Halaman

Isnin, 23 Mac 2015

Bersama jadikan Malaysia semakin maju dengan GST

Alhamdulillah tak sia2 aku undi BN dulu. Dengan GST semua orang kena menyumbang kearah kemajuan negara. Kalau dulu yang kaya je kena menyumbang, kini yang kurang kaya, miskin, termasuk juga pelajar sekolah dan universiti pun perlu menyumbang walaupun mereka masih belum ada pendapatan sendiri dan cuma ada pinjaman PTPTN je. Kita semua patut bangga sebab boleh sama2 berbakti kepada negara dengan adanya GST.

Bersama kita menjadikan Malaysia bertambah maju dan kuad.


Sobri Anuar: Assalamualaikum.

Tok GST @ Abu Bakar Omar: Waalaikumsalam.

Sofi Jikan: Tok, GST ni apa cerita tok? Panas sekarang ni.

Tok GST: Ape pulak panasnye? Cume kite je yang tak jelas..!
GST adalah 'Cukai Barangan dan Perkhidmatan'; penambahbaikan kepada sistem cukai yang sedia ada.

Sofi Jikan: Maknanya GST ni akan menggantikan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan)?

Tok GST: Betol ! Satu cukai, untuk semua. Kalau SST dulu cukainya 16%, GST cuma 6%. Bukankah ini untuk kebaikan pembangunan negara.

Sobri Anuar: Baik apanya tok, harga barang SEMUA naik ni?

Tok GST: Anggaran kenaikan harga barang cuma 10%. 40% harga barang akan turun. Selebihnya kekal sepertimana sedia ada. Tidakkah ini akan memberi pulangan balik kepada pengguna.

Sofi Jikan: Maknanya cukai;
- Pendidikan
- Kesihatan
- Perumahan
- Pengangkutan
Semuanya (ini) akan dikecualikan?

Tok GST: Lebih menarik lagi, tariif elektrik, 200 unit penggunaan pertama adalah percuma.

Sobri Anuar: Jadi maksud SEBENARNYA hampir kebanyakan harga barang, turun?

Tok GST: Iya, selaras dengan dasar pembangunan negara.

Sobri Anuar: Kalau yang TURUN LEBIH BANYAK daripada yang naik, bagi manfaat pada semua orang, saya setuju sangat tok..

Jadah haram apa yang banyak yang turun? Pusing la kat mana pun, lebih banyak yang akan naik sebab cukai ni semua orang kena dari pembekal, pemborong, peruncit sampailah ke pengguna. Malah barang2 yang dikatakan dikecualikan daripada GST pun, harganya pasti akan naik kerana kesan domino kepada barangan dan perkhidmatan lain yang berkaitan yang dikenakan GST.

Infografik berikut menunjukkan kos bagi sebuah ibubapa yang membesarkan anak2nya selepas pelaksanaan GST:







Sumber iMoney

Dipetik daripada Berita Harian, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula mengumumkan penetapan kadar tambang baharu bagi teksi dan kereta sewa berkuat kuasa serta merta, manakala bas ekspres mulai 15 Mei Tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20 hingga 67 peratus, manakala tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata penetapan kadar baharu perkhidmatan teksi dan bas ekspres berikutan berlakunya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan dan insurans.

Katanya, penetapan terpaksa dilakukan selepas kali terakhir semakan kadar tambang teksi dan bas ekspres pada tahun 2009.


Walaupun pengangkutan awam dikatakan tiada dikenakan GST, tapi tambang bas ekspress dinaikkan lebih daripada 20% dan tambang teksi dinaikkan antara 20% hingga 67%, walaupun kabinet minta SPAD tangguh kenaikan tersebut. Kalau macam ni lebih baik kenakan je GST pada pengangkutan awam, sekurang2nya cuma naik 6% je.

Alasan dinaikkan tambang2 tersebut adalah kerana kenaikan kos termasuk penyelenggaraan dan insurans, di mana kedua2nya ini dikenakan GST. Dari situ kita boleh nampak kesan domino pada barang yang dikecualikan GST di mana ia pasti akan naik juga kerana barang dan perkhidmatan lain yang berkaitan dikenakan GST.

