Halaman

Sabtu, 21 Mac 2015

Punca calon berpengalaman tinggi gagal temuduga SPA

Calon berpengalaman tinggi gagal temuduga SPA kerana tiada “kabel”?

Ramai calon yang sering gagal temuduga atau mungkin tidak dipanggil untuk temuduga sebagai penjawat awam. Kita sering mendengar keluhan mereka tentang kerajaan yang pilih bulu dan berat sebelah. Alasan yang sering diberikan ada tiada kabel (individu berpengaruh).

Ada yang menuding jari pada panel dengan memilih kroni mereka bagi kekosongan pekerjaan ini. Ada juga yang berpendapat, menghadiri temuduga itu hanyalah sekadar untuk cukup syarat sahaja, dan sudah ada calon yang dipilih awal.

Ada juga calon temuduga yang membawa surat sokongan menteri supaya peluang untuk bekerja di sektor kerajaan lebih cerah.

Adakah ini hanya alasan apabila nasib tidak menyebelahi mereka? Ataupun ia memang wujud dalam pengambilan penjawat awam di Malaysia yang dikenali sebagai Suruhanjaya  Perkhidmatan Awam (SPA).


Ramai orang kata kalau mahu masuk bidang kerja di sektor awam perlu ada kabel. Tentunya bukan “kabel wayar”, tapi ‘orang dalam’  atau orang yang berpengaruh yang akan memudahkan calon temuduga terpilih bagi jawatan tersebut.

Sejauh manakah kebenaran ini?

Sekiranya ia benar, pastinya ia berat sebelah! Jawatan yang sepatutnya dimiliki oleh mereka yang berkelayakan dapat kepada orang yang tidak jujur.

Saya pun akan marah! Saya juga antara calon temuduga dan pernah menghadiri ujian penilaian untuk jawatan “Pereka Gred B27”  pada tahun 2013.

Bagi saya, segala urusan berjalan lancar dan saya tidak ada masalah dalam ujian yang diberikan. Saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Grafik, Seni Lukis dan Multimedia.

Tambahan pula, saya juga mempunyai pengalaman selama 6 tahun dalam bidang ini selain pernah menjadi tenaga pengajar secara kontrak di sebuah institut pengajian tinggi awam di Negeri Sembilan. Namun saya menerima e-mail dan pihak SPA hanya menyatakan saya gagal, tanpa menyatakan sebabnya.

Saya tertanya-tanya, adakah mereka tidak berminat pada calon yang berpengalaman?

Saya menganggap ini semua bergantung pada nasib dan rezeki. Saya bersikap optimis dan sedar kejayaan itu bukan datang dari satu peluang tapi lebih daripada yang kita fikirkan. Yang penting usaha dan tawakal.

Apa yang boleh saya katakan, jika budaya “kabel” ini memang wujud, ia akan menghancurkan kredibiliti mana-mana jabatan dan organisasi. Disebabkan tindakan mereka, ramai merasa tawar hati dan dianiaya. Ini telah menimbulkan persepsi buruk di kalangan pemohon kerja di sektor awam.

“Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga”.

Persepsi ini sangatlah meluas, sehingga ada yang berkata, “Macam mana nak dapat kalau tiada kabel. Lainlah si polan itu, ada kabel besar!”

Apabila gagal saja, inilah yang akan mereka katakan. Namun siapakah yang harus dipersalahkan – calon-calon ini atau pihak yang terus mengamalkan budaya “kabel”?

Akan tetapi adakah dengan adanya “kabel”, kedudukan anda sudah terjamin?

Sama sekali tidak! Berdasarkan pemerhatian, “kabel” hanya berkesan bagi jawatan peringkat rendah, misalnya pegawai pentadbiran dan kerani. Ini berdasarkan pemerhatian saya dan cakap-cakap orang. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan.

Ada juga saya dengar yang melibatkan calon yang mempunyai saudara-mara berpengaruh atau “orang dalam” di sektor awam. Saya tidak terkejut jika ada kakitangan yang satu pejabat dengan saudaranya. Inilah hasil menggunakan “kabel”.

