Halaman

Jumaat, 19 Jun 2015

Ada sesuatu yang pelik dengan makanan ini

Biasa kalau aku pergi beraya rumah orang, sejak dari kecik lagi aku mesti cari balang kuih raya yang jenis kerepek atau kekacang. Kuih raya jenis biskut aku jarang makan banyak sangat, tapi kalau dapat keropok ke, kerepek pisang ke, kerepek ubi ke, rempeyek ke, kacang ke, mesti krup krap krup krap sampai dengan muka tak malunya melicinkan balang.

Cuma makanan yang ni memang pelik sikit. Kalau diperhatikan betul2, tak pernah aku jumpa snek macam ni walaupun dari kecik lagi aku dah selalu mentekedarah kuih raya kat rumah orang. Nampak macam corn flakes, tapi ada daun kari, cili kering, kacang. Hmm pelik ni pelik.


Jika korang pun inginkan kelainan dalam hidangan raya, atau mahukan sesuatu yang ringkas untuk kudapan selepas berbuka sambil menonton tayangan lewat malam menunggu waktu sahur, malah suka mengunyah makanan tetapi bimbang tentang kenaikan berat badan, maka snek ini adalah pilihan yang tepat untuk anda.
Crunchy Flakes by Qisya Khadeeja adalah hidangan snek ringkas, sedap lagi berkhasiat untuk dinikmati anda bersama keluarga dan sahabat tersayang.


Diperbuat dari Emping jagung enak, rempahan berkhasiat, lada kering segar, kekacang rangup ia adalah pilihan terbaik bagi anda sekeluarga sebagai snek iringan ketika sahur, berbuka atau sebagai alas berbuka jika anda berada di dalam kesesakan jalan raya.

Jagung yang terkenal dengan khasiatnya untuk kecantikkan kulit,  kaya dengan minera ia amat sesuai dinikmati selalu.

Daun kari pula terkenal dikalangan kaum India sebagai daun yang tinggi gizi selain menguatkan gigi kerana tinggi dengan kalsium, daun kari juga dikatakan boleh mencegah anemia dan diabetes.

Jintan manis pula terkenal  sebagai rempah yang membantu memecahkan lemak, dan mengurangkan kolesterol serta kaya dengan sumber mineral dan galian lain.

Lada merah kering juga terkenal mampu mengurangkan lemak di dalam badan dan juga sering digunakan didalam masakan Melayu mahupun India.

Kekacang memang telah lama terkenal dengan khasiatnya yang tinggi kandungan protein dan mineral serta amat bagus untuk kesihatan tubuh dan kulit. Malah sesiapa sahaja amat mengemari kacang termasuk kacang tanah, kacang parang dan kacang pis hijau.


Dengan segala segala campuran resepi enak ini, terhasil snek kegemaran ramai ini. Ia amat digemari oleh kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa. Anda boleh menghidangkan snek enak ini dihari raya anda nanti.

Dengan harga promosi istimewa sempena Aidilfitri yang bakal menjelang ini. Anda boleh membeli snek berkhasiat ini dengan harga RM10 sebotol sahaja malah anda ketika ini sedang berlangsung promosi beli 10 botol percuma sebotol yang sedang berlansung sempena bulan Ramadhan ini.

Segera hilangkan kerisauan berat badan anda dengan membeli produk Crunchy Flakes ini dengan menghubungi (Whatsapp / Telegram) Khadeeja di nombor 016-2762636 untuk pesanan. Atau juga boleh melayari blog beliau di www.little-queen-qkhadeeja.blogspot.com untuk keterangan lanjut.





tags: iklan makanan snek crunchy flakes khadeeja kuih biskut raya sedap order tempah

13 ulasan:

  1. wahhhh!!! tajuk pun dah terbaekkk sangat.. tqvm prince noob...

    BalasPadam
  2. Durian d13, durian 101, durian kasap, durian d24, durian kunyit mana lebih sedap?

    BalasPadam
  3. dah jadi tempat mencari rezeki lebih noob untuk beli ps4 dan ff7 remake nih haha2 ^^^^^^ ni promote barang bakal bini ka? haha2 :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nub tengah melabur contacts nanti nak buat bisnes...
      Pastu beli fallout baru, doom baru, ffbaru, metalgear baru...
      Terbaik pon

      Padam
    2. bagus noob. bakal bini ku bisnes online nhuhuhu .... kawin cepat2 la .. ko pun dah lama membujang tua.. kang anak baru darjah1 ko dah bongkok 3. semoga kekal hingga ke alam barzakh..

      Padam
    3. Kalut sgt psl status org lain dh kawin ke bujang ke duda ke, pelik benar melayu islam ni...jaga keluarga sendiri sudah.

      Padam
  4. noob gua nak order satu lori bole x? pm harga ..

    BalasPadam
  5. Aku puji skill noob dlm hal letak tajuk bagi entry ni. Hahaha, ni seni trolling jgk ke cemana noob?

    BalasPadam
  6. Kah kah kah iklan ni tak bleh tahan.Bersungguh-sungguh tulisan macam nak masuk iklan majalah dewi remaja.

    BalasPadam
  7. murah2 julan mega raya kini bermula

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.