Halaman

Ahad, 12 Julai 2015

Alasan untuk tidak bersetuju dengan ucapan Zahra

Sejak video Saya Zahra dan Saya Sayangkan Malaysia berkenaan seorang gadis muda yang meluahkan permasalahan dan realiti kehidupan anak muda lepasan universiti di Malaysia tempoh hari viral di media sosial telah mengundang pelbagai pandangan dan kritikan daripada warga maya terutama di Facebook. Ada yang pro-Zahra, namun dan ada juga yang tidak pro-Zahra, dan kritikan2 bijak pandai yang tidak pro-Zahra ini menjadi popular dan viral kerana telah menimbulkan banyak perdebatan di antara para pahlawan papan kekunci. Ada yang bersetuju, ada juga yang tidak bersetuju dengan mereka. Di sini aku kongsikan 2 penulisan yang tidak pro-Zahra yang paling popular di media sosial sehingga dikongsikan di portal TheVocket.


Pandangan pertama oleh Mizan Hashri.

Saya bukan Zahra (Nama anak saya ya, iaitu Azalia Zahra)

1. Dia kata umur dia 23 tahun dan pemegang ijazah tempatan serta sudah hampir 2 tahun bekerja. Maksudnya dia habis belajar umur 21? Universiti mana ni? Dari SPM sehingga habis pengajian ijazah, sekurang-kurangnya mengambil masa antara 4 sehingga 5 tahun.

2. Gaji besar sebaik habis belajar? Siapa yang kata ni? Umur pun baru 23 tahun. Statistik di KWSP sendiri menunjukkan sebahagian besar pencarum bergaji dibawah RM5,000. Ini yang dah kerja berpuluh tahun. Masa untuk bergaji besar akan tiba seiring dengan peningkatan kerjaya. Yang penting kerja kuat dan cari peluang di kompeni lain yang lebih baik skim pengajian dan faedahnya.

3. Ibarat kais pagi makan pagi? mengemis? Betul ke ni Zahra? real betul punya miskin ni.

4. Bila hujung bulan poket kosong baru hendak naik LRT? Entah apa dosa LRT pada dia sampai dia tak nak naik LRT setiap hari.

5. Sewa bilik RM500 dan berhimpit sampai 8 orang serumah. Maksudnya RM500 x 8 = RM4,000. Kau duduk rumah mana ni Zahra? Sudahlah hidup ibarat kais pagi makan pagi tapi ada hati nak sewa rumah RM4,000 sebulan.

6. Hutang pendidikan masih ada? biasalah. Baru habis belajar 2 tahun kan? orang yang dah habis belajar 10 tahun pun ramai yang berhutang lagi. Kau tak tau lagi hutang rumah nanti macam mana, sampai mampus nak membayarnya.

7. Kau expect apa ni Zahra? Nak harap kerajaan dan orang lain tolong? ini mentaliti tongkat. Cuba pekena cerita House of Cards, Frank Underwood kata you're entitled to nothing! Ke balik rumah sibuk tengok cerita jam 7 petang tu? Merungut sangat kerjanya ni mesti hidupnya terlalu serius dan tak pekena cerita berprestasi tinggi macam Game of Thrones. Kah kah kah.

8. Kena kahwin dengan lelaki kaya untuk keluar dari kemelut ini? Macamlah ada lelaki kaya yang nak kahwin dengan dia yang tak kompeten ni. Tau merungut je. Kalau depan Timbalan Perdana Menteri pun dia boleh merungut, apatah lagi depan suami nanti.

9. Mula-mula kata masa depan kelam lepas tu kata esok masih ada? Mana satu ni Zahra. Nampak sangat terlalu keskripan. Adakah Zahra hanya maskot dalam kempen Saya Zahra oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu?




Pandangan kedua oleh Bendahara Alam Warisan.

Saya zahra~ lambang pemikiran anak melayu hari ini. Maaf, saya ada beberapa perkara yg saya tak bersetuju dengan zahra yg kononnya mewakili pemikiran rata rata anak muda hari ini;) kami berfikiran sebaliknya... saya tak bash individu ni saya sesah cara berfikir tu sedikit.

Nama saya zahra:

1. Lambang pemikiran mahasiswa biasa.
Keluar belajar uni makan gaji. Benda lain tade.
Banyak kot benda lain nak buat selain makan gaji~ job is just over broke. sebelum grad make sure dah prepare baik baik mana kemana nak pergi... merancang dengan baik tu kena ada. if u fail to plan you plan to fail dear.

2. Cari ilmu, lanjutkan pelajaran tapi tak pernah ilmu ttg kewangan, mengkaji pengurusan kewangan dan bagaimana untuk membina perniagaan sebagai kerjaya. tak bermaksud nak meniaga kena berenti kerja. banyak benda online leh buat...

3. Anak melayu yg bertongkat dan masih memerlukan bantuan.Dik, harga simen pun kerajaan tak mampu nak kawal... u nak depa turunkan harga rumah... tak apa tak salah ko minta.

