Halaman

Selasa, 24 Mac 2015

Apa sebab anda tak setuju hudud di Malaysia?

As salam semua dan semoga semua sihat belaka. Tajuk inilah yang hangat diperkatakan di news feed Facebook saya baru2 ini. Semua ini gara2 hukum hudud yang dilaksanakan di Kelantan. Macam2 pendapat yang keluar. Ada yang setuju, ada yang tidak. Tapi yang saya yakin nampak, hanya mereka yang beragama Islam sahaja yang komen. Yang kawan2 saya yang bukan Islam, tak ambil port pun. Malahan suatu ketika dahulu masa PRU 13, bila timbul isu hudud, rakan2 sepejabat saya yang bukan Islam cakap kat saya "biarlah nak buat hudud. kalau tak buat salah buat apa nak takut?"

Gambar hiasan

Saya pulak takkan beri pandangan saya bab ini. Sebab saya belajar, Allah akan beri ujian kepada kita yang kita mampu selesaikan. Kalau kita tak mampu walaupun dah usaha sungguh2? Maksudnya itu bukan ujian untuk kita secara langsung. Itu orang lain punya ujian. Tak payah fikir sangat. Buat buasir otak je fikir. Hah! Nampak tak apa saya buat? :p

Lebih baik saya tumpukan perhatian kepada macam mana nak bersedia menghadapi keadaan lepas GST. Jual tudung online ke untuk tambahkan pendapatan. Mangga jeruk ke. Ataupun belajar perkara asas dalam Islam dulu. Macam mana nak perbaiki solat. Lebih memahami Quran. Selama ni baca je. Kali ni baca dan cuba hafal serta fahamkan tafsiran sekali. Hudud tu terlalu advance untuk saya nak fikir.

Umpama kata kalau saya nak bicara tentang politik, pergi mengundi pun tidak. Nak bicara tentang bola tapi kaki bangku. Nak bicara pasal jem kat Malaysia tapi pergi kerja dipandu drebar di escort polis. Nak bicara tentang kos sara hidup tapi gaji berpuluh ribu. Bukan salah berbicara, tapi kurang isi yang tepat lah. Semuanya akan jadi andaian sahaja.

Lagi sekali saya ingin mengulangi saya tak ingin mengulas lebih lanjut tentang hudud. Biarlah yang pakar berbicara. Yang saya ingin cadangkan di sini, saya dapat lihat ramai rakyat Malaysia tidak memahami kepentingan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) hukum hudud dan implikasi sebenar pelaksanaannya. Sepatutnya pihak2 berwajib berusahalah menerangkan tentang hukum hudud kepada rakyat yang kurang jelas.

Contoh usaha2 yang boleh dijalankan ialah :
  • Iklan di tepi bas2 mini.
  • Ceramah hukum hudud di sekolah2 dan premis kerajaan.
  • Iklan di kaca tv menggunakan artis2 yang meletop menyuruh semua orang rileks jangan gelabah tak tentu hala pasal hudud ni.
  • Suruh menteri2 keluarkan kenyataan akhbar menyokong hudud dan kesan2 positif kepada negara.
  • Keluarkan senarai salah laku yang dikecualikan hudud.

Contoh iklan di tv yang mesra rakyat

Kepada saya kalau anda nak sokong atau tidak, pastikan ada sebab musabab yang logik dan penting sahaja. Kalau tak setuju sekadar tak setuju, saya rasa tak membina langsung. Sebab tak ada point. Anda tak sokong sebab... anda rasa benci bila fikir. Kalau sebab hudud ni anda kena bayar lebih ke, pengeluaran melalui MEPS lebih mahal ke, kos sara hidup meningkat ke, kedai anda terpaksa tutup sebab terpaksa guna sistem hudud berkomputer ke, boleh la diterima. Ni angin tak ada ribut tak ada, terus tak setuju.

Ada setengah tu cakap bukan tak setuju hudud. Cuma tak setuju orang atau pihak yang melaksanakannya tidak adil. Korang rasa... ada ke negara yang betul2 adil? Sebab tu kita ada badan2 macam SPRM. Kalau nak kata "mesti menteri2 tak dikenakan hudud, rakyat je yang kena". Hmmmm.... Macam tu kita bubarkan polis, tentera, hospital. Semua yang melibatkan manusia di dalamnya kita bubarkan. Sebab ye la manusia ni kebanyakannya tak adil. Kalau VIP special treatment. Tak adil. Kita bubar semua!

