Halaman

Rabu, 6 Mei 2015

Terperangkap antara budaya, kepercayaan dan agama

Hujung minggu baru2 ini ada jiran Melayu beberapa selang rumah aku buat kenduri kahwin anaknya. Malam Sabtu majlis berinai, hari Sabtu nikah kat masjid, sebelah malam berkaraoke dangdut menggegarkan kawasan kejiranan sampai pukul 12 tengah malam, hari Ahad majlis persandingan yang dimeriahkan dengan jemputan artis dangdut dari Indonesia.

Sepanjang 2 hari setengah tu jalan utama ditutup oleh khemah menyebabkan penduduk sekitar perlu pusing agak jauh, tapi aku tak kisah sangat pasal tu, cuma tuan rumah tiada pula jumpa jiran2 meminta kebenaran atau bagi notis kat peti surat yang mereka mahu menutup jalan sebelum majlisnya. Mungkin dia ingat orang lain secara defaultnya boleh menerima apa yang dia buat tanpa perlu meminta kebenaran kerana ia sudah menjadi suatu kebiasaan.

Namun Apa yang aku nampak, dalam sebuah majlis perkahwinan orang Melayu sahaja kita dah boleh lihat betapa orang Melayu terperangkap antara adat, budaya, kepercayaan dan juga agama.

Gambar hiasan

Mengambil contoh di dalam sebuah perkahwinan tipikal orang Melayu, berapa peratuskah sebuah perkahwinan itu mengikut Islam, berapa peratus pulakah yang mengikut adat budaya Melayu yang kebanyakannya diceduk dari budaya Hindu, dan berapa peratus pulakah bersandarkan kepada kepercayaan karut dan tahyul?

Kebiasaannya perkahwinan orang Melayu hanya ikut kepada Islam hanya ketika mahu bernihak sahaja seperti wali, dua orang saksi lelaki serta ijab kabul, malah pengantin wanitanya kebiasannya menutup aurat ketika bernikah terutama jika bernikah di masjid, tapi bila bersanding habis aurat dipertontonkan kepada orang lain hanya kerana mahu berpakaian pengantin mengikut adat dan budaya.

Perkara lain yang mengikut adat budaya Melayu serta barat dalam perkahwinan adalah majlis persandingan, upacara berinai, tepung tawar, hantaran berdulang2, pre-wedding/post-wedding photoshoot, sesi karaoke dan lain2 yang kebanyakannya dibuat tidak mengikut syariat Islam, malah masih ada pula yang terperangkap dengan kepercayaan karut marut seperti pantang larang perkahwinan, contohnya jangan keluar selama 40 hari sebelum ijab kabul, jangan makan nasi kuah gulai, jangan terkena cahaya matahari dan sebagainya.

Itu baru hal perkahwinan orang Melayu. Contoh lain orang Melayu yang terperangkap antara budaya, kepercayaan dan agama adalah seperti:
  • Membuat konsert amal di mana kita percaya membuat amal sedekah itu adalah perkara yang baik dan dituntut dalam Islam namun mengutip sumbangan melalui konsert hiburan yang penuh dengan perkara2 maksiat dan yang dilarang dalam Islam, malah konsert pula bermula jam 7.00 malam.
  • Bersukan dan riadah amat digalakkan dalam Islam, namun kerana kita akur kepada budaya bersukan mengikut barat maka kita memakai pakaian yang tidak menutup aurat, pakai seluar pendek untuk bermain bola, pakai baju dan seluar ketat bagi wanita sehingga nampak bentuk payudara dan bontot ketika berjogging.
  • Membuka perniagaan adalah dituntut dalam agama namun menjual pula perkara2 yang haram, syubhah serta memudaratkan seperti arak, rokok dan majalah yang penuh dengan gambar artis wanita seksi.
  • Menganjurkan sebuah majlis yang dimulai dengan surah Al-Fatihah serta bacaan doa agar majlis dirahmati dan diberkati tapi sepanjang perjalanan majlis penuh dengan perkara2 maksiat seperti ucapan yang penuh dengan fitnah dan tohaman buruk terhadap orang lain, tarian bercampur lelaki perempuan serta pakaian2 yang tidak patuh syariah.
  • Bulan Ramadhan sepatutnya orang berlumba2 untuk membuat amal jariah dan kebaikan tapi pada bulan puasa ini lah ramai peniaga yang berlumba2 ambil kesempatan naikkan harga makanan dan barangan untuk mengaut keuntungan lebih.
  • Hari Raya yang menjadi perayaan paling utama dalam agama Islam yang seharusnya disambut mengikut agama bertukar menjadi hari untuk mencari duit raya, pertandingan peragaan pakaian siapa yang paling tidak patuh syariah, perlawanan mercun siapa paling kuat, perbandingan siapa paling kuat membazir menukar barang2 baru dan sebagainya.
  • Membuat majlis meraikan anak2 yatim sangat dituntut dalam agama tapi yang diraikan hanya duduk atas lantai dan makan makanan yang biasa2 manakala para VIP dan orang berstatus disambut atas meja dan dihidangkan dengan makanan yang jauh lebih istimewa kerana budaya kita lebih mengutamakan orang2 berstatus dan berpangkat tinggi. 
  • Apabila berlaku kematian, jenazah diuruskan mengikut tatacara Islam, akan tetapi yang masih hidup ini menambah dan menokok nambah pula dengan pelbagai amalan budaya dan kepercayaan yang diwarisi turun temurun tok nenek moyang. Kubur dihiasi dengan begitu gah dengan marmar dan batu permata, diadakan pula kenduri pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari.