Namun adakah semua penjawat awam yang memiliki “kabel” berjaya dalam permohonan mereka?

Sudah tentu tidak. Sebenarnya, kebanyakan penjawat yang dipilih adalah berdasarkan kebolehan dan kelayakan mereka. Jika semua jawatan diberikan kepada orang yang tidak layak yang memiliki “kabel”, bagaimana pula sesuatu organisasi dapat berjalan, bukan?

“Kabel” atau bukan, soalan saya kekal sama: Adakah anda akan cuba mendapatkan pekerjaan melalui jalan yang tidak jujur? Sedangkan ia mungkin menjadi sumber rezeki anda seumur hidup?

Kawan saya yang bernama Mohd Fauzan juga  pernah memohon untuk berkerja di sektor awam. Dia pernah mengeluh kepada saya, “kenapa semua sibuk kerja kerajaan, banyak lagi peluang di luar. Aku lulusan universiti juga, tapi pelik semua sibuk nak kerja kerajaan.”

“Rezeki masing-masing. Aku pun pernah juga ke temuduga SPA. Apa keputusan yang diterima saya akur dan percaya Tuhan sudah aturkan yang terbaik untuk makhluknya. Bekerja di sektor swasta lebih banyak peluang untuk berkembang, malah gaji pun lumayan.”

Mohd Fauzan kena bekerja di salah sebuah syarikat swasta di ibu kota dan dia bersyukur kerana pendapatannya jauh lebih tinggi berbanding jawatan yang pernah dia mohon dalam sektor kerajaan dahulu.

Biarkanlah orang lain dengan ‘kabelnya’. Usah terlalu memikirkannya kerana ia hanya memberikan perasaan tidak puas hati dan kecewa kepada diri anda. Lapangkan dada untuk meneruskan kehidupan yang dianugerahi dengan pelbagai sumber rezeki melimpah ruah dari Tuhan ini.

Peluang sentiasa ada menanti.

Tulisan oleh Shahful Shafiq di The Ant Daily.





Artikel di atas memberi gambaran yang untuk mendapat kerja dalam kerajaan perlu mempunyai kabel, namun sejauh manakah kebenaran tersebut? Berdasarkan pengalaman aku yang pernah menjalani temuduga SPA suatu ketika dulu, serta input yang aku dapat korek sendiri daripada rakan2 aku yang bekerja di sektor awam dan pernah menjadi ahli panel penemuduga jawatan di SPA, aku akan senaraikan beberapa punca kenapa calon berpengalaman tinggi gagal temuduga SPA.


1. Penemuduga tidak tahu calon yang ada kabel

Kebiasaannya panel penemuduga yang menemuduga jawatan di SPA tidak tahu pun calon manakah yang mempunyai kabel, calon manakah yang mempunyai kaitan rapat dengan orang penting dari kalangan pemimpin tertinggi serta pegawai kanan kerajaan kerana kebiasaannya ahli panel penemuduga di lantik dari jabatan dan agensi kerajaan yang lain di seluruh Malaysia.

Malah penemuduga tidak akan tahu pun siapa yang dia akan temuduga dan calon tidak akan tahu pun dia akan ditemuduga oleh siapa, melainkan calon temuduga membawa sendiri surat sokongan daripada menteri atau pegawai tertinggi kerajaan, ataupun ahli panel penemuduga sudah dimaklumkan calon2 yang mempunyai kabel besar.


2. Sudah ada kerja bagus, gaji besar, kenapa nak mintak kerajaan?

Ini adalah soalan yang biasa ditanya oleh penemuduga apabila calon yang ditemuduga sudah mempunyai pekerjaan tetap di sektor swasta serta mempunyai pengalaman bertahun2. Aku sendiri pernah ditanya begini sewaktu interview SPA dulu. Masa tu aku dah kerja di syarikat swasta selama 2 tahun. Memang dengar soalan tu rasa agak menyakitkan hati, tapi soalan dia sebenarnya agak relevan.

