Halaman

Isnin, 27 April 2015

Mari mengajar politikus dengan Kuasa Rakyat!

Penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil Rompin dan Permatang Pauh sudah pun selesai. PRK Rompin menyaksikan calon BN melawan PAS manakala PRK Permatang Pauh menyaksikan perlawanan 4 penjuru antara calon BN, PKR, PRM dan bebas. Rompin boleh dikatakan kubu kuat BN yang sebelum ini disandang oleh pemimpin berpengaruh UMNO iaitu Allahyarham Jamaluddin Jarjis, manakala Permatang Pauh merupakan kubu kuat PKR. Oleh itu, siapakah yang bakal menang kedua2 PRK tersebut dan apakah kesan kepada iklim politik negara selepas pemenang diumumkan?


Sejujurnya, jika BN menang kedua2 kerusi parlimen tersebut, tiada apa yang berubah. GST masih diteruskan, banyak janji masih tidak dikotakan, menteri2 akan tetap keluarkan kenyataan bodoh2, pelbagai isu berkaitan kerajaan yang berbangkit tidak akan selesai dan terjawab. Bezanya mereka akan mendabik dada dengan mengatakan sokongan dan kepercayaan rakyat telah kembali kepada mereka.

Manakala jika PR menang kedua2 kerusi PRK tersebut, tiada apa2 juga yang akan berubah. GST tidak akan dimansuhkan, banyak janji masih tidak dikotakan, pemimpin parti akan terus berbalah sesama sendiri, nepotisme tetap akan berlaku dan mereka masih berjuang untuk kepentingan diri sendiri dan orang2 tertentu. Bezanya mereka akan mendabik dada dengan mengatakan mereka adalah wakil kepada suara rakyat.


Prestasi dan imej BN sudah semakin teruk dan jatuh merudum, manakala PR pula sudah tidak boleh diharap.
Adakah dengan terus mengundi BN dapat beri jaminan yang rakyat tidak akan ditekan lagi?
Adakah dengan mengundi PR pula dapat menunjukkan kuasa rakyat dan nasib rakyat akan terbela?

Tidak.

Undilah BN atau PR pun, tiada apa yang berubah selepas itu kerana majoriti rakyat masih yang terlalu mengikut dan taksub kepada pemimpin dan parti. Majoriti rakyat lebih rela duduk di bawah pemimpin dan parti politik walaupun dah terang2 majoriti pemimpin politik sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang lebih mementingkan periuk nasi mereka sendiri.

Kartun oleh Rosanina

Namun aku ada idea yang mungkin ramai orang susah nak terima, tapi cara ini adalah satu2nya cara untuk menunjukkan kepada semua pemimpin dan ahli politik yang kita sebagai rakyat lebih berkuasa dan atas daripada mereka, dan kalau nak bagi isyarat kepada mereka, peluang ini hanya boleh dilakukan sekarang pada PRK Rompin dan Permatang Pauh. Caranya adalah:

Undi BN di Permatang Pauh.
Undi PR di Rompin.

Kita terbalikkan undi di kedua2 kubu kuat BN dan PR. Oleh sebab jika BN kekal menang di Rompin atau PR kekal menang di Permatang Pauh ia tidak akan mengubah apa2 pun juga, maka kita ubah mereka! Kita ubah mereka, kita ajar mereka sampai mereka terperanjat beruk dan tak sangka benda tu boleh berlaku.

Hantar signal dan isyarat awal kepada mereka yang mereka boleh ditumbang dan ditukarkan pada bila2 masa dan di mana2 sahaja walaupun di kubu kuat mereka. Kita beritahu mereka yang kuasa rakyat lebih atas dari kuasa politik mereka. Kita beritahu mereka yang kita pilih mereka untuk bekerja demi rakyat, bukan rakyat yang bekerja demi mereka. Kita beritahu mereka yang mereka masih terlalu banyak kelemahan yang perlu dan mesti mereka perbaiki jika benar2 mahu mendapat sokongan daripada rakyat.

Jika anda setuju dengan idea ini, sila share dan viralkan agar ia sampai kepada pengundi2 Rompin dan Permatang Pauh.

Tidak setuju? Ok sila teruskan jadi macai.




tags: hari tarikh pengundian pengumuman keputusan wan azizah wan ismail pas bn barisan nasional umno pkr pakatan rakyat prm parti rakyat malaysia bebas idea ajar ahli pemimpin politik politikus bagi hantar signal isyarat kekuatan kuasa rakyat p091 p044 rompin permatang pauh

30 ulasan:

  1. Salam 1rasuah ,

    Pangkah BN bererti sokong GST dan disusuli dengan minyak naik. Percayalah sudah banyak kali terjadi bila BN menang prk esoknya minyak naik.

