Halaman

Isnin, 8 Jun 2015

Kebijaksanaan pemimpin dalam mencipta kontroversi

Aku tak tahu sama ada menteri2 ni bijak berpolitik atau tidak. Sudahlah sekarang ini kerajaan BN dilanda banyak kontroversi, dengan isu 1MDB, GST, Tun Mahathir-Najib, tak perlulah dengan "cerdik"nya bagi dan menambah lagi bahan, modal dan sebab kepada rakyat untuk membenci dan meluat kepada BN. Bagi aku tindakan Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan baru2 ini meletak resepi nasi goreng tanpa GST di Twitter serta Menteri Wilayah Persekutuan mengupload majlis perkahwinan anaknya di Facebook merupakan satu tindakan yang kurang bijak di kala iklim politik BN tengah panas.

Sumber Twitter Ahmad Maslan. Berita mengenainya di Malaysiakini.

Kalau asyik nak suruh rakyat elak GST, apa guna wujudkan GST?
Kalau GST suatu yang bagus, kenapa suruh rakyat elak?
Nak beli dapur, peralatan memasak, pinggan mangkuk, sudu garpu semua kena GST.
Kalau semua orang disaran memasak sendiri, apa guna orang buka kedai makan?
Kalau di kafe dan kantin pejabat pun kena GST, takkan setiap kali waktu rehat suruh balik rumah untuk masak dan makan di rumah?

Sumber Facebook Tengku Adnan. Berita mengenainya di Berita Harian.

Dulu masa perkahwinan anak PM Najib pun dia tak bagi tetamu upload gambar dan gembar gemburkan majlis perkahwinan dia sebab tahu sentimen rakyat, ini boleh pula upload sendiri gambar majlis perkahwinan anaknya yang pakaiannya sangat tidak patuh syariah. Kalau ya pun senyap2 sudah lah, tak payah lah dengan sendirinya bagitau pada orang lain kat media sosial sampai timbulkan isu dan kontroversi.

Bukankah adat yang perlu mengikut agama, bukan agama yang mengikut adat?
Bukankah Islam itu agama persekutuan negara Malaysia?
Bukankah UMNO mendokong agama Islam sebagai asas perjuangan?
Bukankah rakyat sering ditekan dan disaran mengikuti nilai2 Islam tapi bukan pemimpin?
Bukankah kepimpinan itu melalui teladan?


Come on lah pemimpin. Takde masalah cari masalah. Takde kontroversi cipta kontroversi. Ingatlah sebagai seorang pemimpin parti, setiap perkara yang dilakukan pasti akan dikaitkan dengan nama parti. Apa2 pun nama parti juga yang akan kena tempelaknya. Cuba faham sikit sensitiviti rakyat. Faham dari sudut pandang rakyat sendiri, bukan dari sudut pandangan penasihat dan pembodek2 di sekeliling.




tags: resepi nasi goreng tiada tanpa gst ahmad maslan twitter majlis perkahwinan anak tengku adnan mansor facebook fb berkemban pakaian tradisional jawa keraton indonesia cipta isu kontroversi masalah kurang bijak kecerdikan kebijaksanaan bijak kenyataan bodoh

13 ulasan:

  1. Balasan
    1. Nak royol?

      Padam
    2. Kalau org ckp dia bodoh, dia pusing pasal maslan tu nama bapak dia pulak.

      Padam
  2. stakat tgk gmbar je,, boleh jadi maid yg masak,,
    phuihh,, cer bagi vdeo tgh masak..

    BalasPadam
  3. ada bagus gak dorang tunjuk sbb rakyat boleh tau dan sedar. kalo x sedar2 jugak, x tau la aku.

    BalasPadam
  4. Yg pengantin laki topless masa sanding..nape ppuan x buat sekali? Jawa sebenar dua2 topless masa zaman2 dulu..baru la x mainstream sgt..haha

    Pemimpin BN yg senior ni suka buat rakyat sakit hati dengan kemewahan mereka..so far yg sy selesa sedikit ialah KJ sendiri, smpi hntr anak kat sekolah biasa je bkn sekolah swasta. Kita perlu byk pemimpin muda yg fahami jiwa anak muda sbb yg tua ni sibuk dgn kroni dia n x fikir nak buat amal ibadat sbb dah tua nyanyuk.

    Pasal mahathir ni ada betul dia kata pasal isu 1mdb..tp fikir2 balik mahthir sendiri pilih najib selepas tolak paklah, ada yg kata mahathir start attack najib sbb anak dia dah kurang dpt project yg pada asal idea mahathir sendiri. Papepun xde pemimpin x kira BN atau PR yg berusaha nak naikkan gaju rakyat sbb hmpir semua negeri dah luluskan gaji pemimpin naik bertingkat2.

    Pemimpin sibuk politiking utuk survival politik, tp bo one cares nak tolg naikkan gaji rakyat. Plz...we want young MPs yg mentakbir malaysia.

    BalasPadam
  5. mana2 pemimpin pon ada adegan tersendiri. Sekarang ni mana orang lagi sangat nak bela nasib orang lain secara ikhlas. Semua penting diri, kalau boleh lepas diri sendiri. Menteri mana pon yg pegang kuasa, hidup kita mcam tu x da apa yg berubah. Najib ke, Mahathir ke, Anwar semua sama saja.
    PRAYFORMALAYSIA
    #SABAH
    #RINGGITJATUHLAGI
    #1MDB
    #USAVSCHINA
    #AMERIKADATANGLAGI
    #TPPA
    #HIDDENHAND

    BalasPadam
  6. tak perlu jadi pandai utk jadi menteri.

    BalasPadam
  7. malingsia curi adat kita...kita hancurin mereka ...--tunjuk perasaan diaadaka besar2an..dihadapan kedutaan malaysia...

    BalasPadam
  8. Nak tanya, bersanding cara Jawa ni mmg ada kaitan dgn pengantin itu snediri, maksud saya samada pengantin lelaki atau ppuan mmg asal org jawa indonesia? kalau nak buat pun, buat je la kat sana utk majlis bersanding. Cuma kat Malaysia ni byk sensitiviti terutama org melayu/islam...so x perlu buat pelik2, senang jd isu. Just play safe.

    BalasPadam
  9. kemban....kemban.....kemban.....nyummmmm....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.