Gadis: asklm... ni abg Noob (bukan nama sebenar) ke? sy eyma (bukan nama sebenar) student kolej ABC. sy nk tnya tmpt abg ada amek x budak praktikal?
Gambar hiasan
Aku: Waalaikumsalam. Praktikal berapa lama? Bila patut mula? Ambil course apa? Saya perlukan maklumat dahulu.
Eyma: esok sy dtg ofis abg boley?? cte dya camni, sy tgh cari tmpt utk buat praktikal, jd sy pikir sy nk praktikal kt tmpt abg sbb dekat sikit dgn umah sy.
Aku: Mana dapat nombor saya ni?
Eyma: ada kwn bg dia ckp abg ni kwn dgn abg dia.
Aku: Kalau macam tu emel pada saya resume dan surat permohonan untuk praktikal, nanti saya panjangkan kepada HR.
Eyma: surat tu xde lg sbb pensyarah sy kata nnt dy akan hantar kemudian. Tp lau boleh hari isnin minggu dpn pun sy dh boleh start. abg ada kt pejabat ke nnti tgh hari la sy jmpe abg bg resume sbb pgi ni sy ad hal...
Aku: Takpe, saya tunggu emel awak dan surat dari pensyarah awak. Dapat atau tak awak tunggu je surat atau call daripada HR. Terima kasih.
Pehh, aku pun tak tahu lah, sesetengah budak2 sekarang ni macam langsung dah takde etika dan adab. Dah la tak kenal, nak mintak kerja untuk praktikal pun tulis dengan ayat dan ejaan yang macam celaka, langsung tak professional. Cara nak mohon buat praktikal tak sama dengan cara nak mohon buat pakwe atau abang angkat. Nama je budak kolej/universiti tapi benda mudah dan common sense macam ni pun gagal.
Dulu aku pernah tulis situasi yang lebih kurang sama dalam entry "Sikap generasi muda dalam bidang pekerjaan" yang macam tahi dan langsung tak professional dalam mohon kerja sama ada melalui telefon, email, resume, masa temuduga mahupun bila dah dapat kerja. Budak2 sekarang ingat nak mohon kerja atau latihan industri ni macam cakap dengan adik2 diorang ke? Sengal gila.
Dan ya, maaf Eyma, abiang takkan forward pun resume Eyma kat HR. Abiang akan forward terus dalam trash folder.
tags: budak generasi muda anak kini lepasan graduan spm degree ijazah sarjana muda diploma universiti kolej cari mohon kerja pekerjaan pelajar student practical praktikal latihan industri
Hahaha... saya masa pratikal tu...nak tulis mesej pun takut. Nak panggil tuan ke encik...grrr... naseb baik pegawai tu okep..so bahasa encik dan saya. hurmmm
BalasPadamhttps://www.youtube.com/watch?v=ShhykdqZUOI
Padamhhhaaaahaaa... manusia sekarang dah kurang sopan santunnya
BalasPadamhahahaha, minta camtu jek...? Tak berperokotol langsung.. adeyh..
BalasPadamHaha..mintk nak praktikal guna wassup je.mmg terbaikkk
BalasPadamWooooow
BalasPadamWhatsapp Siak... Nak mohon Mcdonald guna whatsapp pun tak tau lepas ke tak...
Camne phone number kau leh leak nub...
Ntah2 membemembe kau nak kenakan kau...
Peh...moden giler pakai whatsapp je mintak praktikal. Ada strength kat situ....kira dia jenis yg up to date. :)
BalasPadamamikla... mana la tau cun melecun mcm mawar rashid.. bleh suruh tlg bancuh milo jadi la...hahaha
BalasPadamkesian adik eyma hehehe bang ade kerje part time tak ? haha
BalasPadamxmaju2 la gini.. asik tak ikut prosedur.. bukan takat praktikal jer. lain keje pun sama. sll klu yg msuk xikut prosedur ni dia wat keje pun xikut prosedur, keje pn mgkin xdibuatnye.
BalasPadammesti eyma ni x cun
BalasPadamBawak masuk bilik.. 'interview'.. settle masalah..
BalasPadamHaha.. Saya pun pernah kena. Sudah solat, orang sergah kat tepi;
BalasPadam"Akak kerja syarikat blablabla ke? Boleh tolong saya nak masuk syarikat tu?"
Macam kau kenal dia sangat yang lagilah takut tiba-tiba dia tahu kau kerja mana.
Ingin interview
BalasPadamNak interview
BalasPadamSalam...mcam nk apply kerja juruservis rentokil ni ye? Sye ade license GDL
BalasPadam