Dan dengan berkecualinya sesetengah barang2 dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada kena GST 6%, sebenarnya ia lebih bermasalah kerana harga barang dan perkhidmatan tersebut boleh naik dengan lebih banyaknya melebihi 6% sepertimana tambang bas ekspress dan teksi itu.

Nampak, macam sial kan permainan dia?

Perenggan pendahuluan kat atas tu hanya sarkastik bodoh aku. Sejujurnya aku benci gila dengan dasar yang dibuat kerajaan BN ni yang tidak habis2 suruh rakyat tanggung kegagalan mereka, namun aku pasti sampai bila2 pun rakyat akan terus bagi mandat untuk mereka memerintah dan sanggup untuk terus diperbodohkan kerana kita tiada alternatif yang lebih kuat dan mantap daripada mereka.

Mahu mengharapkan gabungan PAS, PKR dan DAP? Sekarang ni pun bagai retak menanti belah je. Bagi aku, BN hanya boleh dikalahkan dengan satu cara sahaja, iaitu wujudnya satu lagi gabungan parti yang modelnya berdasarkan formula yang sama seperti BN, iaitu gabungan parti2 mengikut kaum (Melayu, Cina, India dan pribumi Sabah Sarawak) yang mana ia boleh disokong oleh semua kaum dan agama, serta menjadikan sebuah parti Melayu Islam sebagai parti yang mengetuai pakatan dan dominan, namun dasar dan ideologi dan perjuangan gabungan masih sama.

Kalau lawan BN adalah model gabungan PR sekarang yang hanya bekerjasama untuk jatuhkan BN tapi masing2 masih ada ideologi dan agenda masing2, maka sampai bila2lah rakyat akan sanggup memilih parti yang mendungukan mereka. Hanya semata2 untuk ajar BN atau turunkan DS Najib, aku sanggup pangkah PAS, PKR, DAP, hatta calon bebas sekalipun sebab itu sahaja pilihan dan alternatif yang aku ada, tapi adakah mereka yang pro-BN dan atas pagar ni juga sanggup?




tags: iklan gst sofi jikan abu bakar omar sobri anuar tv cost of parenthood imoney tambang bas ekspress teksi naik spad

26 ulasan:

  1. PR juga sama. Br shj memegang kuasa beberapa buah negeri selama beberapa tahun tapi sudah penuh dengan korupsi, salah guna kuasa dan kronisme. Br beberapa tahun tapi dah berbilion duit dilarikan. Rakyat Malaysia sudah tiada pilihan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xkira la PR tu sbb dia bukan pegang putrajaya..ni gov la..dia yg implement act and law..Kalau rakyat xnk pon da gov nk wt so Bende tu akan implement jugak..xyah dok spin kroni2 la..ni masalah utk semua rakyat baik miskin baik pon yg kaye

      Padam
    2. http://www.amenoworld.net/2015/03/protes-anti-gst-tawan-kastam-kelana-jaya.html?m=1

      Padam
  2. Orang2 kampung mana kenal isu kenaikan barang...Duduk aman sentosa di sana. Golongan penduduk camnilah parti pemerintah kerap jadikan orang kampung sebagai kambing hitam.

    BalasPadam
  3. dah tengok jadual tambang komuter baru. mostly naik harga hampir 50%. kotelah maslan kata gst x naikkan harga pengangkutan awam

    BalasPadam
  4. orang kampong kene spin dgn mediaprima...arini marah kat najib,esok lusa bila najib bagi pulus skit xjadi dah marahnya.....pastu mediaprima plak spin kata najib bagus...mcm tu la seterusnya..

    -petai

    BalasPadam
  5. Paktan Rakyat pn ngaku akan laksana GST jugak.. Sama jer.. Pakatan sndiri pn akui GST lebih efisien dan telus.

