Halaman

Sabtu, 27 Jun 2015

Kronologi MARA terbabit skandal hartanah di Australia

Laporan akhbar Australia, The Age, mendakwa pegawai-pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan RM65 juta dana awam untuk membeli sebuah blok apartmen di Melbourne, Australia, dengan membayar harganya RM13.7 juta lebih tinggi, yang kemudiannya didakwanya untuk membayar sogokan.

The Age, yang membuat dakwaan itu dalam laporan eksklusif hari ini, juga mendakwa penglibatan MARA, sebuah agensi pelaburan kerajaan, yang membeli hartanah itu pada 2013.


Laporan penyiasatan The Age itu mendakwa sekumpulan pegawai Malaysia, dengan menggunakan dana pelaburan kerajaan Malaysia, membida harga untuk blok apartmen di Melbourne, daripada A$17 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juta (RM65 juta).

Akhbar itu mendakwa, tambahan A$4.75 juta (RM13.7 juta) itu kemudiannya didakwa dibawa keluar dari Australia melalui pengubahan wang haram dan didakwa dibayar sebagai sogokan di Malaysia.

The Age mendakwa firma Malaysia yang menerima sogokan yang dikatakan itu, berkait rapat dengan seorang tokoh kanan di agensi pelaburan kerajaan Malaysia, MARA.

Seorang lagi yang didakwa akhbar itu terlibat, ialah seorang pegawai kanan Malaysia dan bekas ahli politik yang mempunyai hubungan rapat dengan seorang menteri kabinet Malaysia.

Sumber Malaysiakini.



Ini adalah laporan dari akhbar The Age National Australia - Corrupt overseas buyers ramp up property price, burn locals.

Akhbar tersebut menamakan pengerusi MARA Inc Sdn Bhd dalam dakwaan tersebut.

Kemudian SPRM teliti laporan dakwa pegawai mara terlibat penipuan.

MARA menjalankan audit dalaman dan membantu SPRM dalam kes tersebut

Suruhanjaya diraja digesa untuk siasat kes hartanah MARA

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa pula berkata PM lulus urusan beli hartanah MARA, namun kemudian menyatakan Najib sebenarnya tak lulus beli apartmen di Melbourne dan laporan sebelumnya diputar belit media walaupun terdapat rakaman suara yang menyatakan sebaliknya.

Pengerusi MARA kemudiannya serah dokumen pada SPRM untuk siasatan.

Namun yang paling sukar diterima adalah kenyataan daripada TS Annuar sendiri seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Malay Mail yang menyatakan :
“To our knowledge at the time we did not know that the price was high. We thought that the price was below the market rate,” Annuar told a press conference at the government agency's headquarters here.
Atau dalam BMnya seperti yang ditulis oleh portal Siakap Keli:
"Mengikut pengetahuan kami pada waktu itu, kami tidak tahu harganya (apartment) tinggi (melebihi harga pasaran). Kami sangkakan harganya di bawah harga pasaran", kata Annuar Muasa di satu sidang media hari ini.

Aku macam tak boleh terima kenyataan macam tu. Boleh ye kita tidak tahu harga pasaran berapa? Boleh ye kita main agak2 je berapa harga pasaran.

Takde orang buat kajian kah?

Takde pakar ekonomi atau hartanah yang buat study kah?

Kemudian, TS Annuar menyatakan yang MARA tiada kerugian dalam pembelian hartanah tersebut sebaliknya telah mendapat keuntungan.

Malaysia... memang bolehland. Masalah dan skandal dia pelik2.

1MDB. NFC. Felda. Tabung Haji. Jho Low.

Sekarang, MARA.


Yalah, kami ni rakyat memang terima sahajalah apa2 yang kerajaan buat. Kami yakin segala tindakan kerajaan adalah betul dan benar belaka. Kami terima sahajalah apa2 kenyataan dan jawapan dari menteri dan pemimpin kerajaan walaupun kadang2 memang menyakitkan hati seperti ucapan PM Najib ini pasal kenaikan tol:
"Kalau tak kena tol kita kena naikkan cukai. Cukai ni kena semua. Tol orang lalu akan bayar. Tapi kerajaan memikirkan agar kenaikan ini tidak akan memberi keuntungan tak munasabah kepada tol operator."

"Mungkin bagi pengguna tetap kita boleh bagi season pass. Prinsip kita, pakai lebuhraya kita terpaksa bayar itu kita tak boleh tolak. Ini realiti," kata Najib.

Sumber The Malaysian Insider.