4. Ketidakmatangan berfikir dan survival hidup yg rendah. Tade ikhtiar diluar kotak kira anak orang senang sebab bapa leh provide kereta nak g kerja. orang lain dik jalan kaki je. tumpang kereta orang. kita kena mula dari bawah kena belajar jadi kuli dulu dik...tunjuk buat kerja baik baik...

5. Jadi lawyer tak bermaksud kita bijak dan harus dipandang tinggi. Ko kena ingat dik~ iq tak menjamin apa apa. Eq dan street wise yang utama. Ini kunci kejayaan orang hebat hebat.

6. Mak cik jual goreng pisang dan jual nasi lemak pun lagi tinggi simpanan dari lawyer baru nak mula macam zahra. sebab mak cik ada street wise dan ada rutin n ada compounding income~ hidup makcik jual goreng pisang is per day not permonth~so u need a financial plan... need to learn to manage your income... sometimes u need to hold all those cool gadget and all those branded stuff dulu. rumah kat ampang n melawati hold dulu... mahal bebenar...cari apartment aja dulu dan ada caranya macamna beli apartment an tak perlu nak bayar pun tiap tiap bulan.

7. Zahra, segulung ijazahmu bukan kunci tanda kamu sudah berjaya~ menerima ijazah hanyalah sebagai permulaan hidup kau didunia yg mana selama kau belajar di sekolah dan universiti kau tak pernah belajar dari sekolah dan universiti kehidupan. u need to learn from school of life quick.

8. Kerja kau di universiti hanya g kelas balik g kantin dan g makan benda lain ko tak ambil port~macamana kau nak develop networking dan juga soft skill hang~bila kau dah grad jaringan kawan kawan ko tak luas pun~so kepada yang belum grad make sure buat kawan ramai ramai dan pelbagai kan mereka ni. find leaders student leaders they will be leaders in the future.

9. Masa belajar ko tak kesah pun nak kenal budak course lain dan pemimpin pemimpin pelajar yg lain~ syndrome 3k. Yelah kau kan lawyer apa kelas campur ngan budak lagi rendah dari course kau kan~( peel budak lawyer memang macam ni,tak semua, mereka rasa mereka yg paling otai~ keduanya budak engine~ tapi engine ni kalau leh masuk memang geng habis) budak engine jangan sentap... Yelah aku masscomm aja) budak lawyer jangan la marah~ aku nampak kebanyakkanya macam ni~ ramai juga yg baik baik~ (ramai kawan aku lawyer dalam ni) azam Buzze Azam mirdalini faliq and all i love you guys ok~ peace ok... Jangan saman gua~

10. Saya bukan lah nak balun zahra tapi ini mentaliti kebanyakkan mahasiswa hari ini~ mentaliti manja dan kurang semangat juang~spoon fed syndrome. kerajaan dah banyak bagi ruang, ya ada gst bagai tapi tu implemented kat semua orang kot...

11. Kau kata kau islam tapi yg kaya kat malaysia ni cina je semuanya sedangkan tuntutan dalam islam adalah utk kita kaya~ apakah kau tidak beriman sebenar benar beriman bahawa rezeki itu ditangan Allah~
Cina usaha cina dapat~ melayu usaha melayu dapat... Alasan cina bagi rasuah harus dibuang jauh jauh kerana itu hanya alasan tuk tak nak mengakui kelemahan kita.ini untuk semua yang akan bagi alasan bahawa anak melayu merempat ditempat sendiri.

12. Zahra, apartment mahal mahal tu utk kamu utk semua anak melayu yg bangkit dari tidur~ kalau kau pecahkan kepala kau minda kau~ cari ilmu dan ada kekuatan kau akan boleh beli semua apartment dekat kl tu... Tapi kau kena ada kekuatan dan networking~ kekuatan itu duit??? Bukan zahra~ kekuatan itu adalah ilmu dan hubungan kamu sesama manusia.build that strength now guys.

13. Anak muda akal kena panjang~ jangan senteng dan lemah sangat sampai merempat ditanah sendiri. Jangan gemuk lembab dan tak mampu bertindak tangkas luar dari kebiasaan. kena tangkas menyambar peluang yang ada. kerja baik baik...cari ilmu secepat yang mungkin dan tambah kemahiran dan value.

14. Zahra~ kalau kau ikut terus sistem yang ada ni kau lagi doapoloh tahun sama aja zahra~ kau tak akan mampu nak pencen n berehat pun~ kalau kau nak idupkau berubah zahra kau ubahlah sekarang~ubah minda dan cara berfikir.

15. Zahra~ kedai buku banyak~ billionaire tulis buku tuk share pengetahuan dia ngan kau~ kau baca novel cinta aja~ macamana nak berjaya~ Zahra~ ada special tempat dalam kedai buku namanya self improvement~ itu yang kau kena duduk belek satu satu~kau goole top 10 best book to improve yourself~ jangan google cari tudung n shawl aja.

