Halaman

Sabtu, 20 Jun 2015

Menjadi benar atau kaya?

Dalam dunia perniagaan, pasti akan ada satu masa anda akan menemui satu persimpangan di mana anda perlu membuat keputusan. Salah satu daripadanya adalah "Menjadi Benar atau Kaya"?
Saya pernah menulis sebuah artikel di sebuah blog ternama sebagai Ghost Writer. Dalam artikel terakhir saya, saya telah menulis bahawa seseorang peniaga haruslah jujur dan mengikut landasan Islam dalam kerja-kerja mereka.

Saya menuliskan tentang sebuah ebook yang mana boleh menyesatkan akidah kerana isi kandungannya yang begitu logik namun memalingkan diri daripada hadis. Buku tersebut adalah Yakyuj Makjuj.

Artikel tersebut diterbitkan namun dengan bahagian mengenai ulasan tentang buku ini dipadamkan. Inilah yang membawa saya kepada satu persimpangan, menjadi benar atau kaya?

Ianya adalah perkara biasa apabila kita menemui titik sebegini. Jika kita ikut, kita akan buat duit. Jika tak ikut, kita MUNGKIN tidak buat duit.



Sistem Downline, Piramid dan Seangkatan 

Sesuatu perniagaan yang membuat untung dengan menaja ahli baru semata-mata adalah bisnes haram di dalam Islam. Ini kerana ia memiliki unsur gharar di dalamnya. Setelah tiada orang baru ingin menyertai program ini, perniagaan ini akan tepu. Orang yang berada di atas, orang yang terawal, biasanya akan membuat untung dan yang terakhir akan rugi atau mungkin sekali gagal mendapat apa-apa.

Amatlah menyedihkan sekali apabila masih ada di kalangan umat Islam yang menyertai program ini. BENAR, kemiskinan itu amatlah memeritkan namun menyertai bisnes riba adalah sesuatu yang amat ditegah dalam Islam. Seksa yang dijanjikan untuk perbuatan ini adalah amat dahsyat sekali.

Saya pernah bertanya kepada seorang peniaga Melayu yang mempromosikan bisnes ini dan jawapan yang saya terima adalah:


Saya pernah juga menegur seorang pak cik berkenaan makan riba dan dia mengatakan,
"Sarang tebuan jangan dijolok nak"

Jujur. Saya bukanlah semulia mana tetapi kadang-kadang isu riba ini amat menganggu jiwa saya. Seboleh-bolehnya, saya ingin lepas dari riba ini atau jika tak boleh, seminimum mungkin. Minyak saya dah tak isi tangki penuh, saya isi ikut meter. Ada kala saya isi RM73, adakala saya isi RM67. Ini antara usaha termampu nak elak riba di mana-mana sebab saya pun manusia biasa.

Jika difikirkan secara logik, sebenarnya amat mudah untuk buat duit dengan cara sistem ganda wang ini. Ramai yang perlukan duit, ramai yang terdesak dan dengan teknik yang betul, amat mudah untuk mendapatkan 100, 000 pendaftaran ahli baru. Saya tahu teknik tersebu namun, untuk bahagian ini, saya memilih benar daripada kaya.


JobDiRumah

Saya selalu melihat ramai blogger mempromosikan affiliate untuk produk 'JOBDIRUMAH' di mana saya tidak bersetuju dengan cara sebilangan mereka mempromosikan produk ini. Ini kerana, ia boleh mengelirukan bagi mereka yang benar-benar mencari pekerjaan dari rumah.

Mereka menggunakan pendekatan bahawa mereka BENAR-BENAR menjana pendapatan dari program tersebut, namun tidak menjelaskan bahawa ianya datang daripada affiliate semata-mata. Benar, ada ramai yang menjana pendapatan sebagai freelance, saya juga begitu, namun pada pandangan saya, program JobDiRumah bukanlah jenis perniagaan Islam yang boleh diterima pakai.

Dalam konsep perniagaan riba, menawarkan sesuatu yang tiada di dalam tangan adalah perbuatan riba. Sesiapa yang mempromosikan perniagaan ini juga dikatakan membangunkan bisnes riba. Saya yakin, founder kepada JobDiRumah tidak ada niat untuk menjadikan ianya bisnes riba, namun inilah yang terjadi apabila ada blogger mengatakan  bahawa 'pembaca boleh mendapat pekerjaan jobdirumah'.

Tiada jaminan pekerjaan pun menyertai program ini. Apa yang JobDiRumah tawarkan hanyalah email iklan kerjaya, itu sahaja. Benar ada panduan, namun ianya masih sama, penawaran peluang sahaja.

Saya telah menulis review penuh akan isu ini disini (http://www.luqmanmikhail.com/2015/03/review-job-di-rumah-lengkap.html).

Tidak merujuk kepada JobDiRumah, banyak scam yang menawarkan peluang menjadi kaya, peluang buat duit ternak lintah, beli mesin urut dan sebagainya. Mereka hanya menawarkan peluang. Namun, apa yang menyedihkan adalah peluang tersebut sebenarnya tiada di dalam tangan mereka. Ini adalah riba.


Saya, Nama Cina dan Muka Goku

Akaun Facebook saya menggunakan nama cina, Tai Yang. Jujur saya katakan, amat sukar untuk saya berniaga dengan nama ini. Jika saya menggunakan nama Masfira Binti Abd Latif, mungkinkah lebih ramai akan berjual beli dengan saya. Ke tidak?

