Halaman

Ahad, 1 Mac 2015

Panduan menggunakan tandas awam dengan bijak

Masalah yang selalu dihadapi bila pergi ke tandas awam di Malaysia adalah orang kencing dan berak tak flush, ada kesan tapak kasut kat mangkuk tandas duduk, lantai yang basah lenjun, flush yang rosak, tiada tisu tandas dan tiada penyangkut seluar. Oleh sebab rata2 pengguna tandas awam ni boleh tahan bodoh dia, so aku terpaksa buat tips dan panduan untuk menggunakan tandas awam demi kesejahteraan semua.

Sumber gambar

1. Kalau nak buang air besar atau berak, check dulu tandas apa yang korang guna. Kalau tandas cangkuk, maka korang kena bercangkung. Kalau tandas duduk, korang kena DUDUK, bukan CANGKUNG atas mangkuk jamban tu, baik dengan berkasut mahupun tanpa kasut. Rasa geli peha dan bontot anda akan terkena pelapik mangkuk tandas sebab ada sisa2 air kencing orang lain kat situ? Basuh dan sembur la kesan air kencing tu pakai air paip, kemudian keringkan pakai tisu tandas atau lapik pakai tisu, lepas tu duduk!

Kalau korang cangkung jugak atas tu sampai pecah lalu bontot korang terkoyak, aku tak peduli. Aku cuma tak suka nak bersihkan tapak kaki atau kasut korang kat mangkuk tandas tu.


2. Kalau nak kencing, pergi kencing kat mangkuk kencing (urinals) yang disediakan tu. Kalau malu orang sebelah tengok atau tak nak kencing berdiri, pergi kencing dalam tandas. Dan sekali lagi, ikut panduan no 1. di atas semula. Nak kencing cangkung guna tandas cangkung, nak kencing duduk guna tandas duduk.

Tapi jangan pula korang masuk tandas cangkung atau duduk pun korang nak kencing berdiri jugak, tu yang air2 kencing bersepah merata2 kat tepi2 mangkuk tandas. Nak kencing berdiri kencing je lah kat luar tu kat mangkuk kencing berdiri. Atau bersihkan sisa2 air kencing anda di bibir2 mangkuk tandas tu.


3. Air kencing dan taik anda adalah milik anda sendiri, dan anda yang sepatutnya menguruskannya sendiri, bukan orang lain. Lepas kencing atau berak, sila bersihkan, jirus, sembur dengan air dan flush. Kalau flush rosak, takung air dalam baldi dan jirus ke dalam mangkuk tandas atau sembur dengan paip air sampailah tahi anda hilang dari penglihatan. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyumbang ke arah tandas awam yang kotor dan jijik.


4. Mangkuk tandas duduk seperti gambar di bawah perlu menjadi standard dan piawai kepada semua tandas awam. Bukaan mangkuk jamban yang lebar serta air paip terus pancut dari bawah yang juga dipanggil bidet untuk memudahkan proses basuhan atau mencebok. Tak perlu letak air paip getah dalam tu. Dengan cara ini, bukan sahaja mudah nak cebok malah permukaan lantai juga tidak akan basah lenjun.


5. Dan ini pula adalah trend terbaru, iaitu duduk lama2 dalam jamban sebab main handphone. Tandas awam tu tempat untuk kau buang kekotoran dari badan kau, bukan tempat kau main handphone lama2. Tandas awam bukan tandas bapak kau, orang lain nak guna juga tandas awam, ini duduk dalam tandas awam sampai setengah jam jadah apa? Jangan jadi bodoh boleh tak? Nak main henpon dalam tandas lama2, guna tandas kat rumah sendiri.


6. Bagi pengusaha tandas awam pula, sila pastikan perkara2 asas berikut wajib ada dalam tandas awam:
  • Air
  • Tisu
  • Sabun
  • Penyangkut seluar dalam tandas
  • Tiada sebarang kerosakan. 
Jika ada kerosakan peralatan, atau tiada air, pastikan notis diletakkan di depan pintu tandas. Jangan orang dah baik punya berak, sekali air takde.

Dan penting untuk setiap tandas awam mempunyai tandas untuk warga OKU, dan tandas OKU ini haruslah boleh digunakan setiap masa, bukan hanya menjadi tempat stor penyimpanan barang2 tukang cuci tandas.


