Halaman

Isnin, 1 Jun 2015

Orang Malaysia dan sampah sarap berpisah tiada

Salah satu kehebatan orang Malaysia yang sukar dicontohi negara lain adalah kita mampu menukarkan tempat letak kenderaan yang dijadikan tapak pasar malam kepada kawasan pembuangan sampah yang dipenuhi dengan lautan sampah sarap dalam satu malam sahaja!

Mereka ini bukan sahaja hebat, malah sangat pemurah kerana meninggalkan bekas2 dan sisa2 sampah mereka untuk diberi makan kepada burung2 gagak pada keesokan pagi.

Proud to be Malaysian. Malaysia boleh. Malaysia bagusss.




Peniaga cakap buat apa nak buang sampah, itu kerja kontraktor Majlis Perbandaran, yelah bayar sewa tapak mahal2 buat apa nak angkat sampah.
Pengunjung pasar malam cakap kenapa tak sediakan tong sampah kat pasar, susah2 sampah nak bawa balik baik buang je nanti pandai2 la ada orang tukang bersihkan.
Pihak berkuasa tempatan cakap apa punya teruk la perangai diorang ni nak buat sampah sendiri pun malas. Kita kena ajar mereka dengan naikkan sewa tapak.

Bak kata seorang rakan, perkara seperti ini hanyalah satu pemandangan yang biasa di Malaysia. Andai selepas tamatnya pasar malam dan tidak terdapat sampah walau sedikit pun, itu yang akan jadi sangat luar biasa.

Berapa tahun lagi nak Wawasan 2020? 5 tahun lagi. Rasa2 sempat tak sebelum 5 tahun tu mentaliti cintakan sampah seperti ini diubah?


* Gambar kiriman ehsan rakan FB.




tags: longgokan sampah sarap selepas pasar malam di atas jalanraya tempat kawasan parking letak kenderaan kereta pihak berkuasa tempatan pbt peniaga pengunjung pelanggan

9 ulasan:

  1. sampah masyarakat...

    BalasPadam
  2. Yang lagi jilakanya, kat sesetengah pasar malam, tong sampah disediakan, tapi sampah tetap bersepah macamlah tong sampah tu buat hiasan jer

    BalasPadam
  3. Jangan terkejut kalau satu hari nanti rakyat/masyarakat lebih busuk daripada sampah dan sampah lebih berguna daripada rakyat/masyarakat.

    BalasPadam
  4. so this time melayu fault too?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Of course la melayu.tgk peratusan la siapa peniaga pasar malam paling ramai dan siapa pengunjung paling ramai..melayu la jawabnye.

      Padam
    2. Definitely. Malay always tries to blame others for their weaknesses. But they themselves don't have the qualities or at least a mind set that can bring them to a better living.

      You can tell from how they worked, or their job qualities. It below par. They would rather use their insiders to get a job than using their skills and knowledge.

      This sampah problem is just an indicator of how low that their level of mentality is. Sampah can be avoided if they just simply keep it inside their plastic bag to the nearest tong sampah. Even the cikgu throw sampah recklessly. Haih...

      Padam
  5. dah pekara biasa dah leps pasar mlm sampah betaburan.... xpe esok pagi geng2 majlis pembadaran akan jalankan tugas degan amanah tulus serta beretika. x mcam peniaga2 ni semua.

    BalasPadam
  6. Haih noob, dah ada iklan nampak. Huhu

    BalasPadam
  7. Kat tmpt aku pn gini.. sedih ah.. smpah biar gitu jer.. bahlol la org meniaga ni.. ptut majlis tarik je lesen diorg tu. belambak lg org nak meniaga.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.