16. Zahra~ bila kau nak sedar sebenar sedar bahawa~ dunia ini mudah dan adil~ tiada sapa akan mengianaya kamu melainkan diri kamu sendiri~ percayalah Allah itu ada~ nak ubah nasib kau bukan kerajaaan tapi diri kau sendiri~

17~ zahra payah juga nak dapat lelaki kaya so kau kena kumpul harta kau baik baik dan carikah lelaki yg beriman~(ni saya saja je ni)

18.zahra~ dulu aku lagi susah dari kau~ aku pernah makan sisa orang sebab Aku tade duit aku lapar~ masa aku makan sisa orang tu menitik air mata aku, aku terpikir juga macam kau, kenapa tade orang tolong aku? Kenapa kerajaan tak tolong aku~ kenapa abg abg aku tak tolong aku...kenapa meniaga aku ni tak jadi... Then aku duduk tepi tangga seven eleven tu aku sedar yg sebenarnya orang yg paling sesuai nak bantu aku adalakh diri aku sendiri~ sebab hanya aku aja yg paham apa yg aku lalui...aku kena ubah diri aku.

Maka aku bangkit aku tanam azam utk berubah~ saat aku tanam azam tuk berubah saat itulah bantuan Allah sampai kepadaku~

Satu demi satu jalan Allah buka~ aku betul betul bersyukur Allah tunjukkan jalan~ aku baca semua

Pendek cerita zahra, Alhamdulillah saya jadi jutawan umur 27~tak lah hebatmana... ramai jer yang lebih berjaya dari saya. doa aku pada Allah swt simple je~

Ya Allah aku ingin kaya jadi jutawan ya Allah~
Aku tak tahu g karaoke berpuluh ribu, tak reti minum arak dan aku tak tahu provide perempuan tuk jalankan business aku ya Allah~ aku tak tahu dan tak nak buat benda tu semua~ maka kau permudahkanlah jalanku ya Allah~ aku nak ubah nasib aku keluarga aku dan anak bangsa aku~

Maka doa itu aku munajatkan hari hari zahra~ aku tak lupa bersedekah dan aku baca semua buku..... Beratus buah buku aku beli...aku invest dalam knowledge dan diri sendiri.~ mana yg buang masa aku tinggalkan~ masa terlalu berharga.

19. Alhamdulillah, Zahra dapatla jadi millionaire dalam masa kurang 60 hari je~tanpa loan bank~tanpa loan kerajaan. duit tu tak simpan pun...semuanya diinfaqkan kembali. sebab apa? kalau Allah nak bagi Allah bagi je. duit je pun, bukan apa apa. hanya kertas yang manusia letak nilai...

20. Zahra kalau aku budak masscom leh buat kau lawyer tak kan tak boleh buat zahra~ ko turunkan sikit ego kau tu n insyaAllah zahra ~ kau akan berjaya...sebab graduan hari ni bila dah grad lain macam la. dia punya gaya dia lain betul...

Aku miskin aku hina
Yang ada waktu ini hanya latihan utk aku belajar bg mengendalikan amanah lebih besar, negaraku Malaysia
~ maksud sebenar hidup... Adalah kerja agama

Anak ledang 2124
Sarjan aka Bendahara Alam Warisan

Ps: sebelum kutuk saya kata ayat saya poyo n bongkak~ memang sengaja di buat ayat sebegitu agar sentap tu ada. Bagi anak melayu yg masih lena. Ramai anak melayu lebih hebat dari saya~


* * * * * * * * * *

Ya, bab ucapan Saya Zahra yang scripted dan hanya merupakan satu bentuk kempen MTEM tu aku setuju, malah ia mungkin suatu kempen untuk menaikkan nama TPM yang dilihat sudi mendengar dan mengambil berat masalah anak muda sekarang.

Namun untuk membantai dan menghentam semula ucapan Zahra dengan mengatakan seolah2 anak muda sekarang yang Melayu terlalu manja, nak kerajaan tolong, bermentaliti spoon feed syndrome, kurang semangat juang, tak matang, tak berfikir luar kotak, mentaliti tongkat dan pelbagai lagi sindiran dan kata2 sinis, bagi aku agak kurang adil.

Memang apa yang ditulis oleh kedua2 orang di atas itu ada betulnya terutama berkaitan survival dan mengubah nasib sendiri, namun aku juga tak nafikan cabaran generasi dan graduan muda sekarang agak berbeza dengan zaman aku yang grad sekitar awal tahun 2000-an.

Jika zaman aku dulu setahun ada 100,000 graduan setahun, zaman sekarang melahirkan 2 3 kali ganda daripada itu dalam tempoh setahun, tapi permintaan atau demand dalam bidang pekerjaan sekarang ini masih kekal sama atau semakin menguncup, menyebabkan ramai yang terpaksa menganggur, kerja luar dari bidang atau yang lebih rendah daripada kelayakan akademik, malah terpaksa juga mula berniaga secara kecil2an walaupun dalam keadaan kurang ilmu dan kekurangan modal.


Malah gaji permulaan untuk seorang lepasan ijazah kini dan 10 tahun lepas masih lebih kurang sama, masih di sekitar RM1600 - RM2000, sedangkan dalam tempoh 10 tahun ini, kadar inflasi meningkat, kos sara hidup bertambah, harga barangan naik, malah harga untuk menyewa dan membeli rumah juga semakin terlalu tinggi sehingga tak masuk akal.