#bubarsemua #bubartetapbubar #bubarbukanfubar

33 ulasan:

  1. Mestilah setuju. Seperti yg termaktub dlm Manifesto POB

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. Ada keperluan lain kepada umat islam yang lebih mendesak, iaitu:
    1. Ekonomi, ulamak telah mengisytiharkan jihad ekonomi kerana ekonomi sekarang dikuasai oleh bukan Islam. Kesannya bukan sahaja kepada penguasaan kekayaan tetapi kestabilan, pekerjaan dan makan minum umat islam.
    2. Sains dan teknologi, juga dikuasai bukan islam, kesannya kepada penguasaan ilmu, kehidupan, ketenteraan umat islam adalah bergantung kepada bukan islam dan ia amat buruk.
    3. Toleransi, dahulu orang bukan Islam terutama yahudi lari ke negara Islam mencari kehidupan baru kerana mereka di seksa dan dibunuh di negara kristian, di negara islam mereka dianggap ahlil kitab. Kini orang islam lari ke Australia dan negara barat atas sebab yang sama iaitu toleransi, ekonomi dan maju.

    KEDEPAN

    BalasPadam
  3. Ada keperluan lain kepada umat islam yang lebih mendesak, iaitu:
    1. Ekonomi, ulamak telah mengisytiharkan jihad ekonomi kerana ekonomi sekarang dikuasai oleh bukan Islam. Kesannya bukan sahaja kepada penguasaan kekayaan tetapi kestabilan, pekerjaan dan makan minum umat islam.
    2. Sains dan teknologi, juga dikuasai bukan islam, kesannya kepada penguasaan ilmu, kehidupan, ketenteraan umat islam adalah bergantung kepada bukan islam dan ia amat buruk.
    3. Toleransi, dahulu orang bukan Islam terutama yahudi lari ke negara Islam mencari kehidupan baru kerana mereka di seksa dan dibunuh di negara kristian, di negara islam mereka dianggap ahlil kitab. Kini orang islam lari ke Australia dan negara barat atas sebab yang sama iaitu toleransi, ekonomi dan maju.

    Hudud bukan rukun . Islam lebih menekankan nilai dan akhlak. Alangkah lebih baik negara Islam dikenali sebagai negara tarbiah daripada negara hukuman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju. negara2 maju tak sibuk pun nak hudud

      Padam
    2. Insyaa Allah

      Padam
    3. http://unclemajid.blogspot.com/2015/03/hudud-hukuman-rejam-pencerahan-terbaik.html

      Padam
    4. Anon 5.26

      Terima kasih, dah pernah baca, saje nak kc panas ustaz2 graduate dari ceramah politik kt sni.

      Padam
    5. https://m.facebook.com/notes/syahirulcom/nota-mudah-memahami-hukum-hudud/445537942148184

      Padam
  4. hudud bukan sekadar hukuman la.
    ia merangkumi semua aspek.
    ko ingat bila sebut pasal hudud je msti potong tangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ko huraikan lebih lanjut.

      Padam
    2. Tolonglah ustaz saya mushkil, bagaimana hudud membantu ekonomi orang islam? Bawalah saya dari kegelapan kepada cahaya.

      Padam
    3. hudud tu undang2. pasal ekonomi ada bab lain dalam islam. aku tanya kau, bagaimana mengucap dua kalimah syahadah dan solat tu boleh membantu ekonomi orang islam? kalau ia tidak boleh bantu ekonomi pun, itu adalah ibadah yang kita perlu buat demi Tuhan. ekonomi adalah antara manusia dengan manusia.

      senang cerita, soalan ko bodoh.

      Padam
    4. Tadi cakap merangkumi semua aspek, jadi aku tanya lah camne. ustaz ape ni akhlak buruk

      Padam
    5. Kalu ko terangkan bukan rugi pun.. kurang2 bertambah seorg penyokong hudud drpd ko ego mcmni ustaz ape ko ni.. mkn gaji?

      Padam
    6. aku bukan anon 9:28 pg tu... aku pn bkn ustaz.. ko je yg pandai2 gelarkan org lain ustaz. nk sgt penjelasan pergi tya ustaz kazim sana

      Padam
    7. Ko yg cakap hudud bukan sekadar hukuman tapi merangkumi semua aspek bukan ustaz kasim cakap. Ko la yg terangkan kt ktorg. Apa rugi ka kalu berbudi bahasa?

      Padam
    8. Biase r..mak bapak die ajor camtu..mna tumpahnya kuah....

      Padam
    9. Saudara Tanpa Nama 12.04pm, jawapan saya mudah.... Iqra... baca dan cari ilmu mengenainya, bukan setakat kita saling cakap kosong seperti orang tidak mahu berfikir. Memang golongan inilah yang digemari oleh berkuasa, tidak mampu berfikir dan menerima apa sahaja corak kehidupan yang disogokkan, sebab itulah negara kita penuh dengan hiburan, internet bebas, konsert, disko dan sebagainya...

      Padam
    10. Boleh x ustaz huraikan cene hudud merangkumi pelbagai aspek bukan hukuman saje?

      Padam
  5. Dengar cite LKS nak DAP join BN.. demi mempertahankan perlembagaan. So geng PR & BN.. mcm kena game kan.. Pecah tembelang permainan politik bangang Malaysia ni.

