    Jelasnya, jika GST itu dilaksanakan maka sebuah kerajaan yang memiliki negara yang teruk dari sudut kewangan mahupun ekonomi dapat memperolehi sumber pendapatan dari rakyat secara mudah.

    "Kita kena faham, GST ini hanya dilaksanakan pada sesebuah negara yang teruk sumber kewangannya, mereka tidak ada sumber lain dan secara mudah dengan GST dapat mengambil wang rakyat bagi sumber kewangan.

    "Tetapi Malaysia merupakan negeri yang kaya, sumber kewangan kita tetap ada dari cukai perniagaan, sumber minyak dan pelbagai hasil bumi.

    "Jadi kenapa kerajaan terpaksa melaksanakan GST, ini bukti jelas kedudukan kewangan negara makin teruk sehingga ia dilihat tidak seimbang dengan sumber pendapatan negara," jelasnya.

    Tegas beliau, pentadbiran di bawah Barisan Nasional (BN) mengamalkan konsep berbelanja terlebih dahulu baru memikirkan tentang hasil.

    "Konsep BN ini menyongsang mereka berbelanja dulu baru fikir hasil. Jadi bila terlebih belanja boros baru pening kepala nak cari pendapatan.

    "Akhir sekali BN ambil jalan mudah dengan melaksanakan GST, duit rakyat diambil untuk tampung perbelanjaan yang boros.

    "GST menjadi platform mereka dari BN untuk kemewahan tanpa memikirkan perit rakyat, bagi mereka asal dapat berbelanja mewah dan apa berlaku itu masalah lain," sambung beliau.

    Dr Rosli yang memberitahu kempen kerajaan mengatakan GST menjadikan membolehkan orang Melayu mendapat untung adalah satu penipuan serta mengelirukan rakyat.

    "Penipuan dilakukan BN melalui iklan-iklan di media dan juga papan tanda mengatakan orang Melayu mendapat untung dari GST.

    "Siapa yang untung sebenarnya, rakyat yang bayar cukai ke untung, yang pastinya keuntungan adalah mereka yang selalu berbelanja dan yang boros.

    "Duit masuk banyak jadi boleh bermewah tanpa ada had sempadan," tegasnya lagi.

    BalasPadam
  6. nak menipu pun agak agak la
    http://keris7lok.blogspot.com/2015/03/kantoi-rafizi-ada-bercakap-dalam.html

    BalasPadam
  7. Kalu tak silap bulan Januari dulu terpandang harga Metro RM1.50, Masuk Februari dah naik jadi RM1.80. Jika mereka 'absorb' GST (6%) maka harga 'maintain' RM1.80 (GST=RM0.11). Nampakle macam harga asal turun jadi RM1.69. TAPIIIIIIIII awal-awal mereka dah naikkan harga dari RM1.50 ke RM1.80! Bila banding harga (yang konon-kononnya dah termasuk GST) tu, ada beza kenaikan RM0.19 (RM1.69-RM1.50). Bestlah berniaga, kannnnnnn.......

    BalasPadam
  8. 'End user' / pengguna akan kena GST. Bes tu pembayar cukai pendapatan individu (pengguna) camana kira?

    BalasPadam
  9. first time dalam malaysia almost semua barang (kecuali bhn mentah) akan naik harga. kl dulu harga satu2 benda naik(contoh gula) lepas several month barulah ada benda lain (contoh beras) akan naik. now kerajaan dah x malu2 naikkan harga byk benda sekaligus

    BalasPadam
  10. salam 1 rasuah, salam 1 hudud.

    lama tak masuk buasir otak. sekarang ada dua isu besar dalam politik negara bakal maju 2020 bolehland.

    ramai yang bantah gst? aku tak pasti. tapi pendapat peribadi, aku sokong gst.

    gst diperlukan kerana negara kita dalam keadaan beban ekonomi yang teruk. hutang negara mencecah rm740m. mata wang kita semakin jatuh. kos sara hidup di bolehland semakin meningkat. gst diperlukan untuk melupus hutang hutang negara dan juga hutang 1mdb.

    lagi satu kebaikan gst semua sedia maklum semua pengguna akan dikenakan cukai. setiap end user tidak kira pro umno, pro pembangkang, neutral, cerdik atau bodoh, kaya atau miskin akan dicukaikan. sebelum ini orang kampung dan pprt tidak merasa direct cukai kepada gomen. mereka hanya tahu brim..brim..brim..

    justeru gst akan berlaku adil pada semua warganegara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah! Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya bukan samarata samarasa. contoh dalam konsep zakat, yang kaya bayar zakat yang miskin tak perlu, bukan sama-sama bayar dengan harga yang sama.

      Padam
    2. bukan warganegara je yang kena GST, yang pendatang haram sekali kalau berbelanja akan dikenakan GST.. bijak bijak..

      Padam
    3. kalo kt luar negara, pelancong dikecualikan drpd gst, diorg leh claim balik tax gst tu sbb gst hya dikenakan pd rakyat diorg... kt malaysia xtau lah

      Padam
  11. Org berniaga xde la bodoh sgt smpai nak wat camtu.

    BalasPadam
  12. Aku dapat merasakan yg rungutan harga barang naik utk GST ni akan berpanjangan lama...
    Harap perhimpunan yg dibuat akan beri kesan.

    BalasPadam
  13. Korang ada ecomic kan. Korang cerita sket pasal ecomik budak2 melayu.

    BalasPadam
  14. Jom support "A day without spending", 1 April ni. Semua pakat duduk rumah diam2 tak payah keluar belanja bagai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa bongok btol xyah keluar belanja.. kalau terpaksa beli brg keperluan pampers susu anak makanan semua xkan xleh berbelanja.. gst bkn 1 hari je tp sampai bila2.. bingai punye cadangan

      Padam
    2. sama je siapa yang support boikot barang yahudi. walaupun benda tu sekarang tak berapa nak rancak macam mula2 dulu, tapi at least ada juga usaha. sebelum 1st April tu standby laa beli barang2. takkan la barang2 macam pampers dgn susu anak time dah habis baru nak pergi beli. dah hujan baru nak gelabah cari payung memang payah la.

      Padam
  15. Dari pada ko main konek baik ko berbini noob .. Bazir ko punya sperma jer melancap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak berbini pon akan kena gak GST....sian Noob....takper....nnt mintak Najib sponsor....tak pon Mahpus ke sponsor smartphone yg dia guna nk call sirul sbg hantaran besok....sentimental value tu bang....

      Padam
  16. Harga apa yang turun tak taula.. Tadi aku baru bincang pasal nak renovate rumah.. Awal awal lagi dah bagitau kos semua dah naik.. Kena kira semula.. Aku rasa memang ramai tak puas hati Bab gst ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramaiiii..... Cuma ramai akan protes dalam senyap...ramai gak yg tggu dan lihat...selebihnya bengong tak tau sebutir abok......

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.