Jika 10 tahun lepas, kerja lepas 5 tahun dah boleh beli rumah sendiri kerana masih ada rumah yang harganya bawah RM200,000, kini mereka mungkin terpaksa tunggu 10, 15 atau mungkin 20 tahun lagi untuk membeli rumah sendiri kerana nak jumpa rumah berharga RM300,000 ke bawah pun dah susah hatta di kawasan luar bandar pun.

Itu baru kita cerita masalah graduan lepasan degree, belum yang hanya mampu menjadi lepasan SPM dan terpaksa bekerja sebagai operator kilang dan krew mekdi yang gaji sejamnya hanya sekitar RM4 - RM5 sejam. Tak semua mampu menjadi bernasib baik seperti kita, maka jika mereka merungut dan meluahkan perasaan mereka, janganlah kita kondem mereka seolah2 kenapa mereka tidak boleh jadi seperti kita yang dah berjaya ni.

Kita seharusnya dengar masalah dan cubalah bantu dengan memberi nasihat dan solusi, jika kita mahu. Akan tetapi jika tidak mahu bantu janganlah pula kita memandang sinis atau merendah2kan mereka. Lagipun mereka baru awal 20-an, mereka perlukan bimbingan dari kita yang lebih tua dan lebih berjaya ini, bukan dengan pandangan sinis dan sindiran.

Ya, memang betul mereka sendiri yang perlu mengubah nasib mereka dan bukan mengharapkan bantuan daripada kerajaan semata2, namun dalam ucapan Zahra tu, malah di hati anak2 muda sekarang ini pun, yang sebenarnya mereka bukan mahu kerajaan bantu, tongkat dan suap semua benda kat mereka pun, lagipun memang mereka sudah berusaha sendiri untuk mencari kerja, cari rezeki dan memperbaiki kehidupan mereka.


Mereka tak minta pun kerajaan carikan kerja untuk mereka, bagi subsidi dan duit kepada mereka setiap bulan, namun apa yang mereka mahu dan tekankan adalah mereka meminta agar kerajaan kawal harga rumah yang semakin tak masuk akal seperti yang di dalam ucapan Zahra, rumah2 yang mahal2 itu untuk siapa, serta turunkan harga kereta seperti mana yang telah kerajaan janjikan, perbaiki mutu sistem pengangkutan awam, yuran pengajian pendidikan tinggi yang tinggi sehingga terpaksa berhutang bertahun2, masalah kursus universiti yang tidak mendapat pengiktirafan dan lain2 lagi.

Apa yang beliau cakap itu bukan untuk tindakan diri sendiri tapi untuk kerajaan perbaiki. Ya, memang kita boleh berusaha gila babi sampailah nasib kita baik dan menjadi lebih kaya dan selesa daripada orang lain, namun segigih mana kita berusaha pun, ia takkan dapat menyelesaikan masalah harga rumah, harga kenderaan, yuran pengajian yang tinggi, masalah sistem pendidikan, kursus universiti yang tak diiktiraf dan lain2 masalah yang disebutkan, kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan, bukannya tanggungjawab kita. Lagipun, bukan hanya anak muda yang mahukan perkara tersebut, malah bukankah kita juga mahukan kerajaan berbuat perkara yang sama?

Dan semua orang mungkin boleh berusaha dengan gigih untuk menjadi seperti Bill Gates, Syed Mohktar Al-Bukhary dan Dr. Azizan Osman, namun hakikatnya yang bernasib baik untuk menjadi seperti Bill Gates hanyalah Bill Gates, yang bernasib baik untuk menjadi seperti Syed Mokhtar dan Azizan Osman hanyalah mereka sendiri. Tidak semua yang berusaha gigih itu pasti akan bernasib baik dapat kerja yang bagus di syarikat multinasonal, GLC, kerja gomen atau berjaya dalam perniagaan kerana pasti akan ada yang kecundang. Itu realiti dan hakikat.


Aku perhatikan memang ada ramai orang mempunyai pemikiran seperti berikut terutama mereka yang berjaya dan yang berpendapatan sederhana tinggi dan ke atas:
"Ramai orang komplen dan merungut pasal GST, kenaikan harga barang, harga minyak, kos sara hidup meningkan dan sebagainya, tapi Starbucks penuh juga, KLCC ramai orang juga, buffet Ramadhan kat hotel full house juga, bila iPhone baru keluar semua beratur nak beli. So tang mana yang rakyat cakap hidup susah tu?"
Tahukah anda jumlah penduduk Malaysia ada lebih kurang 30 juta orang?

Tahukah anda yang anda nampak dekat Starbucks, kat KLCC, kat buffet Ramadhan hotel, yang beratur beli iPhone tu hanya mewakili tak sampai 1% daripada jumlah penduduk di Malaysia?

Tahukah anda hampir 7 juta penduduk rakyat Malaysia yang layak menerima BR1M, bermakna lebih kurang 23% daripada wakil isi rumah penduduk Malaysia masih di bawah paras kemiskinan?

Tahukah anda 23% orang ini juga perlu membayar cukai GST walaupun mereka berada di bawah paras kemiskinan?