    Kalau tuan-tuan rasa banyak duit, tolong fikir orang tidak bernasib baik dan orang malas juga.

    bagaimana mereka nak hidup, mereka nak berniaga tapi tapak berniaga dikawal puak tertentu yang menyewakannya kepada warga asing. Mereka nak buat kerja am tapi tempat mereka dirampas PATI. Mereka pandai tapi tempat mereka dalam kerajaan dirampas bodo SPM sikit A yang ada degree.

    Bayangkan jika perkara ini terjadi kepada anak-anak anda. Pejamkan mata dan pangkah je PR.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau nak kata orang yang dapat 5A, 6A, 7A, 8A, 9A, 10A, 11A,12A, bahkan 21A ni orang yang tersangat pandai. pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. pandai tak bertempat berani buat jenayah, berani menjadi pengkhianat. itu jenis manusia yang dikutuk jugak oleh masyarakat tak kiralah result SPM dia cemerlang ke tidak. ingat SPM cemerlang jaga akhlak sampai mati. jangan bangga sangat dengan result SPM siap boleh berhibur di kelab malam, fly oversea jadi yahudi mabuk, bunuh orang/bayi, zina, gelapkan duit. fuhh list go on.

      Padam
    2. "Pejamkan mata dan pangkah je PR."

      Aku masih tak boleh pejamkan mata sebab team bola Kajang FC masih tak dengar berita macam yang dijanjikan oleh Wan Azizah masa Langkah Kajang

      Padam
    3. cuba riki apa jadi kat SMKA Mahaad Hamidiah Kajang, betuika???

      Padam
  2. Disebabkan,kalau pangkah mana2 tak akan berubah,so tak rugi cuba

    BalasPadam
  3. Idea bagus noob

    Sekarang hanya perlu letak gambar bogel mana2 artis nak bagi up post ni supaya satu my baca...

    Kalau tak... Ni just idea bernas yang terkubur oleh sampah2 lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau ni kepala hotak asyik porno aje...merugikan jiwa ada manusia macam kau nih...kalau tak tgk bijik kau tak boleh tidur ke?

      Padam
    2. Tengok noob...
      Another one bites the dust...

      Itu baru cadangan jek...
      Kalau buat betul2 gerenti top blog charts terus...

      Padam
  4. saya org rompin.susah nak buat mcm ni sebab sini ramai orang asli.orang asli setia pada bn.

    but that's none of my bussiness.selagi rakyat berpolitik parti,tak ada apa yg berubah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalammualaikum

      Aku setuju dengan saranan noob kali ni
      Cuba dulu kalau nak tahu
      lagipun sudah terlalu lama situasi politikus kat negara ni x berubah
      bila lagi kita nak cuba usaha tukar Malaysia untuk jadi lebih bagus

      Lagipun nothing to loose hopefully

      Jom try viralkan post ni

      Padam
  5. Bila pasal PRK ni...mls nak ambil port sbb xkan mengubah apa2...maybe hanya isu setempat yang boleh berubah. Isu nasional...jgn harap even anda berkata ia sebagai signal utk PRU seterusnya. Tp kita kena tau, org politik ni serupa mcm salesman, akan sentiasa ckp dia lebih baik, musuh dikutuk kaw2, pas2 manis mulut sana sini. Lepas PRK..semua buat hal masing2.

    Nasihat sy kpd pengundi di PRK...kalau nak janji apa2, mintak on da spot. Klau mintak janji lepas PRK...by2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau aku jd pengundi...masa time berkempen, aku akan mintak tukar minyak kereta free, isi minyak RM100 free, basuk kereta free, barangan dapur MYDIN RM100 free, tar semua jalan2 kat taman perumahan, mintak calon kutip sampah depan rumah yg bertimbun, cincai2 dpt modal RM1k...pas2 terpulang nak undi sapa sbb outcome tetap sama. lepas PRK, jgn harap nak mintak itu ini.

      Masa PRK Kajang (sbb dduk kajang), hampir setiap hari ada ceramah, dpt makan free, ada kambing golek lagi...minyak kereta pun dpt RM50 kebetulan dapat.

      Padam
    2. Aku nak mintak keta free.....ada?

      Padam
  6. sekurang2nya guna kuasa undi utk hantar signal kpd kerajaan bahawa kita BANTAH gst. nak suruh bantah secara berdemo tak sanggup. jgn asyik dok merungut harga barang naik tp ada kuasa tak tau guna!