Ramai orang Melayu sudah pun terperangkap. Mereka sendiri keliru apa sebenarnya yang mereka mahu. Mereka tidak faham apa yang lebih penting. Mereka tidak tahu apa yang betul dan salah. Malah mereka tidak tahu dan tidak sedar pun suatu perbuatan yang telah menjadi kebiasaan itu adalah mengikut agama, budaya atau kepercayaan. Mereka sangka sesuatu perkara itu memang sudah mengikut agama namun hakikatnya ia hanya adat budaya dan kepercayaan semata2 malah ada yang bercanggah pun dengan agama Islam.




tags: orang melayu terperangkap antara adat budaya kepercayaan agama islam amalan tok nenek moyang pantang larang istiadat protokol keliru

15 ulasan:

  1. Bab perubatan:
    Nabi dah kata; “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.” (HR. Muslim)
    Tapi kita dok pakai yg mat salleh dok ajar, dok telan ubat itu ini bagai, dok jumpa doktor itu ini. Dok blaja la yang mat salleh dok syarah tu. Guna yg nabi ajar tu. Mudah. Murah. Gerenti tak menipu dan menjadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau sakit otak boleh mujarab ke makan habbatus sauda'?? ada testimonial?

      Padam
    2. Testimonal :
      Saya guna habbatus sauda.. Selepas 4 bulan...
      Saya Fit tumbuh 6 pack mengalahkan Hulk Hogan...
      Tough sangat sampai saya pernah ditemu ramah athlet negara Lim Kok Siang untuk jadi personal trainer...

      Mengikut sunna rasulullah s.a.w yang sendiri sihat sampai mampu bertanding gusti dengan antara ahli gusti yang terhebat pada waktu ketika itu... (Source : Khutbah Jumaat 5 tahun lepas di Masjid Taman Universiti , Johor Bahru)

      So gunalah haibiscus sauda.. dijamin halal

      Padam
    3. Cuba belajar sejarah perubatan, siapa pelopor perubatan moden yg org barat pakai sekarang.
      ibnu sina pernah dengar tak nama tu?

      Padam
    4. Cuba belajar sejarah perubatan, siapa pelopor perubatan moden yg org barat pakai sekarang.
      ibnu sina pernah dengar tak nama tu?

      Padam
    5. brader...check balik, ibn sina tu ape aqidah nya...syi'ah brader...nak ke angkat syi'ah jadi idola

      Padam
    6. lol.kenapa aku rasa kelakar ni.dia bukan mengajak orang berbunuhan.

      Padam
  2. Goyang goyang goyang gerudi tikah muuuu...
    Bosan bosan bosan bila disisi ku ..
    Bila ku butuh hati mu
    1dekad kamu jauh nya
    Inginku peluk hati mu..
    Yg aku butuh hati muu..
    Goyang goyang goyang pinggulku asyik kuuu..
    Jangan jangan jangan pergi sisiku ..
    Ahh ewahha ewahhh...

    Lagu : dangdut nya inul goyang 480 degree

    BalasPadam
  3. Minta dijauhkan dari pemikiran yang sedemikian...majulah untuk kehidupan yang akan datang...