Dalam masa yang sama, ada orang yang hidupnya senang dan bernasib baik boleh berfikir, "Tang mana yang rakyat cakap hidup susah tu" hanya sebab dia suka lepak kat Starbucks dan dia serta kawan2 sekeliling dia mampu beli iPhone.

Janganlah kita samakan diri kita dengan orang lain. Setiap orang nasibnya berbeza. Setiap orang kehidupannya berbeza. Kita bukan duduk di dalam kasut semua orang. Kita ambil contoh kisah 2 orang budak ternampak seekor lembu di tepi jalan.
Budak kampung: Oh lembu...
Budak bandar: Wauu lembu!!! Mak, tengok mak ada lembu!
Persekitaran dan latar belakang yang berbeza menghasilkan pemikiran dan reaksi berbeza. Kita tidak hidup di tempat dia, maka janganlah kita merasakan kenapa mereka tidak boleh berjaya macam kita. Cabaran setiap orang pasti berbeza. Kehidupan setiap orang berbeza. Nasib setiap orang pun berbeza.

Malah kadangkala mereka ini sebenarnya tidaklah memerlukan bantuan, nasihat, kritikan mahupun cemuhan daripada kita, apa yang mereka perlukan hanyalah sedikit sifat empati daripada kita yang telah berjaya keluar dari masalah sosio-ekonomi dalam hidup.





tags: alasan pendapat pandangan kritikan mengapa lelaki ini tidak setuju dengan ucapan saya zahra mtem sayang malaysia mizan hashri bendahara alam warisan

26 ulasan:

  1. Setuju dengan pandangan Anak ledang 2124
    Sarjan aka Bendahara Alam Warisan..

    BalasPadam
  2. Survival of the fittest. Nowadays you got to be smart, you got to work hard. You got to put your plans early and you got to have a sense of what's going to come in the future.

    Tengok sekeliling kita. Setiap orang ada halangan dia. Anda Melayu dan anda mempunyai segulung ijazah tidak bermakna anda telah berjaya dan orang sekeliling anda patut layan anda sebagai kelas pertama. Menerima segulung ijazah hanyalah LANGKAH PERTAMA anda untuk berhadapan alam realiti ini.

    Yang penting buat plan yang betul dari awal, berusaha, berdoa dan bertawakkal. Insya Allah anda akan dapat mengatasi halangan anda. Dan jangan mengeluh atau mengalah.

    BalasPadam
  3. Tulisan ko noob bagi aku ada roh.

    BalasPadam
  4. aku setuju dgn ayam afrika

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huh...x komen papepun dah ada org setuju?Dasyat!

      Zaman dulu bila dah grad degree berebut majikan nak kita bekerja..zaman skrg degree holder bersepah, so persaingan sangat tinggi n siapa yg boleh jual diri mereka dengan baik boleh berjaya..masa 2 bukan markah cgpa yg menentu, tp kebolehan seseorang yg boleh bekerje dgn kompetent dan teamwork.

      Hidup di bandar skrg sgt challenging....dgn tol n minyak sbb travel jauh dr tempat kerja, sbb rumah mahal di tengah bandar. Tp apakan daya, peluang pekerjaan di KL terutamanya sangat banyak n gaji yg jauh better compare kat bandar2 di negeri lain. Tp still benda ni serupa berlaku di mana2 negara maju, xde negara maju yg rumah sangat murah di bandar dan kos sara hidup sangat murah.

      Tp sy sbnrnya fhm apa yg dimaksudkan oleh zahra...nak sedikit keprihatinan pihak kerajaan utk solve isu ini...cuma sy nmpk bukan benda yg senang nak dilaksanakan terutama nak control harga rumah dan hapuskan tol n minyak super jimat 50sen per liter. Tp kalau ditanya kpd org yg berumur 30-40 tahun...mereka akan berkata sbnrnya gaji yg ada utk fresh grad dikira memadai tp bukan mewah...tp ambil masa nak jadikan gaji kita smpi 5 angka, kena work hard n pandai control perbelanjaan hidup. Mereka pun berkata yg remaja zaman skrg banyak membazir utk beli benda yg x perlu.

      Pasal gov...sy still x nmpk lagi x kira BN atau PR nak membantu anak muda sangat, semua nak jaga kroni n survival politik masing2. Kalau bak banti anak muda, nanti sound x fair sbb golongan lain yg lagi memerlukan/susah pun nak dibantu pulak. N my last piece of advise...kalau nak start gaji tinggi, better ambil Petronas n Shell for example,starting gaji 4-5k n above. Xpun kerja oversea...cuma tepuk dada tanya selera je.

