Halaman

Rabu, 25 Mac 2015

Rakyat biasa tidak berhak memilih Perdana Menteri

Pada suatu pagi yang gelap kini sudah terang...

Abu: Aku tak suka kat Najib tapi aku sayangkan UMNO. Aku mahukan Najib turun jadi Perdana Menteri tapi aku mahukan UMNO terus kekal memerintah. Sebagai rakyat biasa, aku tidak boleh memilih siapa untuk jadi PM kerana aku hanya boleh memilih parti sahaja. Memilih PM adalah hak parti.

Acai: Kalau macam tu kau jadilah ahli parti UMNO, lepas tu kau pilihlah orang lain untuk jadi ketua. Kita kan mengamalkan sistem demokrasi, kita sama2 bersihkan UMNO dari dalam.

Abu: Baiklah, aku akan masuk UMNO dan sokong orang lain yang lebih bagus untuk jadi ketua.


Di dalam parti...

Abu: Akhirnya aku dah join UMNO. Sekarang aku nak pilih orang lain jadi ketua.

Acai: Kau gila? Sebagai ahli parti kau wajib taat dan setia kepada Presiden parti. Memilih orang lain untuk jadi Presiden sama seperti menderhaka kepada parti. Lagipun sudah menjadi adat jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Abu: Haram jadah nokharoooooooooooooooom...


* * * * * * * * * *

* Kisah di atas aku tulis berdasarkan perbualan aku dengan seorang rakan yang merupakan orang kuat UMNO. Aku cakap dengan dia yang rakyat sebenarnya tiada kuasa pun untuk memilih PM sebaliknya ia adalah hak parti, dan dia pun mengajak aku masuk UMNO kalau nak tukar PM, tapi hakikatnya ahli parti sendiri pun tidak mampu untuk menukar ketuanya.

Akhirnya, siapa sebenarnya yang berhak dan layak untuk memilih Perdana Menteri Malaysia?




tags: lawak najib umno parti demokrasi turun perdana menteri pm

19 ulasan:

  1. System macam dekat America perhaps???

    BalasPadam
  2. maslah bila najib turun mahyudin yasin pulak naik apa jadahnya memang penuh ngan orang bodo la smpi bila2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas muhyidin turun ahmad maslan plak naik. .mengoong ! Apa nk jd dgn mesia ni. Xda ke golongan profesional mcm doktor utk amik alih. Mcm dr mahathir ..

      Padam
  3. Nabi Muhammad S.A.W juga pernah bersabda bahawa Imam Mahdi yang bakal muncul kelak akan berasal dari susur galur keluarganya. Manakala Nabi Isa A.S yang akan turun kembali dari syurga nanti pula adalah pewaris sebenar takhta MONARKI keluarga Nabi Daud A.S di Jerusalem (Baitulmaqdis). Dan Nabi Isa A.S kelak akan mengembalikan sistem KHALIFAH, menghapuskan segala sistem serta ideologi yang tidak Islamik termasuk DEMOKRASI MUTLAK (BEBAS) ini tadi. Dunia sekarang yang sedang dididik ke arah SISTEM DEMOKRASI MUTLAK (BEBAS) & KAPITALIS ini akan berakhir dengan SISTEM KHALIFAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku harap aku xsempat hidup zaman dajjal ini. Seksa ... Penentang dajjal akan menderita, tanah jd padang jarak, kebuluran ..

      Aku dengar sorg ustaz becerita ..namanya ustaz fawwaz( rujuk utube). Apabila dajjal melalui satu negeri & menyuruh manusia ikut dia tapi manusia itu engganl. Dajjal akan berlalu pergi ... & negara tu akan jd padang jarak terkukur .. Mcm mna? Negara tu mungkin akan dibom & diserang ... . xda apa yg tinggal ..

      Padam
    2. ko apa hal orang gila?

      Padam
  4. Kalaulah Lim Guan Eng masuk UMNO..

    BalasPadam
  5. macam la parti nuwar berahi,lim kit sial dan hadi awang tu boleh pilih sapa ketua

    BalasPadam
  6. Jgn risau...semua ini akan tertulis....siapa sangka next PM adalah beliau...