    BalasPadam
  4. Salam 1rasuah,

    Maksud hadith, 'kamu akan mengikut gaya hidup golongan terdahulu (jahiliah & yahudi nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan ikut".

    Trend terbaru daripada kafir,
    1. Mas kahwin mahal
    2. Majlis membazir dan menunjuk-nunjuk
    3. Baju labuh menyapu lantai, budak menabur bunga dan potong kek.
    4. Malam berinai bertema filem tiru kafir.
    5. Ucapan kawan-kawan dan famili di hari perkahwinan tiru acara kahwin orang kafir.
    6. Pakai purdah sementara lepas akad nikah buka dan cium dahi tiru tradisi kafir selak veil dan cium lepas lafaz I do.
    7. Pintu gerbang kahwin yang sebenarnya membezakan perkahwinan Yahudi dan Kristian.
    8. Pengapit ramai ramai bertema membazir saudara syaitan.
    9. Berjalan atas alley menuju ke pentas akad nikah di mana khadi sedang menunggu, tetamu duduk di kiri dan kanan lorong, punya bulur nak tiru acara kahwin kapir dlm gereja.

    Makin ramai GPI di sekolah sekolah makin hanyut ummah kerana kualiti GPI. Ibu bapa bertindak minta GPI pamer result UPSR & SPM di papan kenyataan sekolah demi anak-anak anda!

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
  5. Tang photoshoot tu yg aku paling nyampah....pasal aku tak buat...membazir....semua tu poyo! Tapi, bersanding aku buat...hantaran 5 dulang standard....tu pon dah rasa bazir gak...pasal semua dah ready so aku ikut kan jela....kang tdo luar plak aku masa 1st nite....rugi woo sbb da tggu lama nk menjolok....kehkehkeh... aku tgk org skang neh bila menikah beria bagai...lepas tu cerai berai...hampeh!

    BalasPadam
  6. Klu betul2 ikut Islam:
    1. Kita kena mintak izin bapak dia dulu untuk berkenalan & bercakap.
    2. Dapat izin, bru bleh bercakap, kne balik tabir dengan ada orang lain teman.
    3. Xleh msg2 atau sms2 lepas tu..
    4. Setiap kali jumpa kena ada wali teman.
    5. Tunang xyah hntaran, cincin atau ape. Cukup pmpn atau wali dia setuju utk nikah. Klu ckp 'kita nikah nak?' pastu dah dpt reply 'nak', dah kire bertunang la tu.
    6. Nikah on the spot pun boleh. Asal cukup rukun nikah. Xde cincin ke ntah pape xpe. Sah la lepas tu jadi laki bini. Boleh dah nak cakap2 manje dan sebagainye.
    7. Walimah. Kumpul sme orang kemudian umum kami dah jadi laki bini. Buat la sket2 minum2.. Buat sekali jer. Xde kat umah bapak bini pastu umah bapak laki sekali pulak.
    8. Beres.
    9. Dapat anak. Kena buat akikah. Yg ni baru kena bg jamu tetamu kaw2.

    BalasPadam
  7. Sebenarnya melayu ok je buat apa2 sesuka hati masing2. Kalo ko tengok melayu dlm jabatan kerajaan sekalipun, bersepah2 melayu bersukan pakai sluar pendek. Dlm 1.3 juta gomen servent pun, ramai yg x solat jumaat pun. Apatah lagi solat 5 waktu. Jgn la kira melayu yg bukan keje gomen. 2x5 jer.

    Kita melayu mmg Islamnya istimewa sikik. Islam bermazhab kepalabutuh. Simple je bro.

    BalasPadam
  8. Udah le.aku pun dah penat nak menegur.dulu mse aku nak kawin..de lak jugak bg cadangan n nasihat kat keluarga..kata baik kita ikut yg nabi sruh dan wajib dalam islam..ustaz azhar kata kawin tu mudah je..melayu kita yg menyusahkan.nah! Abis2 aku yg kne kaw2 punye dengan keluarga dan sedare.ckp aku ni buat malu je la, aku ni kedekut keluar bajet la, gelak2 perli2. Udahnye aku ngikut je la kwin mcm standard2. Lame dah tu..berape thun lepas dah. Kite ni bukannye xnak ubah..tp nak melawan org yg tua2 tu..diorang pun pahaman sejak turun temurun..nak ngubahnye ibarat melawan ombak tsunami

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.