      Padam
    2. aku benci ayam afrika. semua post noob dia nak komen. dahlah komen pjg2 isi takde. nak buat karangan buat kat blog sendiri la cibai

      Padam
    3. sebenarnya ayam afrika adalah tun m yang menyamar dan membuat blog walking untuk memberi komen2 bernas di blog yg dianggap boleh mencetuskan pemikiran kritis terhadap masyarakat malaysia

      Padam
    4. Dalam Blog Buarsir otak ni, 3 sebab saya suka. Prince Noob, Ayam Africa and comment~

      PON-Menyampaikan maklumat yang senang difahami
      Ayam Africa-Comment yang klakar tapi benar
      Commentator- Lawak bila baca komen tak puas hati diorg ni

      Padam
    5. Sy rajin lawat blog2 lain. ..tp rela bg komen kat blog ni compare dgn blog kepartian atau seumpamanya. ..sbb at least blog ni lebih natural. Mls buat blog sbb x rajin sgt....ni pun dah cukup rajin comment kat blog BO ni.

      Lastly...sy bukan Tun M atau pengikut tegarnya..just insan biasa je, bukan hotstuff yg gadis impikan. Do not love me, love my idea coz idea never dies.....

      Padam
    6. Natural ke neutral AA amboi amboi amboi..

      Padam
  5. Survival of the fittest? Macam kat hutan...

    Memang, kena survive, tapi apa guna kerajaan yang memerintah? Kalau macam tu, kenapa umat Islam kena bayar zakat? Kenapa perlu puasa. Pegi mamp** lah kan kat faqir miskin papa kedana...Menyusahkan jek kan nak kena tahan makan minum bagai...menyusahkan kan kena keluar duit bagai...

    Kenapa negara jadi macam ni? Kenapa rakyat susah nak dapat kerja?...Kalau gaji kecil tu, boleh tahan lagi...ni ada yang ada kelulusan, ada aktiviti kokurikulum, Dean List bagai...pun masih sukar hidup? Lama2 macam ni, jadi brain drain...last2 yang tinggal sedikit shj yang bijak pandai, selebihnya zombi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul survival of the fittest. You have to be fit physically. But more important you have to be fit mentally and emotionally.

      Habis belajar kita melangkah ke alam pekerjaan itu dah dikira we are on our own to survive in this challenging world.

      Kalau kita nak mengharap belas ehsan kerajaan, maknanya kita ni jenis yang suka ditongkat. Living on crutches.

      Membayar zakat dan membantu fakir miskin amat digalakkan dalam Islam dan aku sangat setuju bahkan mengalu-alukan. Namun si fakir miskin juga perlu sedar only they can change their own life. Their destiny is in their own hands.

      Kalau kita rasa the grass is greener on the other side, then go ahead. Nobody is stopping you. Brain drain might be an issue here, tapi kita ada banyak universiti yang hasilkan graduan baru day by day.

      In the end, the only thing that is blocking you, is you. Period.

      Padam
    2. Seperti yang aku tulis, isu yang dibangkitkan dalam ucapan Zahra bukan isu survival individu tapi isu peringkat kebangsaan. Jika nak kata tak survival, apa yang Zahra buat sekarang dalam ucapannya sudah survival lah. Dia dah dapat kerja walaupun kursusnya tidak diiktiraf kerajaan, boleh pergi kerja naik kereta atau LRT, mak bapak kemalangan pun masih boleh cuba untuk selesaikan masalah tanpa meminta2 bantuan kewangan daripada orang lain.

      Isu yang dibangkitkan sebenarnya adalah isu peringkat nasional seperti peningkatan harga rumah, harga kereta mahal, isu pendidikan, jurusan tak diiktiraf dan sebagainya, dan dia bukan bercakap untuk kepentingan survival dia seorang tapi bercakap untuk kepentingan orang lain. Jika dengan aduannya terhadap TPM dapat memperbaiki sedikit sebanyak isu yang yang dikatakan tadi, bukankah ia dapat membawa manfaat kepada semua orang?

      Habis tu nak expect Zahra cakap apa depan TPM? Memuji2 dan berterima kasih kepada kerajaan? Kalau mengadu masalah negara, kena kutuk lembik. Kalau bagi ucapan membodek dan menjilat kerajaan, kena kutuk macai pula.

      Padam
    3. Itu pasal aku sebutkan pada komen yang pertama plan yang betul dari awal.

      Semasa kecil aku pasti ibu bapa kita, makcik pakcik kita, bahkan datuk nenek kita ada bercerita pada kita tentang nilai matawang ringgit pada zaman mereka sangat tinggi. 5 sen zaman mereka boleh beli nasi lemak yang besar. Zaman sekarang apa nilai 5 sen? Tiada. Dari situ kita boleh buat rumusan nilai matawang makin lama makin susut. Dari situ jugalah kita perlu plan dengan betul kewangan kita memandangkan harga barang akan sentiasa meningkat di masa hadapan termasuk harga rumah. Ibu bapa patut sedarkan anak-anak kepentingan financial planning tu.

      Bab kereta mahal, kita ada option untuk membeli kereta 2nd hand yang lebih murah. Kalau kita baru bekerja jangan la terlalu gopoh untuk memiliki semua baru sekaligus. Beggars can't be choosers.

      Isu pendidikan dan jurusan yang tak diiktiraf, itu yang aku sebutkan sekali lagi plan dengan betul dari awal. Aku pada umur 15 tahun aku sudah tahu apa jurusan yang aku akan ambil selepas SPM. Aku pastikan jurusan tersebut diiktiraf kerajaan. Tapi aku gagal semasa interview untuk jurusan tersebut. Tapi tak mengapa sebab aku sudah ada Plan B time tu.