Pernah ketika saya mempromosikan ebook Buat Duit Dengan YouTube Adsense, saya menerima komen ini:


Namun kawan saya pernah berkata, awak pernah menipu dengan akaun tersebut? Awak pernah buat naya orang dengan akaun tersebut?

Jawapannya tidak. Kata kawan saya, teruskan guna akaun tersebut. Tak perlu jelaskan pada sesiapa. Rezeki itu datangnya daripada Allah.

Buat Duit Dengan YouTube Adsense + Rahsia Orang Tengah

Saya menjual dua produk ini. Buat Duit Dengan YouTube Adsense (RM80) dan Rahsia Orang Tengah (RM50).

Buat Duit Dengan YouTube Adsense (RM80): Selain cara yang biasa orang gunakan (curi video orang lain), saya tunjukkan jalan halal.

Melalui pembelian ebook ini saya tawarkan software dan juga informasi yang menjadi rahsia untuk menguasai YouTube.

Anda boleh download percuma panduan buat akaun YouTube Adsense di sini (http://bit.ly/AkaunYouTubeAdsense).

Di dalamnya dinyatakan apa yang saya tawarkan dan juga tambahan:

  1. Bagaimana untuk buat orang hanya nampak channel anda sahaja di bahagian suggested video. YouTube nak tak nak akan suggested video anda sahaja apabila penonton menonton salah satu video anda.
  2. Bagaimana untuk ranking video anda, mengatasi ratusan ribu uploader lain termasuklah orang barat dan sebagainya.


Rahsia Orang Tengah (RM50): Ini adalah langkah demi langkah saya buat duit dengan menjadi orang tengah. Pembeli boleh tiru saya atau mereka boleh aplikasikan ke luar negara jika fasih dalam Bahasa Inggeris.

Melalui ilmu ini, orang yang tidak pernah belajar design website pun boleh mengambil upah dengan design website. Orang yang tak pernah kenal ebook pun boleh ambil upah untuk design ebook, tulis ebook dan sebagainya.

Semuanya langkah demi langkah dan sedikit skil Google.

Produk ROT ini adalah dalam koleksi. Ada banyak ebook perniagaan ditawarkan dan salah satunya adalah Buat Duit Dengan Share Artikel di Facebook, Twitter dan Google+.  Bagi tiap klik, akan dibayar komisen.

Untuk setiap ebook ini saya ada bukti pembayaran bagi apa yang saya buat.


Akaun ni dibuat di Jepun. Statement ni diambil kat Malaysia (umobile).  Kat Jepun ada law, tak boleh upload cetak rompak, syarikat telekom mereka akan call ke rumah dan suruh hentikan tindakan. Sebab itu, teknik yang diajarkan untuk YouTube ini halal, tak curi hasil kerja orang. :)

Pembaca tak perlu risau, ebook ditulis untuk mesra Malaysia.

Ni untuk Rahsia orang tengah. Payment ni daripada Shuth (ex-owner WangCyber). Ada lagi dari syarikat pelancongan, hospital dan sebagainya. :)


Ni pulak untuk Buat duit dengan share artikel. Statement ni kawan blog punya. Cashout setiap RM50.


Kesimpulan:

Apa yang ditawarkan di dalam ebook ini memerlukan usaha. Ianya bukan sistem simpan dan ganda wang. Jika anda berhasrat demikian, saya tak galakkan anda membeli ebook ini.

Ebook-ebook ini adalah pilihan untuk anda belajar menjana pendapatan online secara halal. Kesempitan bukan satu alasan untuk terlibat dengan perniagaan haram di sisi Islam.

Bagi yang berminat dengan produk YouTube dan Koleksi (ROT) ini, bolehlah SMS kepada 013-2735015 (Masfira) dan nyatakan nak beli produk mana dan anda akan diberikan panduan lengkap proses pembayaran.

Atau, boleh hubungi saya di Facebook: Tai Yang (Muka Goku)
(https://www.facebook.com/messages/100009810516435)

Terima kasih untuk semua yang membaca artikel ini.
Terima kasih juga buat Noob.

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa.

P/S:

Sempena Ramadhan ini, bagi setiap pembelian saya beri pelbagai ebook Islamik dan juga novel-novel Islamik. Ianya bukan untuk dijual dan pemilik asal meletakkan syarat untuk berkongsi ebook2 tersebut. Boleh rujuk dalam folder kelak.

* Ditulis oleh Tai Yang.





tags: iklan menjadi benar atau kaya beli jual ebook buat duit dengan youtube adsense rahsia orang tengah tai yang masfira abd latif mikhail luqman abdullah wangcyber

6 ulasan:

  1. ak xpaham... ak baca dikala ak mengantuk,dan bertambah mengantuk...

    BalasPadam
  2. nice sharing :) walaupun diri sendiri blurr.. huhuhu

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Terpulanglah mau bikin apa, mau jadi kaya atau mau jadi buaya..

    BalasPadam
  5. Easy come, easy go, will you let me go?
    Bismillah! No, we will not let you go. (Let him go!)
    Bismillah! We will not let you go. (Let him go!)
    Bismillah! We will not let you go. (Let me go!)
    Will not let you go. (Let me go!)
    Never, never let you go
    Never let me go, oh.
    No, no, no, no, no, no, no.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.