Lain2 hal seperti basuh tangan selepas kencing atau berak, cara membasuh tangan menggunakan sabun dengan betul, keringkan tangan dan sebagainya tu pandai2 korang sendiri. Aku cuma concern hal yang melibatkan orang lain dan benda2 yang digunakan bersama.

Kita nak menuju negara maju, tapi sikap dan mentaliti kita di tandas awam lagi pun masih berada di kelas ketiga, macam mana nak mencapai negara maju?

Baca lagi - Kenangan manis di tandas awam.




tags: tips panduan tutorial guna tandas awam jamban dengan betul duduk cangkung berak kencing buang air besar kecil mangkuk berdiri kotor jijik cuci tahi taik shit sabun tisu istinjak sangkut seluar main telefon smartphone handphone

15 ulasan:

  1. Ye untuk perempuan ada tambahan tiada siapa nak tengok sisa pad atau darah haid anda. Sangat mrnjijikkan.

    BalasPadam
  2. Org Malaysia ni ,masuk tandas pun sampai kena ajar. tambah2 kalau tandas free ,lagi la masyemmm ,nak masuk betulkan pin tudung pun kadang2 tak sanggup.

    BalasPadam
  3. Oh Rozana

    kota Dhaka ini berjarak seribu kilo dari matamu
    tapi tak secenti pun pernah kau tempuh aku
    dari angan-anganmu
    mengenai bisjut & royi semalam
    Oh Rozana

    di sini ada pikiran mengenai bisjut & royi,
    gedung-gedung bisjut & royi, senyuman jejaka bangla
    dan bintang jatuh kunikmati sendiri di taman kosong

    Oh Rozana

    waktu membeli bisjut
    di tampah tua milik
    ibu di kota Dhaka

    juga cinta, ia memberiku satu ketul bisjut, tiga ketul royi

    biarkan aku simpan bisjut & royi
    dusta dan mimpi-mimpi di bawah bantal
    biar kubawa dalam tidur
    Bersama kenangan menjamah bisjut & royi

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  4. Berkecai jamban.. Berak kuar bom agaknye... Gile ah..

    BalasPadam
  5. makanya pakei otak~halamak hai orang malaysia.nak elak bontot kotor tapi tak sedar kau boleh kotorkan bontot orang lain.hidup jangan nak menang sendiri.

    kau lupa satu benda.vandalisme.tulis ayat hiprocrates lah lucah lah kat pintu tandas.bosan sangat ke tunggu tahi keluar?haih..

    BalasPadam
  6. Nyilu punggung aku tengok gambar punggung kena toreh dengan jamban pecah tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kes jamban pecah berlaku di Quality Hotel beberapa tahun dahulu....akibat cangkung atas tandas duduk...

      Padam
  7. kalau pergi dkt tandas2 asrama uni pn sama jgk... haih 2 org yg ada pelajaran belajar sampai masuk u tpi xpandai nk jaga kebersihan tandas...huhuhu jijik!

    BalasPadam
  8. x paham knapa org cangkung atas toilet duduk.. klu geli pergila ke tandas cangkung.. duh

    BalasPadam
  9. Tandas di Bangla paling bersih

    BalasPadam
  10. Aku lagi prefer toilet cangkung. kalau toilet duduk ni aku rasa jijik berkongsi tempat letak punggung dengan orang lain lagi2 yang jenis tak reti cuci. So kalau terpaksa guna toilet duduk, langkah yang terbaik alas tisu 3,4 keping dekat toilet bowl tu. Yang bidet tu pulak masalah sebab air kadang2 kecik so tak sampai. kau nak bukti pergi laa toilet sunway pyramid. bau bacin gila, aku syak semua orang lap guna tisu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. brp kali ko pi sunway pyramid??...ak lebih rela berak kat sunway pyramid dari berak kat caltex depan sunway tu.........

      -petai

      Padam
  11. Yang dah ada anak jangan buang pampers kat dlm tong sampah...ni pancut dlm burit je pandai.dah ada anak, taik anak buang merata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehh silap buang pampers dlm tong sampah...jgn buang dlm tandas

      Padam
  12. 1 lagi.... setelah cebuk... sila gantung / letakkan balik hose pada penyangkutnya... jgn biar berjuntai mcm tu je.... (utk toilet yg guna hose... biasanya kat RNR lebuhraya)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.