Ya lah, sudah ada kerja tetap di syarikat swasta, dengan gaji yang lebih besar berbanding di sektor kerajaan (ini masa 10 tahun lepas punya cerita), kenapa pula nak bekerja dengan kerajaan? Orang yang sanggup downgrade kerja dan gaji mereka hanya untuk kerja kerajaan biasanya hanya kerana nak dapat benefit kerja kerajaan seperti pencen, senang buat loan, hospital kerajaan dan kerja yang lebih relaks.


3. Kecemerlangan akademik merupakan kriteria utama

Untuk jawatan pegawai bergred 41 serta penolong pegawai bergred 29, hanya mereka yang mendapat pointer CGPA di peringkat degree dan diploma sekurang2nya 3.00 ke atas sahaja yang dipanggil untuk temuduga. Ini bermakna mereka yang berjaya temuduga dan diambil bekerja juga hanya mereka yang CGPA 3.00 ke atas.

Dan ini juga bermakna mereka yang bekerja di sektor awam yang menjadi pegawai dan penolong pegawai semuanya adalah insan2 terpilih yang bijak dan cerdik akademik sahaja, walaupun ramai yang sebenarnya hanya sekadar bijak atas kertas. So walaupun anda ada pengalaman bekerja 5 tahun dan punya macam2 kemahiran yang tinggi, tapi jika keputusan CGPA Ijazah Sarjana Muda anda waktu belajar dulu cuma sekadar 2.75, harapan untuk dipanggil temuduga oleh SPA amat tipis.


4. Anda perlu bermula semula dari awal apabila kerja di sektor awam

Walaupun anda seorang yang berpengalaman lebih 10 tahun di sektor swasta dan telah pun memegang jawatan sebagai Project Manager dengan gaji hampir RM10K sebulan, tapi sekiranya anda masuk bekerja di sektor awam, semua itu sudah tidak bermakna, kerana anda perlu bermula semula dari awal setaraf dengan budak fresh grad yang masih mentah dan tiada apa2 pengalaman.

Bagi yang ada degree yang memohon jawatan pegawai, anda akan masuk dengan jawatan gred 41, dengan tangga gaji paling awal, walaupun anda boleh mohon untuk pelarasan gaji selepas beberapa tahun. Taraf jawatan anda yang mempunyai pengalaman 10 tahun dan pernah bergaji RM10K sebulan sama sahaja dengan orang yang masuk sebagai fresh graduate. Senioriti anda berkhidmat di sektor swasta tidak akan diambil kira.

Oleh yang demikian, penemuduga biasanya tidak mempertimbangkan calon2 yang berpengalaman tinggi, bergaji besar dan berjawatan besar atas sebab faktor2 yang akan diceritakan di bawah.


5. Konflik kerja dan jawatan

Kebanyakan pegawai yang berpangkat tinggi masuk bekerja lebih awal di sektor awam, kebiasaannya sejurus selepas graduate atau setahun dua selepas itu. Mereka menjadi pegawai gred 41 ketika usia mereka sekitar 23 ke 25 tahun. 10 tahun selepas itu, ketika umur mereka 35 tahun, kemungkinan mereka sudah menjawat gred yang lebih tinggi seperti gred 48 atau 52.

Katakan seseorang yang juga sudah berumur 35 tahun, mempunyai 10 tahun pengalaman bekerja di sektor swasta sejurus selepas dia grad dari universiti, diterima bekerja dengan kerajaan namun terpaksa bermula awal di gred 41. Apabila dia yang sudah ada kemahiran yang tinggi hasil pengalaman kerjanya di syarikat swasta selama 10 tahun, namun terpaksa bekerja di bawah seorang bos gred 48 atu 52 yang umurnya sebaya atau mungkin lebih muda daripadanya, ditambah pula dengan kemahiran dan pengalaman yang lebih kurang daripadanya, pasti akan menimbulkan konflik dalam kerja dan tugasan apabila bos yang lebih muda dan kurang kemahiran memberi arahan kepada pekerja bawahannya yang lebih tua dan lebih tinggi kemahirannya.


