Halaman

Khamis, 14 Mei 2015

Semua tempat awam sepatutnya dilarang merokok

Peraturan larangan merokok akan diperluaskan di semua kedai makan dan restoran seluruh negara, walaupun ia merupakan premis terbuka dan tidak berhawa dingin.

Kedai makan dan restoran itu termasuk gerai mamak, kopitiam dan medan selera.

Menurut satu kenyataan di laman web Kementerian Kesihatan, selain kedai makan dan restoran, ia turut akan mewartakan taman negara dan taman awam sebagai tempat dilarang merokok di Malaysia.

Cadangan mengenai larangan berkenaan akan memberi satu lagi tamparan hebat buat perokok yang pada masa ini sudah pun dilarang merokok di restoran berhawa dingin, pusat membeli-belah dan laluan pejalan kaki berbumbung serta kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuhraya.

Persatuan-persatuan pemilik kedai kopi membantah cadangan larangan itu dan menggesa supaya ia dilaksanakan secara beransur-ansur selama dua tahun dan premis yang terlibat dibenarkan untuk mempunyai kawasan merokok di bahagian belakang atau di tempat lain.

Pemilik-pemilik restoran turut membantah dengan menyifatkan bahawa mereka akan mengalami kerugian sebaik sahaja larangan itu dilaksanakan.

Mereka menggesa pihak berkuasa supaya membenarkan pemilik premis membuat pemilihan beroperasi sebagai kedai makanan yang dilarang merokok atau tidak.

Menurut Kementerian Kesihatan, larangan itu sejajar dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang telah menandatangani perjanjian WHO Framework Convention for Tobacco Control (FCTC) adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan implementasi terhadap Artikel 8 perjanjian ini iaitu melindungi golongan bukan perokok dari bahaya asap rokok dipatuhi.

Berdasarkan statistik kementerian itu sebelum ini, dianggarkan 100,000 rakyat Malaysia meninggal dunia setiap tahun disebabkan penyakit yang berkaitan dengan merokok.

Kementerian Kesihatan berkata, Kaji Selidik Tembakau Audit Global (GATS) yang dijalankan di Malaysia pada 2011, di mana 83.5 peratus responden mahu 100 peratus bebas dari asap rokok di tempat awam.

Bagaimanapun, kementerian itu masih mahu mendapatkan maklum balas daripada orang ramai sama ada perokok dibenarkan untuk merokok di kawasan khas di kedai makan atau langsung tidak dibenarkan berbuat demikian.

Ia juga mahu mendengar pandangan orang ramai sama ada pemilik premis makanan perlu bertanggungjawab sekiranya pelanggan mereka melanggara peraturan itu.

Maklum balas mengenai cadangan larangan merokok di semua taman turut dilihat, menurut kenyataan di laman web www.moh.gov.my.

Orang ramai boleh memberikan pandangan mereka mengenai perkara ini di laman web berkenaan sehingga 19 Mei ini.

Sumber Mstar Online.

Orang ramai boleh mengisi borang maklumbalas online bagi cadangan tersebut boleh di pautan http://eservices.moh.gov.my/mohsurvey/index.php/959729/lang-ms.

Keadaan dan budaya sekarang dalam negara kita adalah "Semua tempat dibenarkan untuk merokok kecuali tempat yang dilarang". Kerajaan sepatutnya menjadikan "Semua tempat adalah kawasan larangan merokok kecuali tempat yang dibenarkan" macam kat negara Singapura, barulah hak orang yang tidak merokok lebih diutamakan. Ini tidak, hak orang yang merokok pula yang lebih diangkat kerana mereka boleh merokok di mana2 sahaja yang mereka mahu selagi ia bukan kawasan larangan.

Cuma yang aku tak setuju, benda2 yang sangat baik dan bagus macam ni kenapa nak minta2 maklumbalas lagi, laksanakan jelah terus larangan tu. Kalau pasal nak kutip duit dengan buat kamera AES, cukai GST takde pulak nak mintak cadangan dan maklumbalas dari rakyat dulu. Ini lagi nak ambil kisah pasal pemilik kedai yang membantah cadangan sebab takut rugi.

Ya, memang duit keuntungan pemilik kedai tu lagi penting dari kesihatan dan keselesaan rakyat dan orang2 yang bukan perokok tapi terpaksa menghidu bau asap rokok yang dihisap oleh perokok di tempat awam.




tags: semua tempat awam sepatutnya dilarang kawasan larangan merokok diperluas kementerian kesihatan survey cadangan maklumbalas online borang form seranta awam kedai makan restoran

6 ulasan:

  1. bagus jugak di laksanakan.. hope ramai yang menyokong takde la sambil makan yang tak merokok pun terpaksa dok sedut asap rokok orang lain

    BalasPadam
  2. Merokok ni satu ketagihan. Sokongan orang ramai dan orang terdekat sangat diperlukan oleh perokok untuk berhenti. Sekarang dah ada jual ubat yang tampal kat badan untuk hilangkan ketagihan merokok ni.

    Sekolah menengah pun dah ramai merokok sekarang. Kesian, muda-muda lagi dah jadi mangsa ketagihan.

    BalasPadam
  3. penguatkuasaan bagaimana pula??? macam takde je...

    BalasPadam
  4. Walaupun aku seorang smoker,tapi aku setuju jika buat satu tempat khas untuk orang hisap rokok.sebab perokok pasif la teruk apabila mereka turut hirup asap rokok.aku kira setujulah.bukan susah pun,lepas makan pi lah kat tempat khas tu untuk cas rokok.biar orang ramai selesa makan bersama family diorang camtu.baru best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. respect lu bro, slalu jumpa smoker xkesah pn org sekeliling, main hembus je asap tu..

      Padam
  5. Hampir 30 tahun aku merokok... dan akhirnya aku berhenti
    Tak timbul soal ketagih .. pokok pangkalnya pada diri sendiri
    kalau tak hendak berhenti macam macam alasan akan dicari
    tak susah mana pun bila keputusan untuk berhenti sudah dibuat
    berhenti kerana perbuatan itu sedikit pun tidak mendatangkan faedah, sia sia sahaja
    sebaliknya boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan diri sendiri..

    sepatutnya merokok di tempat awam tidak harus menjadi isu
    yang wajar difikirkan untuk dilaksanakan ialah bagaimana tempat awam itu dapat dibebaskan dari perempuan yang tidak menutup aurat!!!

    Ini lebih wajib dilaksanakan dan keharamannya disepakati oleh ulama ..
    Semestinya tiada wanita Islam mendedahkan aurat di halayak ramai atau tempat awam dan tiada wanita kafir berpakaian menjolok mata di tempat awam, menjolok hingga hampir terjojol biji mata kerana memakai 'bare-back' , dengan memakai 'hot pant' yang hanya panjangnya sejengkal dan ber 't-shirt' yg hanya menutup 'buah betik yang bergayut' dan macam macam fesyen lagi yg boleh menyebabkan serban pak haji dan pak lebai menjadi senget !!!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.