Nak naikkan tol, naikkan cukai, naikkan je lah. Bising2 pun rakyat akan bayar jugak, ye tak? Masa PRU nanti kita orang akan undi korang jugak balik.

Yelah takkan kitorang nak undi DAPig kan? Takkan lah kitorang nak bagi Cina memerintah, ye tak?
Kitorang pun takkanlah nak undi PKR kan? Lagipun ketua diorang kan masuk penjara sebab kes liwat, ye tak?
PAS pun takkan la kitorang nak undi kan? Mesti negara akan jadi mundur macam taliban, ye tak?

Yang penting buka pintu rumah, tiada kereta kebal depan rumah, Malaysia masih aman.

Bersyukurlah.
Tahniahlah.




tags: skandal masalah majlias amanah rakyat mara beli rumah apartment rumah flat australia rasuah salah laku atas harga pasaran scandal corrupt korup sprm siasat mcmc annuar musa

17 ulasan:

  1. malaysia ni dah sakit tenat. tunggu masa je nak mati. masa tu najib & kakmah akan pergi ke oversea hidup mewah dkt sana. manakala bangla 1.5juta akan membiak & beranak pinak disini. virus cancer bernama najib mesti di hapuskan ..dijatuhkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak baik ko cakap mcm ni. Tenat haper? Aku bergaji rm1500 pun ok jer..anjing biawak kambing hidup aman tenteram jer.. blom mcm nak kiamat lagi pun..

      Skrg bulan puasa, doakan Allah memberikan kesejahteraan kpd pemerintah. Jangan ada rasa dengki dgn Najib Rosmah sbb kerana ko xdpt merembat duit juta2. Aku percaya tak kira siapa jadi pemimpin Malaysia, benda yg sama je terjadi.

      Dan jika rakyat merasa hidup susah, itu adalah salah sendiri. Malas belajar, malas membaca, mcm aku.

      Padam
    2. Ingatlah, Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu wahai Prince of Boobs!

      Padam
  2. Najib and the geng memang nak bolot habis punye. Kalau nak kalah sekalipun pru akan dtg...alang2 tu biar kalah siap ada harta bertimbun. Rakyat ada gak undi dia.malaysia ni lawak..nak undi itu..org cina..nak undi ini..tak elok perangai..nak undi yg sane pulak...takut mundur..jadi, pergi la pilih la dok kedarah duit rakyat.sampaikan kos hidup meningkat mendadak dlm tmpoh terdekat. Pastu ckap..pendapatan isi rumah meningkat. Apa yg meningkat? Tak nmpak ke rakyat makin bengis..silap pasal duit sikit..mengamuk sakan. Kalau ada pluang merusuh..abis di huru harakan semuanya. Apa nak jadi ni? Nak sruh rakyat bangkit pun tak boleh jugak..sbb ada org atas dok reka cerita itu ini. Akhirnye..melingkupla kita semua. Yang pak menteri tamak haloba mcm harta boleh bawak mati..rakyat miskin pulak mengamuk sana sini tak cukup sara diri. Alkisah..ko taruk la berjuta alim ulama pun kat malaysia ni utk nasihat..tetap tak boleh pakai. Kita cuma boleh menderita sikit demi sikit..sampaila kita parah ya amat. Terima kasih kepada pengundi setia umno/bn

    BalasPadam
  3. Najib and the geng memang nak bolot habis punye. Kalau nak kalah sekalipun pru akan dtg...alang2 tu biar kalah siap ada harta bertimbun. Rakyat ada gak undi dia.malaysia ni lawak..nak undi itu..org cina..nak undi ini..tak elok perangai..nak undi yg sane pulak...takut mundur..jadi, pergi la pilih la dok kedarah duit rakyat.sampaikan kos hidup meningkat mendadak dlm tmpoh terdekat. Pastu ckap..pendapatan isi rumah meningkat. Apa yg meningkat? Tak nmpak ke rakyat makin bengis..silap pasal duit sikit..mengamuk sakan. Kalau ada pluang merusuh..abis di huru harakan semuanya. Apa nak jadi ni? Nak sruh rakyat bangkit pun tak boleh jugak..sbb ada org atas dok reka cerita itu ini. Akhirnye..melingkupla kita semua. Yang pak menteri tamak haloba mcm harta boleh bawak mati..rakyat miskin pulak mengamuk sana sini tak cukup sara diri. Alkisah..ko taruk la berjuta alim ulama pun kat malaysia ni utk nasihat..tetap tak boleh pakai. Kita cuma boleh menderita sikit demi sikit..sampaila kita parah ya amat. Terima kasih kepada pengundi setia umno/bn

    BalasPadam
  4. Bersatu kita bersatu..tekad setia beganding bahu..