6. Hilang motivasi, semangat dan kepuasan bekerja

Kesinambungan daripada konflik kerja dan jawatan di atas, maka ia boleh membawa kepada kehilangan motivasi, semangat dan kepuasan bekerja bagi pekerja yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi itu tadi kerana kesukarannya untuk mengadaptasi persekitaran dan budaya kerja di sektor awam yang sangat berbeza dengan swasta.

Sudahlah terpaksa mengikut arahan daripada orang yang lebih muda dan kurang kemahiran daripadanya, dia yang terpaksa membuat dan melakukan lebih banyak kerja berbanding pegawai atasannya hanya kerana dia lebih berpengalaman dan berkemahiran, namun gaji yang diterima langsung tidak setimpal kerana grednya yang lebih rendah berbanding bosnya, malah bosnya akan mendapat lebih banyak kelebihan kerana tempoh perkhidmatannya dalam kerajaan lebih lama berbandingnya.

Apabila sudah terlalu banyak dipergunakan oleh orang lain, maka pekerja yang asalnya mempunyai pengalaman, berkemahiran tinggi, bersikap positif, hebat, bijak, pandai, rajin, proaktif, akhirnya akan turut berubah menjadi seorang yang pasif, negatif, berkira dalam tugas, memberontak, tidak mahu menonjolkan diri dan tidak aktif, hanya kerana dia bosan dengan permainan politik dan budaya kerja dalam sektor kerajaan.


7. Calon yang berkemahiran dan berpengalaman tinggi bukan pilihan

Ahli panel penemuduga biasanya dipilih dikalangan mereka yang berjawatan lebih tinggi berbanding gred jawatan yang dipohon. Sebagai contoh, calon jawatan pegawai gred 41 akan dinilai oleh pegawai penemuduga yang bergred 44, 48 dan ke atas. Bagi jawatan penolong pegawai gred 29, pegawai bergred 41 sudah boleh menjadi penilai temuduga, dan bagi jawatan sokongan bergred 17, penolong pegawai bergred 29 pun layak menjadi ahli panel penemuduga. Dan kebiasaannya, pegawai yang menemuduga calon ini jarang mempertimbangkan orang yang kemahiran dan pengalamannya lebih tinggi daripadanya kerana salah satu daripada 2 sebab ini:

Pertama, mereka tidak mahu orang yang lebih berpengalaman dan berkemahiran bekerja di bawahnya kerana dikhuatiri akan lebih menonjol daripada pegawai yang sudah lama bekerja dengan kerajaan, malah mereka lebih sukar dikawal dan mengikut arahan kerana orang yang lebih mahir biasanya tidak suka menerima arahan daripada orang yang kurang mahir daripadanya walaupun orang itu ketuanya.

Kedua, mereka tahu budaya dan persekitaran kerja di dalam kerajaan amat berbeza daripada di swasta, dan jika mereka ambil juga calon yang berkemahiran dan berpengalam tinggi, kemungkinan besar bakat dan kemahiran mereka akan menjadi sia2 sahaja dan mereka akhirnya akan menjadi bosan dan hilang motivasi kerana realiti bekerja di sektor awam amat berbeza sekali daripada apa yang mereka harapkan.


8. Fresh graduate dan graduan lama yang masih belum bekerja lebih diutamakan

Maka bagi mengelakkan daripada berlaku masalah dan konflik yang dinyatakan di atas itu tadi, maka paneli temuduga ini lebih selesa untuk mengambil fresh graduate atau mereka yang sudah lama graduate namun belum ada pekerjaan yang tetap atau masih menganggur. Ini kerana walaupun mereka tiada pengalaman dan kemahiran yang banyak, tapi mereka lebih mudah dibentuk untuk mengikuti acuan persekitaran dan budaya kerja kerajaan serta lebih mudah dikawal dan mengikut arahan.