    Tp sbb skrg parti seteru yg buat, jd sekarang bantah la. Boleh jd modal dan leverage..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk laksanakan bole Tp kene kena la dgn masa dia..ni dala nilai RM jatuh Pastu bnyk lak hutang..main lepas tgn je

      Padam
    2. gst kt malaysia sekarang ni mengarut...cukai yg membebankan rakyat..pegi supermarkt nk cari brg yg turun harga mcm xjumpa je..harrr betol...gaji rakyat xnaik pon...klau ade naik pn brapa ringgit sgt..ahli dewan dpt naik gaji 50%++ psal tu dorg sebok suruh org sokong gst..cuba potong gaji dorg utk tanggung gst ni...agak2 dorg melalak x...ape pon xbole...

      Padam
  6. GST ni akan susahkan rakyat yang terdiri dari pengguna.Bayangkan kalau harga barang elektronik naik, yang sakit pembeli la..Penjual masih ok lagi, stok barang datang lebih mahal, jual je la lebih mahal.. Yang kena tanggung semua last sekali pengguna.

    BalasPadam
  7. Laman web imoney.my tidak mengambil kira penghapusan cukai SST 10% (yg sedang dikenakan sekarang dan bakal dihapuskan) dan hanya menyatakan pemakaian 6% GST sahaja.

    BalasPadam
  8. Iklan tu tak mention pun pasal tindak balas berantai yang diakibatkan oleh certain-certain barang yang dikenakan GST. Teori ekonomi mana la yang diorang pakai untuk educate rakyat ni. Dungu betul.

    BalasPadam
  9. Bro Noob, aku suka GST dan aku yakin ramai seramai 40% rakyat sudah tentu menyokong dan menyukai GST. Penjual biasa takkan kenakan GST 6% kepada pembekal, pembekal akan kenakan GST 6% kpd pemborong, Pemborong kenakan GST 6% kepada peruncit. Maka GST 6+6+6 = 18% sampailah ke pengguna. Wah..lagi banyak GST kpd pengguna, akhirnya pengguna untung 3x ganda hasil GST bertalu2 dikenakan oleh orang tengah.

    Ini cukup bagus, yang aku tak puas hati cuma 18% saja yang pengguna kena. Jika GST kepada pengguna mencapai 60%, sudah tentu kita akan jadi kaya-raya dan boleh beli cincin 24 juta dengan mudah dan cepat. Ini sungguh mengecewakan. GST 6% memang cukup kecil untuk mempercepatkan rakyat kaya.

    Tahniahlah kerajaan BN dengan perlaksanaan GST ni. Semoga dipercepatkan naik lagi GST menjadi 90%..amin amin ya robbal-alamin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan nampak di situ, peniaga tu la yg sebenarnye yg tamak dan buat salah.

      Padam
  10. Makin parah hidup kitorg sbgai student...semua kena cukai pdahal kitorg bukan ada sumber pndapatan..hrap pd mak ayah dgn pinjaman PTPTN..nk balik kg utk cuti sem pun kna fkir 2 3 kali..tu x trmasuk dgn praktikal lagi..gerak skit,duit kluar..t.kasih pemimpin kerana letak rakyat marhaen dlm keadaan mcm skrg

    BalasPadam
    Balasan
    1. beli hp mahal...layan secret recipe,nandos....belanja awek tengok wayang tetiap hari tak plak pikir duit habis...
      tetiba bab GST perasan konon ditindas
      gi la buat demo depan sogo lagi...baru la kitalawan

      Padam
    2. BURN!!!! huhuhuhu

      Padam
  11. BN = Barang Naik = Price Rise = PR

    BalasPadam
  12. "Bersama kita menjadikan Malaysia bertambah maju dan kuad"

    Tapi, saia taa kuadd :D

    Pemimpin tua2 dan totok2 dalam BN sila berambus..bagi yang muda dan cergas2 ni mentadbir..sebab anda memang bodoh mentadbir malaysia..hmm, kenapalah menteri malaysia ni bodoh2 belaka..sampai sekarang aku tak dapat cari root cause kenapa pemimpin malaysia mcm ni..

    kenapa takde yang wise mcm mahathir dan zuhud mcm tok guru digabungkan?why?why??