    BalasPadam
  5. Annuar Musa ada mmberi penerangan yg baik ttg isu ini dlm rncangan Lanskap TV1 tadi.

    Mgkin Noob tak tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah tak berkesempatan nak tengok TV1. Boleh kongsi sedikit atau bagi link berita mengenai penerangan yang baik itu?

      Padam
  6. Duit lembu 250juta kira setel tepi, yg ni 65juta apa sangat.. Aku xtau la apa nk jd dgn negara ni. Yg aku tau p keja blk bln2 dpt gaji. Kdg2 aku terpikir kita duk maki dlm media sosial intenet tetap xbwk apa2 perubahan.najib tetap dpt naik jet duk rumah istana selesa sampai dia mampus..

    In the end org mcm kita end up dgn Kerja2 cari duit . xcukup duit buat overtime ptg mlm. Bg anak bini mkn.. Nothing we can do. Nk harapkan parti pembangkang stand up utk kita? Xda maknanya ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib dan rosmah terus mendapat redha dari Allah. Aku doakan semoga Najib dan Rosmah akan dimasukkan ke Jannatul Firdaus dan hidup bersenang lenang bersama nabi2 Allah.

      Padam
    2. Ingatlah...Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hati engkau wahai Prince of Boobies...aku tak tau tapi Allah lebih tahu...insaflah...jangan mendabik dada memfitnah orang, sekarang nih dah fitnah Allah Taala pulak...kau ada nas dalam wahyu Allah atau Quran ke depa masuk syurga dan bersenang-lenang sama nabi2 Allah?? Aku dapat melihat api neraka dalam pandangan mata kau yang hina tuh...insaflah kawan!!!

      Padam
    3. jgn cakap nothing we can do.. masa skrang lah allah nak uji kita ni rajin doa ke tak. doa org yg teraniaya makbul.. kita ni rakyat yg teraniaya di bawah pemerintah yg zalim. senjata kita doa.

      so sume orang, byk2 doa terutama bulan ramadan ni. skrang ni jgn pikir takut pembangkang memerintah ke cina memerintah ke ape ke, yg penting doa supaya malaysia masih diberi peluang dan rahmat allah. kalo skalipun korang nk umno masih memerintah pn, doa la bebanyak supaya umno dipulihkan jd bersih supaya dorang sedar skit nasib malaysia skrang ni teruk dibawah pemerintahan presiden dorang sndiri.

      Padam
  7. Apa pandangan dgn penangkapan justo di thailand-email yg konon byk di sarawak report - 1MDB. Aku rasa buat masa skrg sekurangnya kita kena cuba berlaku adil dan menunggu siasatan...letakkan kepercayaan kepAda badan bebas, PAC-PDRM-SPRM etc, bila dilihat media elektronik yg konon bebas MMO-TMI-Mkini etc bukan benar bebas pun, taraf journalism sama longkang dgn utusan malaysia....

    BalasPadam
  8. lebih baik najib dari cina dapig makan pig dan kaum2nya. nak tengok kita orang melayu kena halau. tengok di negara china, puasa dah x boleh. singapore pulak azan x boleh. semua tu cina punya angkara. sapa lagi kalau bukan cina. sekarang ni kat malaysia, kaum cinalah yg menyebabkan inflasi dan kenaikan harga rumah, lepastu banyak media alternatif yg dikawal orang cina sering putar belik pasal orang islam, lepas ni apa pulak. Aku x boleh bayangkan kalau dpt malaysia kat cina tak tau nak jadi apa. berkenaan kes mara dn seangkatan dgnnya mampus pi bukan duit kita pon duit tauke cina yg bayar cukai juga.

    cina dan yahudi berpisah tiada umpama yakjuj dan makjuj

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen nak mintak perhatian.dah basi la bro

      Padam
  9. Malas nak cakap....skrg senang bebas nak share salah laku kerajaan kay mana2 media sosial tanpa sekatan...sy sambut baik jika berlaku salah guna duit awam..betul atai x lain cite..tp kita sebagai rakyat patut rasa piss off jika gaji kita x naik2 tp gaji pemimpin naik sesedap hati n buat sukahati duit rakyat mcm dia punya.

    Pasal tol..once dah naik is over...u now the result on next PRU.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.