    BalasPadam
  6. Info yg sy dpt sblum ni.....dlm ceramah PRU13 atau PRU12 sekalipun...dlm ceramah kpd org melayu x kira PAS atau PKR, hudud adalah satu janji yg akan diperjuangkan...tp bila gi ceramah kpd non muslim, mereka memberi jaminan yg hukum hudud xkan dilaksanakan sbb dah ada perjanjian dlm perbincangan PR sebelum ni. Menang dulu PRU baru yg lain leh adjust.

    Tp apa sy nmpk, isu ini mula berbangkit dgn serius semenjak DSAI start masuk jel...so semua buat kepala masing2. Smpi isu hudud lagi kuat kencang dr isu GST. Mmg sy nmpk non muslim takut hukum hudud dilaksanakan sbb fobia dgn undang2 Islam n liberal mereka....tp kpd yg muslim pun ikut senada dgn mereka...buatkan sy garu kepala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tau lama dah
      depan muslim melayu cakap lain
      depan nonmuslim cakap lain
      biasa la parti suka buat fitnah dan menipu...
      lepas tu selindung balik kepiah dan tudung labuh serta Islam..

      Padam
  7. Jadikan brunei sbg contoh ... Ekonomi mantap, rakyat mewah , then bru buat hudud ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sultan malaysia ni ada ke mcm sultan brunei. masing2 dgn kepala masing2.

      http://blogpetua.blogspot.com

      Padam
    2. lol hidup macam alkafirun sistem ekonomi alkafirun pastu nak tunggu semua orang sifat mcm malaikat baru nak laksana hudud wow...tak kira, aku sokong hudud dilaksanakan.. tapi yang diamanahkan untuk melaksanakan perlu la betul2 amanah nak lasanakan... dan berperingkat?

      Padam
    3. Alternatif menaikkan ekonomi umat Islam bukanlah dengan bersaing dengan mereka didalam sistem yang sama iaitu kapitalis, memang umat Islam tidak akan berjaya. Yang perlu diubah akan sistem pasaran islam yang bebas dan adil yang dikawal oleh pemimpin yang takutkanlah Allah dan senantiasa ingat akan tanggungjawab sebagai pemimpin, bukannya pemimpin yang hanya mengenyangkan perut sendiri dan juga perut-perut anak beranak dan kroni. Itulah sahaja jalan penyelesaiannya. Ya untuk itu banyak yang terpaksa dikorbankan termasuklah rumah teres dua tingkat yang telah ditempah melalui pembiayaan perbankan Islam dan sebagainya, akan tetapi antara mendapatkan nikmat dunia untuk diri sendiri atau menjaga kebajikan seluruh masyarakat, saya lebih rela menepikan yang pertama.

      Padam
  8. Hudud untuk musnahkan PR

    KEDEPAN

    BalasPadam
  9. Slm. Anon 9.02 pagi. Kalu nak ambil Islam ambil semua bukan bersyarat. Yang ambil sebahagian tu Yahudi,, Nasrani. Usaha PAS tu sebab tanggung jawab dia sebagai pemerintah Kelantan dia wajib jalankan. Kita sebagai muslim kenalah sokong, kalau tak betul perlaksanaan kena lah bantu betulkan. DAP, MCA tu ramai bkn muslim, jadi mestilah menentang tapi yang muslim menentang sebab tak paham ke sebab tak yakin hukum Allah. Hati2 beri pendapat sebab boleh menbawa ke syirik. Aku yakin yang hudud tu baik sebab dia hukum yg Alah bagi dan akan berusaha untuk memastikan ia berjalan sempurna. Memang banyak kurangnya kita berbanding dengan bukan Islam tetapi mslh utama ialah Muslim yg menentang disebabkan jahil dan menggunakan standard dunia utk perbandingan, bkn standard Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aik...dari 23 tahun lepas bila time pilihanraya manjang nak hudud je....tak pernah buat.
      tetiba kali ni buat sebab nak tarik sokongan orang melayu Islam.
      biasa la dah makin tak ramai orang sokong pas dan pr sebab menipu.komunis pun pejuang kemerdekaan kan,bagi geran kat melayu 99 tahun saja kat cina bagi sampai 999 tahun.orang umno kapir orang pas je yang Islam.menipu pasal mahligai mahathir,mahathir tengok video lucah dengan cucu,mahafiraun...mahazalim..ladang rakyat pun melingkup,lebuhraya kelantan,stadium Islamik pun dah senyap...projek kambing jamnapari dah lesap..duit derma Memali pun hilang,kohilal melingkup..
      tetiba kali ni nak buat hudud semata nak orang sokong balik parti liPAS.
      macam chibai je

      Padam
    2. Lepas x dpt counter hujah terus jatuhkan hukum syirik mcm hukum tu kepala ayah die yg punye. Pada aku hudud ni politik je. Klu baca sejarah islam xde pun ditekankan sgt. Klu org islam tulis die tekankan akhlak dan nilai kalau kapir tulis sejarah islam die tekankan sumbangan sains dan teknologi islam kpd dunia. Kedua2nya pas xde. So dorg korek klua hudud utk buat modal.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.