      Aku bukan macai kerajaan, dan aku juga tak mengharap bantuan kerajaan atau pun orang lain. Like I said, the only thing that is blocking you, is you.

      Padam
    4. Dr segi ekonomi...xde nilai satu angka akan mantain utk satu tempoh jangka masa panjang...dulu gi sekolah bwak 20sen dah cukup, zaman sy rm1...zaman skrg maybe rm2 atau lebih....semua negara menghadapi bnda yg sama n maybe rm50 skrg sama value dgn rm10 akan dtg. Tp starting gaji pun bergerak sama gak...dulu gaji engineer rm800..masa tahun 2005 rm1500...skrg rm2500 berdasarkn standard gaji J41. Cuma sy x puas hati skrg bila dah naik tol minyak n gst, patutnya gaji n elaun berkaitan akan naik...tp x berlaku.

      Pasal zakat yg mengatakn dah cukup utk bantu rakyat susah, tax n gst x perlu...saja nak tanya berapa zakat anda byr setahun? Sy x terkejut klau byk yg menjawab byr zakat fitrah je...zakat pendapatan, harta, barang kemas, ternakan n simpanan pun kena byar zakat...seburuk2 pun gaji rm2500 byr rm50 zakat bulan2..tp still payah nk bg. Pas2 dgn harapan duit zakat fitrah je utk byr kat gov annually utk byr semua pembangunan, perkhidmatan, gaji penjawat awam n bantuan lain utk 1 tahun. Klau semua umat islam kat msia ni byr zakat sepatutnya mcm solat 5 waktu....cukup sbnrnya nak cover semua. Tp typical melayu non stop meminta smpi tahap nak semua free...tp memberinya xde sgt.

      Padam
  6. Aku grad tahun 1987, masa ekonomi tengah gawat. w/pun aku drpd science stream tapi, masa tu keadaan tidak baik bagi graduate spt aku. Kalau tuan2 masih ingat, di penghujung Jalan Chow Kit, iaitu dari jln TAR ke Jln Raja Laut ada satu seven eleven disitu, dan disitulah tempat aku memulakan kerjaya sebagai pemcuci pinggan di warung roti canai yg dibuka setiap mlm. Tidur?....rumah?....

    tapi begitulah kehendakNya, kita kena usaha, cari kenalan, bykkan contact, sabar, doa, jgn putus asa. Bayngkan, masa tu aku nak kena pinjaman pelajaran lagi, jgn ingat cuma sekarang je yg nak kena bayar penjaman pelajaran.

    Kpd zahra, anda beruntung kerana org tua ada kereta untuk dipinjam & support. Hujung bulan shj naik LRT. Saya cuma naik bas mini shj dulu. Tidur atas kotak beralaskaan beg pakaian sbg bantal. Merungut? salahkan kerajaan? mengamuk kerana kena bayar pinjaman?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat lps aku balik UK dulu. Hajat hati nak keje sana jer. Tapi nasib aku baik, trus dpt offer melalui lecturer UM yg ada kompeni dok cari Engineer. Time balik ni, aku tgh squat kat Kolej Kedua UM. Tumpang bilik member skolah aku. Mmg bebudak engine UM cool time tu. Apa2 event derang, aku bleh join. Cuma derang lambat graduate sbb ikut tahun, bukan semester mcm skrg.

      Aku mula dgn gaji RM1700.00. OK la kot sbb tahun 1995, time ni gaji habes sbb enjoy ngan kengkawan UM. Walaubgmnpun, aku channel gaji betul2 utk org tua kampung dan kengkawan (dah menumpang, xleh kedekut sgt). Nak menyewa di KL, aku blom kenal sesiapa lagi. Setahun jugak kerja sambil merempat UM, mcm2 peluang aku dgr dari bebudak UM ttg gaji2 lumayan kerja itu ini. Ada jugak senior derang start keje offshore. Cuma aku perasan, rumah di KL, mmg gila la nak beli dgn gaji aku waktu tu.

      Berbalik kpd asas, rumah x perlu dimiliki. So aku decide, naiklah harga berapa juta pun, aku x risau. Kita terus menyewa. Sehingga akhir hayat. Pada aku dpt elak riba. Khalas. Di UM ni, ada budak tolak kat aku Honda 70 dgn rege 300! Aku belasah jer sbb kurang2 aku xpayah behutang cari kenderaan.

      Sehingga aku kawen 3 tahun kemudian, aku masih naik honda cub tu yg dah nak hancur. Membe ofis gelakkan aku setiap hari. Tapi ramai engineer gi keje naik motor. Yg derang gelakkan aku, entah sbb apa? Anak2 Cina engineer pun naik honda cub jugak! Sini mmg aku belajar sikap meleis. Aku ingat kat kampung je begini. Anak2 cina dan india x amik port pun aku nak naik apa. Lagipun satu sen aku x harapkan duit derang. Ini meleis ni, mcm derang pulak yg sarakan aku hidup.

