Halaman

Sabtu, 13 Jun 2015

Lirik lagu kini yang hampeh berbanding dulu

Satu kajian yang dibuat oleh sebuah blog data tiket hiburan dan sukan, SeatSmart, mendedahkan bahawa kebanyakan lirik lagu pop yang dikeluarkan sejak 10 tahun kebelakangan ini bertaraf sangat rendah.

Kajian yang diketuai oleh Andrew Powell-Morse itu dibuat dengan menjadikan 225 buah lagu pop antarabangsa, dari empat genre berlainan, sebagai bahan kajian.

Kesemua lagu tersebut dikaji menggunakan ujian Flesch-Kincaid Grade Level.


Ujian ini menggunakan formula yang mengambil kira jumlah perkataan dan suku kata yang digunakan dalam petikan bacaan.

Hasil daripada kajian itu mendapati kebanyakan lirik yang dihasilkan bertaraf bahan bacaan kanak-kanak dalam lingkungan usia 8 hingga 9 tahun.

Lagu-lagu yang dinilai adalah dari genre Pop, Country, Rock, dan R&B/Hip-hop.


Lirik daripada lagu-lagu bergenre Country dinilai punya tahap kebijaksanaan paling tinggi, manakala lagu R&B/Hip-hop paling rendah.

Kajian itu turut mendedahkan walaupun lagu nyanyian penyanyi lelaki mengandungi lebih banyak lirik, namun lagu yang dinyanyikan penyanyi wanita punya lirik yang lebih bijak.

Antara artis dengan lirik paling bijak adalah Eminem, Mariah Carey dan Adele. Manakala artis yang dengan lirik paling tidak bijak pula Kesha, Lady Gaga dan Beyonce.

Sumber Astro Awani.


* * * * * * * * * *

Itu cerita luar negara, tapi di Malaysia pun lebih kurang je.

Jika dulu orang nak tulis lirik lagu sikit punya susah, nak kena fikir perkataan dan ayat2 yang sangat puitis dan mempunyai makna yang mendalam agar ia dapat dijiwai hingga menusuk qolbu. Contohnya lagu Iklim Suci Dalam Debu...
Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Atau lagu Search Isabella...
Isabella adalah
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah

Peh, lirik lagu yang cukup puitis dan syahdu serta penggunaan tatabahasa Melayu yang tersusun cantik. Kalau baca tanpa irama dan melodi sahaja pun boleh jadi seolah2 membaca puisi atau sajak.

Berbeza dengan lirik lagu zaman sekarang, kebanyakannya ntah apa2, asal boleh je, ayat pun macam cakap dengan kawan2, lepas tu lagu meletup dan popular.
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Oh oh hatiku rasa sesuatu 
. . . . .
Bermula di Facebook
You IM I dulu tak tahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu
. . . . .
Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja
. . . . .
DJ kami baek graffiti artis baek
Breakers dan emcees kita semua budak baek
Jumpa anak dara baek bakal mertua baek
Jumpa janda baek bawak balik janda baek
. . . . .
Biarku jalan dulu
Puas aku tunggu
Puas aku tunggu
Lu lambat macam mana
Itu bukan hal aku
Bukan hal aku

Lagi teruk bila mencampur adukkan perkataan English atau Indonesia ke dalam lirik lagu bersama2 ayat Bahasa Melayu, seperti "I call you tak answer", "Aku bisa mencintaimu", "Sakit hatiku kerna kamu", "Coba kau lihat" dan sebagainya.
 
Tahi.

Bukan takde lagu2 terkini yang lirik lagunya puitis dan indah2, cuma tak banyak, tak berapa nak popular dan kurang diminati, kerana pendengar dan peminat muzik generasi baru ini juga mungkin lebih suka lagu yang liriknya straight forward, senang nak hadam, bercitarasa rendah dan tahi.

Baca lagi:




tags: kualiti lirik lagu tahap bacaan darjah 3 irama melodi teruk tiada puitis sastera puisi sajak syair hollywood song lyrics then vs now melayu campur aduk

22 ulasan:

  1. Bhai Noob..

    Memang najis... Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    BalasPadam
  2. Najwa latif Kot nub... Legend tuh...

    Kuikuikui

    BalasPadam
  3. "Bukan maksud tuk memikat
    Tapi kalau kau terpikat
    Ku tak kisah, apa salahnya"
    Catchy tapi sampah sarap yang buat aku nk terajang je

    BalasPadam
  4. Aku respect dgn malique skrg ni. Cipta lirik lagu puitis gila. Penggunaan ayat marvelous.