So jika anda mahu juga bekerja dengan kerajaan terutama bagi jawatan pegawai atau penolong pegawai, pastikan pointer CGPA anda di peringkat degree atau diploma melebihi 3.0 dan dalam resume anda jangan terlalu bombastik. Ingat anda mahu menjual diri anda untuk mendapat kerja kerajaan, bukan kerja di syarikat swasta. Jangan terlalu kurang, dan jangan terlalu berlebih2an, bersederhana sahaja.

Jika anda sudah lama bekerja di sektor swasta dan mempunyai gaji yang banyak melebihi dari gaji basic jawatan yang anda pohon, cakap sahaja anda baru kerja setahun dua, itupun kontrak bukan tetap, dan gaji rendah sahaja. Malah jika anda cakap anda masih belum bekerja, masih menganggur kerana jaga mak kat rumah pun, peratusan untuk berjaya temuduga lebih tinggi daripada anda cakap anda sudah bergaji RM5,000 sebulan.

Anda beritahu gaji sebenar anda pun tak guna sebab anda bukan boleh demand gaji yang lebih tinggi pun daripada gaji anda sekarang bila masuk kerja gomen. Lagipun penemuduga biasanya akan bagi peluang kepada mereka yang masih belum bekerja atau tidak mendapat kerja tetap lagi untuk ditawarkan kerja kerajaan, kerana orang yang dah kerja di swasta tu, sekurang2nya mereka sudah ada kerja.


* * * * * * * * * *

So dengan point2 yang aku tulis di atas tadi, jika anda seorang yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi, adakah anda masih mahu lagi bekerja dengan kerajaan?

Think again.

Baca lagi:



tags: punca calon berpengalaman tinggi berkemahiran mahir skill bijak pandai experience worker gagal temuduga interview spa suruhanjaya perkhidmatan awam kerana tiada kabel tips panduan teknik kerja kerajaan awam swasta gomen

19 ulasan:

  1. apply keje kjaan hanya kerana nak dapat benefit kerja kerajaan seperti pencen, senang buat loan, hospital kerajaan dan kerja yang lebih relaks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah tu. Yg betulnya apply kerja kerajaan sebab

      1. Senang mengular. Kul 8 mengular. Kul 10 mengular. Kul 12 mengular. Kul 3 mengular lagi.

      2. Senang nak dapat duit bawah meja. Nak urusan siap cepat? Hulur la bawah meja.

      3. Senang nak kaut project atas nama bumiputera. Kalau kau kerja kerajaan dan kau handle mana2 project kerajaan tentu kau nak kaut project yang boleh untungkan kau even though kau tak layak kan? Pekerja kerajaan bab untungkan kroni memang nombor 1. Dan alasan untuk cover line diorang ialah bumiputera...

      Padam
    2. Tanpa Nama 23 Mac 2015 12:13 PG

      Satu generalisasi. Aku xrs org mintak kerja kerajaan kerana sbb mcm kau ckp tu. Mrk ada sbb2 sndiri tp bukan utk salah guna kuasa cam ko ckp.

      Padam
  2. Rugilah kerajaan tidak ambil mereka yang sudah berkemahiran tinggi untuk bekerja dengan harga yang boleh dikatakan menarik kerana mereka inilah yang akan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan di masa hadapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambil mereka yang berkemahiran tinggi pun aku tak rasa kualiti perkhidmatan kerajaan akan meningkat. Nak tau sebab apa? Baca komen2 di atas 23 Mac 12.13 PG.

      Padam
  3. Xtau plak aku noob pernah apply gomen. Krik3 ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni cerita 8 10 tahun yang lepas. Masa tu semua kerja nak mintak sebab baru lepas grad dan takde kerja tetap lagi.