      Sehingga kini, aku x memiliki rumah. Barang2 dlm rumah pun, xder branded sangat. Yg aku pentingkan, duit potongan utk saving kene tinggi sejak awal kerja dulu lagi. Aku mulakan dgn 300, naikkan 200, naikkan 500 sehinggalah skrg 8500. Dah 30 tahun aku x amik peduli berapa dlm TH.

      Aku masih bekerja mcm biasa. Cuma bezanya ada anak bini nak kene jaga. Pada aku, aku xpernah sibuk utk memiliki apa2. Lebih2 lagi, sebuah rumah sendiri. Untuk apa memiliki rumah? Aku beli kete 2nd. Entah 3rd..kendian reper dan maintain sendiri. Yg heavy hantaq kedai la. Kedua2 kete bayar cash sbb 10-12k jer.

      Pada aku, amal ibadat lebih penting dari memiliki harta. Sbb aku bukannya kuat ibadah pun. Tak dinafikan, aku ada sikit tanah aruah ibu di kampung. Dlm hutan pulak tu. Kebun getah 10 relong aku beli dgn harga lelong, hasil buat makan org tua lelaki di kampung. Sesen x pernah aku amik. Kakak yg manage.

      X pernah nak aku adukan kesusahan diri. Dari hutan aku tinggal. Hinggalah ke UK, sumer aku buat sendiri. Di UK, aku tetap aku budak dari hutan. Tak pernah susah belajar dan kerja sambilan dgn mat saleh. Mungkin aku dah biasa dgn susah kampung. Malah seluruh europe aku melilau tanpa masalah.

      Terkadang aku hairan melihat org sihat tubuh badan dan juga akal, tapi hidup susah! Mengejar harta riba berbanding banyak lagi cara halal untuk dicari. Sedangkan Allah Taala memandang berat hal riba, malah kita digazetkan sebagai musuh Allah dan rasulnya. Masih berbondong2 nakkan harta riba lagi? Aku pun x paham.

      Skrg aku masih blom memiliki apa2. Mungkin wang potongan TH dan sedikit gaji bank utk anak bini hidup buat sementara jika aku mati mengejut, bini pun dpt cari suami baru. Aku? Aku tetap makan nasi sepinggan dan berat badan pun, x pernah naik2. Masih 55-60 kg.

      Ini aku karang ikut cerita Zahra.

      Padam
  7. apa yg zahra ckp tu ada betulnya. cuma yg jd salah bila zahra mengguna dirinya sbg contoh.kan dah nampak mcm dia kaki komplen bila naik LRT pun terasa beban

    BalasPadam
  8. aku bukanlah kaya. tapi bersyukur ada kerja yang stabil disaat rakyat rakan rakan sebaya aku masih ada yang belum stabil. aku grad 2009, so dah 5 tahun aku lalui pengalaman susah payah build my career. cuma nak cerita pengalaman kakak aku nak beli 1unit kondo area jalan tun razak, unit kondo 3 bilik tidur, 2 bilik air dan dua ruang parkir kereta untuk bumi lot, RM980Million/unit. kepada yang nak bash zahra tu silakanlah. aku tak kisah pun. tapi kalau korang dapat ambil intipati apa yang zahra tu ucapkan, itu lebih baik. kalau anda persoal kenapa kakak aku nak beli area jalan tun razak, jawapanya sebab dia kerja area kedutaan. so pergi kerja just jalan kaki. tak perlu drive, tak perlu jam, tak perlu risau minyak naik, tak perlu tol, malah tak perlu beli kereta pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. correction. 980K. not 980million

      Padam
    2. kenapa dia x tido je kat kedutaan tu, kan bilik banyak. lepas ke dia wat loan 980k tu, gaji dia brape juta rupiah sebulan?

      Padam
    3. If only u got my message. Harga seunit kondo rm980k(lowest price for bumi lot), kau rasa berapa banyak usaha keras kau rasa baru kau nampu beli? Pekerjaan apa yang mampu beri peluang kau beli?

      Berapa gaji kakak aku not the matter. Untuk.menjawab soalan kau loan dia lepas atau tidak, jawapannya tak lepas.

      Padam
    4. sudikah kau menjadi isteri aku yang nombor dua?

      Padam
  9. Klau anda buat selidik survival hidup dlm dunia pekerjaan pada tahun 80an, 90an, 2000++ dan terkini...anda akan lihat zaman skrg lebih senang dr dulu....yg membezakn dr negative side ialah persaingan dan keborosan secara tak sengaja. Pasal merungut ptptn sbgi beban pelajar yg start bekerja few years...statistik menunjukkan lebih 70% yg berhutang seperti xnk byr hutang langsung, n byr pun bulan2 tp complain yg ptptn adalah benda mereka byr bulan2 n share kat 1 malaysia sbb apa x cukup gaji yg ada skrg. Maybe dah 5 angka pun lupa nak byr balik ptptn. Sigh....

    BalasPadam
  10. tulisan orang lain macam tak seimbang, tapi tulisan noob ni mmg sedap2 cukup2 rasa nak hadam pun senang..gua support lu beroo

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.