Namun entah siapalah 'pengkhianat' yang telah mendedahkan perancangan PM dan kabinet untuk menaikkan harga tol pada bulan Ogos ini. PM berkata, pihak yang membocorkan maklumat mengenai cadangan kenaikan tol lebuh raya telah mengkhianati kepercayaan diberi kabinet.
Mungkin rakyat tidak perlu tahu bahawa bukannya konsesi highway yang uruskan kadar tol, tetapi ianya adalah di bawah bidang kuasa 'wira-wira' kita sendiri. Mungkin rakyat tidak perlu tahu bahawa kerajaan nak tambahkan lagi cara untuk mendapatkan duit dari rakyat.
Slogan "Rakyat Didahulukan" pastinya merujuk kepada: "Rakyat didahulukan untuk membayar hutang negara".
Malah dengan kenaikan kadar tol ini, kakitangan dan pekerja syarikat konsesi lebuh raya mempunyai harapan tinggi untuk merasa kenaikan gaji dan mendapat bonus tahunan yang lebih banyak, sejajar dengan dasar kerajaan untuk menjadikan negara Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Nampak, kerajaan bukan sahaja mendahulukan "rakyat" yang terdiri daripada pembayar tol, malah "rakyat" yang terdiri daripada pekerja tol.
Sebelum ini GST, lepas tu harga minyak naik dan kini, perancangan pada bulan Ogos, tol pula. Yang gaji sederhana, GST dan harga minyak pun dah cukup pahit untuk ditelan, inikan pula nak tambah satu lagi BEBAN.
Sementara itu, sumber memberitahu Malaysiakini, MAJORITI anggota kabinet bersetuju menaikkan kadar bayaran tol untuk 16 daripada 19 lebuh raya di negara ini. Terbaiklah 'wira-wira' ini semua.
Laporan daripada Berita Harian pula menyatakan kadar bayaran tol untuk 16 lebuh raya akan dinaikkan antara 20 sen hingga RM1 mulai Ogos ini. Ini bukan terbaik dah, ini tahap super terbaikkkk!!!
Walaupun ini baru cadangan, namun rakyat memang berharap ia akan menjadi kenyataanlah, kerana jika berterusan begini, dengan jumlah pendapatan terkumpul oleh kerajaan, jangan katakan lembu tinggal kat banglo dan menaiki Mercedes untuk meragut rumput di ladang, silap haribulan, 2020 kelak, semua penerima BR1M akan dapat merasai kehidupan duduk dalam banglo dan menaiki Mercedes sendiri.
Jika korang paham, baguslah. Jika tak paham-paham juga. Malas nak ulang. Korang penuh ketahian.
Kredit: Tai Yang.
tags: kadar kenaikan harga caj tol lebuhraya lebuh raya ldp plus elite lpt cadangan perancangan najib pengkhianat penjawat kakitangan pekerja awam kerajaan bocor rahsia maklumat
Slm. Hebat. PON satu soalan. Kalau semua dah citer... Semua dah tahu. Tak berubah2 jugak. Tunggu pilihan raya lambat sangat lagi. PE NAK BUAT? Aka rasa akan ada rakyat Malaysia yg akan jqdi terroriss sebab semua ni sebab aku pon kekadang ras nak bom je parlimen. Habih citer.
BalasPadambila dah jadi hamba pada duit ni lah kesanya ......
BalasPadam“Jangan tanya apa sumbangan Negara kepada anda tetapi tanyalah apa sumbangan anda kepada Negara"...hehe..sakit hati, sakit jiwa..
BalasPadamTrima kasih bn
BalasPadamBiasalah...kerajaan dah tak ada duit. Jadi rakyat la jadi mangsa nak kaut duit. suka sangat membazir...
BalasPadamhttp://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2015/06/naura-dress.html
troll 427 penuh ketahian
BalasPadamSesungguhnya
BalasPadamkita tidak pernah diuji dengan keperitan, bala bencana, kemarau panjang, perang, rusuhan, wabak maut dan sebagainya.
Kita jadi lembik, bodoh dan malas.
Semua mahu senang, mahu selesa, mahu seperti dalam tv.
Ketamakan menguasai diri.
Tiada lagi sifat ihsan dalam hati.
Duit, duit, duit.
Peduli apa pasal benda lain.
Mungkin tuhan perlu turunkan bencana
agar semuanya hancur dan mati, agar semuanya suci semula.
Binasa dan lahir semula.
Cewahh.
PadamNegara yang jarang kena bencana semula jadi selalunya kena bencana kepimpinan.
BalasPadamBiasalah!
Bersabarlah! Bersyukurlah! Bersyukur fakiu!
yeahh... gaji aku bakal naik juga.....
BalasPadamWuhuu..seringget jer??? Apakes... aku betul2 terasa hina naik lebuhraya murah2 tol ni.. biar yol mcm kat Denmark Sweden tu.. naik la RM800.00 ka... barulah terasa selesa dan riak sungguh nak bayar..
BalasPadamKerajaan haper naik singget2 sen2 ni.. ingat kami ni sengkek sangat ker hah?
Depa tau lepas ni depa kalah. So...sementara ada masa ni la depa nak kebas cukup2. Satgi dah takdak kuasa..ada la jugak duit depa dah prepare hasil kebasan. Aku menyampah betui la tgk muka najib tu. Kalau time bawak naik harga..dia buat bodo ja.lepas tu jumpa rakyat dok cerita pasai dia pahlawan la, itu la..ini la. Palahotak la. Hangpa nmpak tak? Sebijik macam ahli politik korup mcm dlm cerita tamil tu.
BalasPadamLagi rahsia kerajaan dibongkar... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<
BalasPadam