      Padam
  4. Memang susah nak dapat. Bagi aku kalau dah rezeki tak ke mana. Contoh adik aku dia tolak gomen sebab terikat dengan firma dia kerja. Habis kontrak gomen panggil dia balik. Aku rasa ni kes dalam berapa ratus ke ribu tak tahulah. In the end gaji dia lagi baik dengan gomen. Kalau katanya tak ambik orang berpengalaman tak jugalah kan sebab dia dah 8 tahun keje dengan private.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jawatan apa dia mintak? Dia mintak melalui permohonan biasa melalui SPA? Dia masuk gomen jawatan tetap atau kontrak? Mula balik gred 41 atau lebih tinggi? Jarang aku dengar orang dapat kerja jawatan tetap dengan gomen selain melalui permohonan SPA seperti yang dinyatakan kat atas.

      Padam
    2. Rule nak masuk gomen kena isi spa & interview. Ada setengah jawatan tu kena exam dlu, dh lulus exam pastu interview, ada yg kena masuk kolej dulu blajar contohnya skim perubatan & kesihatan, polis dan lain2 sebelum layak berkhidmat ..

      Aku xpnah dengar lagi staff private behenti keja jobless pastu tiba2 je di panggil oleh gomen keja dgn diorg melainkan ko anak menteri mcm nedim. Tu Special kes

      Kalo ko tolak tawaran ... Nama ko akan dibanned & gomen akan cari pengganti utk jawatan ko tolak tu .. Xdanya nk panggil blk.. Sbb senarai menunggu pun dh bratus ribu..

      Pengalaman aku interview gomen 10tahun lpas... Aku terpilih sebagai calon simpanan je. That mean kalo ada org tolak jawatan .. Gagal lapor diri apa2 je lah so calon simpanan akan di panggil. Aku terima je lah ni sebagai rezeki aku .. Xda kabel pun. P interview pun pkai kasut sport, xpkai stokin, tie pun xpkai ...

      Padam
  5. Mmg sejak dari kecil, ayah dan ibu aku x galakkan keje gomen. Sumer digalakkan buat kerja sendiri.

    Pertama tu spt semua tahu, kreativiti xder atau tersekat.

    Kedua, kene develop otak kanan kow2 tapi satu urat sel otak kanan pun tak digunakan dgn optimum.. hanya semata2 digunakan utk kawal perasaan semasa menjawat jawatan je.

    Ketiga, jika pandai sudah tahap gaban, tapi kene berpura2 jadi beruk, babun dan kambing pawah. Ada kawan aku yg terer komputer, tetiba time meeting, tanya pasal BIOS pun tatau sbb boss ada disebelah.

    Keempat, kita masih ditahap Dunia Ketiga dan terus kekal begini 15 juta tahun lagi. InsyaAllah.

    Kelima, kesemua rungutan2 seperti tulisan diatas adalah benar dan tiada siapa mahu mengubahnya hatta Allah Taala sekalipun.

    Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka -Ar-Ra'd:11-

    Oleh kerana tiada seorang pun mampu mengubah senario yg ada..masakan Allah nak bantu? Mmg tipislaaa..

    BalasPadam
  6. Point nombor 6 tu aku setuju sangat dan ia berlaku pada diri aku sendiri. Haha. Ada diploma bagai dengan skill coding untuk web development bagai tapi tak guna sebab gred gaji SPM. Moral down beb, tapi apa boleh buat, SAYA YANG MENURUT PERINTAH. Haha.

    BalasPadam
  7. Pekerja baru mesti lebih bodoh dari bos. Nanti kerusi bos tergugat kalu pilih calon yang berpengalaman tinggi.

    Kakitangan awam tak perlu orang cerdik sangat, sebab, kalau cerdik sangat, nanti lawan kerajaan plak.

    BalasPadam
  8. Salam 1rasuah ,

    Di luar negara,
    Ada gst tapi hiway tanpa tol,
    Minyak mahal tapi harga kereta dan tambang murah (subsidi kerajaan),
    Pendidikan kena bayar tapi tenaga pengajar pandai, tak perlu tuisyen.
    Kilang banyak tapi untuk rakyat,
    Untuk servis kerajaan rakyat bayar cukai tak perlu swasta.
    Bayar kabel tv tak perlu tengok iklan.