    Nak pilih presiden parti, patut masa PAU UMNO, skrg ckp serupa sia2..masa pemilihan pun kena ikut majoriti...x silap undi presiden ikut perwakilan setiap kaw negeri masing2, hmpir serupa spt parlimen. So konsep demokrasi still wujud. Cuma kita xleh kata kita nak singgkir presiden skrg terus nak singkir sedangkan majoriti lain nak stay.

    Cuma kali ni sy kagum majoriti umat islam bersatu menyokog hudud..even x 100%. ada perubahan utk bersatu yg menyebabkn kaum lain takut....

    BalasPadam
  7. Kalau buat sistem politik mcm US mungkin leh....pilihanraya Kongress utk pilih ketua daerah/negeri lain...pas2 pilihanraya Presiden pun lain tp still setiap undi rakyat dikira utk pilih president...tp perlembagaan kita still ikut cara skrg, melainkan buat undi 2/3 utk ubah sistem perlembagaan n ubah sistem undi pilihanraya.

    BalasPadam
  8. bodoh mne tulis nih... itu namanya demokrasi terpimpin... pr memrintah pun dorg akan buat gini... sistem islam pon ulamak yang pilih untuk kita.. bodoh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau PR, kalau x DSAI, keluarganya didahulukn..yg lain tgh dr belakang je..sama kuat nepotisme

      Padam
  9. Pengganti Tun M yang dibentuknya sendiri hanya ada seorang. DS Anwar Ibrahim.

    Ramai hanya nampak mereka ini musuh tetapi lupa bahawa DS Anwar Ibrahim adalah apprentice Tun M. Beliau dibentuk untuk menggantikan Tun M.

    Mengenai salahlaku moral beliau. Ia ialah hak peribadi DSAI.

    Mahathir dan DSAI memacu Malaysia ke arah negara maju. Ciri ciri negara maju, 1. Degree berasaskan kepandaian. 2. Graduan tidak minat sektor awam. 3. Seperti di negara maju pekerjaan am seperti buruh, kilang, petani, sektor pembersihan dilakukan sendiri oleh rakyatnya. 4. Tukang ajar ialah pembina bangsa yang terdiri daripada 30% yang terbaik SPM sahaja (sebelum Najib menteri pelajaran). 5. Nilai matawang Malaysia ialah RM1.60 = USD 1.

    Pak Lah dan Najib mengundur masa. Di zaman mereka, 1. Degree seperti puntung rokok bersepah tiada nilai sebab bodo pun boleh ambil. 2. Graduan hanya mahu kerja di sektor awam. 3. Pekerjaan am dianggap low class justeru perlu kepada warga asing. 4. Pekerja sektor awan terlampau dimanjakan, cuti berlebihan, jumlah terlampau ramai- teramai di dunia!, disiplin rapuh -ramai yang buat bisnis luar, minta balik negeri sebelum 5 tahun, masuk keluar kerja ikut suka hati. 5. Tukang ajar tidak cemerlang SPM mahupun UPSR graduan Kolej pun diambil maka jadi seperti ketam mengajar anak. 6. Nilai matawang RM3.80 = USD 1.

    Dan lain lain.heee

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teori KEDEPAN yg kebelakang......menongkah arus menuju lubang taik.....konon power la tu bajet pendapat bernas...takpe, kebebasan bersuara......boleh dimaafkan.

      Padam
  10. Zaman aku sekolah dulu ketua pelajar pun dipilih oleh cikgu disiplin, bukan pelajar.
    Last2 dpat ketua pelajar yg kroni dan malas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku dulu dipilih menjadi ketua pelajar kerana kepandaian aku meniru tandatangan cikgu disiplin, dan juga hobi fly tanpa pengetahuan sesiapapun....lps dilantik jadi ketua pelajar, dan2 aku jadi budal baik....kini aku menjadi orang, bukan barua...alhamdulillah...guru disiplin yg penuh hikmah....ustaz Fahmi Md Zain namanya...ini kisah benar..

      Padam
  11. Saya pernah menegaskan pendirian sy pd pakcik2 penyokong umno/bn.
    Sy tidak menyokong/undi umno/bn krn sy xmau mereka memilih PM yg sy xsuka. Jgn marahkan org lain krn kita sendiri yg pangkah kertas undi.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.