Halaman

Sabtu, 27 Jun 2015

Tonjol sisi hitam masyarakat lebih beri kesedaran

Blog Buasir Otak banyak memaparkan sisi hitam, kehodohan dan keburukan sikap dan mentaliti masyarakat Malaysia, terutama orang Melayu amnya namun jarang memaparkan kebaikan dan kejayaan orang kita. Persoalannya kenapa aku memilih untuk lebih menonjolkan kehodohan ini berbanding kecantikan?

Satu adalah kerana sikap dan mentaliti hodoh masyarakat serta juga kisah2 kegagalan itu memang lebih banyak dipertonjol dan didengari setiap hari berbanding sikap dan mentaliti yang bijak dan matang serta kisah2 kejayaan.

Kedua, untuk mengajar masyarakat dengan kesedaran "Aku tidak mahu jadi seperti dia" lebih berkesan daripada "Aku mahu jadi seperti dia".


Ya, jangan jadi seperti dia adalah lebih mudah daripada mahu jadi seperti dia.
  • Lihat gambar penjenayah kena gari dan dibawa ke mahkamah lebih memberi kesedaran dan pengajaran kepada kita agar jangan menjadi seperti dia berbanding melihat gambar seseorang sedang memberi sedekah kepada orang miskin di mana kurangnya timbul kesedaran dan pengajaran kepada kita untuk menjadi seperti dia.
  • Mengajar seseorang dengan memberi suatu contoh yang baik lebih sukar diikuti dan ditiru berbanding memberi suatu contoh yang buruk yang lebih mudah untuk dielakkan.
  • Lebih mudah untuk kita nasihat dan orang mendengar nasihat "Kau jangan ikut perangai buruk dia" berbanding "Kau harus ikut perangai baik dia".
  • Lebih mudah untuk memberitahu anak2 "Sudah besar nanti kamu jangan jadi seperti dia" berbanding "Sudah besar nanti kamu jadilah seperti dia".
  • Arahan seperti "Jangan jadi mat rempit.", "Jangan jadi penagih dadah.", "Jangan jadi perompak" lebih mudah dituruti berbanding "Jadilah seorang doktor", "Jadilah imam", "Jadilah seorang yang jujur" lebih sukar dipenuhi.
  • Ibu bapa menyuruh seorang anak berjaya dalam peperiksaan UPSR seperti abangnya yang mendapat 5A. Anaknya akan rasa macam sukar je nak jadi macam abang dia. Berbanding ibu bapanya menyuruh anaknya jangan jadi seperti sepupunya yang dapat keputusan UPSR 1A 2B 2C, anaknya akan rasa macam lebih mudah untuk tidak menjadi seperti sepupunya.
  • Kita baca kisah seorang yang hebat dan berjaya, kita rasa macam susah je nak jadi seperti dia. Tapi bila kita baca kisah seorang yang gagal, kisah seorang penagih dadah, kisah seorang bekas pelacur, kita akan rasa lebih mudah untuk tidak menjadi seperti dia.

Pengharapan untuk "perlu menjadi" dilihat lebih sukar untuk dicapai dan dilaksanakan berbanding "jangan menjadi".

Maka sebab itu aku selalu menyiarkan sisi2 hodoh dalam masyarakat kita kat blog ni, agar pembaca sekurang2nya sedar yang korang jangan jadi dan turut buat benda2 bodoh seperti mereka2. Kalau aku letak sisi2 baik masyarakat dan kejayaan2 orang kita, paling kurang pun korang hanya akan baca je tapi tidak ramai atau mungkin tidak ada seorang pun yang mahu meniru kejayaan atau merasakan mahu jadi seperti mereka.

Sebab aku Melayu, aku pun tahu orang Melayu macam mana dan sekadar mana kemampuan dan tahap kita. Seperti mana yang pernah aku tulis suatu ketika dulu:

Orang Yahudi menguasai ilmu.
Orang Cina menguasai ekonomi.
Orang Jepun menguasai teknologi.
Orang Arab menguasai kekayaan.
Orang Melayu menguasai apa?