    Di Malaysia ,
    Ada gst hiway masih bertol.
    Minyak mahal harga kereta mahal, tambang mahal (makan keliling).
    Pendidikan kena bayar tapi tenaga pengajar SPM teruk, kena ambil tuisyen (2x bayar).
    Kilang banyak tapi untuk pendatang.
    Rakyat bayar cukai untuk pekerja gomen dan bayar myeg juga (2x bayar).
    Bayar bil astro tapi iklan macam tv3.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.heee

    BalasPadam
  9. Saya government servant dan saya agak sakit hati la klu ada sedara mara ke kawan-kawan kate saya ni ade kabel ape2 ke masuk?
    kejadah.. bukan semua ye... macam dalam entri sedara ni.

    Ia bergantung kepada interviewer actually, kadang dia nak tengok cara kita berkomunikasi dan lain-lain faktor.

    Dan saya rasa guna "kabel" tu bukan golongan majoriti dalam government sebab rakan-rakan setugas saya pun masuk government tanpa "kabel" mana-mana pun. Atas usaha mereka sendiri.

    BalasPadam
  10. Skg ni SPA siap ada online test..calon yg ada kabel..especially ada kluarga tercinta yg keje dgn krajaan or mana2 jbtn pon x aci. Boleh lak jawab sama2. Tak telus pengambilannya! Soalan pon tanya pasal pengetahuan am yang boleh google..typing skill laju terus leh dpt jwpn dpt lak kalau ada pembantu kat sblh..lagilah mudah!

    Masa temuduga mgkn kabel dah x guna dah..tapi stage awal..online test ni, tak mustahil benda2 kabel mengabel berlaku. Share soalan bocor even klue2.

    Cuba lah buat test yg tahap gaban sikit dimana lg telus dan tapisan sokln menguji mcamna seseorang candidate berfikir secara kritis.

    Soalan math pun bagi masa sikit je nak jawab dgb xde lakaran lagi dah ambik masa dah org nak melukis.

    Then soalan tak ikot sangat standard spm..diplama dan sbgainya. Gunakan lah jgk pengetahuan candidate yg depa belajar kat university. Tgk tahap tu jgk. General kan..barulah tahap test terbaik.

    BalasPadam
  11. Salam nk tny la.. klo cntoh sy tgh mengelar panel temu duga dgn gelaran 'akk' adkah prmhnan sy akn trus d tolak? Myb x sdar sbb da trbiasa.. n panel pn layan kn je๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    BalasPadam
  12. Saya dulu memang ingat untuk masuk kerjaan, perlu ada kabel. Rasa memang takkam dapat kalau setakat apply online melalui spa. Ahli keluarga sy hampir semua pernah apply dan beberapa tahun kemudian pun still xda apa² jawapan. Yang paling bernasib baik pun, pernah dapat pergi ujian, lepas tu tak berjaya dapat pergi interview.

    Tapi jangan ketepikan kuasa doa dan menuduh sana sini tanpa bukti yg kita betul² nampak. Kita tak nampak depan mata apa sebenarnya yang berlaku. Bercakap pasal 'kabel' dan 'berat sebelah' seolah² kita menuduh ahli² yg berkaitan dan boleh jadi fitnah kalau benda tersebut tak betul.

    Maaf, sy bukan pro kerajaan. Ini atas pemikiran positif dan tidak berat kemana² pihak. Sebab apa? sebab sy pernah apply kerja kerajaan melalui spa. Walaupun dalam hati waktu tu fikir jugak 'dapat ke ni? berapa ramai pulak yg apply jawatan ni? aku dah la takda kabel langsung'. Tapi selepas beberapa bulan, sy dipanggil interview dan dua bulan lepas itu sy dipanggil mendaftar diri sebagai kakitanga awam. Saya berjaya. Ada sy guna kabel? jujur, tak langsung. Kena percaya, semuanya kuasa Tuhan. Tuhan tunjukkan sy supaya jgn bersangka buruk.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.