    BalasPadam
  7. salam.apa akan jadi klu undi rosak jadi majoriti?ada sapa2 leh jwb?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Jika ada 10,000 undi rosak, 2 undi BN, 1 undi PR, maka BN juga akan menang. So membuat undi rosak dengan sengaja hanyalah satu tindakan sia2 yang langsung tidak mendatangkan apa2 faedah, hanya buang masa dan tenaga untuk datang ke tempat pengundian dan beratur panjang semata2 untuk buat undi rosak.

      Padam
    2. jawapan terbaik dari Noob...

      Padam
  8. aku dalam kes cdgn noob ni ambik pendirian SETUJU UNTUK BERSETUJU..

    BalasPadam
  9. hanya di malaysia, pilihan takkan mengubah apa apa. Bn menang macam tu. Pr menang pun macam itu. satu je nk tahu. bisjut atau royi

    BalasPadam
  10. Mancing pala bana abah kau

    BalasPadam
  11. Buat le macam mana pun dalam sistem politik Malaysia..masyarakat Malaysia dah divided kepada dua puak..proletariat dan bourgeoisie. Yang Bourgeoisie akan terus kaya sampai seratus keturunan dan Proletariat akan terus ditindas sama ada secara direct or indirect.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soalnya skarng sapa awek yg pegang kek tu??

      Padam
    2. Bakal makmum aku...kehkehkeh...

      Padam
    3. Banyaklah kau..awek tu bini member aku la..adik dia bakal tunang sepupu aku..jiran dia cucu sedara limah janda ..opah aku kenal anak sedara tunang member awek jiran pd awek beliau..

      Padam
  12. it's up to us to change the course! protest n survive! protest n survive!

    BalasPadam
    Balasan
    1. For how long do we tolerate these fools drunk with power?

      Padam
  13. Rasanya buat hal masing-masing lagi bagus. Sokong mana-mana pun, tak akan ada sesiapa pun nak tolong kita.

    2x5 jer sumer ni. Aku x pernah berfikir nak undi sapa-sapa. Kesemuanya hampeh. Ada baiknya cari rezeki masing-masing atas usaha sendiri tanpa bantuan sesiapa.

    Hendakkan sesuatu apa, usahalah sendiri untuk mendapatkannya. Tok aji ka.. tok lebai ka.. ulamak ka.. sumer cari makan dgn tambah pengaruh sendiri. Akhirnya kita lupa bahawa dgn kemampuan diri sendiri, kita akan beroleh sesuatu apa tanpa bantuan parti mahupun ulamak.

    Ada pakcik kampung aku, ulang alik hidup di Mekah. Kini sudah berumur 100 tahun lebih..sihat berjalan kesana kemari. Pakai serban jubah. Langsung xder kena mengena dgn politik. Dia bahagia sibuk tambah ilmu akhirat dan ada yg menganggapnya sudah bertaraf wali. Rumahnya ialah Mekah.. setahun sekali balik Mesia xdak sapa sambut apa-apa.

    Org BN datang minta advise mcm-mcm.. satu sen pun tak bagi kat org tua ni. Lagi org PAS datang baca mcm-mcm surah dan bertalaqqi kitab dan hafalan, pakcik tua ni langsung x bergantung harap dgn sesiapa. Baik PAS mahupun BN, kerana sumer ni nak cari gaduh jer.

    Kadang gi tanya diaa, jika tak nak musibah menimpa kita, sibukkan diri dgn berhubung dgn Allah. Manusia segala jenis ni hanyalah 99% kerjanya berfikir nak menyusahkan kita. 1% mmg tak suka tengok kita senang dan kalo boleh nak rompak kita lagi ada.

    Aku rasa adalah lebih selamat dengan jauhi manusia dan tumpukan hidup masing-masing. Politik hanyalah menyusahkan diri sendiri saja. Serius.. seumur hidup aku, takde lagi org politik hulurkan pertolongan apa-apa kepada aku sekalipun hidup aku susah mahupun sedang sakit. Jadi aku tak diperkukan mereka pun. Buat apa aku nak menyibuk undi atau ambil tahu hal mereka?

    BalasPadam
  14. Menyimpang skit. Nampak cam sedap plak ulat sagu yang bulat putih2 tu. Ada sapa2 penah try? Best tak?

    BalasPadam
  15. Walaupun aku rasa idea ni sangat bernas, tapi aku tak rasa ianya boleh dilaksanakan memandangkan masyarakat setempat masih tak cukup kuat nak bertindak atas kehendak sendiri.
    Bayangkan, hari ni sibuk marah2 parti ni tak pernah turun jenguk kawasan, tapi bila datang calon PRK dr parti yg sama bawak janji nak majukan itu ini, terus yg marah2 tadi cair.
    Last2 janji tinggal janji...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.