    BalasPadam
  5. Haih... Frust bercinta ke PoN?
    Hahahaha...

    BalasPadam
  6. aku bukan lah penyanyi atau orang seni, tapi aku rasa trend lagu zaman sekarang lebih bersifat santai atau kalau kau nak kata sampah pun boleh juga...kalau kau perasan, lagu dulu2 lebih bersifat emosi n kalau kau nk nyanyi pun kau perlukan kepakaran mengawal vokal yang moderate la, berbeza lagu sekarang.semua orang boleh nyanyi tambahan pula, time kita nak dengar lagu dekat dalam kereta ja...so relevant-nya kat dalam kereta kita nak environment yang santai2, lagu2 macam ni la boleh jadi sedap...tapi aku rasa yang menjadi faktor utama adalah POPULARITY...dah la aku malas nak tulis panjang2 buang masa aku je...

    BalasPadam
  7. Satu lagi lagu2 rnb,pop and hip hop barat la ni kebanyakkan liriknya lucah2 aka sampah.Dengar lagu pitbull atau nicky minaj,buat lagu pasal pungkoq ape jadah die.Tahun 60's dulu lagu pop sopan2 je macam the beatles 'Í want to hold your hand' sedap pun sedap (of kos la sebelum diorang terpengaruh dengan LSD).Hip hop malaysia ni kalau terikut2 jgak memang kene pelempang la

    BalasPadam
  8. nak buat macam mana..dah itu anak muda zaman sekarang suka...hmmmm someone need to fix this

    BalasPadam
  9. bukan genre musik yang sampah. tapi penulis lirik. lagu lagu rock n rock the beatles ada banyak lirik lirik yang bagus. lagu lagu hip hop beastie boys, run dmc, black eye p pun ada lirik lirik yang bagus.

    BalasPadam
  10. Aku tanya apa kabaarr
    Aku tanya apa kabaarrr
    Aku tanya apa kabarrr
    Aku tanya apa kabarr
    Aku tanya apaa kabaarr

    Jadah punya lirik..

    BalasPadam
  11. Aduh aduh sayang mengapa kau curang
    Aduh aduh sayang mengapa kau ulang
    Aduh aduh sayang sayang
    Aduh aduh sayang sayang
    Aduh aduh sayang mengapa kau curang
    Aduh aduh sayang mengapa kau ulang
    Aduh aduh sayang sayang
    Aduh aduh sayang sayang
    Aduh aduh sayang mengapa kau curang
    Aduh aduh sayang mengapa kau ulang
    Aduh aduh sayang sayang
    Aduh aduh sayang sayang
    Aduh aduh sayang mengapa kau curang
    Aduh aduh sayang mengapa kau ulang
    Aduh aduh sayang sayang
    Aduh aduh sayang sayang
    Aduh aduh sayang mengapa kau curang
    Aduh aduh sayang mengapa kau ulang
    Aduh aduh sayang sayang
    Aduh aduh sayang sayang

    BalasPadam
  12. Aduh aduh sayang mengapa kau curang
    Aduh aduh sayang mengapa kau ulang
    Aduh aduh sayang sayang
    Aduh aduh sayang sayang
    Aduh aduh sayang mengapa kau curang
    Aduh aduh sayang mengapa kau ulang
    Aduh aduh sayang sayang
    Aduh aduh sayang sayang
    Aduh aduh sayang mengapa kau curang
    Aduh aduh sayang mengapa kau ulang
    Aduh aduh sayang sayang
    Aduh aduh sayang sayang
    Aduh aduh sayang mengapa kau curang
    Aduh aduh sayang mengapa kau ulang
    Aduh aduh sayang sayang
    Aduh aduh sayang sayang
    Aduh aduh sayang mengapa kau curang
    Aduh aduh sayang mengapa kau ulang
    Aduh aduh sayang sayang
    Aduh aduh sayang sayang

    BalasPadam
  13. mint masing2 bro..... tahi x tahi janji best layan hahaha

    BalasPadam
  14. Saya ni gen x...confirm memang suka lagu2 zaman 80an and 90an.... :D

    BalasPadam
  15. Saya ni gen x...confirm memang suka lagu2 zaman 80an and 90an.... :D

    BalasPadam
  16. awak kat mana? awak kat mana? (lagu terbaik masa kini)
    ramli where u at? kamariah where u at? Junaidah where u At? Ekal where u at?
    I at jamban, I at anywhere as u what!

    BalasPadam
  17. lagu akim and mejistret puitis noob lirik dia..

    BalasPadam
  18. tambahan lagu sampah = hantu atau buaya

    BalasPadam
  19. Rocket Queen.....GnR!!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.