    BalasPadam
    Balasan
    1. sbb politician semuanya bodoh. sekolah pn sampai darjah berapa jer.. benda2 penting pun tak fasih: ekonomi (mikro, makro & antarabangsa), geopolitik, diplomasi, keselamatan, jgn hrp diorg ni fhm apalagi nak urus.

      pengikutnya lg la bodoh. sanggup diheret melalak dijalan-jalan, berguling tengah jln n kena tgkp sbb ggu ktntrmn awam, pastu ade sape2 amik tau n bela. ada kena bela? pergi mampus la ko, keluarga ko n masa dpn ko..

      Politician2 (dua2 geng ni) terus makin kaya n hidup sedap, manakala pengikut2nya terus jadi taik dan dimacaikan selagi boleh, dan idup mereka xberubah pn.

      Padam
    2. Salam 1rasuah ,

      Di luar negara,
      Ada gst tapi hiway tanpa tol,
      Minyak mahal tapi harga kereta dan tambang pengangkutan awam murah (subsidi kerajaan),
      Pendidikan kena bayar tapi tenaga pengajar pandai, tak perlu tuisyen.
      Universiti hasilkan engineer, doktor, saintis, usahawan dan pekerja am.
      Degree berasaskan kepandaian dan merit sepenuhnya.
      Kilang banyak tapi untuk rakyat,
      Untuk servis tertentu kerajaan rakyat bayar melalui cukai tak perlu bayar kpd swasta.
      Bayar kabel tv tak perlu tengok iklan.

      Di Malaysia ,
      Ada gst hiway masih bertol.
      Minyak mahal harga kereta mahal, tambang mahal (makan keliling).
      Pendidikan kena bayar tapi tenaga pengajar SPM teruk, kena ambil tuisyen (2x bayar).
      Universiti hasilkan pekerja gomen atau penganggur tunggu keja gomen.
      Degree berasaskan kuota kaum, senioriti atau tidak berkaitan dengan kepandaian langsung.
      Kilang banyak tapi untuk pendatang.
      Rakyat bayar cukai untuk gaji pekerja gomen dan bayar myeg juga (2x bayar).
      Bayar bil astro tapi iklannya macam tv3.

      KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

      Padam
  13. memancing?
    Makan?
    kedua nya la di BB Joran Restoran Terapung

    BalasPadam
  14. setiap duit yang saya bagi untuk GST
    saya tak akan halalkan dunia akhirat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo harga barang turun mcm mana pulak? Yg tax sales & services selama ni kena caj, halal ke tak? Tunggu & lihatla dulu.. kalo sah2 membebankan rakyat lepas GST, kita tukar ;)

      Padam
  15. Noob...Ha ha ha..

    Aku pun bukan sokong sangat GST ni..tapi point yang bagus GST ni depa pukui keliling...orang miskin, orang kaya, warga asing, PATI semua kena cukai...kalau dulu 2 juta PATI tak kena cukai..sekarang dah kena GST..Kalau dulu Mamak/restoran simply charge service charge..sekarang ni tak bulih (sebab kalau mau GST pelanggan/consumer kena register dulu) ha ha ha.

    Cuma yang tak bestnya..ramai yang tak faham GST, pasal system dia to complicated..jadi kena hire con sultan...jadi kos bertambah..kos ni depa bill kat pengguna...ha ha ha..apa yang ko merapik ni...

    Pokoknya..GST mencukai semua orang, Hanya perniaga Berdaftar aje boleh Charge GST kat pelangan. Walaupun GST adalah cukai ganti Sales and Service Tax tetapi GST turut mencukai barangan/perhidmatan yang sebelum ini tak pernah di cukai...ha ha ha.

    BalasPadam
  16. Tunggu n lihat...............tp mmg anticipate domino effect barang naik.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.