Sejujurnya aku tak letak harapan yang tinggi untuk orang Melayu menguasai atau membuat apa2 yang hebat, asal tidak menguasai kebodohan dan membuat apa2 yang dungu sudah cukup memadai dan membanggakan.




tags: jangan mahu jadi seperti macam dia sifat negatif positif masyarakat melayu tonjol sedar kesedaran memberi pengajaran

15 ulasan:

  1. walau pun aku baca tanpa skip satu perkataan tetap aku blur nak komen apa... hahaha... Betul mudah untuk orang mencontohi perkara buruk dari yang baik even selalu di ingatkan jadi jadi seperti perkara buruk & jadilah seperti perkara baik.. Mungkin sebab kebanyakkan memilih jalan pintas, jalan yang lebih enjoy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini adalah pencerahan kepada persoalan kenapa blog ini selalu highlight kehodohan sikap dan mentaliti masyarakat Malaysia tapi jarang highlight kebaikan dan kejayaan orang Malaysia.

      Lebih mudah untuk kita meminta orang jangan jadi seperti apa yang kita paparkan (sikap negatif), berbanding meminta mereka untuk jadi seperti apa yang kita paparkan (sikap positif).

      Padam
    2. ni ajaran tarekat zikir menari nih...

      Padam
  2. Yg x elok lebih terkesan di hati.

    BalasPadam
  3. Yg x elok lebih terkesan di hati.

    BalasPadam
  4. aku nak jadi mcm noob.

    BalasPadam
  5. Teruskan usaha bro. Saudara sekarang kearah yg lebih dan semakin matang berbanding artikel2 lama.

    Trus terang diakui, tak banyak blog2 melayu yg memikat hati pembaca untuk datang semula, malah ketagih dgn tulisan2 saudara, seronoknya dapat sama2 komen positif dan negatif menunjukkan tulisan anda ada peminat yg berbagai.

    Saya x kuat hati mcm saudara. Daya tahan yg hebat agaknya. Cuma boleh sumbangkan komen pendek dan adakalanya panjang sbb x mampu ringkaskannya lagi.

    Saya gembira ada blog melayu spt ini. Demokratik, dan emosional bercampur2 kerana kita ni manusia. Bukannya kita mampu sentiasa cool mcm robot. Kalo buleh saya nak bayar kpd saudara setiap bulan sebanyak RM500.00 secara peribadi. Tapi saya ni melayu. Faham2 sajala..melayu ni suka menipu...tak ramai yg ada integriti..dalam sejuta, ada la sepuluh orang..sbb utama ialah x reti nak sabar2.. Lagi2 yg ada jawatan..lagi tinggi lagi suci dan lagilah kuat menipu.

    Bergembiralah sbb saudara diberikan keupayaan menulis. Kami cuma merayakan tulisan2 saudara sahaja. Jika ada kemampuan, tulislah buku tanpa perlu perkenalkan identiti spt satu penyanyi tu..pakai topeng sikik ja kat muka.."encik mimpi" gitu namanya..

    BalasPadam
  6. terpulanglah mahu jadi apa, asalkan aku tak jadi tamak haloba seperti sesetengah bangsa di dunia ni sudahlah, sampai menyusahkan orang lain. Ambik yg perlu saja.

    Ada ilmu kongsi dan ajar kpd orang.
    Ada kekuatan ekonomi bantu orang lain untuk naik bersama.
    Ada harta dan wang ringgit bantu orang yg memerlukan.
    Ada teknologi menyumbang lah kepada negara dan bangsa.

    Satu sahaja jangan lupa bersyukur

    BalasPadam
  7. org melayu mau jadi apa ? hantu atau buaya ?

    BalasPadam
  8. orang melayu menguasai kebodohan dan kemalasan hahaha

    BalasPadam
  9. Teguran secara berhemah sangat penting utk cermin diri kita menjadi lebih baik. Dah la bani melayu xde benda yg special dr segi kemajuan...selain juara dlm hiburan dan emosi berlebihan...better kita lihat bnbanyak kekurangan org melayu sendiri sebelum terlambat.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.